Showing posts with label playschool. Show all posts
Showing posts with label playschool. Show all posts

Friday, November 10, 2017

Little Caliph & Tiny Thumb Child Care - 2018 Fee Structure

Assalamualaikum, 

Its been awhile ey? So we've been through this two kindy, so I would just go straight up with the fee structure for 2018.


Tiny Thumb Child Care 
Location: Presint 9
Half Day: RM300 (7:30 am - 12:00 pm)
Full Day: RM500 (7:30 am - 6:00 pm) 



Tiny Thumb Child Care - TTCC



BilItemAmount
1Registration Fee100.00
2Monthly Fee500.00
3Advance Fee500.00
4Materials + Personal Kit450.00
5Misc450.00

Total Registration Fee2,000.00


Little Caliph Kindergarten
Location: Ayer 8, Presint 8
Half Day: RM320 (7:30 am - 12:00 pm)
Full Day: RM500 (7:30 am - 6:00 pm)



Little Caliph Kindergarten



BilItemAmount
1Registration Fee220.00
2Monthly School Fee - half day160.00
3Monthly TLCP Program Fee160.00
4Monthly Extended Program Fee180.00
5Special fees first & second semester480.00
6Uniform - 2 pair100.00
7Tudung15.00
8Sports t-shirt & track bottom37.00
9Annual Sports day t-shirt & track25.00
10Books and modules360.00
11Takaful (PA)20.00

Total Registration Fee1,757.00

Tuesday, January 10, 2017

First Day of PlaySchool - Tiny Thumb Child Care [TTCC]

Assalamualaikum Parents,

[Umi mode is turn ON]

Harini umi nak share pengalaman 1st day of Adhwa's playschool. Dan pilihannya adalah..



Mula-mula umi share balk struktur yuran ye. Ini yuran untuk TTCC untuk kelas 4 tahun :

Registration Fee : RM100
Monthly Fee : RM400
Deposit : RM400
Materials + Personal Kit : RM450
Misc : RM300
Grand Total RM1,650

Material yang dibekalkan pihak TTCC :
Beg sekolah
Laundry bag 2
Uniform 2 pasang
Baju sukan 1 pasang
Buku Log kehadiran/kesihatan anak 
Buku Latihan & Kerja
Peralatan Mandi (sabun, ubat gigi, syampu - Pureen)

Makan 3 kali sehari.

Yang perlu dibawa pelajar/parents setiap hari:
Beg sekolah
Botol susu (sekiranya masih menyusu)
Diaper (sekiranya masih on diaper)
Baju persalinan sepasang
Diaper bag x1
Tuala mandi
Buku log

OK. Now back on topic, first day of school. Macam anak-anak yang lain, Adhwa pun ada lah drama dia. Tapi takde la drama terrace sangat. Dia memang seronok ada kawan-kawan. Cuma air mata berjurai la skit kalau kene tinggal. Standard ar tu.

Orientasi pada minggu pertama went well. 
Drama air mata bukan hanya untuk student baru ye. Student yang dah tahun ke dua pun nak drama jugak. Lagi-lagi kalau nampak kawan lain melalak, dia pun berjangkit nak melalak jugak. Hahaha parents semua layankan aje. 

Apa yang best dengan TTCC?
  1. TTCC ada bangunan sendiri - warna purple.
  2. Untuk bayi, ratio pengasuh adalah 1 : 4 dan total bayi tahun ini maximum adalah 12 orang. FULL (Yuran bulanan RM600), tilam, selimut semua disediakan, dan bayi ditempatkan di bilik berhawa dingin.
  3. Tempoh dalam kelas (belajar dan latihan menggunakan buku) hanyalah 3 jam. 
  4. Setiap hari ada aktiviti luar - bermain pasir, main di taman (dalam kawasan sekolah).
  5. Ada movie time!
  6. Cikgu akan mandikan pelajar (4 tahun kebawah) jam 4 petang. 
  7. Ada buku log. Setiap kali pelajar buang air / minum susu / tukar lampin / jatuh / luka / dll akan dicatat dalam buku log. SETIAP HARI. 
  8. Suhu badan pelajar akan diambil SETIAP HARI semasa parents hantar anak. Ini bagi memastikan anak tak demam / sakit. Jika sakit, parents dimestikan hantar anak ke klinik terlebih dahulu.
  9. Uniform hanya 2 hari seminggu. Jumaat pula digalakkan pakai jubah / kurung / baju melayu untuk pembelajaran solat.
  10. Waktu adalah dari 7 pagi (pintu gate dibuka) tetapi waktu pelajaran adalah 830 pagi - 530 petang. Waktu akhir ambil anak adalah jam 630 petang. Ke 7 malam paling lewat. Ada OT kalau amik lewat dari 6 petang.
Now lets the picture do the talking.

Dalam kereta. Mood OK. Eksaited. 

Berjalan masuk ke school compound - purple kan sekolah tu? 

Ya kawan-kawan. Aksi memujuk sedang berlangsung. Adalah 10 minit jugak sebelum terpaksa didukung oleh cikgu.

Aktiviti makan - aiskrim goyang (student buat sendiri)

Ni buat apa umi tak tau.


Ok lah tu je nak share. Gambar tu pun bukan umi yang amik tau. Tu semua gambar cikgu yang amik dan umi cilok dari fb Tiny Thumb je. Hahaha. 

T-shirt putih tu semua masa dalam minggu orientasi. Sekarang dah start uniform (kuning).

Insyaallah semoga semua dipermudahkan.
Bila tanya adhwa esok nak sekolah tak?
"Nakkk. Nak sekolah banyak-banyak.."  
Hehe. Padahal tiap-tiap kali nak tinggal kat sekolah mesti mengalir air mata buaya. 

But today (10th January 2017), dia dah tak nangis lagi. Siap boleh cium tangan dan lambai-lambai tanpa wajah duka. Ceeeewah.



Alhamdulillah.
A good start kiddo!













Wednesday, November 30, 2016

Shortlisted Playschool Putrajaya 2017 [dikemaskini pada 30 Dis 2016]

Assalamualaikum,

Shortlisted taska / playschool untuk rujukan semua :

Taska Arina [4 years and above]
Lokasi : Presint 9 [Double-storey corner lot]
Registration Fee : RM1,200.00 + RM440.00 (first month) 
Monthly Fee : RM440.00 [Full Day]
Bilangan pelajar : 60 orang
Ada 4 orang tenaga pengajar. Menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Kecuali bagi subject Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin akan diajar oleh Teacher Arina seminggu sekali selama 2 jam.

Taska Rafflesia iSmart
Lokasi : Presint 14
Registration Fee : RM915 [Girl] or RM900 [Boy]
Monthly Fee : RM480 [Full Day] 
p/s : Baru tanya-tanya fee structure. Belum visit lokasi lagi. Tapi rasanya tak dapat nak ke sana sebab jauh dari Ofis.

Tiny Thumb Child Care (TTCC)
Lokasi : Presint 9
Enrollment Fee : RM850 + RM400 (first month) + RM400 (deposit)
Monthly Fee : RM400 [Full Day 8.30am - 5.30pm]

Notes:

  •  TTCC ada bangunan dua tingkat berwarna purple. Luas ooo.
  • Untuk 4 tahun, walaupun kelas hanya bermula jam 830 pagi, tapi pintu gate sekolah dibuka seawal 7 pagi dan ditutup juga paling lewat jam 7 malam. 
  • Kebanyakan masa adalah aktiviti yang dibuat mengikut sukatan PERMATA. << pi la google.
  • Belajar hanya 3 jam dan lain2 adalah aktiviti yang disusun. 

Menarik jugak la TTCC ni sbb ada movie time, story telling (english & bahasa). Juga ada waktu tidur. Ada masa untuk outdoor activity. Petang pulak cikgu akan mandikan. Parents cuma bekalkan baju 2 pasang, towel dan berus gigi. Perkakasan mandian (sabun, ubat gigi, syampu) disediakan pihak TTCC. Mereka hanya menggunakan brand Pureen. 

Sekian makluman.


Monday, November 14, 2016

Misi Mencari Playschool Putrajaya

Assalamualaikum,

Dah masuk pertengahan Nov 2016 baru la teringat nak carikan playshool untuk anak dara aku Adhwa. Adhwa genap 3 tahun awal bulan Oct 2016. So technically, she's only 37 month  old this month. 

Nak mencari play school pun aku tak tau nak start dari mana. 
Ye lah. Anak sulung.
Macam baru je beranakkan dia minggu lepas. Tengok-tengok dah 3 tahun dah aku ni. Buah hati pengarang jantung. Suka melaram melawa. 

Sebenarnya aku tak mobile. 
Aku pergi kerja car pool dengan husband. He will dropped me at my office then only he goes to his office. 
Maka atas sebab itu, kami nak cari taska yang tak berapa nak jauh dari ofis. 

Aku kerja di Presint 8.

Maka mencari sekitar dengan budget tak berapa nak cun. 

Currently we sent both our babies 3yo & 4mo di rumah pengasuh. Which is pada kami sangat-sangat puts hati sebab anak-anak terjaga (pengasuh tak amik anak orang lain). Babysitter yang dipanggil mama cuma jaga anak-anak sendiri (5yo & 2yo) plus anak-anak kami. Atiyah nampak serasi dengan mama. Cuma Atiyah tak tido siang. Mai oh mai.

So misi mencari play school / taska etc bermula dari sekarang.
Atiyah insyaallah remain di rumah mama. 
Adhwa? Well let us now find one good task for her.

Mohon bantuan reader untuk response beserta fee structure. 

hehe

Lain-lain perkara akan dikemaskini setelah pencarian bermula.


terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...