Showing posts with label wedding budget. Show all posts
Showing posts with label wedding budget. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

cincin



cincin tanda berjanji

Sorry for the background. Atas meja kerja ku agak serabut - especially waktu kerja. Sebelum ada yang bertanya, let me explain a bit on the rings.

Cincin batu tiga tu dibeli di negeri kelahiran bakal suami - Penang. Cincin lord of the ring (belah rotan) tu pula beli kat Jalan TAR. Haniffa Sdn Bhd - opposite Mydin. Tingkat 3 if i'm not mistaken. Ada kedai barang kemas kat situ. Tak mahal.

Well, since we are on budget, memang kami cut cost most of our budget. Plan nak buat se simple mungkin. Tapi simple sangat pun tak boleh sebab ada keluarga yang ada kehendak masing-masing. Bukan mendesak, no, that's not what i mean. Tapi kadang-kadang perlu fikir orang sekeliling.

We are very thankful to our family sebab mereka sangat-sangat membantu. And yes, kami plan seboleh mungkin semuanya datang dari duit poket kami. So yes, dear all B2B, sila menabung 1.5k per month kalau wedding korang simple & tak telan cost yang beribu-ribu lemon.

Cincin nikah pun dah beli. Beli kat Jalan TAR jugak. Semua House to be exact. Betul-betul kat pintu masuk kompleks tu, ada Diamoney - platinum jewelry. Di beli waktu promotion gila-gila. Masa tu tengah promotion 70% on cincin lelaki. So, boleh dapat harga rendah. Cincin perempuan pun aku amik platinum jugak. One set actually that consist ring + earrings + pendant.

Let me share the cost (kalau korang nak tau).

Cincin risik (emas) + cincin tunang (emas) + cincin nikah, earrings, pendant (platinum) + cincin nikah lelaki (platinum) = RM1,118.00

Mahal ke murah? Do the math!




Tuesday, May 3, 2011

list list list

sebelum checklist versi senang + hentam di kongsi, saya nak nyanyi:

"$$$$ $$$$ di mana kau $$$$"

okeh. mood serius. checklist untuk majlis kami. simple tapi kalau takde duit, terasa beban jugak. oleh demikian, sila menabung 2k sebulan setelah berjumpa pasangan hidup.

solemnization & reception:
  • Sila booked wedding planner, maklumkan bajet korang berapa. Jangan malu. Sebab duit tu duit korang. Aku rekomen korang try khidmat pasangan suami isteri Bayu Weddings
atau

Apa-apa pun, baik korang utamakan keperluan, BUKAN kehendak. Yg aku list kat atas, apa yg aku rasa sesuai. Tapi aku recommend je. Kalau ada pakej lengkap, atau planner lagi bagus. Korang bagitau bajet, mereka sediakan.

Yang penting, dahulukan yg wajib. Jgn berlebih-lebih. Sebab kalau korang tak menabung 2k sebulan (at least), sila bermimpi nak buat wedding yg simple. Paling koman, kene ada 20k untuk urusan kerja kawin sebelah pihak - 20k for a simple/budget wedding.

ok. sila menabung. sekarang!

Wednesday, March 9, 2011

Tutup Mata -_-'


Semalam berjalan-jalan kat Tesco Taman Midah. Sambil berjalan mata melilau. TERnampak kedai Poh Kong - so dengan sengaja mengarahkan kaki ke sana.

Cincin emas putih (ada batu) yang verrrry the halus, ala-ala benang 3 urat, harga nya makkkk aihh. RM500. Gilo ko apo? Cincin belah rotan pun lebar lagi tau!

So aku tutup mata je la. Cantik tu cantik, tapi nampak kecik nau cincin nyer. Tapi harga dia.. fuhh! terbeliak mata aku. So, i make a U-turn. huhu


Tuesday, March 8, 2011

Pening

Kahwin oh kahwin!

makin ku cuba untuk meng-reduce-kan cost, makin bertambah pulak bajet. Aicoooo!!

Well.. a piece of advice to those out there, masa buat bajet, memang kita cuba untuk ambil yang murah. Tapi kene pastikan no hidden cost tau! And compare to other supplier/caterer as well. Sebab, yang murah ni biasa nya:
  • tak termasuk kos pengangkutan
  • tak temasuk kerusi meja (dah tu jemputan nak makan berdiri?)
  • tak termasuk caj luar kawasan
  • tak termasuk pinggan mangkuk (woooo.. takkan nak suruh jemputan bawak pinggan mangkuk sendiri kot?)
  • lepas majlis, peralatan kene basuh sendiri. Haaa??
So, mudahnya, aku ingat aku nak amik yang buat majlis kat dewan. Altho mahal sikit, tapi worth it. At least, lepas dah sudah majlis, tak de susah-susah nak ngemas periuk belanga bagai. Takde susah-susah nak ngemas rumah lagi. Organize perabot sume tu dah tak termasuk dalam 'aktiviti sebelum/selepas majlis'.

OK? Clear?

Itu mengenai catering. Let us now focus on invitation card. Banyak syarikat yang jual kad ni. Ada yang murah, serendah 25 sen sekeping untuk min 1000pax. Tapi, pakai kertas A4 yang 80gsm tu. Baik la pi fotostat kat kedai.

Ada yang murah, tapi:
  • tak termasuk kos artwork,
  • tak termasuk sampul, (ni memang serius menyusahkan)
  • tak termasuk penukaran warna
  • tak termasuk lukisan peta
So? cari la molek. Agak menyakitkan bila bajet lari. Bukan senang nak kumpul duit weh!


Thursday, March 3, 2011

Wedding Checklist - As promised

Assalamualaikum,

Here you go : Wedding Checklist for your reference - as promised. (tak dapat greenlight dari sahabat lagi. But then again, there's nothing to be ashamed of).


But of course, you may adjust here & there according to your own preferences. Especially on the baju pengantin, photographer, etc etc.

And yes, semua bajet yang tertulis adalah gabungan bajet Lelaki & Perempuan (L&P).


Saturday, February 19, 2011

Belanjawan K.A.H.W.I.N.

Memain ye.. pagi tu aku terima arahan, petang tu aku dah siapkan. Siap share document dalam google docs tau! Thanks Google sebab bila kita ada account email google, kita boleh share file (with other google's account holder) dan boleh edit/update the file at the same time.

Ye, betul, aku happy. Berborak pun itulah topik utama. Dulu pun aku topik ni. Tapi sekarang lebih casual perbincangan kami. Sebab? Perbincangan lebih serious, berkenaan budget.

Aku ada buat template belanjawan kahwin yang aku kira quite useful jugak untuk korang yang sedang dalam usaha membuat pengiraan. Tapi, tunggu budget approved dulu la baru aku share kat sini k? Itupun kalau sahabat aku approved budget tu. ngeh ngeh ngeh

Harus diingat, belanjawan kami (aku & sahabat) TIDAK termasuk pelamin. Dan mereka yang nak guna file tersebut, don't expect too much from me as we are trying to reduce/cut cost for the big day.


K.A.H.W.I.N.

K.A.H.W.I.N.

Apekah reaksi anda bila disebut mende yang 1 nih? Lain orang, lain penerimaannya. Ada orang tak suka nak sebut. Ada orang suka sangat nak menyebut. Aku? -_-'

Suka lahhhh. Ish ish. Corny bahh aku ni. Ngeh ngeh ngeh.

Nope, bukan menggatal. Nope, bukan mengada-ada.

Counting the days? Err.. Insyaallah. Semuanya masih dalam perancangan. Woh woh! Ayat kaverina! Wit wit.
Reaksi abah bila dengar/sebut pasal K.A.H.W.I.N. - "Ha... ni yang abah nak dengar ni.." hehe. Aku senyum je. Nope, bukan senyum gatal ye. Nak kata aku lah tu. Sekeh kang.

Dan bila tahun baru menjelma, soalan cepu cemas juga menjelma, tapi dalam versi yang telah "diperbaharui" :
"Eh zura, umor ko dah berapa?"
"Mak abah tak de tanya apa-apa ke?"

Aku menjawab dengan jawapan versi lama jugak :
"Zura baru 17 tahun ler.."
"Tanya apa ek?" - buat2 taktau lak aku nih..

Dan bila aku berbincang dengan sahabat tentang budget perkahwinan..
"Buat calculation sikit, pastu nanti tunjuk.." - ayat berbentuk arahan.
"Ok, dah siap nanti saya tunjuk" - ayat penyata A.K.A. ayat mendengar kata. hehehe - ada harapan buleh jadi isteri solehah? Insyaallah~

Response immediate family member:
"Bila? bila?"
"Wahhh. Tahniah.."
"Ye?? Bestnyer. Abis nanti dah kahwin duduk mana?"
"Kau nak baju merelip-relip tak? Nanti kakct mintak abang H belikan kat India," - wohhhh..nakkkkk!!
"Nak buat kat mana? Dewan ke? Rumah ke?"
"Kad kahwin dah tempah ke?" - hoho
"Bila dia nak datang merisik? Bagitau tarikh, aku amik cuti siap-siap," - hehe.
"Berapa hantaran 'abg ko' nak bagi?" - aiyakkk!

After all these feedback, what will you have in mind my response'll look like?
Alhamdulillah.. I'm happy to be me. Thank you, my sahabat dearie. But most of all, thanks to Allah the Almighty for everything.

Semoga Allah memberkati perancangan kita dan segalanya berjalan lancar.

p/s: aku tak boleh henti senyum. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...