Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Friday, December 29, 2017

Review: Entopia by Penang Butterfly Farm



23 December 2017

So we went for a wedding reception early that day and my husband says he wanted to explore the Penang area with our little family. 

First thing first, here are some heads up for anyone who wish to visit the place.
  1. Bring enough drinking water and snacks. 
  2. Wear proper attire and walking shoes - no heels! 
  3. Check their website regularly as you might miss good promotion. 
Here are the entrance fee. Be sure to bring along MyKad / MyKid to get the promotion tau.



But there is another family package offered by Entopia which is 2 Adult + 2 Kid for RM129. But wait, if any of you is a Cimb Cardmember, you can get 20% off. 


Ok, more information as per below:
  1. Each group / family will get a map as your travel guide.
  2. Surau, washroom & baby room are provided. There is coway water dispenser in the baby room. 
  3. There's F&B at the outdoor area. Not sure about the price as we do not step foot in it. 
  4. We spent about 2.5 hours in the outdoor area + another 1.5 hour indoor.
  5. So many activities can be done indoor with your kids. 
  6. There's only 1 food stall indoor which is next to the auditorium. They only sell cold drinks and slice of cakes / cookies and popcorn as well as few selection of ice cream. Popcorn alone is RM8 (I remember this because I bought the popcorn).
  7. You may go in and out of the Entopia as long as you still have the ticket (until 7pm).
And now are some picture taken from our visit to Entopia. Enjoy!


Outdoor








Indoor








Some videos worth to share:









Overall, it was worth every penny spent. :)
I bagi 5 / 5 star.





Friday, April 7, 2017

AIA Insurance - Family Plan


[Disclaimer : this is not a sponsored post]

Assalamualaikum,


Harini umi nak kongsi berkenaan insurans yang umi sekeluarga amik. Untuk makluman, sebelum ni kami semua berada bawah "payung" yang berbeza. "Payung" dimaksudkan adalah:

-->
Person Covered
Insurance
Monthly Commitment
Bapak
Life + Medical + Invesment PruBsn
Warisan PruBsn
RM200
RM155
Umi
Life + Medical + Investment PruBsn
Ummah Link PruBsn
RM240
RM56
Adhwa
Life + Medical + Investment Great Eastern
RM135
Atiyah
Life + Medical + Investment Great Eastern
RM140
Total Monthly Commitment
RM926


Dulu kami berhabis RM926 sebulan untuk insurance sahaja. Dan setiap individu mempunyai coverage yang berbeza, dan premium berbeza. Compared to AIA yang sama rata selagi dibawah family plan.

Sekarang, setalah baju diukur  di badan sendiri, kami disedarkan oleh mentor kami bahawa kami spent too much on insurance, maka kami dengan ini bertukar kepada AIA Insurance.

-->
Person Covered
Insurance
Monthly Commitment
Umi + Bapak + Adhwa + Atiyah + tambahan 2 orang anak
AIA Family LifeLink & Plus Saver
RM250
RM333
Total monthly commitment
RM583


Jadi ada lebihan disitu boleh lah disimpan untuk tabungan masa hadapan. 

Lagi maklumat AIA Family plan kami seperti dibawah

Hospital Room : RM150
Person Covered : RM100,000 per year per person
Sum Covered : RM500,000

Untuk maklumat lanjut, carilah agent AIA berdekatan anda atau google lah atau mintak lah rekomen dari sahabat ataupun saudara. 

Ini umi nak rekomen agen AIA :
Amirul +60 12-200 7685 


terima kasih.

 



Wednesday, October 29, 2014

Adhwa Turns 1

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Pada 9 Oktober 2014 anak kami Adhwa Hafiya binti Mohamad Hafiz genap lah setahun usia nya.

Allahu Akbar.
Rasa macam baru je semalam melahirkan Adhwa. Dalam bilik tidur. Atas lantai - dalam keadaan melutut.

Adhwa anak kami membesar dengan sihat.
Ada masa demam, ada masa selsema, ada masa batuk, ada masa kahak. Itu semua bagi membina antibodi yang lebih kuat - Ceeewah. Macam biologist la pulak.

Sewaktu Adhwa berusia 7 hari, Adhwa sedang dirawat di NICU HUKM oleh kerana level demam kuning yang agak tinggi. Pada waktu itu, umat Islam meraikan Hari Raya Qurban.

Tahun ini, pada hari raya Qurban, kami juga bersama-sama beraya dihospital. Kali ini, di Pusrawi. Sebab? Paru-paru Adhwa dijangkiti kuman pneumonia. Adhwa dirawat selama 5 hari. Selama itu jugalah umi dia MC untuk menjaga Adhwa di hospital. Dan selama itu juga lah bapaknya berulang-alik. Besar jasa bapak Adhwa. 5 hari jugaklah bapak tidur di kerusi panjang sahaja. 
Allah. Allah. Sayang suami saya.

2 hari sebelum Adhwa dirawat di Pusrawi, umi nya terlebih dahulu check-in di Hospital Pantai.
Sebab?
Saja-saja. Nak perabis duit.
Giler kau!

Aku kene cirit-birit. Perut over sensitive. Padahal apa yang aku makan, itu lah yang laki aku makan. Tapi laki aku sihat aje. Aku sorang je masalah. Kifarah dosa gamaknya. Insaf. Insaf.

Ke Hospital Pantai sebab dah rasa sangat teruk walaupun malam sebelumnya dah dapatkan rawatan di klinik biasa. Memang kes serah diri je kat hospital tu. 

3 hari jugak la kene berumah tangga di hospital Pantai. Haru.
Suami aku lah bersusah payah. Malam kami tidur di hospital anak beranak. Suami bawak toto bentang di bilik. Adhwa dan suami tido atas toto (lantai).

Aku? Atas katil la of cos. Tapi bukan aku suka pun. Aku terpaksa. Sebab sepanjang 3 hari itu, 6 botol air dimasukkan dalam badan. Boleh bayang banyak mana dan teruk mana keadaan aku di hospital sampai 6 botol air kene masuk?? Nanges cepat!

Pengorbanan suami paling tak dapat aku lupa. Bangun dari tidur, siap-siapkan Adhwa, suami akan hantar Adhwa ke rumah pengasuh. Kemudian dia akan balik rumah untuk mandi dan bersiap ke pejabat. Dan petang akan singgah ambil Adhwa baru ke hospital untuk tidur dan teman isteri di hospital.

Aileviu Abid!

Oh ye. Dan pada harini, setelah Adhwa setahun :

1. Mulut becok.
2. Boleh angkat punggung dan tonggeng. Sapo lah ngajar aku camgini.
3. Suka gigit umi dan bapak kalau kami tak pay attention to her. Aku dah kene gigit kat peha, lengan, bahu, dan lain-lain bahagian. Fuhh
4. So good in imitating her surroundings. Haritu dia amik remote aircond sambil hala tangan ke aircond (konon-konon nak ON air cond tuhh)
5. Boleh berdiri tapi belum ready nak berjalan. Merangkak laju lagi, so takyah jalan la katanya. hehe

Semoga anak umi & bapak membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindunganNya.





Friday, September 28, 2012

Raya... dah basi!

Gambar raya dah basi.. Haritu amik gambar pakai iPad - bajet gambar lawa la kan, but not really. Pix resolution ke lauttt. Anyways, mari menonton :


SMILE! Y'RE ON iPAD CAMERA! (click the picture to enlarge)



 

 







Bobby the Cat!



That's all for now, chiaw!

Wednesday, July 4, 2012

DAURAH FEQAH : Puasa

My husband & I attended this daurah that was held by IKRAM at Masjid Alam Damai - few weeks back.

Speaker adalah Ust Zul, husband to Dr Harlina who is not only a medical doctor, but also Ketua Wanita IKRAM.

Antara yang menarik perhatian, bila Ust Zul mengakui yang dia sekeluarga hampir 4 tahun tidak ke bazar Ramadhan. Ye lah, bila kita lapar, semua benda pun kita nampak sedap. Tapi bila berbuka, banyak mana pun yang larat kita sumbat dalam mulut pun kan?

Aku pun berazam untuk TIDAK ke bazar Ramadhan. Tapi..

mampu ke? dugaan..

ustaz Zul



Antara amalan yang sangat-sangat dituntut sewaktu Ramadhan adalah:
  • Menjamu / menjemput tetamu datang ke rumah untuk berbuka. Amat rugi bagi rumah yang tidak didatangi tetamu pada waktu ini kerana malaikat akan mendoakan kesejahteraan tuan rumah.
  • Melewatkan waktu bersahur.
  • Bertarawikh.
  • Bukan khatam quran yang dikejar, sebaliknya tadabbur itu lebih dimuliakan. 
"Seseorang itu tidak dianggap membaca Al-Quran selagi tidak bertadabbur (menghayati) apa yang dibacanya..." 








Monday, June 25, 2012

Jalan-jalan Bandar Melaka

Jenjalan Melaka.

This time, kami gerak dari rumah around 10 am camtu. Sampai Melaka, kami terus ke Jusco dulu.

Ok, bosan. Keluar cari tempat lain.


Ke Mahkota Parade pulak.
Banyaknyer manusia.

Pun tak best. Keluar lagik.

This time, we headed towards Dataran Pahlawan. Bangunan sebelah je. Ada jambatan yang menghubungkan kedua-dua mall tersebut. Tapi tak jumpa. 

Ok, turun bawah je. Lintas sudey.


Nampak Frutti Tutti. Tetibe hati melonjak macam kanak-kanak 5 tahun. Tarik-tarik tangan suami sambil cakap, "Abid, nak makan tutti frutti boleh?" kene mintak izin dulu sebab batuk dah seminggu.

"Ok boleh" serious cakap, aku terkejut laki aku kata boleh.
"Aik? Boleh?" aku tanya balik. Tadi nak, ni dah bagi, pelik plak.
"Boleh la. CT kan ada duit," sambil gelak-gelak.

cey...

Tapi.. Suami ajak naik atas dulu. Jelajah Dataran Pahlawan tu dulu. So, naik lah kami sampai tingkat 5 mall tersebut. Pening woo. Bukan la happening pun. Banyak jual baju yang amoi-amoi suka pakai.

Sleeveless nyer
Skirt nyer
Singlet nyer
hot pants nye
Gaun la. hape la.

Baju formal ilek.

Naik sampai tingkat 5 - ada MBO - wayang. Pastu turun balik. 

Sampai tingkat 2 ada Revo Archery. Promo RM20 per couple. Menarik.


Tapi helpdesk tak mesra alam. Senyum pun idok. Ada pricelist. 

36 Arrow = RM20. 
24 Arrow = RM14.

Ok, we go for 24 arrow. 12 arrow each.


getting ready

the lane

shoot!






angle lain plak


 senyum pandang suami sambil cakap, "Abid.. ct dah penat,"


Ok, suami sambung untuk 3 arrow terakhir.



                                             aim..                                                      shoot!


Okeh!

Tutti Frutti plak


Jangan tak tau, ini kali pertama kami try Tutti Frutti. Takde apa yang menarik/sedap sangat. Dalam cup "besar" tu je, aku dengan tamaknya isi dengan hampir semua perisa, kasik penuh cup tu.. ala-ala isi Slurpy dari 7-Eleven, sampai kaunter, tengok amoi sebelah, cup isi separuh je. Letas atas penimbang..

hamik kau! RM10.50.

Kami punya? Dah la penuh..

RM25 hokeh! Aku senyum sambil pandang suami. Dengan berat hati cik suami keluarkan wallet. Sempat hadiahkan jelingan tajam kat aku. hoho. ampun yang!

That's gonna be our 1st and last visit to Tutti Frutti.


Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...