Monday, August 22, 2011

mak's car breakdown


Masa jarum menghampiri jam 6 petang, aku dah mula berkemas untuk balik. Almaklumlah.. bulan puasa. Kena balik seawal mungkin atau pun buka puasa dalam kereta la jawabnya.

Sesampai di highway KESAS, mata aku terperasan sebuah kereta sebiji kereta mak aku dengan lampu kecemasan menyala dan tanpa ada seorang pun berhenti untuk memberi pertolongan. Tengok plat number.. BCR XXXX - alamak! kereta mak lah!

Jadi aku berhenti tak jauh dari kereta mak, terus berlari ke arah mak. Niat di hati nak tolong tolak kereta ketepi. Tapi, berangan la.. aku tak daya. huahuahuahuahua

Syukur Alhamdulillah.. seorang pemuda membonceng motosikal berhenti. Begitu juga seorang pakcik memberhentikan keretanya didepan kereta mak.

Subhanallah.. di saat-saat kami memerlukan pertolongan, dengan lori-lori besar yang sentiasa menggunakan laluan paling kiri sentiasa membunyikan hon, ada insan yang berhenti menolong. Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah menghantar mereka-mereka ini untuk memberi bantuan.

Aku cuma sempat mendapatkan no telefon pakcik tu. Pemuda tu bagaimanapun aku tak sempat nak dapatkan no telefon. Sekadar terima kasih kerana membantu.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan pakcik & pemuda tersebut atas pertolongan mereka.

p/s: moga-moga dapat jemput pakcik tu datang kenduri kawin kami nanti. Exactly 2 months left!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...