Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Review : Supplement Untuk Wanita Mengandung

Assalamualaikum,

Saja nak sharing supplement atau makanan tambahan untuk wanita mengandung.

Kenapa perlu supplement? Sebab supplement ni sangat-sangat membantu wanita mengandung. Yelah.. time mengandung la itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. HB low lah. Tekanan darah rendah lah. Macam-macam. 

Nak-nak pulak yang underweight macam aku.. supplement ni sangat membantu untuk seimbangkan berat badan dan ketinggian kita. TAPI kene ikut cara makan yang betul la kan. Jangan kejap makan, kejap tak makan. Malas-malas tak membantu ye.

Shaklee yang aku amik adalah set ibu mengandung, kecuali ESP tu. ESP tu soya kan. Aku tak berapa jalan sangat dengan soya. So aku tak amik la ESP. Aku amik set ni :

B-Complex: RM55 = 120 biji
Vita-C Plus: RM94 = 180 biji
Ostematrix: RM63 = 120 biji 
Vitalea : RM90 = 120 biji
Omega Guard : RM136 = 90 biji

Harga tak termasuk pengeposan. Harga ikut siapa seller korang kot.

Ini set yang aku bawak gi opis. Lagi 2 botol tertinggal kat rumah.


Makan kasik habis setiap botol ye. Takmo malas-malas. Beratus beli supplement tak sayang kat duit ke? (mood membebel)

Kenapa share Shaklee ni? Aku meniaga ke?
Oh tidak. Aku pun beli kat orang.

Bila start makan supplement? Setelah 13 minggu mengandung.
Tapi ni aku la. Aku beli lepas dah 12 minggu. Saja nak tunggu kandungan stabil. Insyaallah mudah-mudahan Allah permudahkan.

Kenapa nak share pasal Shaklee?
Sebab ramai yang tengok anak sulung kami - Adhwa, dan pastu tanya

"Akak makan apa masa mengandung? Cerah, gebu, montel, tough betul tengok baby akak ni.."

So aku share la rahsia. Rahsia la sangat!

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, dan rajin stock up susu dutch lady 1liter banyak-banyak dalam peti ais, Shaklee ni antara yang membantu.

Ohh ye.. dulu laki aku rajin ajak aku gi jogging. Hujung minggu je mesti jogging. Tapi bila mengandung, dia je la jogging 2 round kat Tasik Permaisuri tu. Aku jalan 1 round je pastu tunggu dia habis jogging.

AMARAN : Ini bukan tips untuk elak jaundice / demam kuning ye.


Oh ini aku share gambar Adhwa. 

Berketak-ketak tangan dia. Masa ni dia baru 7-8 bulan kalau tak silap. Dia pakai gaun sepupu dia yang umur 4 tahun.

Masa umur 6 bulan. Berat 8kg.




Ok. Itulah sharing saya buat masa ini.

Amalkan gaya hidup yang sihat :)


Tuesday, July 10, 2012

Roti Goreng


As promised on previous entry here, gambar sarapan roti goreng that I made for breakfast adalah seperti dibawah:



served with hot tea


zoom skit - you can add on lada sulah. Sedap woo





Friday, June 22, 2012

Derma Organ

Satu hari didalam kereta..


Entah apa yang kami bualkan, tapi tiba-tiba termasuk dalam topik derma organ. Two years back, aku pernah bagitau kat orang tua aku yang dah signed-up for organ donation dan berharap mereka tak rasa sedih.

Kalau ditakdirkan aku dijemput menemuiNya terlebih dahulu, tak mau lah nanti orang hospital dan orang tua aku berebut organ pulak.  Nauzubillah!

Dan kini selepas berkahwin, aku rasa aku perlu beritahu kepada suami aku pula.

Aku: Ct dah tandatangan surat derma organ tau.
Suami: Ok.
Aku: Nanti kalau orang hospital nak tuntut organ, abid jangan tak kasik plak, tau?
Suami: Free ke?
Aku: Ler.. dah nama pun derma.. free la kan?
Suami: Ok, camtu nanti kalau orang hospital datang nak amik organ, abid caj 50k setiap satu. Jantung 50k, buah pinggang sebelah 50k, ni 50k....

ok. suami aku dah merapu.

Aku: Orang nak menderma, dia buat meniaga plak. 


Aku kasik jelingan maut se-das. Memain plak dia. Adehh

Korang pernah terpikir untuk derma organ? Seram bunyinya kan? Tapi kalau dapat topup pahala untuk bekalan akhirat korang nak tak? 


Statistik Penderma Organ di Malaysia

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005


Tahukah anda, di padang Masyar nanti, bila kita semua dibangkitkan, seorang ibu sanggup menggadaikan anaknya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri. 

Dermalah andai bantuan itu dapat menambah pemberat kepada amal kita. Sebagai permulaan, daftar dulu di sini. Tapi jangan lupa bagitau waris / ayah ibu / penjaga or in my case, husband.

Thursday, June 14, 2012

Today's Breakfast

Fried Rice with Mint Tea





Bahan:
Nasi (2 orang makan)
2 ulas bawang putih **
2 ulas bawang merah **
Segenggam ikan bilis **
1 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu margarine/butter
4 ekor udang (boleh ganti dengan ayam/daging)
Segenggam sayur kacang pendek - potong kecik
Garam sikit

** tumbuk sampai lumat

Cara:

1. Masukkan butter,  kemudian masukkan bahan ** kacau sampai naik bau.
2. Masukkan sos tiram - kacau lagi.
3. Masukkan udang - kacau lagi sampai udang masak.
4. Masukkan sayur kacang tadi dan telur - goreng lagi.
5. Masukkan nasi - kacau.
6. Taburkan garam - kacau lagi.
7. Siap.


Hidang dengan air teh mint. Uiiii segar je rasa.


teh o dengan daun pudina.

Tuesday, June 5, 2012

Roti Goreng for Breakfast

Roti Goreng namonyo - hentamsajalahlabuu

I managed to get the recipe from my dear sister who is married to a Sri Lankan guy dan tinggal di Hong Kong. --- perhhh panjang giler ayat. Actually, i was whatssup ing with her while browsing to the net, about new recipe untuk sarapan pagi. Just to try something new.

Sharing is caring, recipe yang aku boh sendiri namanya.

Roti Goreng

Bahan-bahan:
6 keping toasted bread
2 tangkai daun kari
2 biji tomato (cincang ikut suka)
2 ulas bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lada benggala (cincang) - ganti cili merah pun boleh, tapi jangan cili padi, merah mata pi keje satgi.
Minyak sikit

Cara:
1. Koyakkan roti - atau lebih mudah, gunting jadi kecik.
2. Panaskan minyak.
3. Goreng daun kari sampai naik bau - masukkan bawang besar & bawang putih, goreng lagi.
4. Masukkan tomato - goreng dan mesrakan pehh ayat.
5. Masukkan lada benggala.
6. Masukkan roti yang digunting tadi - kacau sampai rata.
7. Angkat dan hidang.

easy peasy yes? Gambar takdek. Nanti rajin aku snap kasik upload tunjuk.

Wednesday, May 16, 2012

Spaghetti Bolognese

Semalam cik isteri (aku) berpuasa, dan tak larat nak masak untuk berbuka - bajet ala2 buruh kasar bekerja keras, padahal duduk dalam ekon baikkk punya.

Isteri : Abid lapar tak?
Suami : Rasa macam lapar, rasa macam tak..
Isteri : ct macam tak larat la nak masak, ct habiskan air tebu je la k? (dalam peti ais ada air tebu 1 botol besar)
Suami : ct nak makan apa? abid masak. Ct bagitau bahan-bahan dia, abid prepare.
Isteri : Nak spegeti. (senyum - dalam hati, "yea yea")




Bahan-bahan: (2 orang makan)
Spaghetti (segenggam je)
1/2 tin kecil tomato puree
1 biji tomato (cincang)
2 senduk sos tomato
1 senduk susu segar
Isi ayam
2 keping daging burger (cincang / pecahkan)
1 ulas bawang besar (hiris halus)
2 ulas bawang putih (hiris halus)
1 cawan air masak
1/2 kiub stok ayam
Sedikit minyak

Cara:
1. Rebus spaghetti dan toskan.
2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang besar & bawang putih - goreng kasik naik bau.
3. Masukkan isi ayam, kemudian daging burger yang dipecah-pecahkan. Goreng sampai ayam betul-betul masak.
4. Masukkan tomato yang dicincang, tomato puree, sos tomato. Mesrakan. cewahhhh
6. Masukkan stok ayam. Kacau bagi rata.
7. Masukkan susu segar, kacau lagi.
8. Masukkan air masak, kacau lagi.
9. Dah boleh hidang.

Kalau suka sos yang pekat, boleh masak atas api sampai sos kering sedikit.
Dapur Malaysia.

Hasilnya... tada :


sangat sedap ok! terima kasih encik suami! 


Monday, August 8, 2011

ayam masak merah

Harini berbuka puasa dengan ayam masak merah.

Memandangkan balik rumah pun dah agak lewat, maka buat ayam masak merah.
Resipi, cilok dari blog nannie as per below:

hasilnya. (ada orang tanya ape tu..)haihhh.. failed masakan aku.

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

2 biji bawang besar- dipotong membulat

3 cm kulit kayu manis

3 biji bunga lawang

5 biji bunga cengkih

2 batang serai-dititik

8 sudu besar sos tomato

6 sudu besar cili sos
3 sudu besar gula

Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR:

8 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak . Kalau suka boleh biar sampai garing.

-Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dahulu sehingga terbit bau wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan dikisar serta serai . Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato dan bawang besar serta kacau lagi . Masukkan gula dan garam kacau tambah bahan jika ada yang terkurang .

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.

Tuesday, June 14, 2011

Famous Amos.. behind the scene

Famous Amos

Entah kan sedap entah kan tidak.


adunan tinggal suku



masuk dalam dulang sebelum dibakar

Akibat adunan terlalu besar, makanya hasil tak secomel Famous Amous kat kedai tu. hehe



percubaan pertama. kalau sedap, ku kira luck. hehe


Monday, May 16, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Medical Leave a.k.a. MC

Pernah MC? Mesti ler.. ada pulak tanya soalan tak mencabar minda ni.

Nak dijadikan cerita, semalam terpaksa MC. Actually nak MC sebab aku sendiri rasa tak sihat, badan panas, selsema, ditambah lagi dengan batuk (ni gara-gara pergi kenduri kawin - minum air tak ingat donia).

Balik dari kenduri, makan panadol soluble segelas, baring. Lepas tu sahabat aku suruh pakai baju sejuk dan selimut. And I did. Petang tu demam kebah. Still, lidah terasa tawar. Makan apa pun takde rasa.

The next day, since I feel much better, makanya aku kerja macam biasa. Balik rumah pun still ok lagi tapi semakin larut malam, semakin panas. Then, my sahabat called, so aku menemani dia sambil menepek-nepek muka dengan toner. Hehehe.. nak cantik la katakan. Tak cantik takpe, asalkan kulit bersih..
Habis borak aku terus turun bawah, makan ubat demam lagi. Nampaknya kepanasan badan belum dapat ditawan kipas dengan kelajuan 1. Oh oh! Bad sign! Esok ada sebutharga nak kene siapkan. Jangan buat pasal azura!

So esoknya aku MC! Woh!!

Sunday, October 17, 2010

organ donation


Assalamualaikum..


Pernah dengar tak pasal organ donation | derma organ? Do you have any intention to donate your organ if something happen to you in future? I do!

Bunyi agak menyeramkan / menyakitkan / memualkan (maybe), tapi selain menderma dari segi kewangan, organ juga penting. Banyak isu yg dibangkitkan terutama mengenai 'bolehkah orang islam menderma organ kepada bukan islam?' yes, malahan sangat-sangat digalakkan. (cakap gaya2 alim ulama' je aku nih).

Tapi, percaya, organ ni sangat penting. Kita esok2 dah mati nak harap amal jariah menyelamatkan kita dari azab kubur ke? Banyak mana la amal jariah kita buat tu? Derma pun seringgit dua, malah kadang-kadang berkira. Apa lagi amal kita ada? Ni sah-sah kita dah meninggaldunia, kalau2 organ kita elok, baik dan sesuai (mustahil la tak sesuai memandangkan terlalu ramai dalam 'waiting list' utk mendapatkan organ yg sesuai utk mereka) eloklah diderma. Kita dah mati nanti bkn boleh pakai buah pinggang tu dlm kubur esok. Wahhh! aku bercakapppppp.... berani seyyy

Tapi terus terang, aku dah isi pun form. Pada yg belum isi, atau belum penah tengok form, sila klik sini. Cuma aku belum inform parents aku lagi mengenai keputusan aku nak jadi penderma. Sebenarnya menjadi keperluan untuk kita memaklumkan orang tua kita / suami / isteri / anak-anak / keluarga lebih-lebih lagi bagi mengelakkan esok2 bila orang hospital tuntut jenazah kita, orang tua kita tak nak lepaskan kita.


Semoga usaha kita yg kecil ni memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan. Memandangkan aku masih dalam jagaan ibu bapa, jadi akan ku khabarkan kepada mereka sedikit masa lagi, Insyaallah.

To those out there, marilah kita sama-sama beramal. Moga yg sedikit ini mampu membawa kita ke syurga.


Tuesday, October 12, 2010

bila sakit


Confirmed harini bukan pertama kali dalam tahun 2010 kene cirit-birit. Confirmed jugak bukan kali ke 2. Entah kali yg ke berapa. Tapi kali ni, sakitnya, sama macam kira-kira setahun lepas, time masih lagi bekerja dgn MYOB.

Keracunan? Nehi. Sebab apa yg aku telan, itu jugakla yg famili aku telan.
Overdose? Ekkk?? Nehiii kabhi nehi. Aku makan dlm kuantiti yg sgt sedikit. Nehi mungkin overdose-he
Makanan tak sesuai? Maybe.

Akibat kekerapan datangnya sakit yg sama ni, maka nya doktor muda lagi handsome telah menasihati aku..

Doktor : Saya nasihatkan, kalau awak masih lagi alami sakit yg sama selepas 5 hari, terus pergi jumpa specialist. Lebih-lebih lagi kalau awak ada insurans, masuk je terus. Specialist akan recommend untuk masuk camera..
Aku : Dah, tahun lepas.
Doktor : Dah? Masuk dari mana?
Aku : Aaa?? dari mulut la
Doktor : Ok, tapi yg mungkin specialist akan recommend adalah masuk dari bawah.
Aku : ...
Doktor : Saya tau, bunyi dia agak "giler" sikit. Tapi ini adalah cara paling berkesan untuk lihat punca masalah dalam perut awak.
Aku : ...
Doktor : Jangan takut, during the procedure, awak takkan sedar pun. Doktor akan bagi ubat tidur. Sedar-sedar je, awak dah selesai.
Aku : ...

Ha ah. Cakap senang la. Tengok la dulu camne. Kalau (Insyaallah) ubat yg doktor bagi berkesan, aku tak perlu nak pi specialist. Nasihat doktor, kurangkan makanan berminyak, dan susu.


Ok, doc!

Nasihat sahabat aku plak, "kene pantang makanan", no oily food, no milk, no spicy food. More vegetables, more fruits.

Baik!

Nak baik punya pasal. Sila amalkan diet yang ketat. Bukan nak slim, tapi nak sihat.

Baik, saya yang menurut perintah!


Wednesday, September 15, 2010

misi menambah berat badan





wohh!


tajuk entri tak menahan. I planned to put up weight sampai la i reach the ideal weight. I might need to put on 8kg. wah!! macam senang.

Aku tak plan utk kurus or stay kurus. Aku nak sihat. As far as i know, aku ni underweight. Bukan semudah makan byk2. Ni makan byk2 boleh undang penyakit which obviously NOT my intention. Aku nak sihat. Slim? aku rasa aku ni terover slim. Mungkin tabiat pemakanan kot? Or its in the gene? Sbb adik-beradik aku sebelum kawin - halus je. Dah kawin.. err.. harap maklum

Misi menambah berat bermula..

sekarang!

Monday, August 23, 2010

..dan aku menanti dengan penuh debaran


Salam,


Baru-baru ni adalah aku dok berdiskusi dengan sahabat mengenai persediaan perkahwinan. Alhamdulillah.. dia sedang mengusahakan untuk membeli sebuah rumah tempat berteduh untuk wife-to-be. Dan antara lain diskusi kami adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil lebih-lebih lagi untuk menampung keperluan masa depan.

Tapi sebelum langsungnya walimah, perkara lain yang perlu di ambil kira adalah ujian darah. Jangan ingat kursus kahwin aje.. ujian darah tu pun penting. Kerajaan baru je kuatkuasakan undang-undang untuk pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga, iaitu ujian darah HIV. Ini penting.

Selain tu, perkara lain yang penting adalah ujian darah Thalessemia. Banyak iklan kat TV. Antara kita nak ambil berat atau tak aje isu di sini.


Pentingnya ujian ni sebab 1 dari 20 penduduk di Malaysia adalah pembawa Thalessemia. Dimana sekiranya kedua-dua pembawa (lelaki + perempuan) berkahwin, 1/4 kemungkinan anak yang dilahirkan adalah penghidap penyakit ini.

Bahayanya penyakit ini, bila pesakit perlu menukar darah tiap-tiap bulan! Dan jangka hayat bayi yang menghidap penyakit ini adalah 4-5 tahun sahaja! Ala... sedihnya.

Back to the original purpose of this entry, aku baru je balik dari klinik untuk buat pemeriksaan penyakit ni.. Menanti dengan penuh debar..

Bayaran : RM75 (bergantung kat klinik jgk)
Tempoh: 3-5 hari.

so aku menanti hari.. adakah aku pembawa? sekiranya ya, sampailah giliran sahabatku untuk buat pemeriksaan. Sekiranya tidak, alhamdulillah.. kami mungkin boleh teruskan impian kami untuk bergelar suami isteri.. Andai keputusan tak menyebelahi kami... err.. tak tau nak pikir apa. Mungkin berpisah, demi menyelamatkan zuriat yang akan kami lahirkan kelak.

Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan kami..

..dan aku masih menanti dengan penuh debaran


Monday, June 7, 2010

malas makan

pernah dengar ada orang malas makan? tak kan? malas buat kerja ada la. tapi tu la. aku merujuk pada diri aku sendiri. malas makan disebabkan..
  • mood swing
  • kerja bertimbun
  • tekanan perasaan
  • takde geng nak turun makan
  • bosan hadap menu yang sama
  • lauk mahal sangat
aihhh.. aku ni simple je. ada telur mata + kicap pun aku leh je sebat. tapi kalau makanan dia caj mahal pun, tu isu besar jugak tu. hari-hari nak kene bayar makanan mahal, walhal lauk biasa2 je, kan ke kering?

aduuhh. malas nyer nak turun makan. kerja bertimbun. emosi lak turun naik. alahai..


Tuesday, May 18, 2010

mari berpuasa

harini 18 May 2010 / 4 Jamadil Akhir 1431H

kalau ikutkan usrah yg kami attend last week kat umah kak ecah, antara perkara digalakkan utk buat adalah, berpuasa at least once a week. kenapa puasa? err.. sbb puasa ini lah yg melatih kita umat Muhammad SAW agar terus tingkatkan amal, terus tsabat dijalan Allah.

Cth lain kebaikan puasa ini adalah.. kita akan bersabar. Yelah.. puasa, nak gaduh pun tak larat. Nak bertekak pun tak larat. Nak bergossip pun... err pikir 4-5kali. Yg suka layan website takde pekdah plak.. sah-sah la pahala tu melayang camtu je. In the end of the puasa, pahala pun tak dapat. Yg dpt, cuma puasa makan je.

aaaah.

harini dan semalam aku berpuasa. waduhhh. malas sungguh nak bangun sahur. tapi ku gigihkan jua. alhamdulillah.. dpatkan kutip pahala bersahur.. err. harap2 pahala tu tak terbang masa aku buka puasa.

dan khamis ni, akan ada usrah lagi. yeay! one thing that i loved abour having usrah is.. makan sedap wooo. each week kami akan bertukar host. last two week, host usrah prepare pizza & macaroni.. wahhh.. western sungguh kami! hehe. and this coming thursday, kami usrah di rumah kak azariah. well.. dia dah inform siap2 tadi. dia prepare mee hailam. wahhhhh. terliur sudahhhh

ok.ok.ok.puasa azura oi!!!

  • ohh ye. lupa plak. jom kita share checklist usrah:
  • tilawah tasmid
  • tazkirah
  • pengisian 1
  • pengisian 2
  • berita dunia islam
  • perbincangan masalah (heart to heart la)
  • Mutabila'mal
  • Infaq
  • puasa
mampukah ikut checklist? mari berpuasa

Sunday, November 29, 2009

...dan mataku bengkak lagi

haih..

mata kiri bengkak lagi. bengkak @ ketumbik. tak paham betul. dari bulan lepas kalo mata bengkak, mmg target tang kiri je.. heran weh!

tp menurut doktor, ketumbik ni sbb dia :
1. ada bacteria
2. ada bulu mata tersekat dlm mata
3. kurang vit c ? erk??

haaa.nombor 3 tu saya saje tambah.haha

ubat dia? eye ointment jek. hopefully esok dah recoverla ye. insyaallah.. sbb bile sakit ni baru la terasa hilang nikmat mata. altho dua-dua mata masih berfungsi, tapi ketumbit ni buat rasa tak kene jek. adeh laaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...