Tuesday, October 12, 2010

bila sakit


Confirmed harini bukan pertama kali dalam tahun 2010 kene cirit-birit. Confirmed jugak bukan kali ke 2. Entah kali yg ke berapa. Tapi kali ni, sakitnya, sama macam kira-kira setahun lepas, time masih lagi bekerja dgn MYOB.

Keracunan? Nehi. Sebab apa yg aku telan, itu jugakla yg famili aku telan.
Overdose? Ekkk?? Nehiii kabhi nehi. Aku makan dlm kuantiti yg sgt sedikit. Nehi mungkin overdose-he
Makanan tak sesuai? Maybe.

Akibat kekerapan datangnya sakit yg sama ni, maka nya doktor muda lagi handsome telah menasihati aku..

Doktor : Saya nasihatkan, kalau awak masih lagi alami sakit yg sama selepas 5 hari, terus pergi jumpa specialist. Lebih-lebih lagi kalau awak ada insurans, masuk je terus. Specialist akan recommend untuk masuk camera..
Aku : Dah, tahun lepas.
Doktor : Dah? Masuk dari mana?
Aku : Aaa?? dari mulut la
Doktor : Ok, tapi yg mungkin specialist akan recommend adalah masuk dari bawah.
Aku : ...
Doktor : Saya tau, bunyi dia agak "giler" sikit. Tapi ini adalah cara paling berkesan untuk lihat punca masalah dalam perut awak.
Aku : ...
Doktor : Jangan takut, during the procedure, awak takkan sedar pun. Doktor akan bagi ubat tidur. Sedar-sedar je, awak dah selesai.
Aku : ...

Ha ah. Cakap senang la. Tengok la dulu camne. Kalau (Insyaallah) ubat yg doktor bagi berkesan, aku tak perlu nak pi specialist. Nasihat doktor, kurangkan makanan berminyak, dan susu.


Ok, doc!

Nasihat sahabat aku plak, "kene pantang makanan", no oily food, no milk, no spicy food. More vegetables, more fruits.

Baik!

Nak baik punya pasal. Sila amalkan diet yang ketat. Bukan nak slim, tapi nak sihat.

Baik, saya yang menurut perintah!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...