Monday, December 28, 2009

Bijak Wang

Salam~

harini aku nak kongsi template untuk pengurusan kewangan. Template ni jugak boleh nak kata complete la. sbb siap ada notes, sangat-sangat lengkap even dengan bende-bende remeh.


berminat nak cuba, try this link: http://bijakbudget.8m.com/ and credit to KUMAN.

Happy saving!




Friday, December 25, 2009

ingat -mengingati

dulu-dulu masa kat opis lama, aku sorang je tech support yg perempuan. lain-lain semua lelaki. takde la banyak pun, 2 je lelaki tech support. apa yg best? mereka sangat best!

and im so happy my previous boss who is a non-Muslim were actually providing us with a surau that completes with a stand fan & carpet. quite comfortable jugaklah.

cuma yang seronoknya, bila tiba waktu solat zohor or asar, biasanya aku, jai & joe akan gilir-gilir. siapa free, gi solat dulu. dan selalunya jai atau aku solat dulu. joe ni, ada sikit liat. tapi, dia tetap solat. kitorang duduk tak jauh. selang satu meja je pun. but in the office, we communicate with each other thru YM. it was boss's ideas. ok jugak lah. quite practical jugak YM ni.

and each time one of us selesai solat, we will YM to the other, just as a reminder, that he is next. im glad that my ex-officemate ni agak mudah untuk ditegur. even aku pun open je kalau depa nak tegur.

aku ingat lagi, joe ni mmg liat nak solat. ada sekali tu aku YM dia,
aku: joe, ur turn
joe: jai dl lah
aku: dia pun dah. kau je blum
joe: ok2. 10min

then after 15min, dia masih tak gerak (nak ke surau mesti melintasi meja aku)
aku: joe, cepat lah
joe: ok2

10min berlalu..masih takde tanda2 joe akan zohor. then aku YM jai
aku: kau suruh la joe g zohor
jai: dah ckap. malas nk cakap lg

ntah kenapa, aku tak sedap hati. bukan nk berlagak baik. tp sebagai kawan, kita tau kita perlu sentiasa ingat-mengingatkan. then aku igt aku nak YM je dia. tp pikir2 balik, tak payah lah. aku pusing belakang je sbb meja dia pn belakang aku je.
"dah dah la tu. pergi sembahyang dulu. kerja kau tu aku ngan jai bleh cover"
"ok2," joe pn terus gerak g sembahyang.

selesai solat, ada YM pop-up kat screen aku.
joe: thanks zura.
aku: anytime. kejap je pn nk sembahyangnyer kan?
joe: hehe. aku suka camni la zura. tiap-tiap hari kau ingatkan aku ok?
aku: no hal. kau pn kene la igtkan aku jgk
joe: deal

dan esoknya, aku pulak terleka. and guess what? joe was the one who alert me not to delay my solah. alhamdulillah~

i'm happy to have these friends around me.

gundah gulana

pusing kiri, pusing kanan, rasa macam ada bende yg tak kena.pasal apa ya? i can feel there is something missing somewhere. but what was it? agaknya tu lah dia. Allah dah tunjuk. tak sedap hati pun ya jgk.

dah berapa lama tak bangun qiam ni, azura oi?

kadang-kala kita mesti soal diri sendiri. lagipun memang sekarang ni jiwa dah rasa kosong sangat. itulah dia ubat hilangkan gundah gulana aku sekarang. jom qiam!


Ya Allah, kuatkanlah semangatku utk bertemuMu!


Thursday, December 17, 2009

A book, a day

Salam~

Minat membaca? sama lah kita. OK. aku nak share buku yang aku suka baca. Oranga selalu kata perempuan ni suka baca buku novel.. betul. tapi, tak bermakna buku lain dia tak baca.

Buku yang aku suka baca, tulisan HLovate. and yes, it's a novel. sebenarnya buku tulisan HLovate ni banyak nilai-nilai keislaman. Dalam sibuk mencari harta, dalam sibuk menghadiri kuliah di siang hari, malam hari sepatutnya diisi dengan sesuatu yang lebih berharga. Buku HLovate ni saya beli secara online di Jemari Seni Publishing.




Buku ke dua yang saya sedang tunggu penghantarannya adalah Jaja & Din. haha. tajuk pun macam tak boleh blah jek. melalui sipnopsis nye, menunjukkan si Jaja, meminta orang tua dia menyunting Din, si ustaz. takut terlepas gamaknya.



Kira moral of the story, untuk sesiapa kat luar tu, tak kira lah lelaki mahupun perempuan, kalau dah suka, sunting saja lah. tak payah nak bercinta bagai. Tengok dulu ciri-ciri lelaki @ wanita pilihan. Mampu bersama-sama bina mahligai syurga? Jadi, sila-sila lah sunting secepat mungkin. Tapi kalau ada ciri-ciri heret kita dan isi rumah ke neraka.. lupakan saje. Tak guna.

Satu lagi buku yang saya suka nak kongsi, tulisan Ustaz Hasrizal @ Saifulislam. Tajuk nya, Aku Terima Nikahnya. It's not novel, but articles collected from his website.



Happy reading!

Wednesday, December 16, 2009

Sesungguhnya hati hamba itu milik mutlak Nya

Nyata janji Allah itu benar
Usahalah kamu untuk mencapai keinginanmu, andai itu yang terbaik untukmu, pasti itulah yang ditentukan olehNya untukmu,
Andai bukan itu yang terbaik untukmu, maka Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untukmu

Adakala aku terfikir..
Adakah aku berdoa sambil lewa?
Ataukah mungkin doaku bukan keranaNya?
Ataukah mungkin aku bersandar segalanya kepada dia bukan Dia?
Atau mungkin belum masanya?

"Jika kamu kumpulkan seluruh harta didunia ini demi menyatukan 2 hati..tetap tidak akan berjaya kerana hati itu milik Allah"
He definitely knows best!

Andai benar Kau jadikan dia pasangan hidupku,
ku pohon padaMu Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan ini
Kau percepatkanlah dia kepada ku
dan Kau kau tautkanlah hati-hati kami dengan tautan kasihMu
kerana aku mencintai dia
kerana aku mengasihi dia
kerana cintanya kepadaku adalah keranaMu

Andai dia bukanlah Kau jadikan untukku
Wahai Tuhan Pemilik Hati,
ku pohon Kau lembutkanlah hatiku
Agar aku kuat
Agar aku redha
Agar aku menerima ketentuanMu
Agar aku melepaskannya seikhlas hatiku

Monday, December 14, 2009

SMS - shortform yg diguna remaja zaman sekarang

Memandangkan aku bukan lg tergolong dalam golongan remaja, maka agak sukar utkku fahami shortform yg kebanyakan remaja guna.

#1
Salam kak ct. Slamat hari raya.. -anis
Anis umi salmah ke? Aku tak ucap slamat raya balik, tp tanya dl anis mana. kut-kutla sepupu aku yg anak umi salmah tu..
Tak ah. anis xxx, adik xxx
Ooo. slamat ari raya. Raya katne tu
kat umah jer. ngah peww teww? aaaaaa?? apa mende dia tanya ni? (tengah buat apa tu)
kat spore. raya umah akak kak ct
spore? peww teww? hahah. dia plak tak paham. (singapore)
singapura..


#2
Kak zura, np ad tlis kat bod sp2 nk blaja sn mesti ada diploma yg setaraf. apa mksd 2? nih satu lagi sms dari adik KBM yg sukar utk difahami. (kenapa ada tulis kat board nak belajar sini mesti ada diploma yg setaraf. apa maksud tu?)
senang citer, aku time tu tgh kat opis, call je dia ni. makin byk sms dia, mghabiskan kredit je sbb aku bkn bagi dia paham, sebaliknye aku dok tanya 'np' tu apa, 'ad' tu apa. haha

#3
zura, kduri kwin ak ni ko dtg eh. ni 1 lg sms yg aku taktau sapa nyer sbb no aku tak save la kot. tp kompem kawan akunyer sbb ada nama aku. masalahnye..
ko ni sapa?
kak haiza ler. smp ati ko x smpn no ak (sampai hati kau tak simpan nombor akak)..opps! ingat ke "ak" tu aku, rupenyer.."akak". hahah

SMS makes it so short until u cant even recognize which is which. sigh~

Semoga ikatan kekal ke syurga..

Alhamdulillah~

seorang lagi sahabat aku dari sekolah Bukit Bintang telah menamatkan zaman bujang di pada 10 Dec 2009 dimana majlis resepsinya pada 11 Dec 2009.


Dr Nazelin Zamani & Dr Shahrul Ghazali.

Ironinya, aku dan Dr Nazelin tidaklah rapat sewaktu belajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Malah, kami hanya sempat berada di dalam kelas yang sama sewaktu Darjah 1 - 3!

Tapi, kami berkongsi minat yang sama, bola jaring. Kalau didalam kawasan sekolah pula, jarang kami berbual-bual apatah lagi berkongsi cerita. Cuma, setiap kali pemilihan pertandingan bola jaring di adakan, aku yang terpilih meskipun Dr Nazelin adalah presiden kelab bola jaring dan aku hanya .. bendahari kot?

Pertemuan kami setelah masing-masing tamat belajar adalah melalui laman sosial facebook di mana Dr Nazelin meminta alamat aku. Kad jemputan tiba seminggu selepas itu dan majlis resepsi diadakan di Dewan Perdana Felda. Apa yang aku hadiahkan? hehe. rahsia..

Insyaallah, jika ada umur dan jodoh, aku mesti jemput both doctors to my wed plak. okeh?
"Nanti jemput kita tau awak," ujar Dr Nazelin sambil menggenggam tangan aku sebelum aku balik.
"Insyaallah, kalau awak nyer majlis hujung tahun ni, majlis kita mungkin hujung tahun depan," doa-doakan lah giliran aku pulak lepas ni.

Again, to Dr Nazelin & Dr Shahrul, thanks for the invitation. Kita doa yang terbaik untuk ikatan pernikahan awak, semoga Allah berkati & merahmati ikatan pernikahan awak. Semoga menjadi pasangan yang soleh & solehah. Amin~

Wednesday, December 9, 2009

..akak dah ada yang punya?

weeks ago, saya ada ada sertai program untuk pelajar-pelajar unisel dimana pada waktu itu, saya adalah salah seorang fasi bersama-sama 5-6 ikhwah & akhawat KRJ.

saya memang kenal dengan fasi-fasi akhawat tersebut sebab dah berjumpa sebelum ni walaupun kenal dari jauh je. sedang peserta berehat & makan (sementara menunggu waktu zohor) di dewan bawah, saya dah fasi akhawat yang lain ambil kesempatan berehat di dewan program di tingkat atas. dan tiba-tiba disapa Mia.

"kak, saya nak tanya sikit boleh?" Mia mencuit lengan saya
saya angkat kening aje lah. haha.. tanya aje la kan.
"akak dah berpunya ke?" haaa. soalan standard yang sering diajukan kepada fasi-fasi yang dah habis belajar.
"uish..direct sungguh. kenapa tanya macam tu?"
"tak de la.. tadi ada sorang fasi ikhwah ni mintak saya tanyakan kat akak.. tu yang saya tanya ni." terang Mia. Wahh. macam tu plak.
"Suruh aje la ikhwah tu masuk BM" jawab saya tanpa menjawab soalan. BM atau dalam kata lain, Bait Muslim ni agak bagus juga untuk sesiapa yang sedang mencari jodoh. tapi, BM sekadar menjadi orang tengah yang cuba menyuaipadankan ciri-ciri seperti yang ditetapkan.
"BM ni susah sikit la kak. Lambat sikit proses dia. Lagi-lagi nak match kan pasangan tu ikut ciri-ciri yang ada."
"Ikhwah je banyak songeh. Ciri-ciri pun kemain lagi. Nak yang comel la, yang putih la, yang berisi sikit tak nak la. Mengada-ngada. " sambung Mia. hahah. betul la kata Mia tu. tapi bukan semua la. Mostly yes, they did.
"Akak nak kenal ke?"
"Suruh dia isi BM je" jawab saya. kira menjawab soalan ke tu? boleh la tu..

Proses untuk BM ni pun agak lama, bergantung juga pada ciri-ciri yang ditetapkan oleh ikhwah & akhawat. Anyone interested? tak payah lah sampai ciri-ciri nak iras-iras Johny Deep la, David Beckham la. ye? Lawati BM di sini: BM

Monday, December 7, 2009

monthly expenditure

jom kongsi kita punya perbelanjaan bulanan. (dulu time belajar tak reti nak berpada-pada. dah pegang duit sendiri..baru padankan muka)

WAJIB BAYAR
-----------
(A)
PTPTN: RM150 (tak boleh bayar banyak-banyak)
TAPENM: RM161 (ikut jadual yang ditetapkan)
Insuran:RM150
Tbg Hji:RM100
-----
TotalA :RM561
-----

(B)
IBUBAPA:RM600
MAKAN: RM200
-----
TotalB :RM800
-----

(C)Lain-lain
Petrol: RM200
Bil H/P:RM100
Simpan: RM400
-----
TotalC :RM700
-----

Total A + B + C = RM 2,060.00

Kira jumlah A + B + C ni korang tak boleh usik la. Lepas tolak dari gaji, baki tu boleh la nak enjoy. okey!

ini pun kira sikit. bagi yang dah ada kereta atau rumah, masukkan jugak lah bil letrik, duit sewa rumah / loan rumah, loan kereta, maintenance kereta, dll. wahhhh. nasib la saya dapat ihsan pinjam kereta ayahanda.

p/s: ini untuk yang single & tinggal dengan parents sahaja. dah kawin, expenditure nyer berbeza.

study mode..yo-yo jek

i've just done 23 out of 246 Qs. wahahahha. bila lah nak habis ini Qs.

Wednesday, December 2, 2009

..ei budak! kau tak tutup aurat la!


this incident happened two weeks back dalam masjid di kawasan selangor.

waktu itu, saya nak cepat. tetapi dalam masa yang sama, ada ceramah di masjid tersebut, maka nya, solat isya' ditangguh seketika sehingga ceramah selesai.

disebabkan nak cepat (ada urusan lain), saya solat jemaah dulu bersama-sama sahabat lain.. okay. memandangkan saya memang menutup aurat, saya terus ikut imam tanpa memakai telekung. selepas saya angkat takbir, salah seorang makcik yg sedang mendengar ceramah terus menjerit (nada dia cukup untuk membuatkan solat saya terganggu sedikit)

"ei budak! kau tak tutup aurat la. mana boleh solat macam tu!" jerit dia. seorang wanita yang duduk sebelahnya terus menegur makcik tersebut
"eh kak, dia kan tengah solat tu..apa yang tak tutup aurat nya?" ujar dia seolah-olah menenangkan makcik yang buat kecoh tadi.
"nampak dagu dia tu..cuba tengok. dia ingat dia belajar tinggi-tinggi, ikut suka hati dia aje nak sembahyang pakai tudung macam tu," sambung makcik tu. kali ni, nada dia lagi ditekan tinggi.
"budak-budak macam ni kita kene ajar sikit. ingat bertudung labuh tu dah pandai la.."

erk?? Allahu Akbar.

sungguh, kata-kata makcik tu agak menganggu solat saya ketika itu. tebal jugak la wajah saya masa tu. sekalipun hendak menegur, itukah cara nya? kan ada cara lain yang lebih berhemah?

dulu sebelum saya menyertai usrah, saya juga berpendapat sama macam makcik tadi. tapi, saya tidak lah sampai terus-terus menyerang tanpa usul periksa. saya tanyakan hal berkenaan aurat ni kepada naqibah saya.
"Aurat wanita adalah seluruh tubuh dia kecuali tapak tangan dan muka" itu penjelasan naqibah saya yg juga seorang pensyarah, Kak Fatimah.
"Tapi..bila kita sebut tapak tangan, tak bermakna tangan kita ni kita kene tutup jugak. Begitu jugak dengan muka. Dagu tak perlu tutup pun untuk sah solat sbb dagu itu sebahagian dari muka dan mesti dibasuh waktu ambil wudhu.."

selepas urusan kami selesai, kami bermalam di masjid tersebut..dan keesokkan kami bangun untuk solat subuh berjemaah.. kalau ikutkan saya, memang saya pakai saja tudung saya. tapi memandangkan makcik yang menegur saya pun turut solat subuh berjemaah bersama, saya pakai juga telekung masjid.

bukan mengiyakan kata-kata makcik. tapi menghormati dia.. nanti kalau saya explain, dia ingat kita nak ajar dia pulak..

For those who always travel, you don't really need to bring along your telekung. As for me, i always have a pair of socks (guy's socks - khas untuk solat) & a pin in my handbag for solat purpose. sbb kita semua tau, telekung-telekung yang disediakan dalam masjid jarang dibasuh, jadi bau nyer..tak tahan!

Tuesday, December 1, 2009

pengantin lelaki takut tok kadi?

ada ke?

menyingkap perbualan di YM dengan sorang sahabat yg akan berjabat tangan dgn tok kadi dlm sebulan lagi..

aku: bro ni dah mentally & physically ready ke nak jadi laki org nih?
dia: ready dah. lama dah
aku: dah practice ayat "aku terima nikahnya.." ?
dia: "I DO" aje.haha. tok imam skarang ni byk yg buat bidaah. kalau ikut syarak, ijab + kabul je dah selesai. ni tidak. sekali nafas la.. takle ketar la.
aku: ...

ha~ memandangkan inche bro nih seorang yg saya tau mempunyai ilmu agama, malah sangat faham selok belok islam sendiri..saya hilang kata-kata..bukan tak nak betah, tapi macam hendak mengiyakan kata2 dia..

kalau pikir2 balik, betul la kan? wajib ke sekali nafas jek? kalau pengantin perempuan tu nama dia panjang2, nak nak nama yg moden-moden. tak ke tok-tok kadi pun tergeliat lidah nk nyebut??

syarat sah nikah
----------------

Ijab: ucapan yang terlebih dahulu terucap dari mulut salah satu kedua belah pihak untuk menunjukkan keinginannya membangun ikatan.

Qabul: apa yang kemudian terucap dari pihak lain yang menunjukkan kerelaan/ kesepakatan/ setuju atas apa yang tela siwajibkan oleh pihak pertama.

tang mana kata mesti sekali nafas??iye ke?



p/s: tok imam di atas tidak merujuk kepada mana-mana tok imam yg 'ter'baca blog nih..

..belum pun merisik dah ada tarikh kawin?

alkisah~
classmate @ house mate @ roommate masa saya belajar dulu dah pun booked tarikh nikah. tapi..merisik or tunang blom lagi. errk??

rupe-rupernye si sahabat nih terpaksa booked tarikh nikah awal-awal. sebab? sepupu-sepapat sumenyer tarikh berselang seminggu jek. takut clash tarikh plak. so.. booked la awal-awal..

hm..bagus tu.

saya pun nak booked jgk la. erm.. 20/09/2009 cantek tak tarikh nih? amacam cik? duit dah ada? nak bayar tok kadi ckop? okeh. ON

Monday, November 30, 2009

dialog antara aku & abah

Salam~

ntah cmne, pg td ms dlm van, abah ckap ada kwn abah pinjam duit utk buat kduri kawin anak dia. dan ntah cmne, saya ngan selambe badaknyer, ckap kat abah

me: nanti zura nak kawin, abah jgn la mtk tinggi sgt ek. (hahaha..dlm hati allah je la tau takut nk ckp kat abah)
abah: alah. suruh la dia jumpa abah dl. abah bkn nk jual anak. abah tanya la nanti berapa dia boleh kasik.
me:...(senyum)

okeh.apa lagi cik?masuk la cepat..

Sunday, November 29, 2009

mencintaiMu

i love this song. altho the original lyric is not meant for Him. but after astro use it dlm astro oasis, it suits so much that makes me think again. betul ke kasih & cinta kita hanya utkNya?

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan Kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis..hanya tulusnya hati
mencintaiMu tak mengenal ragu..keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau benarkan Kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan Kasihku

...dan mataku bengkak lagi

haih..

mata kiri bengkak lagi. bengkak @ ketumbik. tak paham betul. dari bulan lepas kalo mata bengkak, mmg target tang kiri je.. heran weh!

tp menurut doktor, ketumbik ni sbb dia :
1. ada bacteria
2. ada bulu mata tersekat dlm mata
3. kurang vit c ? erk??

haaa.nombor 3 tu saya saje tambah.haha

ubat dia? eye ointment jek. hopefully esok dah recoverla ye. insyaallah.. sbb bile sakit ni baru la terasa hilang nikmat mata. altho dua-dua mata masih berfungsi, tapi ketumbit ni buat rasa tak kene jek. adeh laaaa

Saturday, November 28, 2009

ceritera hari raya adha

salam~

harini..raya!!! yeay!!

alhamdulillah.. raya kali ni jatuh hari jumaat. penuh berkat. oleh sbb hari jumaat juga, byk aktiviti menyembelih a.k.a. qurban ditunda keesokkan harinyer. tsayat tergesa-gesa nk solat jumaat..

anyway.. my raya qurban starts mcm biasa. so pg ni mcm biasa la. bgn. siap2. japg nk gerak g umah nenek (belah mak kat jinjang utara). sebelum tu, gosok baju & kain pelikat abah dl. pastu asmah (adik ipar) gosok bj melayu laki dia a.k.a. adik lelaki saya. pastu..saya plak gosok bj saya..ntah cmne, agaknyer terlalu smgat nk pakai baju tu..terhangus la plak..aduyaiii!!

kitorang gerak g umah nenek dlm pkul 10 rasenyer..lepas abah & adik lelaki saya balik solat raya..then, gerakla 2 kete g umah nenek.meriah gak la.umi ani, ami yaya, umi salmah & sepupu sepapat sume ada..yg paling hepi time raya ni biasala..bdk2..bkn dpt duit raya pun raya kali ni..tp sbb bkumpul ramai2..sepupu pn byk yg kecik2 plus anak buah saya 2 org. insyaallah, thn dpn ada tambah sorang lg anak buah yg on the way. br lima bulan (kakak sulung).

raya kalini pn meriah salah satu sbb nyer, abg ipar saya ada sekali (then, he was sri lankan, now is singaporian).. almaklumlah, tak reti berbahasa melayu. compared to my sis yg bole la nk kata bahasa tamil dia quite improved la..lgpun mertua dia tak tau english. so, akak saya kene la blajar tamil. abg ipar saya ni suka melawak org nyer. nasib baik jgk la mak ayah saya tau bahasa inggeris. gelak guling-guling jgk la time dia melawak.

hidangan raya kali ni? mcm biasa:
1. ketupat
2. rendang ayam
3. kelapa
4. sambal daging yg super pedas but super delicious!!
5. lemang (umi salmah bawak)
6. 2 biji kek besar. secret recipe lagik! abg ipar saya bli. perisa peach + perisa nuts. kalo bli perisa chocolate cheese lagik sedap kan? hahaha. tak reti bersyukur lgsung saya nih.

then bler dah ramai dtg, saya dok luar. amik angin ngan ami yahya + umi yan (bini dia).sambil2 bercerita ttg keje baru saya. dia terkejut gak la sbb katanyer saya sng dpt keje. alhamdulillah..2bulan gak menganggur baru dpt keje baru. masin sungguh mulut kawan baik saya. katanye insyaallah 2 bln dok umah,mesti dpt keje baru.thanks for your prayer! mcm biasa la..borak2.then kuar plak soklan cepu cemas.
"zura biler lagi?" haaa. kalo soklan cmni..paham2 je la mksud dia. "insyaallah..doa2 la.nk kwin ni sepatutnyer mudah.tp pemikiran masyarakat kita ni,nampak agak ssh..harap2 by end of next yr, dptla.."

hm..pak + mak sedara saya mengiyakan je. mmg betul pn..kang, kalo hidang roti canai kang, ada plak kata tuan rumah tak beradab..hai..cmne nk kawin tu?

"tp takpe la zura..ami dl pn takde simpanan. tp bler nk kawin, byk je jln yg Allah tunjukkan. permudakan utk kita..ni dah bersedia ke? mental kene sedia tau. masak2 kene pandai. jahit baju kene pandai. jaga rumah kene pandai.."
wahhhhhh..masak simple2 tu bleh la.tp nk masak hebat2 tu gigit jari jgk la.hahah.cmne nk kawin ni??jahit?blehla kalo baju terkoyak tu..tp kalo bagi kain ela kat saya then soh saya jait baju sepasang..saya anto kedai je la bang. (kunun ayat sang istri).hahah

ptg around 3+ kami balik umah balik. sbb nak balik kampung kat bukit larang, melaka. tapi..matsaya dah ngntok. esokla sambung cter. kalo igt. haha

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidil adha


salam~

selamat hari raya aidil adha. smuga ibadah qurban kita ikhlas & diterimaNya hendaknya.

how to recover cisco router password - part II

sambungan..

hati berdebar2 nih. dah lama tak sentuh cisco router nih. la ni boss suruh buat inter-vLAN. al nasib al baik bler usb2serial tu tak dpt di detect oleh laptop ku. ahahaha. senangnya dalam hati..

"awak try download driver tu. kalau takde, pegi mines. ada jual driver dia. beli je device tu skali"
"...." alaaaa.. td dpt jgk akhirnyer driver tu. boss sdiri tlg cari. ;p

tp masalah plak. ada pswd. bler ada pswd dan kita tak ingat a.k.a. taktau, kene la recover balik. so arahan boss seterusnya plak adalah "awk recover je pswd dia"
"ok.." semenjak keje sini, "ok" is my common dialog. boss tak ckap pn saya ok kan aje.

so..here goes the configuration to recover the cisco router password: connect to the hyper terminal,
then turn off & turn it on again,
press ctrl + break,
then just let the router load itself..
then, enter below command at the :

rommon 1>confreg 2142
rommon 2>reset (some people say what im doing is hacking the router.. naaaah. im trying to reset or remove the pwsd to be exact)

after few minutes, the router will ask few questions. Answer 'no' to all of the setup questions.
Now can start enter the pswd.
Router>en
Router#config t
Router(config)#ena password newpaswd
Router(config)#ena secret morepswd
Router(config)#config-register 0x2102
Router(config)#exit

pastu
Router#copy run start

last skali
Router#reload
why reload? reload ni actually reboot @ restart router tu, then when the router starts, then only we can start use the new passwd.

okeh.done. haha..ni baru reset a.k.a. recover pwsd. config inter-vLAN biler kale nyer nak buat nih??

how to recover cisco router password - part I

salam~

arini bos sampai lewat..biasaler..boss. apahal plak nk dtg awal kan? dia sampai2 jek terus dtg kat meja saya sampai mghulurkan paperbag
"ni ada cable untuk cisco"
"ok"
"power cord ada boss?"
"cari" hahaha. kene sebijik.

baik..nak g cari la ni.

Wednesday, November 25, 2009

intro

Hi~again..

sigh~ blog ntah yg keberapa ntah sbb blog yg lama, hilang. without a trace.

from now onwards, u http://www.pembuatkopi.blogspot.com will be my diary. org slalu kata, diari tu sesuatu yg rahsia. but for me, this diary is meant for all. sharing is caring kan?

arini, sampai jek opis dah nampak kete bos. awal seeeh. tp dia xdak dlm opis. member saya ckap bos p melaka. owhh.. ok. kire arini enjoy la gamaknyer. tp xde makne la enjoy nyer pon. arini 8 zulhijjah. kan sunnah berpuasa 8 & 9 zulhijjah?

oleh kerana bos xdak, so saya bw la ain (admin) kuar awal. my intention was.. 1) pay bills (opis nyer bill, hoccay!) 2) bukak account maybank-i (skang ni saya ada akaun HSBC - ni ms keje utk MYOB. cimb pn ada, tp utk PTPTN. then skang ada mybank plak..byk sguh acct saya. pasni cadang2 nk bukak saving acct under al-Rajhi plak. meaning to say, balance dlm HSBC akan ku tranfr msok al-Rajhi)

balik je dari opis, bos tak sampai2 lg..hm~ bz la kot (bersangka baik. hahaha)

oh ye.. smalam bos tanya thru YM
"camne dengan studi awak?"
"dah tutup buku la bos, skang sibuk dgn sebut harga.."
"haaaaa??? mana boleh tutup buku. bile ada keje overlap, tengok priority. asgmt yg saya bg, mesti siap"
"OK" haaa. itu je la jwb saya. takkan saya nk jwb pjg2 kot? tu kuajak namanya.

dan disebabkan itu, saya kene stop memblogging. hahahah. studi balik. ccnp. sungguh la kepalsaya dah berkarat.

kalau failed ccnp ni..haih. ada gaya kene prepare resign letter siap2 nih.. aduyaii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...