Nyata janji Allah itu benar
Usahalah kamu untuk mencapai keinginanmu, andai itu yang terbaik untukmu, pasti itulah yang ditentukan olehNya untukmu,
Andai bukan itu yang terbaik untukmu, maka Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untukmu
Adakala aku terfikir..
Adakah aku berdoa sambil lewa?
Ataukah mungkin doaku bukan keranaNya?
Ataukah mungkin aku bersandar segalanya kepada dia bukan Dia?
Atau mungkin belum masanya?
"Jika kamu kumpulkan seluruh harta didunia ini demi menyatukan 2 hati..tetap tidak akan berjaya kerana hati itu milik Allah"
He definitely knows best!
Andai benar Kau jadikan dia pasangan hidupku,
ku pohon padaMu Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan ini
Kau percepatkanlah dia kepada ku
dan Kau kau tautkanlah hati-hati kami dengan tautan kasihMu
kerana aku mencintai dia
kerana aku mengasihi dia
kerana cintanya kepadaku adalah keranaMu
Andai dia bukanlah Kau jadikan untukku
Wahai Tuhan Pemilik Hati,
ku pohon Kau lembutkanlah hatiku
Agar aku kuat
Agar aku redha
Agar aku menerima ketentuanMu
Agar aku melepaskannya seikhlas hatiku
No comments:
Post a Comment