Monday, August 26, 2013

Review : Umrah Andalusia

Assalamualaikum,

Rasanya ramai yang refer to my blog about my umrah journey but so little info provided from my previous entry. So here goes :

Selain menunaikan umrah, kami juga mengambil kesempatan untuk berjalan di Istanbul, Turkey. Kenapa Turki? Sebab suami teringin ke sana, sebab selalu baca di website Ustaz Hasrizal berkenaan berkembangnya Islam di Turki.

Agensi : Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Harga Pakej (Berdua) : RM7,290 x 2 pax = RM14,580
Route : Subang - Singapore - Istanbul - Medina - Jeddah - Istanbul - Singapore - Subang.

We are in a group of 40, and basically Andalusia SHOULD HAVE a representative / wakil from their agency to accompany us. Tapi, last minute tak dapat datang sebab ada kenduri kawen katanya. 


Things to note :

1. Kursus Umrah dibuat setiap Sabtu & Ahad - anyone can come and join the class for free. Tapi disebabkan this class is open to everyone, every class pun sentiasa penuh. Even banyak bakal jemaah yang duduk di tangga sahaja.

2. Dont put high expectation on the luggage. The zipper can easily rosak.

3. Air zam-zam will be given on your last flight to Malaysia - 10Liter each.

Review - Subang to Changi Airport :

Kumpul hari Jumaat. Kalau perati.. memang kitorang pun dah tau "itu group kita, yang itu pun group kita.." sebab hampir semua 40 orang jemaah pakai beg yang dibekalkan - bright blue luggage.

Berlepas jam 3.10 petang.
Airplane : FireFly
Kalau korang penah naik firefly, korang tau la macamana keadaan airbus ni. Sama macam naik bas. Comel je seat dia.

Tiba jam 4.20 petang.
Changi Airport
Sampai je Changi Airport, kami semua terus dapatkan trolley utk tolak luggage masing-masing. Masa ni la baru kami nak kenal ramah mesra dengan jemaah dari group kami. Pakcik makcik pun ramai.
Dari airport ni, kami kene naik train untuk ke International Departure. Masa ni memang kelam kelibut sikit sebab masing-masing pun sentiasa nak pastikan pakcik-makcik tu tak hilang.

Sampai di Departure Hall ni.. masing-masing dah start berpecah. Seat pun walaupun banyak, tapi flight kami ke Istanbul hanya pada jam 1230 malam.. Bayangkan berapa jam kene stay situ. Perut masing-masing dah lapar. Dan kami dimaklumkan cuma ada 3-4 buah restoran sahaja yang ada pengesahan HALAL. Salah satunya adalah KFC. Dan bear in mind.. currency kat sini berganda compared to Malaysian Currency.

Aku dan suami takde pilihan lain, KFC je pun yang kami kenal. Lagi 2-3 restaurant tu kami tak tau nak carik sebab kat situ luas sangat. Dan kami lapar giler. Makan je kat KFC - janji halal kan?

Memandangkan flight kami lambat lagi.. kami duduk di satu sudut dengan jemaah lain. Ada yang dah merewang, ada yang tengah tidur, macam-macam lah. Nak solat pun ada yang solat je penjuru sebab surau jauh dan agak sempit.

Review - Istanbul :

Basically, I have nothing to complaint for this journey to Istanbul as Andalusia ada team-up with Istanbul's agency. Our tourist guide - Ali is a very nice guy and he tried his best to speak Malay (once a while).

Dont expect too much on the food tho! They rarely eat rice. Makanan ruji mereka adalah roti. 

Review - Medinah :

Journey from Istanbul was okey - sebab kami naik Turkish Airlines.

Hotel : Andalusia Mubarak Silver
Sampai di Medinah, kami naik bas dan terus ke Hotel. Walking distance je dari hotel ke Masjid Nabawi. Dalam 10 minit plus / minus.

Food : Catering by Andalusia.
Breakfast : Nasi Lemak
Too many jemaah, which caused some of the jemaah tak dapat makan. There is 1 morning where jemaah dah queue for breakfast (nasi lemak), and then the caterer said, "Sorry, nasik dah habis,"
And we all like.. what? takkan tak masak lain? sebab sambal / timun / etc masih banyak, plus manade makanan lain yang disediakan. Except for milo panas.

Lunch / High Tea : Nasi campur 
Again, too many jemaah agaknya, some of the jemaah tak dapat makan. In fact, banyak yang terpaksa makan nasik kosong sebab lauk habis.

Dinner : tak ingat makan apa. But same thing happen.

Review - Journey from Medinah to Mekah :

By bus. We are all in our telekung / ihram outfit. 
Stop by di satu some sort of R&R to have our dinner (nasik talam). A good one really.

Review - Mekah :

Hotel : Elaf Hotel (700 - 900 meter)
Sampai di hotel jam 11.00 malam - bear in mind, kami masih dalam ihram. Kami dinasihatkan simpan luggage dalam bilik dan turun semula jam 1 pagi untuk membuat umrah yang pertama.

Naik bilik (level 7 kalau tak silap), terkejut gila bila bilik masih belum kemas. In fact, almost all rooms di floor tersebut belum dikemas dan belum sedia untuk dimasuki. Each floor ada more than 50 rooms! Kami tunggu diluar tapi masih belum nampak ada sesiapa untuk kemas bilik. In fact pakcik sebelah bilik kami pun dah turun naik jumpa pengurusan tapi masih takde tindakan.

Jadi kami semua kumpulkan beg dalam bilik dan kunci. Sebab its about time for our first umrah. So off we go.

Jam 3 pagi.. kami selesai umrah pertama, nak balik rehat dalam hotel. TAPI bilik masih tonggang terbalik. Bilik sebelah-sebelah pun begitu. Untuk hari pertama, kami buang masa di LUAR bilik. Tak sempat nak rehat.

Pagi tu (lepas subuh), suami sempatla bercakap dengan mutawwif Andalusia, nak mengadu la kononnya. Tau apa mutawwif tu cakap? "Sabar je la, ini dugaan di Tanah Suci.." Wah wah wahhh, kalau service tip top takpe la nak sabar. Ini terabur! 

Food : Prepared by Indonesian.
There are good and bad days. Macam di Madinah, ada makanan tak cukup. But here, boleh la kata WORST! Banyak jemaah jumpa rambut dalam lauk. Aduhai.. hilang selera makan.
Ada satu hari tu kami semua food poisoning!

Ziarah : 
Hari tu kami dijadualkan untuk ziarah. Ada bas dah tunggu dan bila kami naik, ada group jemaah lain yang duduk. Almost full! Kita tak kisah kongsi bas, tapi kalau berdiri the whole time, kesian la kat pakcik makcik kan? 
Jadi group jemaah tu turun dan kami semua dapat duduk. Tunggu dalam 30minit.. ziarah dibatalkan. Sebab takde driver. Like ... ??

Kami dijanjikan 3x umrah. Tapi yang dibawa tak sampai 3x dan kami pun dah jadi tak kisah.

Review - Journey back to Jeddah Airport :

Kami dimaklumakan, berat luggage yang dibenarkan dari sini ke Istanbul adalah 30kg setiap beg. Tapi dari Changi ke Subang, berat yang dibenarkan adalah 20kg sahaja. Jadi, kebanyakan jemaah terpaksa mengosongkan luggage mereka, meaning : kain ihram ditinggalkan saja di Mekah. Lain-lain peralatan juga terpaksa ditinggalkan asbab nak elak kene penalti kalau lebih 20kg.

From Mekah to Jeddah Airport :
Naik bas yang ku kira sangat kecik berbanding bas yang kami naik waktu datang sini. Jadi luggage jemaah tak muat. Berjam-jam jugak la cuba muatkan jugak luggage tu semua. (Luggage tu semua dah dikurangkan isinya).

Review - Jeddah to Istanbul to Changi:

Turkish Airlines. As said, nothing to complaint.

Review - Changi to Subang :

Airline : FireFly
Same condition. Nothing to complaint about.

TAPI, kami dimaklumakan yang luggage bagi jemaah haji adalah 30kg. Ahhh sudah.. kesian nye pakcik makcik yang dah kosongkan luggage siap ada terpaksa tinggalkan buku-buku yang dibeli di Mekah. Allahu.. Kan senang kalau dimaklumkan awal-awal.. :(

Kami sangat rindukan Mekah. Sangat rindukan Madinah. Tapi service dari Andalusia made us look like we are the bad guys - macam tak reti bersyukur la maksudnya. Sebab kompelin sana sini. The thing is.. kami complaint service Andalusia itself. Bukan keadaan di Tanah Haram / Madinah. In fact, umrah yang dikatakan nak dibawa 3x tu pun tak cukup. Most of us pergi buat umrah with our own expenses dan sampai satu tahap, kami tak ikut pun the schedule yang diberikan. Sebab jarang sangat jadual tu diikuti. Mutawwif entah ke mana, jemaah entah kemana.

Overall, we're happy with Mekah & Madinah - of course. But not with Andalusia services. Totally the worst thing ever. They have to consider all jemaah especially the eldest one. Makcik pakcik dah tua sangat2.

Terus terang, aku dan suami sangat terkilan dengan servis Andalusia. Sangat teruk. Mungkin sebab mereka ada nama besar.. dan flight dari agensi ini boleh nak kata 1 hari 1 flight terbang ke Jeddah, maka servis agak kureng gitu.

Ada baiknya Andalusia perbaiki kelemahan mereka. Kesian pada mereka yang bayar servis mahal tapi yang diberikan adalah sebaliknya.


Rating : 3.5 out of 10. (Seriously)


126 comments:

Anonymous said...

salam kak, baru ingat nak pegi dengan Andalusia. mcam tak jadi pulak after reading your reviews...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aladin said...

Nak pergi boleh, tapi try la google lagi maybe service diorang dah improved ke.. tapi as for me, rasanya itu lah 1st and last kami guna khidmat Andalusia.

Diorang kurang kakitangan, tapi terlalu byk permintaan, maka ramai yg terabai.

Unknown said...

Nak tanya sikit hotel mubarak silver provide towel tak. Tk

Unknown said...

Nak tanya sikit hotel mubarak silver provide towel tak. Tk

Aladin said...

Ada seingat saya sbb saya tak bawak towel pun masa pergi umrah.

Aladin said...

Ada seingat saya sbb saya tak bawak towel pun masa pergi umrah.

Anonymous said...

andalusia byk promosi tempat lawatan kat mekah tp tak dibawa melawat pun-promosi benda tak ada

Aladin said...

Betul tu. Kami dijanjikan melawat Kilang Al-Quran, Ladang Kurma, dll.. Tapi tak bawak pun :(

Anonymous said...

Ari tu sy pergi dgn zahafiz tersangatlah ok , umrah free 7kali. Makanan berlebihan dn pakej tu siap bw kami jemaah berjalan di luar kota mekah.

Aladin said...

Itu lah.. silap saya bila saya amik pakej paling murah, kemudian bersandarkan pada nama GAH andalusia.
Menyesal sebab pilih Andalusia.
Paling indah hanya bila menjejak kaki ke bumi Mekah & Madinah. :)

Anonymous said...

mak saya bru je blk umrah dgn andalusia mggu lps. dr cerita2 dia.. nmpk dia sgt berpuas hati dgn servis andalusia. dan berniat utk bersama andalusia lg klu ada rezeki utk umrah @ haji akan dtg.. :)

Aladin said...

Alhamdulillah kalau servis Andalusia dah improved. Tapi personally, saya sekeluarga akan cuba elak dari gunakan khidmat Andalusia. Sekali terkena, memang kami cukup berhati-hati.

Saya berharap sangat Andalusia dah menambahbaik servis mereka. Demi kebaikan pengguna / jemaah yang telah membayar untuk khidmat mereka.

Anonymous said...

Saya batu balik semalam 13.3.2104.mutawwif dan andalusia tidak mengecewakan langsung..makanan berlebihan.umrah bagus.lawatan bagus..semua alhamdulillah...

Anonymous said...

Mutawwif banyak membantu.walaupun masa agak terhad kerana kami transit dan ziarah oman tetapi mutawwif kami pandai membahagikan masa..tiada langsung yang terabai.jemaah semua happy termasul saya.apa yg dijanjika semua ada.

Aladin said...

Alhamdulillah jika begitu.

Aladin said...

Alhamdulillah, semoga servis Andalusia semakin bagus dan tidak mengecewakan.

Anonymous said...

Sy prnah ikut Pakej Andalusia akhir Ramadhan 2010. Biasa sj sbb sy abik hotel Hijaz yg dkt Maajidil Haram. Skrg hotel tu dh d robohkn. Slepas stiap tahun sy pergi umrah dgn Pakej berlainan, biasa lh kalau lari dr itenery tu. tapi umrah baru2 ni 24hb jan 2014 sy n suami ikut Pakej Harun Seth dr Klang. The worst. We paid rm7500 sorg,2 org sebilik Tanpa mkn. Pakej tu spatutnya 8 Mlm d Mekah n 2 mlm d Madinah. D Mekah ,hotel Pullman d ZamZam tower n d Madinah hotel 5 star. Bila nk blepas k Mekah ms d Klia ,kami d bagitau hanya 5 mlm d Mekah n 5 mlm d Madinah . Hanya sbahagian jemaah dbagitau. Ketika d Mekah kami x ikut itenary sbb kami dh biasa, kami pergi sendiri utk niat umrah. Ada lh kami dgar mcm2 ceta dr jemaah yg x puasht dgn pengurusan Syt ni. Hari 5 bila nk btolak k Madinah kami dbagitau oleh group leader ,tiada bilik d Madinah walaupun dh d tempah, kononnya org Arab bg pd Syt yg byar lbih , so kami kena pg k Jeddah utk 2 mlm. Bg kami stupid excuses. Kalau dh byar pnuh knapa tempahan di batalkn. Dn mulalh dikatakn semua ni adalh ujian Allah utk jemaah. Slepas 2 mlm d Jeddah,kami k Madinah. Btolak Slepas jumaat spai d Madinah 10 mlm. Kami di bw k hotel Mubarak apartment n suites. MasyaAllah bila masuk bilik, terkejut beruk kami, dgn bilik yg tak di kemas, keadaan bilik mcm hotel murah d chow kit ,yg Tv nya spt zaman 70an dulu, tiada peri sejuk. Bila d Tanya pd group leader !jawapan klisenya kami hy group leader , yg mengurus semua ni adalh Syt Harun Seth. Bilik air pulak d luar bilik. Maknan d sediakn oleh Indonesian. Very bad. Kesian jemaah yg 1st time mgrjakn umrah n mgalami masalah kesihatn,kami amat kecewa dgn Syt ni. Bkn kami minta layann 1st class, spatutnya kami dpt dgn apa yg kami byar. D hotel ni kami jumpa dgn jemaah dr Malaysia blainan Pakej, harga Pakej mereka kurang dr 6k sj. Pengalaman dgn Pakej Harun Seth buat kami dh serik . Bila balik k Malaysia sy cuba bcakap dgn tuan punya Syt, ingin btya knapa sume ni tadi. Dia bkn nk minta maaf atas apa yg blaku just bg stupid reasons. Ssiapa nk pergi umrah carilh Syt yg bdaftar dgn Tabung Haji,senang kalau blaku apa2 kita bleh buat aduan terus pd Th. Carilh Syt yg benar2 btgjwb. Sy Pernah pergi haji n umrah dgn Syt KSB,BATTUTA,CSH HOLIDAY,ANDALUSIA,TWO ONE HOLIDAY(2x) dan HARUN SETH yg pling truk.






awwad communication said...

SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY
Assalamualaikum W.R.T
http://awwadcommunication.blogspot.com/
SIM Kad Arab Saudi MOBILY khas untuk Jemaah Umrah Malaysia yang diedarkan Oleh Awwad Communication dijual harga RM 45.00 dan mempunyai nilai kredit SAR 35.00 & DATA INTERNET 50 MB YANG BERNILAI SAR 5.00.
Tempoh sahlaku kad selama 120 hari dari tarikh pengaktifan sebaik sahaja Jemaah tiba di Arab Saudi.
Kami mengenakan caj tambahan RM 6.00 bagi kos perkhidmatan Pos dan kurier.
Pihak kami juga ada melakukan penjualan dan penerangan secara terus kepada Jemaah di lapangan terbang KLIA/LCCT sebelum mereka berangkat mengerjakan Umrah.
SIM Kad Umrah adalah untuk kemudahan anda sepanjang berada di tanah suci.
Dapatkan lebih penjimatan panggilan ke Malaysia sehingga 70% sekiranya anda mengaktifkan nombor panggilan favorite anda. Sila ikuti arahan dan maklumat di bawah.
Kadar panggilan tempatan adalah SAR 0.55 / minit dan SMS tempatan dan atarabangsa (ke Malaysia dan lain-lain negara) adalah SAR 0.25 / minit.
Untuk maklumat lanjut tentang kadar panggilan, sila layari www.mobily.com.sa
Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Arab Saudi MOBILY, Sila berhubung dengan Sdr Adam di talian 012 2537106.

KELEBIHAN MEMILIKI SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY KHAS UNTUK JEMAAH UMRAH.
Setiap SIM KAD telah didaftarkan.
Siap dengan ID no untuk urusan tambah nilai.
Baki credit yang cukup banyak SR 35.00
Free 50 MB Data. Tak perlu bersusah payah untuk menambah nilai bagi membeli data.
10 minit International call.
Disertakan juga no telefon untuk kemudahan waris menghubungi Jemaah ketika di tanah suci.
Hanya perlu masukkan sim kad ke dalam telefon dan boleh terus guna.
mengelak kan di tipu oleh penjual-penjual sim kad di airport Arab Saudi. (boleh rujuk pada mereka-mereka yang pernah ke sana).

Anonymous said...

biasalah, servis adakalanya ok, adakalanya x ok...
tapi harap2 majoriti servis Andalusia tu ok..
ape pun, saya sekuarga akan gi ngan Andalusia hujung tahun ni... Insya'Allah...

Anonymous said...

saya baru balik 15 mei 2014,ustaz iskandar muda nasution memang best (andalusia)

Anonymous said...

Saya baru balik smlm, ambil pakej biasa dgn andalusia.. Tiada apa2 masalah dgn mutawif tapi malangnya hotel yg kami tggal berada dlm keadaab yg teruk. 1) mubarak silver, madinah- kotor sgt. Ada makanan reput dan tulang ayam bawah katil. Selimut pulak seperti lama tak dicuci. Masa makan pulak selalu tamat awal dr jadual. 2) heraa palace, makkah- smoking is allowed in the hotel. Sangatlah tak sesuai utk jemaah yg mpunyai asma since theres no air ventilation. End up baju/tudung/ telekung berbau rokok dlm pjalanan ke masjidil haram. Satu hal lagi, kami dpt bilik dgn air cond yg rosak, bunyi mcm enjin bot lama. Memang pd awalnya tak kisah, tp melihatkan ayah yg tua tido/rehat tak selesa... Hmm.. Selepas 3 hr complain br pihak hotel ambil tindakan itupun we had to burn our time waiting for the aircond to be repaired. Takleh tggal mcm tu je. Memang bukan salah andalusia. Its the hotel management. TAPI, pihak andalusia kena bertindak lebih awal drp ni. Takkan biarkan saja hotel allow smoking dlm hotel? Sedangkan almost all the rooms is occupied by andalusia customer, andalusia hv the rights to demand from hotel management. Its about time for andalusia to know the difference between 'ujian di tanah suci' dgn 'menyusahkan jemaah'. Tak rugi pun kalau pihak andalusia memudahkan jemaah,tak perlu pun sebut 'ujian ni'. Be professional.

Aladin said...

Allah..
seharusnya agensi umrah ni bagi priority pada jemaah, kita datang buat ibadah, bukan pergi berhibur.

Aladin said...

Betul, adakala servis okey, adakala tidak.
Tapi kita ikhtiar dapatkan yang terbaik. Kita pergi untuk ibadah.

Kalau saudara/saudari dah nekad nak pergi dengan Andalusia, saya doakan mudahan Allah permudahkan.

Moga tak dapat pengalaman macam saya. :)

Aladin said...

Mutawif ka tu? Mutawif kami student Indonesia, tak ingat nama (dek kerana marah dgn servis depa) huhu

Aladin said...

Allah Allah
perkara penting bila buat umrah selain ibadah kita adalah penginapan (pada saya). Memang masa di Madinah, level untuk cafe tu kecik sampai jemaah dibenarkan bawak makanan naik ke bilik. Asal naik bilik je, nampak byk sgt pinggan didepan pintu2 bilik hotel.

Sepatutnya pihak hotel tu dah kemas semua sebelum bagi jemaah check-in kan?

Keselesaan hotel tu pada saya sangat penting. Waktu saya ke sana, water heater rosak (masa tu suhu 16 darjah celcius), jadi nak mandi cuma ada air sejuk dan terketar2 jgk la. Mujur la saya ni masih muda. Tahan saja lah.

Tp macam yg saudara/saudari cakap tu, org tua, air cond plak masalah, bilik tak selesa, bau rokok.. Allah.. jauh lagi besar dugaan berbanding saya.

Andalusia sepatutnya take note pasal hal ni. Like you said, be professional.

Unknown said...

thn pls sy pergi umrah dgn andalusia.alhamdulillah semuanya ok dan sy sgt berpuas hati dgn hotel dan mutawwif yang membawa kami.dr malaysia kami dia bawa oleh mutawwif malaysia, tetapi smpai di madinah kami dipecahkan kepada 2 kumpulan disbbkan group kami terlalu ramai dan sy dpt mutawwif indon iaitu group ke 2.alhamdulillah mutawwif indon yg sy dpt sgt baik dan sgt membantu.kami lgsg tdk diabaikan dan kebajikan kami sgt dijaga.selalu bertanya klu kami ada masalah.sy sgt bersyukur dan segala urusan di tanah suci dapat dijalankan dgn mudah.mybe lain org lain pengalaman yg mereka terima.sy harap jgn la kita dok menyalahkan agensi yg membawa kita atau mutawwif, tetapi kita kenalah melihat dan muhasabah diri kita sendiri.anggaplah semua itu ujian kita di tanah suci mekah.bagi sy, saya sgt berpuas hati dgn andalusia dan mutawwif2nya dan insyaallah umrah dan haji yang akan datang pun saya akan pergi bersama dengan andalusia.

Aladin said...

Alhamdulillah juka mummy Raudhah berpuas hati.

Macam saya jelaskan dalam review saya, this is merely my personal review/thoughts and is totally based on my own experiences.

Agensi seperti Andalusia mempunyai nama yang cukup gah. Seharusnya isu-isu ini tidak timbul. Ujian di Tanah Suci - ye, tidak dinafikan. Tapi Andalusia memainkan peranan besar dalam hal ini termasuklah penginapan dan keselesaan jemaah.

Dan seperti saya nyatakan juga, seboleh-bolehnya saya mahupun ahli keluarga saya akan cuba mengelakkan dari sebarang urusan dengan Andalusia di masa akan datang.

Semoga menjadi pengajaran kepada Andalusia dan agensi diluar sana.

Anonymous said...

salam. saya telah pergi umrah 1 tahun 2009 dgn TH Travel.Tahun 2011 saya pergi haji dengan Andalusia.Tahun 2013 sekali lagi pergi umrah dgn Andalusia. Masing-masing ada bahagian masing-masing yang telah Allah aturkan.Sebelum pilih travel solat istiqarah dulu.Apa keutamaan nak hotel dekat ka,nak hotel selesa ka, nak pengisian amalan di sana ka, nak tambang murah ka, nak pergi pakej ziarah umrah ka atau ada apa lagi tujuan kita . Ada orang 2 in 1 lah,3 in 1 lah. Umrah 1 sgt penting,pergi lah dengan hati bawa dosa yang byk untuk penyucian jiwa...insyaallah..kita tak akan rasa tak puas hati kerana masa kita full di masjid dan blk hotel untuk tidur dan bertukar pakaian tak ada masa pun nak buka tv... masa 24 jam tu sekejap sahaja.Semua travel ada masalah.Ada travel masalah pengangkutan ,ada yang masalah jarak,bilik kecil,kipas angin rosak,air cond rosak dan 1000 mcm masalah.Bila pergi sana kita kan bermusafir..sebelum keluar dari rumah sunat solat musafir..jd pahala dan ganjaran yang sangat besar kepada org yang musafir lebih2 lagi musafir kita ke sana.Bila musafir letak tepi keselesaan...doa byk2..nak cari keredaan Allah...insyaallah..pergi dgn travel mana pn...Allah akan bagi mudah...


Anonymous said...

Aladin kena byk muhasabah diri.perlu ada ilmu yg cukup untuk buat umrah dn haji.bukan setakat duit sj yng cukup.bila kita ada ilmu yg cukup ..apa sj kekurang di mekah dn madinah kita tak melompat.kita tenang sj kerana kita pergi sana adalah tetamuNya..rabbi ya sirr..

Aladin said...

Allah Allah.
Pengalaman inj untuk dikongsi. Kurang lebih itu untuk makluman pihak agensi untuk ambil maklum.

Saya berkongsi pengalaman. Ikhlas. Tidak riak. Tidak menunjuk-nunjuk. Duit pun atas ihsan Allah. Melompat atas kesilapan agensi.

Aladin said...

Saya dan suami tak tgk pun tv. Tapi kalau dah katil pun berlemuih nak baring pun tak sanggup. Kita nak berehat lepas balik dari masjid kan? Bukan 24hrs di masjid kan?

Most of the time, yes. But not 24hrs.


Anonymous said...

Saya baru juga balik dari menunaikan Umrah menggunakan perkhidmatan Andalusia. jemaah yang pergi bersama saya masa itu ada dalam 10 buah bas yang di bawahan Andalusia. Cuma yang tak seronoknya di Hotel Mubarak-Madinah ni kantin kecil, masa makan agak terhad.memang terkejar2 masa nak makan.satu lagi yang sy rasa pihak hotel tak patut buat adalah mereka kunci lif masa waktu puncak.nak tunggu lif naik turun dekat 30 minit.bagi yang muda tu memang tak ada masalah kalau nak naik tangga.tp yang berkerusi roda tu mmg jenuh nak tunggu lif masa nak pergi balik masjid dan juga masa makan.kemudian bagi saya sepatutnya Andalusia ni kena letak lebih ramai kaki tangan di Mekah dan Madinah supaya bila ada apa-apa yang berlaku senang untuk jemaah rujuk. kami bernasib baik sebab Mutawif kami jenis yang baik dan bertanggungjawab. memang dia banyak membantu kami sebab kebanyakkan jemaah yang bersama kami adalah kanak-kanak dan orang tua yang berkerusi roda.tiba di Mekah kami memang tak ada masalah. Alhamdulillah semuanya baik dan berjalan dengan lancar.cuma waktu pulang di Airport Terminal Haji tu cara pembahagian boarding pass dan passport dah jadi kacau bilau dan berterabur.kena lama menunggu untuk dapatkan passport dan boarding pass sebab Andalusia kekurangangan kaki tangan sampaikan ada beberapa orang jemaah pula yang tolong membahagikan tiket dan passport para jemaah. selain dari itu, kami tak menghadapi apa-apa maslaah yang teruk.Alhamdulillah...

nik said...

alhamduliliah saya baru pulang dgn pakej andalusia pada 7 jun 2014. Kalau diberi pilihan akan datang saya tetap akan membuat pilihan yang sama. Cuma harap2 ada hotel yang lebih dekat sikit untuk kita lebih senang beribadat.

nik said...

syukur sangat group kami dapat mutawif indonesia yang bagus sangat. Ilmunya banyak dan selalu memberi penerangan sepanjang lawatan dan perjalanan. Katanya sudah 6 thn dgn ANDALUSIA . student di mekah. Namanya kalau tak salah zulkarnain.

nik said...

saya dan saudara yg pergi ke sana dah tidak peduli sangat ttg tv ke, aircond tak sejuk ke, bilik kotor ke... sebab kita fokus ke masjidharam sahaja.. dengan ANDALUSIA pun kita tinggalkan . buat aktiviti sendiri lagi senang utk kita yg mengejar tinggal disitu untuk beberapa hari sahaja. Kita hanya mengikuti andalusia utk 3 umrah sahaja... lepas tu sendiri2

Anonymous said...

Jangan biasakan diri bersunggut bila pergi umrah..pupuklah sabar sebanyak mungkin sebagai latihan bila kerjakan haji.Kalau umrah pn tak boleh terima kekurangan...apatah lagi bila kerjakan haji...berpuluh kali ganda tidak selesa bila di arafah.3 ..kemahnya..sejengkal dari kepala,panasnya..Allah yang tahu, di muzdalifah...ha,,habuknya..duduklah awak di padang seluas2 tu, nasiblah nyamuk ka hujan ka mana ada bumbung ,...selagi tak di arah ke
mina..di mina 3 malam...setiap kemah beratus orang..mcm2 ragam., berhimpit di situlah tempat solat,disitulah tempat makan disitulah tempat tidur...disitulah tempat tukar baju !! nak ke bilik air d 3 tempat tu...perlukan kesabaran yagn sgt tinggi..beraturnya berjela..8 bilik air utk di kongsikan 2000 org...bayangkan...jgan byk bsunggut..semasa p umrah...sabar byk2..ganjarannya esk ni bila pergi haji.bila kita harapkan yg terbaik minta dgn Allah..doa dgn hati....pergi umrah blh lah pilih travel agen...kalau haji pergi dgn muassah ada masalah juga.ada duit byk pilih pakej berapa ramai yg bersunggut ...semua ada masalah...Allah uji semua hambanya...tapi kalu kita jenis diam dn faham..tak bsunggut hanya serah pd Allah semua urusan insyaalah...bila lps kerjakan haji...kesannya subhanallah...percayalah...satu lagi Allah akan tutupkan aib kita bila kita tidak byk bsunggut..

Anonymous said...

Nak tumpang tambah..haji ..seronoknya haji..wpun mcm2 dugaan di 3 tempat tu...tapi kalau blh sya nak pergi lagi...ya...setuju sgt2...kena sabar byk...umrah sgt berbeza .saya pergi hj dgn andalusia...jgn anggap bila kita bayar mahal service nak setara,...tu dah kira tersasar..yg penting pengisian haji yg di bawah oleh ustaz2 dan ustazah2 setara dgn harga...saya yg bengap ni pn terkesan dgn bimbingan ust dn ustazah...semuga andalusia akan lebih maju ....

Unknown said...

Sy baru balik umrah dengan Umrah Andalusia.. SV 19 May 2014. Sgt berpuas hati.. mungkin diorg dan improved. Kami dijaga rapi dan hanya Allah yg dpt membalas jasa baik mereka. Ni pun tengah kumpul duit .. nak pergi lagi.. dan semestinya dengan Andalusia.. kalau perlu apa2 maklumat... atau tips sebelum ke Tanah suci.. boleh email sy... ain.hgs@gmail.com

Anonymous said...

Saya baru balik pakej umrah Andalusia 2 minggu lepas..
Few comments yg sebenarnya Andalusia kene improve, sbb bila compare dengan agensi lain, harga sama tapi diorg provide servis yang lebih tiptop.

HOTEL - di Madinah overall ok. Di Mekah kami menginap di Hotel Malak Ajyad, agak jauh dengan Masjidil Haram. Diorg tak provide wheelchair secukupnya. Kesian kat atuk saya tak dapat nak pegi masjid setiap waktu sbb wheelchair tak cukup, nk menapak ke masjid mmg atuk dh tak larat sgt dh sbb batuk dan dh nk demam. Bilik/persekitaran dalam hotel di Malak Ajyad juga agak kotok (pinggan tak dikutip/sampah tak dikutip/ floor servis kurang)

MAKANAN - Indonesian foods for both at Madinah dan Mekah. CUMA... masa/waktu makan tu agak tak berapa sesuai. Lunch selepas Zuhur, Dinner lepas Isya'..kebanyakkn jemaah dh kelaparan sebelum pergi solat Maghrib. Menjadikan kami yang nk beriktikaf lebih lama di masjid lepas Isyak terganggu sedikit dengan kelaparan.

ZIARAH - Ada beberapa tempat ziarah dicancel (Ladang Unta dan Kilang AlQuran (sbb tutup))..dan bbrp tempat hanya lalu sahaja...Tapi yang peliknya dikenakan lagi pulak cas 25riyal seorang utk sesiapan yg nk turun melawat the next day.

CAS-CAS Tambahan : Mutowif dlm bas cas 300riyal utk umrah bagi yang perlukan khidmat wheelchair. Setibanya kt Mekah (sembang2 dgn mutowif yg lain/org2 kt hotel) harga upah tolak cuma 250riyal.
Khidmat troli di Lapangan Terbang Jeddah (mutowif cas sampai 15riyal seorang masa dlm bas) bila dah sampai airport, tgk kt tmpt penjaga troli tu cuma 10riyal. Bukannya setiap org dpt satu troli, ni satu troli sampai 5/6 luggage besar. Terfikir banyaknya cas..

Bukan berkira sgt sya ni, cuma terfikir kita bayar agak mahal ~RM6900 seorang tp ada pula additional charge yang saya rasa sepatutnya pihak Andalusia dh bayar dan arrange awal2. Especially keperluan untuk warga tua yang memerlukan wheelchair. In comparison dengan agensi lain, diorg boleh dapat hotel di Mekah dekat dengan Masjidil Haram, umrah ada yang sampai 5/6 kali..

Allahua'lam. Hope they improve lagi lebih2 lagi musim peak org buat umrah (Mei/Jun)

Anonymous said...

Assalamualaikum, Saya nak bagi komen sikit menganai Andalusia ni..Bagi saya Andalusia ni servis dia memang teruk sangat...indah khabar dari rupa...Baru-baru ini ibu saya dan ahli jemaah yg lain menggunakan agensi ini dan mengambil pakej penerbangan Saudi Airlines pada bulan Jun 2014 walaubagaimanapun tertunda sebanyak 2 kali kerana tidak mendapat kelulusan visa dari Arab Saudi,yang ini saya paham kenapa tertunda perjalanan ke Jeddah..Itu diluar kuasa Andalusia..Yang mengecewakan saya bila tarikh sebenar nak ke Jeddah ,staff Andalusia tidak memaklumkan kepada ibu saya dan saya mendapat tahu tarikh penerbangan ke Jeddah melalui ahli jemaah yang lain yang menelefon saya.Untuk kepastian saya menelefon Andalusia dan agensi itu mengesahkan tarikh itu untuk penerbangan ke Jeddah dengan menaiki Airasia Airlines..Adakah ini polisi Andalusia tidak memaklumkan kepada pelanggan nyer ???Bila saya bertanya mengenai perkara itu staff itu bagi tahu yang dia tidak ada kesempatan menelefon ibu saya kerana dia terlalu banyak nak urus kan visa yang luluskan oleh Arab Saudi.Yang menjadi persoalan disini,sekirannya saya tidak menerima panggilan dari ahli Jemaah yang lain, sudah tentu ibu saya terlepas penerbangan. Bila berada di sana ahli jemaah terpaksa kongsi bilik seramai 5 orang sedang kan dalam pakej ibu saya cuma 4 org sahaja. Bukan berkira sgt sya ni, cuma terfikir kita bayar agak mahal RM 5990.00.Selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah,saya menelefon Andalusia untuk bertanya mengenai status refund money, ini adalah kerana pakej asal sepatut nyer menaiki Saudi Airlines tapi menaiki Airasia,Staff Andalusia bertanya adakah ibu saya sertakan akaun bank semasa pendaftaran tempoh hari tu, saya bagi tahu tidak sertakan kerana waktu pendaftaran hari itu staff Andalusia mintak..Soalan saya sekarang kenapa staff agensi itu tidak ada insentif langsung utk membuat panggilan kepada para ahli jemaah nyer untuk proses refund itu...sehingga saya yg membuat penggilan dan bertanya baru lah staff tu bagi tahu hendak nombor akaun bank bagi proses refund.Bagi saya inilah 1st and last saya menggunakan perkhidmatan agensi tesebut dan tidak akan "Introduce" kepada kenalan saya.........

Aladin said...

Alhamdulillah..

Aladin said...

Alhamdulillah. Semoga Allah pemudahkan.

Aladin said...

Masalah dengan orang kita, selalu dimomokkan dengan "terima lah semua dengan hati terbuka, sbb itu ujian Allah,".. Sampai bila nak TADAH dan terima sahaja?

Seperti saya maklumkan, saya review berkenaan Agensi Andalusia itu sendiri. Bukan Tanah Haram. Sila baca dengan mata dan hati yang terbuka.

Adakah ini bermakna bila satu-satu pihak dengan sewenang-wenangnya menyusahkan kita, dan bila kita menceritakan itu dikatakan aib? Itu sekadar pengkongsian - review. Kita sebagai pengguna berhak memilih yang terbaik. Buruk baik Allah juga menentukan.

Moga manfaat.

Aladin said...

Alhamdulillah jika demikian.

Aladin said...

Allah..
Rasanya apa yg saudari/saudara sampaikan memang betul2 seperti keadaan kami Feb 2013 haritu. Cuma nasib baiknya bila masalah troli itu memang tidak wujud di Jeddah, tapi di Lapangan Terbang Turkey.

Semoga khidmat Andalusia diperbaiki lagi.

Aladin said...

Wsalam wbt,

Keadaan saudari dan jemaah lain nampaknya jauh lebih teruk dari keadaan kami. Allah.. Penerbangan bertukar tanpa dimaklumkan tarikh baru, kongsi bilik berlebihan.

Allah. Allah Allah

Ujian berat untuk saudari semua.

Kene kejar untuk dapatkan refund. Kene rajin follow-up tu.

Semoga Allah permudahkan.

Aladin said...

Bayaran mahal untuk servis ya saudari. Kalau saya tahu bayar 5k, tentu sekali saya mahukan servis 5k.

Lainlah saya bayar servis 1k, tentu saya terima semua dengan redha.

Ye tak?

Anonymous said...

Allah akan tunjukkan perangai sebenar kita di medinah and mecca...rabbi yassur wala tuassir wallahualam.

Aladin said...

Mutawif kami pun bagus orangnya. Tapi tak teringat pulak namanya.

Aladin said...

Kami pun tak pedulik ada tv ka dak. Bukan kami ON pun tv tu.. ada takdak takda beza pun.
Geram sebab hotel tu.. management teruk sgt. Kita pun nak rehat jgk. Caj balik tenaga. Kalau katil pun mcm nk terbalik.. nk rehat mcamana..

Anonymous said...

Tawakal je...
baik atau buruk datang dari Allah..
saya sekeluarga Insya'Allah akan mengerjakan umrah pada Dis tahun ni...
dengan... Andalusia..

Anonymous said...

Saya pun akan mengerjakan umrah pada December ini dengan Andalusia. Mudah2an Allah permudahkan semuanya.

Anonymous said...

Insyallah saya dan kawan saya juga akan menunaikan umrah ziarah Istanbul bulan December ini dengan Andalusia. Mudah2an Allah permudahkan semuanya untuk kami berdua.

Anonymous said...

Saya pergi dgn Andalusia pda jun 2011.. pakej patut naik Arab.Saudi ziarah Yaman..Sanaa..
psl masa tu bergolak xdpat masuk Yaman...

mmg pnglmn buruk dgn setvis Andalusia ni..
kami ditukarkn tarikh last minute dan naik Garuda Indonesia...pakej ziarah burn...duit tak dipulangkn...bila call mereka cakap kalo tak rombongan masa tu xdpat pergi pun...bongkak...sya tak halalkn duitsya...susah pyah cari duit m m ni mereka buat..

smpai airport kat Arab Saudi pun xorg tggu..kami tercangak- cangak cari mutawif n bas.........
ketua rmbngn call bnyk kali mutawif..mutawif xdpt sambut kami di airport sbb merelka xdpt masuk...rasanya andalusia hire mutawif indon x sah...sbb xdpt masuk airport...
apa pun bad service.....

Unknown said...

bersyukur dan bersangka baik sajalah... Alhamdulillah

Aladin said...

Semoga Allah permudahkan urusan :)

Aladin said...

Benar, tawakal adalah sebaik-baiknya selepas segala baik buruk ditimbang tara.
Semoga Allah permudahkan urusan akhi / ukthi.

Aladin said...

Hmm.. nampak gaya masih belum ada improvement dari Andalusia. Saudari ke sana tahun 2011, saya pula pada tahun 2013. Masih terlalu banyak yang perlu diperbetulkan oleh Andalusia itu sendiri.

Aladin said...

Alhamdulillah..
Bersyukur dapat menjejak kaki di Tanah Haram.
Bersangka baik bila kami bersatuju untuk bersama agensi Andalusia untuk ke sana walaupun banyak bad reviews on Andalusia.

Dah kene batang hidung sendiri.. masihkah boleh bersangka baik? Bersangka baik pada Allah itu sudah tentu. Tapi kalau saudara maksudkan bersangka baik pada Andalusia, saya andaikan saudara masih belum pernah terkena dengan mereka.

Ini semua bahagian kita. Ujian untuk kita.

Tapi ini review saya. Perkongsian saya. Buat yang masih hendak meneruskan dengan Andalusia, silakan. Saya sekadar berkongsi pengalaman.

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth, kalau diikutkan aduan tribunal pengguna, agensi perlancongan menduduki senarai no 3 paling banyak penipuan.

Memang perlu penambah baikan servis.

Sebab duit dah diterima dan amanah namanya. Apabila tiada usaha bersungguh sungguh dilakukan, hanya tawakal servis menjadi baik.. Bukan anjuran islam ni.

Sultan Muhammad Al Fateh membuka turki uthmaniyah juga berusaha berbanting tulang.

Mengangkat kapal melintasi bukit bukau.

Komen yang namanya anonymous pun susah nak percaya sebab nak letak nama sendiri pun malu.

Macam mana nak percaya kan?

Terima kasih kepada Sis Aladin kerana perkongsian pengalaman yang cukup memberi gambaran sebenar.

Semoga pihak berkenaan ambil langkah pembaikan. Amanah adalah satu perkara berat yang sering diambil diringan ringankan

Anonymous said...

Saya pernah nak ambil pakej umrah dari Andalusia ni 4 tahun yg lalu. Terpaksa batakkan niat saya sb Managing Director nya Hj Zain ni orangnya baran cepat emosi.

Anonymous said...

Aik?? ape kene mengene MD yg panas baran ngan umrah ente???

Anonymous said...

Salam,

saya ingin berkosngi pengalaman. Saya ambil pakej umrah dengan andalusia blan Mei lepas. Pengalaman saya dengan andalusia, dari segi pengurusan dari awal hingga kembali ke tanah air bagus. Mutawwif kami edy siregar student indonesia pun bagus. Pakej kami asal 10 hari dipanjangkan jadi 12 hari dan di awalkan. Umrah 3x yg dijanjikan, pihak andalusia deliver. 2x umrah di guide oleh mutawwif kami, kali ke 3 je kami di bawa ke tanaim dan lepas tu buat sendiri mutawwif ada hal. Dan ziarah semua pun dapat kecuali kilang alquran dan ladang unta sebab unta kena kuarantin. Masa kami pergi tu peak time, cuti sekolah, 7 bas sekali segerombolan. Staff2 andalusia ramai ketika tu Alhamdulillah ok terjaga.

TAPI seperti kata kebanyakan yang sertai andalusia, hotel sangat tidak memuaskan. kotor, tidak bersih. sempit dan makanan tidak boleh diterima tekak. Hotel herra, semasa kami sampai bilik dibersihkan tapi cadar dan selimut tidak bertukar. Makanan memang kami selalu tak sempat makan tapi tidakla kami berkisah sebab mmg tak boleh sangat terima ditekak kami masakan-masakannya.. kami byk makan di luar.

Apa pun bila berbincang dengan suami, kami rasa lepas ni mungkin tak pergi dengan Andalusia, kami akan pilih TA lain.. kerana nak hotel ebih dekat dengan masjidil haram. Kurang masa di jalan, lebih masa di masjidil haram. Bukan nak hotel serba mewah tapi seperti kata tuan blog, supaya nak rehatkan badan seketika dengan selesa sementara menunggu waktu ibadah seterusnya, untuk caj energy tu penting. Sakit juga mata tengok kekotoran di bilik hotel dulu..kulat di sinki.. kulat di bilik air.. tilam pun dah mengedur melengkung badan jadi sakit bila tidur. effect juga tahap kesihatan kami. sakit belakang.

Kita janganah fikir dan selalu fikir " berlapang dada dengan ujian di tanah suci". sabar ya kita perlu tapi ingat, jgn dijadikan itu alasan untuk sebarang ksulitan di hadapi jemaah. easy way out kata orang putih. Hak jemaah itu jika tak di sempurnakan, dan jemaah tuntut di depan Allah nanti.. Allah... bg yang ingin ke tanah suci, kita manusia biasa biasa penuh dosa, krang lebih itu rezeki Allah dah tetapkan untuk para tetamu Nya kita ambik iktibar semoga lain kali kita jadi tetamunya Allah berikan yang lebih baik.

Saya faham niat tuan blog. Kalau kami di tempat tuan blog, sudah tentu kami berperasaan sama. Hak dan amanah para jemaah.. bayaran di buat dan dipersetujui untuk sekeian sekian pakej tapi tak dapat diliver oleh pihak TA, jadi memang akan kecewa..

suami saya ada berjumpa dengan jemaah dari indonesia di sana, berborak panjang dan diceritakan kos dengan TA dari Indonesia ke sana, dalam 12 hari (kalau tidak silap) hanyalah lebih kurang RM3500 ke RM4000 (selepas di convert dari rupiah ke RM). Hotel jarak 300 meter dari masjidil haram. Cuma makan sendirian berhad. Murah bukan...

Volcanic Winter said...

Saya baru pulang dari mengerjakan umrah pada 12 December 2014 hingga 23 December 2014. SV 12 Saudi Arabia. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar. Hotel Hilton kami dekat dgn Masjidil Haram dan makanan yg disediakan membuatkan kami sekeluarga mempunyai pipi yg semakin tembam hehee. Nescafe cofee milo yg di bawa dari rumah tak digunakan pun. Pekerja Hotel Hilton kami sgt peramah, Imran Waseem namanya. Siap minta no phone sbb nk jemput kami dtg majlis pertunangan dia kt Pakistan lagi. Mutawwif kami dr Indonesia, Ustaz Mujur Sakti. Gelagat dia buat kami, jemaah bus 2 nak ketawa je sepanjang masa. Dia sangat berilmu orangnya, macam2 cerita dia beritahu kami semasa dalam bus lebih2 lagi cerita tentang Rasulullah. Dia juga prihatin, mesra dgn jemaah dan jujur serta sangat sangat kelakar. Kalau berpeluang ke sana pada masa akan dtg, saya mahu dia menjadi mutawwif kami lagi. Seorang lagi Mutawwif yg membawa kami dr KLIA ke Jeddah dan Madinah ke KLIA ialah Ustaz Annas. Dia pun bagus juga, senyum sentiasa cuma kami tak selalu dgn dia sebab dia guide Bus 1. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar. Mubarak Silver pun makanan sedap, walaupun crowded tp semua dpt makan rasanya. Sebab ibu saya suka makan lambat2. Maknanya makanan masih ada. Bilik pun bersih. Alhamdulillah. tak tahu lah Management dia semakin bagus ataupun nasib kami mmg baik time tu sebab bila sampai sana kami tak pernah complain. Sentiasa bersangka baik seperti yg disuruh oleh Mutawwif walaupun ada satu atau dua masalah yg dtg nya dari mereka. Kalau mereka ditegur mereka tetap tersenyum dan terus buat apa yg ditegur. Ada juga masalah yg dtg dr jemaah sendiri. Seperti semasa mahu ke Madinah selepas selesai tawaf wida', beg kami sekeluarga hilang. Katanya dah diangkut oleh pekerja hotel tp pekerja hotel pun tak tahu lah dia masukkan dlm bus mana sebab jemaah ramai sgt, maka beg pun banyak. Hampir semua beg jemaah beranak pinak. Kami berserah kepada Allah. Bak kata Mutawwif, Kalau ada, ada lah. Hmm tp kalau tak ada, memang kami serang Andalusia. Tp sebaik shj tiba di Madinah, beg kami lah yg dikeluarkan dulu di perut bus. Alhamdulillah. Lawatan pun okay sekali. Enjoy je time pergi. Tak terkejar-kejar. Cuaca yg sejuk. Cuma di Masjidil Haram tgh ada construction. Agak berhabuk sedikit. Tapi servis dia okay lah bagi saya. Alhamdulillah

Aladin said...

Alhamdulillah. Banyak improvement nampaknya. Thumbs up!!

Dragon Black said...

Saya baru balik Umrah dengan Fai`zin Travel anak cawangan Andalusia Travel. ini bukan kali pertama saya pergi umrah. pernah pergi dengan misbah travel services nya bagus. dakna travel servicesnya bagus. kali terakhir saya pergi dengan Andalusia Travel Services nya kurang bagus. pergi bertiga, Isteri dan anak, di madinah kami tak di benarkan singgah ke masjid Kiblatain. Cuma lalu sahaja sebabnya mutawif nak kejar comisen $$$$ masa ke Pasar Kurma. Makanan Berkulat (Roti). Kerusi Meja makan kekurangan, Pernah buat aduan saya di salahkan suruh minum air zam zam. Malas nak bercakap banyak di tanah haram. INI LAH COMPANY MELAYU APABILA SUDAH MAJU. NAMA ANDALUSIA PANGKAH BUANG. TAK KAN AKU PERGI DENGAN COMPANY ANDALUSIA. JIKA HARGANYA MURAH SEKALI PUN ??.

UKUR BANGUNAN (BUILDING SURVEY) said...

Layari: http://www.abkhgc.com/

Menawarkan ground pakej umrah bagi keselesaan jemaah untuk beribadah...

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Andalusia travel agensi....ceh waa nama memang mengancam but service hampeh....actually suami sy yg pergi untuk menunaikan umrah for 2nd time. Sblm pergi umrah suami dah settlepayment tp $200 belum dpt nak bayar sbb mechine cash deposit x nak terima....biasalah mechine kat Malaysiakan some times buat hal...so nak dijadikan cite husband saya dah call agent dan bgtahu yg $200 tu nnt akan dia bayar di airport masa bertolak. Mula2 agent tu ckp ok (ada bukti watsapp) but slps 1-2 hari agent kol balik minta bayaran $200 dijelaskan. Husband pula bz sbb nak uruskan semua kaki tangan sykt & handle customer. So husband bgtahu agent tu kan dah setuju untuk menerima baki $200 kat airport nnt sbb mesin cash deposit kat petronas berhampiran rumah pula out of services masa tu. Pasal banyak kerja husband x dptlah nak pergi terus ke bank. Lagipun bukannya lama mana pun...esok merwka akan bertolak ke istanbul dan ke madinah slps tu terus ke mekah. Ade ke dia cakap mcmlah kita hutang kat dia. Hishhh apa punya travel agentlah ni...pasal $200 pun nak kecoh...org dah bayar $7000 lebih kat dia x kan lah nak tipu $200. Hai....clerk dia org kol & siap watsapp lagi minta bayar...sampai kami menyesal booking dgn dia....last2 sekali suami minta tolong kawannya transfer duit dan bayar cash kat kawan dia tu. ANDALUSIA TRAVEL AGENSI.....mmg ckp x serupa bikin...dia org jenis x percaya kat org....hai manusia ingatlah kami nak ke tanah suci x kanlah x nak bayar duit kamu....kalau kami pergi dgn x langsaikan bayaran kamu tu x kan sah dan Allah juga x kan terima ibadah dan umrah kami....lepas ni taubat x nak berurusan dgn ANDALUSIA TRAVEL AGENT LAGI...

asmawari nasir said...

kalau saya jumpala entry puan ni .., tak jadi kot pergi umrah tahunni.., sekrang tengah pasrah dan berserah je... sambil doa banyak2 supaya semua selamat... macam2 hal jadi aebelum pergi lagi ni... selagi tak pergi n balik memang tak senang hati... servis tak segah namanya...
pergi haji under muassasah under tabung haji tahun lepas pon tak susah hati macam ni...

asmawari nasir said...

kalau yang nak tau cerita, bolehla tengok kat sini... panas2 lagi, harini je baru jadi,,,, :(

http://deedee-corner.blogspot.com/2015/01/umrah-andalusia-2015-visa.html

kekura said...

Saya pergi ziarah dan umrah pada 23jan 2015. overall service semua ok n makanan cukup n mutawif tiptop. cuma sy kurang puas hati sikit kerana masa ziarah di madinah kami pergi ke ladang kurma n di situ ada jual pelbagai barang mcm pasar kurma jd jemaah pun membeli belah. tp selepas itu pergi ke pasar kurma pulak. benda yg dijual lebih kurang sama. pendek kata dekat tiga jam lebih membeli-belah!!
padahal masjid qiblatain kita hanya lihat dr dlm bas. kan bagus kalau dpt berhenti buat tahiyatul masjid kat situ.
Bukankah kita pergi ke sini untuk ambil manfaat dan belajar sejarah kat tanah suci bukan untuk shop till you drop,right?

asmawari nasir said...

My update selepas balik umrah....

http://deedee-corner.blogspot.com/2015/02/umrah-andalusia-2015-andalusia-review.html

Unknown said...

Ade yg kata ok.. ada yg kata sebaliknya.. tp pengalaman sy ngn andalusia dah 7 kali.. alhamdulillah.. sgt sgt ok.. since 2012.. mungkinkah rezeki masing2 yg mmbezakan kita?

MiszLynn said...

Alhamdulillah sy ibu n ayh br blk umrah dgn pakej andalusia group sv18april. Alhamdulillah klo nk share pengalaman rsnyer tiada complaint utk andalusia. Mutawwif kami dr malaysia ustaz azli,sgt bgs,byk ilmu psl sejarah islam, kelako pon ade. Di mekah stay di hotel hilton n madinah di mubarak silver. Syukur alhamdulillah tiada complaint jg..mknn sedap,cukup..service staf2 andalusia mcm ustazah nyer ustaz2 nyer sgtt bgs..alhamdulillah syukur semua dipermudahkan..

ratna said...

Saya baru pulang dari umrah awal April 2015..pergi dengan Andalusia..sgt puas hati..dari segi hotel, makan (makan sampai kenyang), servis mutawif..ziarah...mmg puas hati..Alhamdulillh mungkin ini bahagian kami..insyaallah ada rezeki ingin pergi lagi dengan andalusia bawa anak2 pulak

Aladin said...

Alhamdulillah jika begitu.

Aladin said...

Alhamdulillah. Banyak improvement dari Andalusia.

Anonymous said...

ANDALUSIA TERBAIK. MUTAWIF NYA PAK USTAZ ZULKARNAEN (medan) MMG SGT BAIK, MNJALANKAN TUGAS ,AMANAH DGN CEMERLANG. SAYA NAK IKUT ANDALUSIA LAGI COZ LAYANAN BAIK. SRONOK BTUL BERIBADAH DGN MEREKA YG BERILMU.
TERIMA KASIH MUTAWIF KAMI SVHILTON YG CEMERLANG UST. ZULKARNAEN

Anonymous said...

Setuju dgn aladin...servis hendaklah diperbaiki...bukan merungut..anon pun mcm tak faham saja...tak perlu timbul ada yg baik atau tak baik...andalusia memikul amanah jemaah...tua dan pertama kali sampai..baiki servis..hotel..makanan...mutawif..pergi dan balik jemaah...jgn lah menambah dosa jemaah dengan servis yg rendah...mohon andalusia perbaiki servis...sebab ada mcm anak tiri..ada mcm anak emas...datuk daud che ngah kena lihat dan baiki...sekian...

Anonymous said...

anon...tarikh saudara pergi mungkin sama dgn saya pergi..semua ingin yg terbaik..tapi Allah menentukan..tapi masalah dari keadaan semasa ok..tapi ia datang dari pengurusan andalasia yg urus terlalu banyak jemaah hingga menerima rungutan..yg jadi masalah saya dang yg pertama kali pergi serta jemaah tua ialah khidmat mutawif...minta di perkemaskan...jgn harap baju biru saja di sana sini tapi menjaga jemaah masing2....Robbi yassir wala tuassir

Aladin said...

tepat sekali.
Kita ke sana bukan nak bershopping.

Aladin said...

Rezeki mungkin.
Tapi tidak bermakna yang dapat layanan buruk perlu berdiam kan?
Bukan layanan buruk.. lebih kepada perkhidmatan yang teruk.

Moga Andalusia lebih kuat selepas ini.

Aladin said...

tahniah pada beliau.

Aladin said...

Umrah tuan macam mana ?

Aladin said...

Hmm..
Itu memang polisi dia kot?
Dgn kami dulu pun beriya-iya nak kami bayar dulu.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Baru balik umrah dgn pakej andalusia.. Servis yg tip top. Brpuas hati sgt. Mgkin andalusia dah bt pmbaharuan servis supya mnjadi lebih mantap.

Mgkin juga ada kesilapan drpd prlaksanaan krja dri mutawwif itu sndri. Mgkin ada yg bt krja sambil lewa..
Prbuatan mreka boleh mncemarkan nama syarikat trsebut.

Trdgar juga complain dari group lain yg pakejnya brsama kami. Tp x mndpt srvis yg baik. Smoga andalusia mnjadi semakin mantap.

Abu Ziyad said...

mutawif kita sama.. ustaz edy mula2 nampak garang.. tp lama2 mmg dia baik...

Abu Ziyad said...

ye betul.. perkara ni berlaku

Abu Ziyad said...

mutawif kita sama.. ustaz edy mula2 nampak garang.. tp lama2 mmg dia baik...

Anonymous said...

Alhamdulillah sy sekeluarga selamat mengerjakan umrah dan smpat merasa suasana raya di medinah dan mekah dgn izin Allah...Alhamdulillah stkt ni keseluruhannya baik2 shj dr segi pengurusan, mkn minum, tmpat tnggal..dan mutawwif2 pun ok..cmanya ada jg beberapa insiden yg Allah nak uji xp dpermdhkn dgn urusan lain... inshaaAllah, stkt ni servis Andalusia smkin baik..alhamdulillah baru2 ni ok shj...harapnya Andalusia dpt buat penambah baikan lg melalui elavuation yg dbuat..moganya yg pnting smua jemaah yg pergi dan balik dapat umrah yang mabrur..dan moga Allah jemput lg kt byk2 kali...inshaaAllah ..aameen����

Anonymous said...

Alhamdulillah kami keluarga dpt merayakan eidul fitr di Mekah d selebihnya di Madinah.Mutawif kami sgt berilmu d bertanggungjawab. Services Andalusia ok dari awal hingga akhir.Kalau ada kekurangan tu adàlah disebabkan faktor2 yg mmg x dpt dielakkan krn 10 akhir Ramadan mmg tersangat pack dgn jemaah dr merata dunia.( Cuma makanan yg disajikan di Mekah jauh lebih baik dr di Madinah)
. Sahabat2 satu bas pun mcm saudara2 sendiri.
Saya bersetuju sekiranya dipendikkan ziarah ladang d pasar kurma d digantikan dgn singgah dI Masjid Qiblatain d solat sunat. Kurma boleh sj kita purchase di tempat lain. Rindu suasana umrah...Sememangnya kami menunggu panggilan umrah seterusnya. Doakan kami!Tkaseh Andalusia d us Adam, mutawif kami.

Unknown said...

Assalamualaikum....Subhanallah! Bile trbaca semua ni...rindu saya dgn Al-Haramain. Subhanallah! Sbenarnya based on rezeki masing2 kot. Alhamdulillah,saya,mak,ayah,adik n opah saya mngerjakan umrah pd 22jan. Kami amik pakej Andalusia transit n ziarah oman skali. Alhamdulillah...everything good. 1st time sy g n sy sgt2 suke. Yes,mmg hotel tu al maklumlah faham keadaannya. Tp from klia till klia smula...sy n family sgt2 berpuas hati. Mutawwif kami muda n sgt brpengetahuan n i think sama mutawwif dgn miszLynn iaitu ustaz Azli Affendi. Smpai mak ayh rase nk jadikn die menantu sbb dia pndai melayan jemaah. Alhamdulillah...biasalah kkurgan itu ada kdg2 dsbbkn jemaah sndiri. Mutawwif dh pesan ikut time but as always...janji melayu mmgla still lmbat. Umrah Alhamdulillah 3x spt dijanjikan. Dan Alhamdulillah till now...kami jemaah WY22Jan bwh Andalusia Travel seramai 37 orang dh mcm family sbb smuanya sgt brpuas hati. Kekurangan tu ade ckit tp Alhamdulillah everything fine and kami merasa rindu utk pergi lagi. InshaAllah mybe akan dtg pun akan ambil dgn Andalusia.
Maaflah. Saya sekadar berkongsi. Jika inginkan services yg tiptop mybe kene byr mahal ckit kot. Sy amik yg paling murah iaitu Rm5k something shj. InshaAllah ssiapa nk g umrah...whatever it is..bnykkn brsabar. InshaAllah..everything smooth.

Mykhaimar said...

Assalam, saya sekeluarga bersama-sama dgn emak mertua, adik ipar(sebelah suami) dan kakak ipar sebelah saya telah pergi mengerjakan umrah pada 22.5.2013.
Saya amat berpuas hati dan walaupun pun pertama kali menunaikankan umrah bersama Andalusia. Cuma masa berlepas menunggu peryerahan visa agak lama dan saya tidak mendapat semula kad kesihatan saya. Mungkin mereka hanya campak sahaja passport yg termasuk dgn kad kesihatan tersebut. Apa2 pun Andalusia memang terbaik lah.

Anonymous said...

ambik pakej hilton kalau tak puas hati jugak tak tahulah yer.. bayarannya mahal. kalau tak sepadan dgn servis, mmg boleh membawa hati lara.

apa pun jika ada duit lebih eloklah ambik pakej hilton sebab dekat dgn masjidil haram. bagi yg tak berkemampuan, terpaksa pilih pakej yg lebih murah

Aladin said...

Alhamdulillah berjalan lancar.

Aladin said...

Alhamdulillah berjalan lancar.

Unknown said...

As salam... sebaik2 nya cuba cari egent umrah yang kecik2... mudah meraka jaga kebagikan jemaah... andalusia terlalu basar dan tak sepat nak jaga jemaah yang ramai... saya baru pergi barsama andalusia 30/3/2016... terlalu banyak kelemahan dalam urusan jemaah... saya nampak andalusia lebih penting kan keuntung dari amanah jemaah... banyak cerita indah khabar dari rupa... harap2 kawan2 yang minat nak tunai kan umrah rajin2 lah check egant kat gongle.. cari egant yang betul2 amanah untuk uruskan jemaah umrah...☺

Anonymous said...

Saya baru balik dari umrah. Dengan andalusia Pakej MAS chartered. Ok je semua. Terbaik. Jemaah semua ada nak dekat 400 orang tapi Alhamdulillah bagi saya semuanya ok je. Hotel mekkah hanin firdaus. 350m jauh dari masjidil haram. Keadaan hotel cam hotel lama tapi apalah sangat kita ni nak merungut. Pergi bukan nak tidur lama. Tidur pun takcukup kan. Sekadar berehat. Keadaan bilik dan bilik air yang taksempurna tp semua jemaah termasuk mutawif tidur di tempat yang sama. Rasa apa kita rasa. Taknampak sorang pun yang merungut. Hotel kami kecil je. Lobby kecil nak tunggu utk 400 org mmg takmuat kalau ada ziarah tapi semua tu tak ada masalah pun. Makanan okay. Indonesian yang masak tapi okay semuanya. Dewan makan sampai 2 tingkat. Mutawwif saya tiptop walaupun dia baru je grad and buat part time kat andalusia tapi banyak juga ilmu dia share pada kami. Ada satu hari bas kami lambat 1 jam. Tapi kami taksalahkan agensi sbb driver tu yang masalah. Kami siap tergelak bila mutawwif tu cakap "driver ni suruh kita cepat. Padahal dia yang lambat tadi kan, hmm takpelah dugaan"
Di madinah, tersangatlah okay. Langsung tidak ada masalah. Hotel tiptop. Kami tidur di mawaddah almarwah hotel. Hotel nampak classy. Dekat juga dengan masjid nabawi. Cuma dia terlalu sejuk pula. Hahaha. Bilik semua dia aircond auto 24 hrs takrasa sangat kalau first time masuk. Sbb slow aja. Tapi tidur bangun menggigil. Dia bagi selimut extra. Alhamdulillah. Dia takde suis aircond tapi boleh ditutup di fius besar tu. Cuma makanan, kami takde selera. Bukan sebab apa, makanan bersih semuanya. Tapi rasanya lain sedikit la. Mungkin juga sebab kami kurang sihat ketika tu. Dugaan Allah tu banyak sangat masa tu. Tapi takleh nak komplain nanti lain jadi pula hahaha. Mutawwif kata, sebab makanan disediakan oleh pihak hotel bukan agensi sendiri. Andalusia nak buat makanan sendiri tapi pihak hotel refuse dia kata nak sewa hotel, set dengan makanan dia sekali. Waktu makan pun beza dengan di mekah. Di mekah kami makan 4 kali termasuk makan bubur manis selepas asar. Di madinah selepas asar sapa yang lapar boleh buat maggi sendiri. Itu sahaja beza dia. Waktu dia berbeza sikit tapi takde masalah buat kami semua. Tapi overall memang sangat bagus andalusia ni. Ayah saya pergi sudah 2 kali sama dgn andalusia. First time dalam 2007 dan second time baru baru ni. Alhamdulillah. Akan datang pun kami akan pergi dengan andalusia

kaknab said...

Salam semua, knab akan pi umrah dgn andalusia pada 8/1/17. Harapan semua yg terbaik. Aamiin

Unknown said...

Salam....saya pun akan pergi umrah ziarah ke turki pada 26/4/2017 akan datang...belum pegi lagi sudah ada masalah dgn company andalusia...harga 6990rm untuk seorang...kami pergi berempat...duit booking dah bayar..resit semua dah kuar...tinggal nak bayar balance jer bila visa siap..selepas sebulan dari tarikh duit booking dibayar..pihak andalusia call balik..harga berubah...naik sehingga 7500rm seorang....kalau belum bayar lagi duit book n summit document semua...memang saya pilih company lain nak pergi umrah ziarah...nama company besar..tapi layanan tak besar seperti nama company..

Anonymous said...

Salam.. betula org kata yg baik datang dari Allah, yg buruk dtg dari kita sndri.... bila kite pegi kursus umrah/haji, dah dinyatakan mungkin ada jemaah yg akan melalui ujian di sana. Tak kisah la ujian dari segi ape. Mungkin disebabkan puan byk komplain masa di sana yg menyebabkan segala nya nmpk sukar.. Alhamdulillah setakat ni sy travel Bersama andalusia hmpr ke serata dunia dgn andalusia holiday (bukan umrah) dan andalusia umrah sbnyk 4kali ke oman,istanbul,abu dhabi,mesir.. Setakat ni sy rasa andalusia still yg terbaik.. mengikut pengalaman sy biasa la tu bilik tak kemas (ni punca staff hotel malas/kurang pekerja) pasal makanan pun sama sy sdnri pernah hampir muntah sbb hari2 makan kari semasa di madinah sbb caterer masa tu Mamak tapi sy tak pernah merungut malah bersyukur dgn ape yg disediakan. Kalau nk diikutkan lg kesian jemaah pakistan, india yg kelaparan menunggu roti "halal" yg diberi org utk dimakan smbil dduk di tepi tangga hotel.. eventho sy pun sbnrnya agak rimas dgn lalat byk di dewan makan.. tp sy tak merungut tentang tu dan biasa la kdg2 caterrer sediakan sambal belacan, dan ade gula dan susu kat area tempat air yg menarik minat lalat dtg berkunjung.... pasal lawatan msjid kiblatain tu dalam ITENARY dah ditulis kat situ masjid kiblatain hanya lalu sahaja sambil mutaffwif ceritakan sejarahnya.. ladang unta skng ni x diizinkan ziarah. apa2 pun sebenarnya kita perlu musahabah diri kita. Dah tertulis tu ujian kita lalui semasa di tanah haram. akhlak dan perbuatan perlu dijaga. Bulan april 2017 ni akan ke umrah ziarah istanbul semula. Insyallah semoga dipermudahkan

Aladin said...

Salam puan.
Ok ke umrah disana. Moga baik baik aje.

Aladin said...

Hmm perkara berkait dengan currency ni byk kali juga perlu di clarify. Tuan bagaimana? Deposit telah dibayar. Akan teruskan umrah ziarah?

Aladin said...

Perkara berkait currency ni agak tricky juga ya. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin.

Aladin said...

Salam.
Saya harap tuan baca review saya dengan tenang.
Adakah bila perkara yang tidak baik berlaku itu bermakna kita juga perlu tipu dalam memberi review?
Hanya kerana tuan lalui pengalaman baik baik dan indah indah belaka, adakah itu bermakna tuan menjaga akhlak dan perbuatan dan saya tidak?

Maaf tuan tapi saya tak bersetuju jika tuan kata saya banyak komplen dan tidak menjaga akhlak hanya kerana review tersebut.

Moga baik baik aja untuk tuan.

Nazim said...
This comment has been removed by the author.
Nazim said...
This comment has been removed by the author.
Aladin said...

Salam tuan,
Bagaimana pengalaman tuan dengan Andalusia? Saya dah lupa pengalaman Andalusia ni sbb dah bertahun yg lalu. Namun pahitnya masih terasa.
Lagi2 bila ramai comment kata saya sepatutnya muhasabah diri.

Anonymous said...

Servicenya lebih teruk dari TH.Hotel yang tak sepadan dgn bayaran package(sempit & tidak selesa),makanan yg kurang menyelerakan,petugas yang tak cekap dan tiada persediaan utk contingency plan.
Memang not recommended at all, honestly

Anonymous said...

Kalau nak menunaikan haji, please consider betul2. Agen selain dari Andalusia jauh lebih baik , sempurna dan selesa.
Pengalaman jemaah 2017 bersama Andalusia memang perit.

Unknown said...

Kami pun dah terkena semasa umrah akhir April 2017 bersama Andalusia. Bilik di Mekah (Malak Ajyad) dan Madinah (Mawadah Al Waha) kotor berhabuk seperti berbulan tidak vacuum, cadar, selimut dan tuala kotor.
Semasa tiba di hotel Mawadah, terlampau ramai jemaah (berbelas bas) di hotel sampai dewan makan tak cukup tempat duduk. Ada yg makan di tangga dan atas lantai. Itu pasal hotel Andalusia takde rating dan boleh buat sesuka hati tidak mengira keselesaan dan kebersihan. Tapi bayaran lebih drp syarikat lain yg boleh carikan hotel yg lebih baik dan boleh memimpin jemaah dlm kumpulan yg lebih kecil.

Anonymous said...

Saya seleluarga baru balik dari umrah 18nov2017 - 28nov 2017. Dengan andalusia Pakej MAS MHA 380- chartered.
Semuanya ok dari Klia ke Madinahh. Jemaah semua ada nak dekat 400 orang termasuk dari anak syarikat andalusia. Alhamdulillah bagi saya semuanya ok je. Hotel mekkah hanin firdaus. 350m jauh dari masjidil haram. Keadaan hotel baik dan selesa.Makanan semua nya ok,walaupun bukan selera tempatan.Dewan makan agak kecik sebb jumlah jemaah yg terlalu ramai.Group kitorang tambah dengan group sedia ada dan group yg baru sampai. Lobi amat lah sesak diwaktu pagi sebb keluar masuk jemaah. Di Madinah semuanya mengikut jadual seperti yg dipersetujui. lawatan ke kilang Quran tiba2 hilang dari tentatif .Xtahula sengaja atau lupa.Lawatan ke ladang unta dibatalkan sebb virus dalm susu unta. lawatan ke ladang kurma hanya lah ke gudang menjual kurma yg hanya ada beberapa batang pokok saja sebagai perhiasan. Jadi la dapat jugak bergmbr bawah pokok kurma.. lawatan ke bukit uhud hanya diberi masa selama 15-20mint.masjid quba lawat sebentar dlm 15mint sahaja.masjid qiblataion pula hanya tunjuk melalu tinggkp bas sahaja. tidak singgah

Anonymous said...

22nov jam 2pm bersiap bergerak ke makkah. perjalan 6 jam.Semua lancar, singgah di rnr mkn dan solat.teruskn perjalan ke makkah. Sampai ke makkah dlm jam 10pm. jemaah ambik kunci, letak beg dan terus ke lobi lepas rehat dlm satu jam. menginap di hotel hannen al firdaus.. Masalh hotel ni lobi sempit x mampu tampung jemmah yg terlalu ramai. Lif plak sentiasa full. Agak perlukn kesabaran lah bagi nk bergerak ke bilik.Dari segi makanan plak hotel makkah mengunakan hikmat catering indonesia. dewan makan ada 2. tidak trlu sesak.kualiti makanan tahap nya boleh maknan. tidak ada kualiti dan rasa. ramai yg x menrunggut sebb tu rezeki .mn jugak sekadar alas perut.
Seterusnya lawatan ke toif.(tambahan 200 rial ) perjalan ambim masa 2 jam lebih. first dibawa ke kilngg proses minyak ros.macam biasa masa sangt singkkt 15-20 mint. sterusnya ke pasar buahbuahan. 15-20 jugak.x sempt nk bli mcm2 sebb cepat sangt. setrusnya melawat 2 buah masjid di zaman rasulullah saw.. di awa ke muzium toif. bas brenti di depan pintu muzium & pemandu pelacong ckp x leh masuk sebb hari jumaad & sabtu tutup. (jika dah tahu tutup, kenapa masukn dlm tentatif lawatan). senua dah penat.dibawa ke senuha masjid untuk solat jamak. lepas tu kesbuah restoran untuk makan tengah hari jam 3pm.

Anonymous said...

kembali ke makkah, dan teruskan ibadah umrah.
Alhamdulillah sempat mengerjakn umrah sebanyak 3 kali dengan pimpinan mutawif.
lawatan ke gua hira dan hudaibiah pula kena tambah duit 25 rial bagi sesiap yg nak pergi. tiada pksaan.(setahunya dalm promosi semua dah masuk sekali dalam pakej)

mimpi ngeri bermula pada mlm 27nov. dimaklumkn pesawat untuk pulang ke malaysia di paksa tukar daripada MH A380 ke Nesma Airlines. Semua dah kelam kabut sebb lasmint bgi tahu,& persawat ni hanya ada seat ekonomi.kepasa jemaa yg first &business class duit akan dupulangkan. (first class rm1250, business class rm750). alasan pertukarann, Airport madinah dlm proses mencuci ladasan dari 26-30nov. TERTAPI kenapa mlm seblum bertolak balik baru di beritahu ke jemaah.Pihak aorport sepatutnya sudah maklumkn andalusia lebih awal dari tarikh tersebut.bas bergerak dari hotel makkah ke jeddah airport jam 2pm. Airport yg digunakan adalh airport haji yg hanya beroperasi ketika musim haji.. setiba di airport semua jemmahterpaksa mengangkat sendri beg bagasi ke counter imigresen.
Asalnya mengikut persetujuan berat bagasi adalh dikira secara pukal kerana kita menggunakn pernerbagan sewa khas. smpai je di counter,bertukar kepada individu dengan berat maksima 30kg.tambahan setiap kg adalah 50rial. setelah bertikam lidah. bertukar pulak secara pukal, tetapi mengikut jumlah family. proses nak selesaikn urusan bagasi ambil masa lebih 2jam. 400 orang jemaah terpksa bersila & makan dikoridor checkpoint bagasi.setrunya bergerak ke chekpoint security ke pesawat.ambik masa jugak,sebb bertembung dengn jemaah dri negara lain,hanya 2 counter dibuka.satu lelaki,satu wanita. setelah semua selesai persawat berlepas ke malaysia. semuanya ok. pesawat biasa. kerusi tampa monitor agak membosakn untuk pejalan 8jam. makan 2 kali. makan mlm nasi berlauk daging. sarapan diberi piliha, roti bilis atau maggi cup.....

setibanya di klia. hampir sejam lebih proses menuntut bagasi sebb jumlah jemmah yg telampau ramai. lepastu jemaah diminta menunggu untuk proses mengambil air zamzam. setelah menunggu hampir 2 jam, ketua mutawif selalu wakil andalusia memaklumkn air zamzam hanya sampai separuh daripada yg dibawa ke airport jeddah. mereka pun tiadak tahu air tersebut hilang dari kargo. penyelsaianya setiap keluarga jemaah hanya diberi satu botol air zamzam 5liter. selebinya boleh dituntut dicawangan andalusia masing2. jemaah pun pulang dengan kecawa,penat dan hampa.

masalah utama yg sy nampak adalh, pihak andalusia terlalu mengejar jumlah sale/jemaah sehinggakn pengurusan jemaah menjadi terabur.seharusnya ditingkatkm kualiti perkhidmatan bukan nya quantiti jemaah. tau la nak buantuntung,xp jgn la smpai menganiaya jemaah.

Anonymous said...

Saya mengambil Pakej Umrah Ekonomi Makkah Millennium Towers 18 Dec - 28 Dec 2017. Penerbangan Malaysia Airlines Sewa Khas (MH380). Harga pakej RM 8590.

Pengalaman di Mekah
Saya dan keluarga sangat berpuas hati dengan penginapan di Millenium Towers dengan jarak ke Masjidil Haram 50 m. Makanan yg dihidangkan banyak pilihan dan bilik tidur juga sangat selesa.

Di Madinah
Saya dan keluarga sangat tidak berpuas hati dengan keadaan hotel yg sangat menyedihkan dengan bayaran pakej yg tidak setimpal. Bilik air sgt kecil dan terpaksa berhati2 membuka pintu kerana pintu sgt dekat dengan toilet bowl. Sangat khuatir baju akan terkena toilet bowl. Sampai2 hotel bilik tidak kemas. Pekerja hotel mengelat kerja dengan hanya membetulkan cadar semula, tanpa tukar baru!! Dengan tisu dlm selimut, rambut atas bantal. So mintak pekerja hotel tukar cadar dan selimut betul2. Udara bilik dan hotel juga tidak bersih, banyak habuk dan tidak vacuum langsung semasa kami tunggu katil disiapkan. Bersin2 selsema saya dibuatnya.

Saya tidak kisah keadaan hotel yg tidak ada rating langsung ni menjadi tempat tinggal jika saya bayar RM 4 -5 k. Tetapi bayar RM 8k dpt hotel mcm ni mmg sgt tak puas hati!!!! Overpriced !

Patutnya Andalusia jgn highlight pakej Hilton tuk marketing tanpa bgtau yg penginapan Di madinah 0 star!! Rasa tertipu!

No more Andalusia unless they book 5 star hotel in madinah too. Because other TA can do so, why not Andalusia?






Di

Aladin said...

Sejujurnya saya ingat Andalusia dah settled all these issues. Rupanya masalah masih berbangkit dan berulang.
Bayar mahal. Bila complaint, orang kata kita tak bersyukur.
Takkan la tak complaint kalau kerja buat bagai lepas batuk di tangga ye tak?

Saya sangat2 tak menggalakkan sahabat2 menggunakan khidmat andalusia kerana kes saya, that was back in 2013. Tapi sehingga hujung 2017, masih ada masalah yang sama.

Allah Allah

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat aladin..maybe jemaah andalusia terlalu ramai, jadi servis agak berterabur sikit. Siapa yang ok, ok la.. Siapa yg dapat servis yang x ok, memang tak ok.. Jgn kita ingat, TA yang ada nama besar, ianya bangus 100%.
Jadi, kena survey TA yang lain. Maybe jemaah yang x terlalu ramai, banyak nama2 TA lain yang establish dan bagus.
Kawan saya pun ada bad experience dgn andalusia jugak. Saya x ckp semua bad. Ada jugak yang good experience tu maybe bahagian masing2 la.. Susah nak cakap..

salehhuddinsarif said...

Nama pun pergi buat ibadah. Bukannya g melancong.. Kena redha ujian. Adakah kita rasa Iman kita sudah cukup selagi tiada ujian yg di berikan?.

Aladin said...

Ini review servis andalusia.
Ujian tu, ujian la. Tapi ini kan berkaitan servis yang diberikan.
Takkan lah bila kongsi review semua nak cop iman tak kuat la, tak redha la, tak bersyukur nikmat la, kan? Habis tu kita kene tadah atau terima saja ka apa pun yang orang buat? Andalusia tu tak perlu di tanya ke iman dia macam mana?


Anonymous said...

Sy pergi umrah dgn Andalusia pd 4mac2018... never had in mind yg Andalusia sbnrnyer teruk. Bila balik dan buat aduan bertulis, langsung tak layan.

Aladin said...

Allah.. Saya plak dok ingat Andalusia dah improved services diorang.
Masih di level yang sama gamaknya.

Kesian jemaah. :(

Anonymous said...

Sebaiknya cek dlu jarak n hotel mna setiap travel agent akn tempatkn jemaah baik di mekah or madinah...harga yg ditawarkn biasanya setimpal dgn tmpt kediaman yg diberi...servis bagus semestinya lah mahal hingga mncecah ke rm12k...kalo jarak hotel melebihi 200m dr masjid, brsedia lah utk brdepan dgn keadaan yg kita tdk suka...setakat ini, hanya THT shj yg ada mnyediakan pakej hotel paling hampir dgn masjid di mekah n madinah...pakej hilton andalusia dikira murah sbb hotel di madinah bkn 5 star...kalo andalusia bg movenpick di madinah, ofkos harga akn naik ke rm12k juga utk bilik brdua...kesimpulannya, kita kna byr lbh utk dptkn keselesaan itu...harga pakej2 andalusia adalah antara yg trmurah jika dibandingkn dgn TH n rayhar...sy suggest pd yg nak bwk warga emas, better ambil TH or rayhar...andalusia seswai utk yg kuat brsabar n jenis tak kisah...

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t

kebnyakkan komen yg saya baca, ada yg selesa dan ada yang kurang selesa dgn servis andalusia.
mungkin ini bergantung kepada diri sendiri yang menilai khidmat mereka. bila anggap servis mereka baik, sometimes ada jemaah yg xpuas hati juga. but bila servis mereka tak ok, ada jemaah buat review yg mereka tiada masalah dgn servis dr andalusia ini.

saya juga berpeluang mengerjakan umrah bersama keluarga pd 2015&2018.sblm menempah pakej,saya google dulu travel agency yg menyediakan pakej umrah. slps buat rujukan, akhirnya saya memilih andalusia utk mengerjakan umrah buat kali pertama.mcm2 soalan saya tanya from a-z, ye lah, sbb baru first time nk pergi.

saya berpuas hati dgn semua servis mereka. pd 2015,saya mengambil pakej murah dan duduk di hotel yg paling jauh. but,everythings okay. dr segi pengurusan semuanya berjalan lancar. aktiviti semunya okay.ialah, hotel murah dan jauh, apa yg blh diharapkan. ada bilik, mknn dan sedikit keselesaan pn kira okay.. cuma kilang al quran tu at that time pn saya xdpt pergi sbb tutup.
hotel memang jauh tapi seronok berjalan jauh2 ke masjidil haram,dpt kumpul pahala bnyak.pergi beramai2 dgn makcik pakcik, yg muda dan tua mmg seronok.

2018 pula saya ambil pakej yg mahal sedikit.

hotel pn dkt, mknn bilik servis,everything is okay. yg satu group dgn saya semunya baik2.ada juga sedikit mslh tetapi saya mengambil positive semua perkara itu. teringat kata2 ibu saya,"zaman Rasulullah s.a.w dulu,lebih sukar dr skrg ni." saya ingat smpai bila2.cuma saya mengharapkan dpt pergi ke kilang al-quran, ttp tutup pula.

ya, kita x blh bandingkan zaman dulu dan sekarang,dr segi pembangunan,dan lain2,semunya moden, berpenat lelah mengumpul duit, harap servis yg baik ttp hampa. tp xslh jika kesukaran itu dijadikan iktibar utk diri sendiri. wang yg kita peroleh pn dr izin Allah s.w.t,kita cuma meminjam shj.

nasihat saya kpd mereka yg ingin menjejakkn kaki ke tanah suci, set kn niat, dan berdoalah bnyk2 minta dipermudahkn segala urusan sepanjang perjalanan. Insyallah, dgn izinNya.

Lain orang lain pendapat. jika ada kekurangan, sudah tentu kita bersuara. jika ada kebaikkan, sudah tentu kita memuji.saya cuma berkongsi pengalaman dan pendapat saya. setiap org ada hak untuk berkongsi dan menyuarakan pendapat masing2 dan saya hormat dgn pendapat Aladin dan semua.

maaf jika ada yg tersinggung.

Moga baik2 shj :)

Awang said...

Pekerja andalusia ni memang x buat kerja dgn betul, to be honest dorang tak honest and aku haramkan duit aku yg korang telan, sara la anak anak korang dgn duit haram andalusia, Not recommended

Anonymous said...

Andalusia Travel and Tours ni liat nak pulangkan balik duit tempahan apabila flight dibatalkan. Sebaik kami bayar penuh hampir 13ribu pada 26Feb untuk 3 beranak umrah ziarah 15-30 April, staf mereka telefon keesokannya pada 27Feb beritahu flight yang sepatutnya kami naik dibatalkan. Kami mohon dipulangkan wang sebab tarikh lain tidak sesuai tapi mereka suruh naik flight lain. Nak dijadikan cerita, Arab Saudi tak benarkan masuk sebab Covid-19.

Sampai sekarang 5Julai kami masih belum terima refund, walaupun staf kata permohonan telah diproses sejak Mac lagi. Bila saya telefon, macam2 alasan diberi kononnya staf in-charge tak ada di kerusi dan akan call balik. Sampai ke sudah mereka tak akan call balik

Pada pendapat saya, elok cari syarikat lain yang lebih jujur. Pernah trip saya ke Rusia dengan syarikat Safirgo dibatalkan. Mereka kembalikan wang dalam tempoh sebulan.

Namun Andalusia masih belum pulangkan wang kami setelah lebih 4 bulan. Serik saya tak akan pergi lagi dengan syarikat ini, walaupun sebelum ini sudah lebih 6 kali saya dan keluarga mengerjakan umrah dengan syarikat Andalusia Travel and Tours ini. Masa nak booking, bukan main cepat tagih duit, siap dengan denda. Bila nak pulangkan duit, bukan main liat.

Rating saya:2 out of 10.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...