Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, December 29, 2017

Review: Entopia by Penang Butterfly Farm



23 December 2017

So we went for a wedding reception early that day and my husband says he wanted to explore the Penang area with our little family. 

First thing first, here are some heads up for anyone who wish to visit the place.
  1. Bring enough drinking water and snacks. 
  2. Wear proper attire and walking shoes - no heels! 
  3. Check their website regularly as you might miss good promotion. 
Here are the entrance fee. Be sure to bring along MyKad / MyKid to get the promotion tau.



But there is another family package offered by Entopia which is 2 Adult + 2 Kid for RM129. But wait, if any of you is a Cimb Cardmember, you can get 20% off. 


Ok, more information as per below:
  1. Each group / family will get a map as your travel guide.
  2. Surau, washroom & baby room are provided. There is coway water dispenser in the baby room. 
  3. There's F&B at the outdoor area. Not sure about the price as we do not step foot in it. 
  4. We spent about 2.5 hours in the outdoor area + another 1.5 hour indoor.
  5. So many activities can be done indoor with your kids. 
  6. There's only 1 food stall indoor which is next to the auditorium. They only sell cold drinks and slice of cakes / cookies and popcorn as well as few selection of ice cream. Popcorn alone is RM8 (I remember this because I bought the popcorn).
  7. You may go in and out of the Entopia as long as you still have the ticket (until 7pm).
And now are some picture taken from our visit to Entopia. Enjoy!


Outdoor








Indoor








Some videos worth to share:









Overall, it was worth every penny spent. :)
I bagi 5 / 5 star.





Tuesday, April 25, 2017

Young & Living Essential Oil - Stress Away

Assalamualaikum,

Harini aku nak kongsi berkenaan Young & Living (YL) essential oil (EO). 


Banyak testimonial, dan juga keberkesanan EO ni dan sampailah ia juga menjadi penyebab aku terjebak. Hahaha. Its a good thing tho. Bukan la benda buruk pun. CUMA it quite pricey tapi memandangkan kaedah nak mendapatkan pati setiap EO ni sangat susah dan renyah.

Ok.

Harini biar aku spesifik terus EO yang aku rasa terpanggil nak perkenalkan kat semua. 


Stress Away - 5 ml (inclusive in starter pack)    


Macam mana boleh terjebak? Aku nak skip dulu sebab panjang cerita. Nanti aku bukak thread lain.

Aku beli starter set YL dan stress away ni inclusive dalam starter pack tu.
Dijadikan cerita, starter pack tu sampai la kat opis aku. 
So aku pun unbox. 
Ada simple instruction. Dan instruction tu suruh aku apply EO ni kat nadi, kiri kanan, dan calit skit letak kat leher. Bau je EO ni.

Dalam tak sampai 2 minit, Im free from stress!
Like seriously?? 

Percayalah.
Aku tak stress dah. 

Bau dia sangat melegakan kepala otak.

Lagi satu kenapa Stress Away ni aku beli? Sebab aku nak guna setiap kali SELEPAS kerja. Kiranya lepas kerja, kan nak jumpa anak-anak? Kita as parents ni balik rumah tau nak main hp, fb, insta. Anak-anak dengan ipad plak. 
Bila nak blend dengan anak-anak kalau masing-masing dengan tablet kan?
Pastu bila anak-anak nakkan perhatian, mula lah rasa nak marah.
Lepas marah anak, pandai plak rasa menyesal la sedih la apa la.
Tapi pastu? Buat jugak perkara yang sama.

So, cara aku, balik kerja, aku calit kat nadi, gosok-gosok. Bau-bau. 
Pastu keluar ofis. Baca bismillah.

Insyaallah for the rest of the day, takde dah rasa nak marah anak.
Sampaikan boleh je nak layan anak-anak punya ragam.

Perasan tak anak-anak ni, kalau kita main dengan dia, happy dan seri muka dia lain je. 
Berbanding bila kita sibuk dengan hp, dia plak malas nak main toys dia, sebaliknya main ipad.

Perasan ke perasan?

Aku konsisten pakai Stress Away ni for 2-3 days.
Lepas tu aku tak pakai dah. Cuma aku simpan dalam handbag. 
So bila-bila rasa stress, apply je.

Sampai la a week later bila hormon pun lain macam, apply je balik EO tu.
Dan aku rasa calm je.

Jadi aku nak war-warkan kat semua, boleh la cuba.

YL Stress Away 
15ml
RM186.

Untuk harga promosi, boleh hubungi aku melalui WA : +60192802362 










 

Tuesday, January 10, 2017

First Day of PlaySchool - Tiny Thumb Child Care [TTCC]

Assalamualaikum Parents,

[Umi mode is turn ON]

Harini umi nak share pengalaman 1st day of Adhwa's playschool. Dan pilihannya adalah..



Mula-mula umi share balk struktur yuran ye. Ini yuran untuk TTCC untuk kelas 4 tahun :

Registration Fee : RM100
Monthly Fee : RM400
Deposit : RM400
Materials + Personal Kit : RM450
Misc : RM300
Grand Total RM1,650

Material yang dibekalkan pihak TTCC :
Beg sekolah
Laundry bag 2
Uniform 2 pasang
Baju sukan 1 pasang
Buku Log kehadiran/kesihatan anak 
Buku Latihan & Kerja
Peralatan Mandi (sabun, ubat gigi, syampu - Pureen)

Makan 3 kali sehari.

Yang perlu dibawa pelajar/parents setiap hari:
Beg sekolah
Botol susu (sekiranya masih menyusu)
Diaper (sekiranya masih on diaper)
Baju persalinan sepasang
Diaper bag x1
Tuala mandi
Buku log

OK. Now back on topic, first day of school. Macam anak-anak yang lain, Adhwa pun ada lah drama dia. Tapi takde la drama terrace sangat. Dia memang seronok ada kawan-kawan. Cuma air mata berjurai la skit kalau kene tinggal. Standard ar tu.

Orientasi pada minggu pertama went well. 
Drama air mata bukan hanya untuk student baru ye. Student yang dah tahun ke dua pun nak drama jugak. Lagi-lagi kalau nampak kawan lain melalak, dia pun berjangkit nak melalak jugak. Hahaha parents semua layankan aje. 

Apa yang best dengan TTCC?
  1. TTCC ada bangunan sendiri - warna purple.
  2. Untuk bayi, ratio pengasuh adalah 1 : 4 dan total bayi tahun ini maximum adalah 12 orang. FULL (Yuran bulanan RM600), tilam, selimut semua disediakan, dan bayi ditempatkan di bilik berhawa dingin.
  3. Tempoh dalam kelas (belajar dan latihan menggunakan buku) hanyalah 3 jam. 
  4. Setiap hari ada aktiviti luar - bermain pasir, main di taman (dalam kawasan sekolah).
  5. Ada movie time!
  6. Cikgu akan mandikan pelajar (4 tahun kebawah) jam 4 petang. 
  7. Ada buku log. Setiap kali pelajar buang air / minum susu / tukar lampin / jatuh / luka / dll akan dicatat dalam buku log. SETIAP HARI. 
  8. Suhu badan pelajar akan diambil SETIAP HARI semasa parents hantar anak. Ini bagi memastikan anak tak demam / sakit. Jika sakit, parents dimestikan hantar anak ke klinik terlebih dahulu.
  9. Uniform hanya 2 hari seminggu. Jumaat pula digalakkan pakai jubah / kurung / baju melayu untuk pembelajaran solat.
  10. Waktu adalah dari 7 pagi (pintu gate dibuka) tetapi waktu pelajaran adalah 830 pagi - 530 petang. Waktu akhir ambil anak adalah jam 630 petang. Ke 7 malam paling lewat. Ada OT kalau amik lewat dari 6 petang.
Now lets the picture do the talking.

Dalam kereta. Mood OK. Eksaited. 

Berjalan masuk ke school compound - purple kan sekolah tu? 

Ya kawan-kawan. Aksi memujuk sedang berlangsung. Adalah 10 minit jugak sebelum terpaksa didukung oleh cikgu.

Aktiviti makan - aiskrim goyang (student buat sendiri)

Ni buat apa umi tak tau.


Ok lah tu je nak share. Gambar tu pun bukan umi yang amik tau. Tu semua gambar cikgu yang amik dan umi cilok dari fb Tiny Thumb je. Hahaha. 

T-shirt putih tu semua masa dalam minggu orientasi. Sekarang dah start uniform (kuning).

Insyaallah semoga semua dipermudahkan.
Bila tanya adhwa esok nak sekolah tak?
"Nakkk. Nak sekolah banyak-banyak.."  
Hehe. Padahal tiap-tiap kali nak tinggal kat sekolah mesti mengalir air mata buaya. 

But today (10th January 2017), dia dah tak nangis lagi. Siap boleh cium tangan dan lambai-lambai tanpa wajah duka. Ceeeewah.



Alhamdulillah.
A good start kiddo!













Friday, August 26, 2016

Post Pregnancy Problem [Susah Berak Lepas Bersalin]

Assalamualaikum,

Ramai antara kita yang bermasalah untuk membuang air besar atau bahasa mudahnya, berak. Terutama sekali, yang bersalin secara normal. Ada kesan koyak samada kene gunting (ouch!) atau koyak secara natural.

In my case, aku pun termasuk dalam golongan bermasalah untuk berak. 

Memang susah nak membuang. Sebab kita rasa fobia. 
Baru jahit kot! Salah teran kang koyak camne? 
Ingat ke bersalin dah hilang azab. Ada azab kene jahit pulak!

Ok tips yang aku sendiri alami dan boleh kongsi :

1- JANGAN minum air milo. 
Sebab air milo akan buat najis keras.

2- KERAP minum air ribena atau air oren atau air lemon. Beli lah brand apa pun takpe. Aku dulu amik yang brand tesco je. Janji air yang masam-masam sikit rasanya. Buat peka-pekat lagi bagus. Sebab air tersebut membantu melembutkan najis.

Last resort kalau dah try macam-macam tapi jadi jugak, ubat.
Boleh beli kat mana-mana farmasi.


Ubat Lactul ni botol dia macam ubat batuk je.


1. Lactul Solution
Macam takde rasa apa pun. Tapi pekat macam madu. Warna pun ala-ala madu.
Makan 1 tudung botol tu. Insyaallah dalam 30minit - 1 jam akan rasa nak berak dan najis lembut.
Berkesan. Serious.




ihsan google.

2. Enema.
Picit kat lubang punggung. Jangan kau buat makan pulak.
Nasihat aku, pi masuk jamban siap-siap kalau nak guna ubat ni. Sebab effect dia kurang seminit.
Berkesan jugak.
Cuma kita takut-takut nak masuk ke punggung. Ye lah, ada jahitan lagi kan.

Ubat-ubat tu semua atas keprihatinan suami aku. Dia kesian tengok bini dia menangis malam-malas sebab tak boleh nak berak. 
Bukan tak boleh, tapi takut. 
Pernah dekat 30minit aku bertapa dalam jamban tu. Tapi tak berani nak berak sebab sakit.

Jadi suami-suami di luar sana, belikan lah untuk bini. 
Standby. Kesian kat bini.

Semoga membantu.


Friday, June 10, 2016

Review : Coway VS Dr Jabbar Water Dispenser

Assalamualaikum,

Harini nak buat review berkenaan these two well-known water dispenser / purifier. Kenapa aku buat review? Sebab I am currently using these two water dispenser. 

1. Coway (old model)
2. Dr Jabbar (current model)

Coway
Dr Jabbar

Mula-mula nak cerita apa keperluan dan apa motif beli water purifier a.k.a. water dispenser?
At first we bought the 2nd hand water dispenser, Coway brand (stand type). Why Coway? Because Coway was famous back then. Even now pun still famous. 

Why do you need water dispenser?
Because my husband & I are both tired to keep on jerang air every time we want to bancuh air, especially after our toddler has started mix feeding between breastmilk & formula milk. We owned a thermos / flask to keep the water hot. But it is just not enough. So we survey for a few weeks for water dispenser. And yes, we are eyeing on Coway brand. 

Pricey? Yes.
The problem with kitchen appliance is that - it requires money. Like - a lot. And we could not commit to pay monthly or every two month for 4 years. Its like committing yourself buying a car or a house. Only that car / house loan can go from 5 to 30 years of commitment. 

Work around? 
Buying a second hand unit. Used item.
So after much negotiation and thoughts, we bought this Coway stand unit for RM2,000. Mind you, we have to pay another RM120 for Coway technician to come over and install the unit.

So to all parents out there, if NEW unit is too much for you to pay, just go for 2nd hand unit. As long as it works, it should be fine.

So here goes my comparison for the two brand.

Lokasi-wise:
Coway - diguna di ofis & rumah. Jangan buat main, aku pakai coway stand kat rumah ye. hehe Yang gambar di atas adalah new unit (beli tahun 2014 - duit company of course). Sekarang off dulu sebab bulan puasa. Sebab tu takde lampu menyala.
DrJ - baru beli (around 1 month ago) dan diletakkan dirumah orang tua aku. 

Price-wise :
Coway (we bought 2nd hand, age 2yrs old) priced at RM2,000. 
DrJabbar (bought new unit) priced at RM1,199.

Maintenance-wise:
Coway: I did call Coway to ask if its possible to continue the maintenance. Ye la, nak replace the parts and all kan. And it cost me RM1,000 plus for 1 year services complete with replacement. Hell NO! So what we did was, since theres only 3 of use (my husband & 1 & toddler), we decided to service ourself. Replacement tu can wait.
DrJ: Its more like Do-It-Yourself. Only have to buy the part which is RM45-RM50 per year. Murah tak? Murah tak? 

Material-wise:
Coway menang BIG time! Sebab apa? Sebab material dia sangat kukuh compared to DrJ. 
Coway ada roda di tapak (2 biji roda kot), jadi kalau nak move kan unit tu, tolak skit je. Takde la rasa berat sebab boleh slide.
DrJ takde roda. Dan kalau pegang pada unit dia, ala-ala fragile gitu. 

Temperature:
Coway: Hot, Cold & Room Temperature. Ada safety button untuk hot temperature. 
DrJ : Hot, Cold & Warm. Juga ada safety button untuk hot temperature. 

Ok nak komen sikit pasal temperature ni. 
Coway
Hot memang hot. Sedang elok. Kalau letak air tu dalam cawan plastik, still ok lagi.
Room & Cold memang sedap. Lagi-lagi cold tu. Macam baru keluar peti ais. peh pehh

DrJabbar
Hot dia, ala-ala baru mendidih. Panas ya ampun. Better than Coway.
Warm - memang warm lah.
Cold - serious tak puas hati. Cold ala2 segan je. Tapi cold dia macam kita perlu tambah ais untuk hidang kat tetamu. haa macam tu. Better lagi Coway.

All in all, ukur baju dibadan sendiri. Kalau rasa mampu, go for Coway.
Aku beli DrJ ni sebab bayar lumpsum. Takde monthly commitment.

Verdict :
Coway : 4.5 out of 5
DrJ : 3 out of 5






Monday, March 14, 2016

Review : Baby Throne Stroller

Assalamualaikum,

Nak share review berkenaan stroller di yang sedang hangat dijual dipasaran sekarang :

Baby Throne Stroller

Ini based on my own review dan dalam bentuk Q&A ye. Mudah nak paham.


Gambar diatas adalah babyzen yoyo. BUKAN babythrone
Q: Memang stroller ni kecik macam dalam gambar tu ke? (refer gambar diatas)
A: Tak jugak. Mungkin sebab dia mat salleh, tinggi pulak tu,  jadi nampak la stroller tu kecik je.  Sebenarnya memang kecik, tapi tidak la sekecik itu. Bayangkan kita dalam gambar diatas, tapi pendek lagi. hehe.

Q: Berat tak?
A: Kalau bawak sebelah bahu, terasa jugak la beratnya. Tapi kalau pegang / jinjit sebelah tangan, ringan sebenarnya. Berat stroller ini : 5.9kg.

Gambar diatas adalah babyzen yoyo. BUKAN babythrone

Q: Senang nak lipat / bukak?
A: Senang kalau dah biasa. Ada button perlu ditekan terlebih dahulu. Mula-mula pakai je rasa terkial-kial sikit.

Q: Shopping basket ada tak?
A: Ada tray, bukan basket. Rujuk gambar dibawah. Kecik je.

Gambar diatas adalah babyzen yoyo. BUKAN babythrone

Q: Ada aksesori tambahan?
A: Ada. Dapat safety bar, cup holder, wristband, bag, shoulder strap. Yang dah siap-siap attach kat stroller tersebut adalah wristband & shoulder strap & bag.
Safety bar & cup holder perlu ditanggalkan kalau nak lipat / pasang stroller.

Q: Kalau shopping, boleh la sangkut beg kat handle stroller tu kan?
A: Boleh, tapi baik tak payah. Sebab kalau sangkut, lifespan stroller tu jadi pendek. Dia macam tak stabil. Babyzen pun sama. Kalau sangkut beg kat situ, dia jadi bergegar je stroller tu.

Q: Boleh recline?
A: Boleh.

Q: Boleh forward facing (pandang parent)?
A: Tidak

Verdict : 4 over 5
Sebab takde basket dan tak boleh nak hang barang shopping.




Monday, December 28, 2015

Baby Carrier VS Stroller

First thing first, these are all my personal opinion.
I'm not going to talk about the material or technical stuff, but only focus on what ease me the most.
So, don't judge.

Baby Carrier
Kami pernah guna these two well-known brand :
Ergo Baby
Baby Bjorn
Please please please do not use or buy the imitation carrier. In terms of material, memang sangat-sangat berbeza. Dari segi buckle, safety, etc etc perlu diambil kira.

Ergo baby:
Throw back gambar lama.. aksi suami memujuk anaknya masuk dalam carrier. Adhwa memang akan bertambah kuat lalak kalau bapak dia pakai carrier. 


Kenapa beli carrier?
Motif utama, sebab Adhwa tersangatlah kuat melalak. Walau kat rumah dengan umi dan bapak.
Nak berdukung 24 x 7.
So aku saja la beli carrier ni, kot mudah sikit nak buat keje rumah. Takyah pegang-pegang dah. Masuk dalam beg je.

Tapi dia tak nak dengan bapak dia. 
Nak dengan umi dia jugak. Agaknya dengan umi dia je dia boleh bau susu. huhu.

Kami guna carrier ni sampai la Adhwa dah setahun lebih. 
Pro - Adhwa cepat tertidur. Sebab dia ada hood. Kalau pasang hood, dlm beg tu jadi gelap, so mudah dia tertidur.
Pro - Senang nak breastfeed. Walaupun tengah berjalan di pasaraya. Pasang hood aje.
Con - inwards facing sahaja. Samada kepala dia stay kanan, or stay kat kiri je.


Baby Bjorn:
Carrier ni facing outwards. Meaning, baby tak nampak muka kita.
Banyak con dari pro sebenarnya. 
Tapi forward outwards ni la aku rasa best jugak. 
Pro - anak kurang melalak mungkin sebab dia boleh nampak orang dan kepala dia free to move.
Con - aku rasa aku tak cukup gagah untuk carry yang over 8kg untuk forward outwards carrier ni.

Cuma serious sakit belakang kalau baby dah over 9kg dan kita masih guna baby bjorn ni.


Pakai baby bjorn time gi jogging dengan family.

Stroller:
Kalau berjalan jauh / lama-lama, memang sangat-sangat lah digalakkan pakai stroller.
Kami pakai brand Combi.

Sebab dah tertidur, baru lah dia boleh diletakkan dalam stroller. Muka heaven baru bangun tido.

Jangan tertipu. Duduk 10 min je tu. Lepas tu lalak nak turun. Oh maii


Pro - Lightweight : 7kg, Easy to fold and unfold, Single handed je nak fold / unfold, ada basket besar untuk letak beg-beg shopping.
Con - makan banyak space kalau simpan dalam boot. Kalau buat forward facing, susah nak control the stroller.


Verdict :
Between carrier and stroller, I would say I prefer stroller. Nowadays dah banyak design yang boleh fold to the very small size kan? Beli la yang tu kalau ada duit lebih. Sebab? Now that Adhwa is 26 months old, and she get used to being carried in a baby carrier, dia malas nak berjalan. 

With her current weight now which is 13kg, we can only carry her for about.. 10min, maximum 15min.
Not more. Else kita akan grow muscle. Pehhhh

But honestly, kalau boleh diputar balik masa, chewahhh..

Kami akan didik dia untuk duduk dalam stroller bila keluar berjalan.
Sebab dia dah terlalu biasa dalam baby carrier, Adhwa dah tak nak berjalan. Even dalam trolley supermarket tu pun dia tahan 15 min je.

Jadi bagi ibu bapa diluar sana, percayalah. Kami dah menyesal. Sebab anak kami taknak langsung duduk dalam stoller. 

Start early (using stroller).
Stop early (from using baby carrier). Mungkin boleh stop as soon as your baby turns 12 months old.





Review : Supplement Untuk Wanita Mengandung

Assalamualaikum,

Saja nak sharing supplement atau makanan tambahan untuk wanita mengandung.

Kenapa perlu supplement? Sebab supplement ni sangat-sangat membantu wanita mengandung. Yelah.. time mengandung la itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. HB low lah. Tekanan darah rendah lah. Macam-macam. 

Nak-nak pulak yang underweight macam aku.. supplement ni sangat membantu untuk seimbangkan berat badan dan ketinggian kita. TAPI kene ikut cara makan yang betul la kan. Jangan kejap makan, kejap tak makan. Malas-malas tak membantu ye.

Shaklee yang aku amik adalah set ibu mengandung, kecuali ESP tu. ESP tu soya kan. Aku tak berapa jalan sangat dengan soya. So aku tak amik la ESP. Aku amik set ni :

B-Complex: RM55 = 120 biji
Vita-C Plus: RM94 = 180 biji
Ostematrix: RM63 = 120 biji 
Vitalea : RM90 = 120 biji
Omega Guard : RM136 = 90 biji

Harga tak termasuk pengeposan. Harga ikut siapa seller korang kot.

Ini set yang aku bawak gi opis. Lagi 2 botol tertinggal kat rumah.


Makan kasik habis setiap botol ye. Takmo malas-malas. Beratus beli supplement tak sayang kat duit ke? (mood membebel)

Kenapa share Shaklee ni? Aku meniaga ke?
Oh tidak. Aku pun beli kat orang.

Bila start makan supplement? Setelah 13 minggu mengandung.
Tapi ni aku la. Aku beli lepas dah 12 minggu. Saja nak tunggu kandungan stabil. Insyaallah mudah-mudahan Allah permudahkan.

Kenapa nak share pasal Shaklee?
Sebab ramai yang tengok anak sulung kami - Adhwa, dan pastu tanya

"Akak makan apa masa mengandung? Cerah, gebu, montel, tough betul tengok baby akak ni.."

So aku share la rahsia. Rahsia la sangat!

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, dan rajin stock up susu dutch lady 1liter banyak-banyak dalam peti ais, Shaklee ni antara yang membantu.

Ohh ye.. dulu laki aku rajin ajak aku gi jogging. Hujung minggu je mesti jogging. Tapi bila mengandung, dia je la jogging 2 round kat Tasik Permaisuri tu. Aku jalan 1 round je pastu tunggu dia habis jogging.

AMARAN : Ini bukan tips untuk elak jaundice / demam kuning ye.


Oh ini aku share gambar Adhwa. 

Berketak-ketak tangan dia. Masa ni dia baru 7-8 bulan kalau tak silap. Dia pakai gaun sepupu dia yang umur 4 tahun.

Masa umur 6 bulan. Berat 8kg.




Ok. Itulah sharing saya buat masa ini.

Amalkan gaya hidup yang sihat :)


Monday, February 9, 2015

Review : Restoran Tupai Tupai

Assalamualaikum,

Berkongsi pengalaman tak best ketika menjamu selera di Restoran Tupai Tupai.

Lokasi : Jalan Bukit Petaling Off Jalan Istana.

Landmark, korang carik je Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), memang dah dekat dah.

Aku, suami dan anak kami sampai di Restoran ni dalam pukul 6 petang. Kira nak makan malam la ni. 
Main attraction : Steamboat

Tapi kami pilih ala carte. Order lauk pauk je sebab steamboat ni rugi.
Makan sikit pun caj banyak tu.
Makan banyak pun caj banyak tu.
Tak makan pun caj banyak tu.

Kami order :
Nasi putih
Tupai Tupai Pineapple Chicken (small)
Tom Yam Campur (small)
Tupai Tupai Lemon Fish (small)
Banana Split
Apple Juice
Fresh coconut

Pinapple chicken and Lemon fish

Banana split


Review :
Tupai Tupai pineapple chicken langsung takdak pineapple.
Tupai Tupai lemon fish takdak taste.
Tom yam was bad.
Banana split - boring

Services :
Slow yang amat.
Mula-mula waiter hantar 1 lauk. Nasi tak hantar.
Followed by lauk kedua. Nasi pun tak hantar.
dan lauk ketiga dan lain2 along with nasi.

Lauk pun suam-suam je. Tak panas. Tak macam baru masak. Letak lama2 kat dapur sampai lauk dah sejuk baru nak hantar.

Tak berbaloi berhabis untuk lauk sebanyak itu, dah la untuk small serving pun dah RM18 yang den rasa beli kat warung biasa pun lagi worth every penny. 




Nasi putih $4
Tupai Tupai Pineapple Chicken (small) $18
Tom Yam Campur (small) $18
Tupai Tupai Lemon Fish (small) $18
Banana Split $7.80
Apple Juice $6.20
Fresh coconut $6.20
Grand Total : $78.20

Verdict : Totally overrated. 5 out of 10




Wednesday, July 23, 2014

Review : Zalora

Ramadhan Mubarak!

So this month is the Holy Month - Ramadhan Kareem. Zalora make an effort to send me a voucher worth RM50 with no minimum purchase! Wuuu! But only valid for 1 month - so what?


So I spent hours and hours at their website www.zalora.com.my and look for something that I need. Or maybe, something that I want.

After some "consultation" with my beloved husband who always go like this :

"Mana-mana pun takpe.." when I asked him to choose the color of baju kurung.
"Itu pun lawa jugak.." when I asked him for his 2nd opinion.

In the end, I decided to get this pair of shoes brand Ezra worth RM49. I choose the size 36 - which I thought was my size, and proceed to checkout.


And waited for the delivery. I could not complaint should the delivery takes longer than it says, so I patiently wait for it. 

And walah! The next day I received the parcel babe! Super fast!

Parcel by GDEX

The EZRA shoe box
What else inside? Here goes :
1. An empty bag of Pos Laju with return slip (in case I change my mind and wanted to change item)
2. Voucher 10% off and RM25 worth of voucher (for first time customer)
 
the Zalora voucher


Unfortunately, it wasn't my size!!! I thought 36 is for size 7. Gosh I hate it! And I hate to return it back cause it might have takes more time to get back the right size. So what I did, I ask my husband to text my sister in law, instead he uses my handphone :

"Adik. Kasut hang size berapa,"

So the luckiest girl replied "36. Waduh ada barang baik. Ada barang baik," with smiley icon at the end of it.

So yeah. This Ezra for Zalora shoes is for her then. 


Im a happy girl! - in tears


Rate for Zalora services: 8.5 out of 10 (there are some issues but they managed to solved it. Of course I don't want to share it here else this will be a grandma story)

Monday, April 28, 2014

Review : Combo Sterilizer & Warmer & Steamer Little Bean


Assalamualaikum,

Review sikit berkenaan Little Bean warmer, sterilizer & steamer.

Harga pasaran : RM199 combo, 1 year warranty. Worth the money, i tell you!

Warmer :

Nak guna warmer Little Bean ni ada trick skit. Warmer dia datang dengan bekas hijau (based), penutup (cover) dan pemerah buah. Boleh refer gambar bawah:

gambar ihsan pakcik google


The tricky part is, bila nak panaskan susu, TAK PERLU guna bekas hijau dia bagi tu. Tuang air directly dalam warmer tu macam gambar bawah ni.

juga ihsan pakcik google.

Air tu, tuang directly dalam warmer. Agak-agak lebih sikit dari air susu, dan kemudian letak susu dalam botol juga seperti gambar atas tu. Pastu pulas je ke icon susu (40 darjah celcius). Ini memang amik masa nak panaskan susu. Anak memang menjerit-jerit baru sudah. haha

Untuk panaskan makanan pulak, masukkan air dalam bekas hijau yang diberikan, kemudian letak makanan dalam tu, tutup dengan cover dia, dan pulas ke icon makanan (70 darjah celcius).

Ada 1 lagi boleh pulas, 100 darjah celcius. Ini memang cepat panaskan susu. TAPI, susu tak boleh dipanaskan dalam suhu 100 darjah celcius sebab ini akan mematikan terus sel-sel susu yang berkhasiat dalam susu tadi.


Sterilizer :

Boleh guna untuk sehingga 6 biji botol wide neck (lower tier). Dan dibahagian atas, boleh letak puting susu, tudung botol, dll.
Nak guna senang je. Masukkan air sampai cukup-cukup tutup plate besi dia. Pasangkan tier hijau tu, letak botol (mulut botol di bawah), dan susun kasik elok, tutup. Dan On je button dia. Proses sterilize ni ambil masa dalam 8-10minit jugak.
Dah sudah pakai dan sejuk, terbalikkan sterilizer itu untuk keringkan. 


Steamer :

Aku ada je alat pengukus kat rumah. Tapi nak kukus kan pakai air banyak, plus kene tunggu mendidih tu, pastu baru boleh masukkan bahan untuk dikukus tu.. Jadi, aku ala-ala meng'innovation'kan sterilizer menjadi steamer. Boleh refer gambar di bawah.

   
Gambar kiri : Sterilizer
Gambar kanan : Steamer

Caranya, tuang air dalam sterilizer tu sampai tutup plate besi dia, buang tangkai dan stopper macam kat gambar steamer tu. top tier tindih atas lower tier. Pastu letak la buah yang korang nak steam. Dan ON. Macam gambar bawah.


 
Selesai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...