Monday, December 14, 2009

Semoga ikatan kekal ke syurga..

Alhamdulillah~

seorang lagi sahabat aku dari sekolah Bukit Bintang telah menamatkan zaman bujang di pada 10 Dec 2009 dimana majlis resepsinya pada 11 Dec 2009.


Dr Nazelin Zamani & Dr Shahrul Ghazali.

Ironinya, aku dan Dr Nazelin tidaklah rapat sewaktu belajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Malah, kami hanya sempat berada di dalam kelas yang sama sewaktu Darjah 1 - 3!

Tapi, kami berkongsi minat yang sama, bola jaring. Kalau didalam kawasan sekolah pula, jarang kami berbual-bual apatah lagi berkongsi cerita. Cuma, setiap kali pemilihan pertandingan bola jaring di adakan, aku yang terpilih meskipun Dr Nazelin adalah presiden kelab bola jaring dan aku hanya .. bendahari kot?

Pertemuan kami setelah masing-masing tamat belajar adalah melalui laman sosial facebook di mana Dr Nazelin meminta alamat aku. Kad jemputan tiba seminggu selepas itu dan majlis resepsi diadakan di Dewan Perdana Felda. Apa yang aku hadiahkan? hehe. rahsia..

Insyaallah, jika ada umur dan jodoh, aku mesti jemput both doctors to my wed plak. okeh?
"Nanti jemput kita tau awak," ujar Dr Nazelin sambil menggenggam tangan aku sebelum aku balik.
"Insyaallah, kalau awak nyer majlis hujung tahun ni, majlis kita mungkin hujung tahun depan," doa-doakan lah giliran aku pulak lepas ni.

Again, to Dr Nazelin & Dr Shahrul, thanks for the invitation. Kita doa yang terbaik untuk ikatan pernikahan awak, semoga Allah berkati & merahmati ikatan pernikahan awak. Semoga menjadi pasangan yang soleh & solehah. Amin~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...