Wednesday, December 8, 2010

Pre-Loved: iPhone 3Gs + BlackBerry Bold 9000 For Sale!

Assalamualaikum,

2nd batch of pre-loved are up for sale. I only have these 2 item to let go.

(1) iPhone
Condition : Elok. Reason nak jual sebab dah beli iPhone 4. hehehe
Code : iP-W-O-001
Model : iPhone 3Gs, 32GB capacity
Colour : White
Price : RM1,300
Status : Sold



picture taken from Apple official website. Real-life image will be posted later.


(2) BlackBerry Bold
Condition : Elok. Reason nak jual sebab dah beli BlackBerry Torch. hehe
Code : BB-B-B-001
Model : BlackBerry Bold 9000
Colour : Black
Harga : RM550
Status : Sold



without case


selepas case dipakaikan ke BB Bold.

As usual, if anyone interested in any of the 2nd batch's item, please email. Tak rosak ye. Elok lagi. Cuma sebab dah beli yg latest model, yg lama takkan nk buang kan?

And,

Cash on Delivery.



Monday, November 29, 2010

Pre-Loved For Sale

Assalamualaikum,

Below are the first batch of pre-loved item that I wish let go. Anyone interested to own it? Bare in mind, these are all USED ITEM. ok? All these item are genuine unless otherwise stated.

(1) Handbag
Condition : Elok lagi. Zip semua masih boleh pakai. Takde yang rosak. Insyaallah.
Kod : H-B-P-001
Jenama : NR-Nataria
Warna : Black with purple line
Harga : RM20 (include postage)
Status : Sold


pandangan depan

pandangan belakang

ada 2 compartment

zoom skit brand dia


(2) Handbag
Condition : Elok. Pakai 2 - 3x je sebab kecik. Tapi dah lama beli, dah lama jugak terperuk dalam bilik. Kain nyer
Kod : H-PNK-O-001
Jenama : Princess
Warna : Pink / Purple. Depends on how you see it. My eyes says it is pink. But my sis's said it is purple lembut.
Harga : RM10 (include postage)
Status : Sold

pandangan depan

lebar lebih kurang standard size novel

pandangan dalam. takde partition ye. takde yg terkoyak or rosak.

zoom skit brand dia


(3) Bazuka (this is NOT the same bazuka that people use for tembak-menembak, ok!)
Condition : Sangat elok. Tak rosak. Tali pun ok lagi. Guna untuk simpan drawing.
Kod : B-BL-R-001
Jenama : Cap ayam
Warna : Hitam
Harga : RM15 (include postage)
Status : Available

standard size bazuka. It is a plastic. Untuk simpan lukisan. Biasanya student LK (Lukisan Kejuruteraan) guna.



Ada yang nak ke? Harga termasuk postage. Memang nak let go dah ni sbb malas nak simpan. If interested, sila email details of item to ctazurasaid@gmail.com.





Tuesday, November 16, 2010

umur dah berapa?


Hujung minggu sudah, aku + family ke rumah kakak aku. Mak abah balik pasar around 11+, then terus kami menuju ke rumah kakak aku kat Jalan Ipoh.

Barang2 dapur + basah + kering + dll semuanya kami hangkut bawak ke sana. Plan nak masak kat sana memandangkan abang ipar aku ke singapura atas urusan kerja. Aku? macam biasa, ngelat lah. Lain2 sibuk kat mini kitchen, aku kat depan jaga babies. Ceh! Bajet macam anak aku la. Tapi ada 3 anak buah aku - perempuan kesemuanya. Umur dari 6 bln - 2 tahun. Wah! Harap-harap dah kawin nanti Allah kurniakan baby utk famili aku cepat2. Tapi kalau dulu mimpi nak dapat baby kembar, i changed my mind. Sorang pun belum tentu aku mampu nak jaga. Hoho! Well said, Azura!

But that's not the story la.

The story begins after Asar, where all of us went to rumah nenek kat Taman Beringin. Pakcik aku, which i called Ami Y, dengan tanpa angin mahu pun ribut terus bertanya soklan baikkk punya..

"Eh zura, umur kau dah berapa?" ha.. Ni bila orang tua mengeluarkan soalan pelik ni, secara automatiknya aku tau motif soalan.
"Sweet seven-teen" hehe. Gila pakcik aku ni. Tanya soklan ni time mak abah aku pun ada depan dia. Sah-sah la mak abah aku paham arah soklan ni.
"Anak perempuan ni bila umur dah macam ni, wajib tau untuk mak ayah dia carikan jodoh dengan lelaki soleh," dah.. dia dah start tazkirah dia. Aduuh.

Aku buat apa? Diam sambil tersenyum. Dalam hati? Tak pe, janji mak abah dah tau siapa pilihan hati aku.

But yes, bila orang dah bertanya soalan macam ni, aku jadi tension. Sama la macam akak ipar aku. Dia pun dok push2 aku suruh kawin cepat. "Suruh la dia masuk minang cepat.."
Aduh. Aku faham la perempuan ni tak elok kawin lambat. Lagi2 kalau umur pn dah nak cecah 30. Yeke?? Jauh lagi ye.. Aku tau, nak merancang keluarga is no longer an option by the time u reached 30s. Tapi aku nak kata apa? Nak buat apa? Aku pun nak kawin jugak. Tapi ada banyak hikmah sebalik semua ni. Satu hal, kita nak kenal dulu hati budi pasangan tu. Dah kenal pun, ada banyak perkara lain yg nak di ambil kira. Ni kalau aku kawin awal, tiba2 duit takde, korang nak tolong aku ke? Ada? "Akak nak tolong sikit2 boleh la.." "Ami ni anak-anak pun kecik lagi.."
Aku gerenti korang bg seribu alasan untuk TAK tolong.

So, apa option aku ada? Nak kawin kene ada apa anak-anak?
  1. Rumah
  2. Simpanan
  3. Perabot rumah
  4. Kerja
  5. Kenderaan
  6. Kewangan stabil
Aku terlalu memberatkan kepala ke? Yes. Mungkin. Tapi aku pikir jangka panjang jgk. Nak kawin memang seronok, excited. Tapi nanti kalau serba-serbi tak cukup, kurang, nak mintak kat famili?

Sudah-sudahla nak force aku kawin wahai pakcik. Kakak aku pun. Sudah-sudah la ye. Aku masak pun tak reti lagi ni ha. Ada hati nak masak hebat2 untuk suami. Poodah!

Aku tak suka orang tanya. Full stop. Bila orang nak pressure aku, aku nak pressure kat sahabat aku lak ke?

For the time being, tanyalah segala jenis soalan. Bila lagi? Umur dah berapa? Dah tua tak laku. Aku tak heran. Aku akan senyum selagi ada yg bertanya.

Umur dah berapa? Aku hanya akan senyum.

Friday, November 12, 2010

apabila hiburan dilebihkan

Perasan tak sekarang ni bos-bos stesen tv berlumba-lumba nak siarkan program hiburan? Banyak kan? Bagus tak? Teeeeeet!

Dalam masa yang sama, program keagamaan pun turut diterbitkan. Tapi kalau nak dikira, keagamaan tu.. ciput je kot. Lebih kat hiburan la.

Aku suka tengok TV9. Pasal apa? Pasal tiap-tiap pagi, seawal jam 7 dah ada Tanyalah Ustaz. Kupasan menarik, plus ustaz yang ada tak membosankan.
Pastu selasa malam, pukul 9 (if im not mistaken), ada HalaQah. Pun.. sangat menarik. Sekarang dah guna ala-ala ESQ.
Pastu ada Akademi Al-Quran.

Tapi, yg tak best, Idola Kecil.

Mohon maaf la ye kalau ada yg tak setuju. Budak-budak kecik nak disuruh menyanyi menari lagu-lagu cinta. Pastu time nyanyi baju nye plak... marbeles!! Aku pun segan nak pakai camgitu.
Kan ke elok buat Akademi Al-Quran versi kanak-kanak plak. Ini tak. Budak-budak diajar vokal nyanyian lagu cinta.

Tu baru TV9. Belum cakap pasal siaran Astro. Baru-baru ni (aku rasa ulang-tayang kot), rancangan yg pengacara dia adalah Pak Nil. Dia panggil budak kecik bergelek sambil pasang lagu Shakeera. Gilaks! Outfit menyeksi gila. Memang la budak kecik, tapi ke kalau panggil budak tu kan ke dah macam menggalakkan lagi budak tu "mendalami" ilmu menggelek? Woh! Bahaya!

Esok2 bila anak-anak kita membesar dalam keadaan sosial, pergaulan bebas, aurat didedahkan.. siapa yg perlu dipersalahkan? Mak bapak yang hantar anak-anak ke pertandingan nyanyian?

Hiburan tak salah, asalkan tau batas2 nya. Tapi, dari kecil ni, tak perlu la dedahkan dengan perkara2 yg kita tau dah besar nanti, dia akan ke arah tu. Bangga didunia bila anak adalah artis popular. Tapi bangga tu tak boleh dibawa ke kubur wahai ibu bapa sekalian. Kasihilah anak tu. Akhirat nanti kita juga dipersoalkan.

Usaha didik anak2 dengan didikan agama. Tapi andai dah besar, agama itu diketepikan, tugas kita sudah selesai kerana kita telah mendidik mereka dengan didikan agama.

Alangkah ruginya kita kalau anak2 tak di didik dengan didikan agama. Esok dah masuk kubur, itulah jg harapan untuk mendoakan kita di dalam kubur tu.

Sunday, October 17, 2010

organ donation


Assalamualaikum..


Pernah dengar tak pasal organ donation | derma organ? Do you have any intention to donate your organ if something happen to you in future? I do!

Bunyi agak menyeramkan / menyakitkan / memualkan (maybe), tapi selain menderma dari segi kewangan, organ juga penting. Banyak isu yg dibangkitkan terutama mengenai 'bolehkah orang islam menderma organ kepada bukan islam?' yes, malahan sangat-sangat digalakkan. (cakap gaya2 alim ulama' je aku nih).

Tapi, percaya, organ ni sangat penting. Kita esok2 dah mati nak harap amal jariah menyelamatkan kita dari azab kubur ke? Banyak mana la amal jariah kita buat tu? Derma pun seringgit dua, malah kadang-kadang berkira. Apa lagi amal kita ada? Ni sah-sah kita dah meninggaldunia, kalau2 organ kita elok, baik dan sesuai (mustahil la tak sesuai memandangkan terlalu ramai dalam 'waiting list' utk mendapatkan organ yg sesuai utk mereka) eloklah diderma. Kita dah mati nanti bkn boleh pakai buah pinggang tu dlm kubur esok. Wahhh! aku bercakapppppp.... berani seyyy

Tapi terus terang, aku dah isi pun form. Pada yg belum isi, atau belum penah tengok form, sila klik sini. Cuma aku belum inform parents aku lagi mengenai keputusan aku nak jadi penderma. Sebenarnya menjadi keperluan untuk kita memaklumkan orang tua kita / suami / isteri / anak-anak / keluarga lebih-lebih lagi bagi mengelakkan esok2 bila orang hospital tuntut jenazah kita, orang tua kita tak nak lepaskan kita.


Semoga usaha kita yg kecil ni memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan. Memandangkan aku masih dalam jagaan ibu bapa, jadi akan ku khabarkan kepada mereka sedikit masa lagi, Insyaallah.

To those out there, marilah kita sama-sama beramal. Moga yg sedikit ini mampu membawa kita ke syurga.


Tuesday, October 12, 2010

bila sakit


Confirmed harini bukan pertama kali dalam tahun 2010 kene cirit-birit. Confirmed jugak bukan kali ke 2. Entah kali yg ke berapa. Tapi kali ni, sakitnya, sama macam kira-kira setahun lepas, time masih lagi bekerja dgn MYOB.

Keracunan? Nehi. Sebab apa yg aku telan, itu jugakla yg famili aku telan.
Overdose? Ekkk?? Nehiii kabhi nehi. Aku makan dlm kuantiti yg sgt sedikit. Nehi mungkin overdose-he
Makanan tak sesuai? Maybe.

Akibat kekerapan datangnya sakit yg sama ni, maka nya doktor muda lagi handsome telah menasihati aku..

Doktor : Saya nasihatkan, kalau awak masih lagi alami sakit yg sama selepas 5 hari, terus pergi jumpa specialist. Lebih-lebih lagi kalau awak ada insurans, masuk je terus. Specialist akan recommend untuk masuk camera..
Aku : Dah, tahun lepas.
Doktor : Dah? Masuk dari mana?
Aku : Aaa?? dari mulut la
Doktor : Ok, tapi yg mungkin specialist akan recommend adalah masuk dari bawah.
Aku : ...
Doktor : Saya tau, bunyi dia agak "giler" sikit. Tapi ini adalah cara paling berkesan untuk lihat punca masalah dalam perut awak.
Aku : ...
Doktor : Jangan takut, during the procedure, awak takkan sedar pun. Doktor akan bagi ubat tidur. Sedar-sedar je, awak dah selesai.
Aku : ...

Ha ah. Cakap senang la. Tengok la dulu camne. Kalau (Insyaallah) ubat yg doktor bagi berkesan, aku tak perlu nak pi specialist. Nasihat doktor, kurangkan makanan berminyak, dan susu.


Ok, doc!

Nasihat sahabat aku plak, "kene pantang makanan", no oily food, no milk, no spicy food. More vegetables, more fruits.

Baik!

Nak baik punya pasal. Sila amalkan diet yang ketat. Bukan nak slim, tapi nak sihat.

Baik, saya yang menurut perintah!


Wednesday, October 6, 2010

postpone

Dear reader (ceh, kunun ada la sgt reader blog aku nih)

Please be advised that i have to postpone my "pre-love clothes" project since i did not owned a digital camera, except for a camera phone - ekkk. Takut-takut nanti gamba tak clear la, kaler tak sama macam aku cakap la. susah kan?

So, biar aku cari dulu camera yg bule zoom baikk punya, then only i start the project. ok?


kalau ada pembaca la, wahahhhhaa


Wednesday, September 29, 2010

hilang


Aku misplace kata-mata-hitam-ku. Waduh. Nasib baik beli kat kedai RM5 je. Sakit mata tau takda cermin mata hitam nih. Dah la kat KL ni selalu kepanasan. Aku nak pasang tinted kat kereta (yg tebal skit) tapi abah aku kata tak mau.

Tak pe lah. Rezki tokei kedai RM5 tu kot. Kene beli sebijik lagi cermin mata nampak gaya nya..


kenangan bersama kaca-mata-hitam di waktu hayatnya kutemu





Friday, September 24, 2010

Terima Kasih

[1]
Ada usrah malam tadi pukul 830 di rumah Kak A. Pukul 9 camtu once cukup korum, kitorang dah start ummul kitab, terus la Kak A mula kan usrah.
"Kita mulakan dengan tajuk..."

Blackout!

[2]
Ada hikmah atas segala yg terjadi. And i'm still trying to cope with that. Malam yg blackout memberikan sedikit kelegaan. Kak L yg merupakan naqibah menasihati aku. Bkn masalah aku pun tapi melibatkan ahli keluarga aku, so secara automatik aku dilibatkan.

Candle light dinner aku diiringi air mata.

[3]
Pergi kerja dalam keadaan sedikit marah. Marah si Y yg tak reti bahasa. Ya Allah, besarnya dugaanMu.
Kalau selalu sms, arini call. Sahabatku walaupun tak berapa sihat, penat bekerja luar, tetap bersedia mendengar pot-pet-pot-pet dari mulut aku.
Lepas bercakap, letak HP. Masuk office - mengalir lagi air mata aku. huhu. Tapi tak lama sebab sahabat sentiasa memastikan aku tenang. sms lagi.

[3]
Dapat panggilan dari syarikat C. Tender kami berjaya.

Alhamdulillah, terima kasih. Rezeki kami.


Wednesday, September 22, 2010

jobstreet

Assalamualaikum

Abg ipar aku sedang dalam kebingungan on how on earth am i going to find new staff? publish on the newspaper? on facebook? so my father came with this idea, which is through jobstreet.com.my

After done the hardest part, now we have filter the candidates. There are like 100 plus candidates who applied for the job. and walah!! it helps. A LOT.

But.. not sure who's fault is it, most of them are not locals (not in KL/Selangor area). I mean, we have made the job adv crystal clear that the job will be based in Mont Kiara, Solaris. Even if you dont have any single idea where that was, dont u think u should have done some research? Google Maps!



I mean, it is good for you out there if you would like to try out for the interview. But dont u think it is just a waste of money if u come all the way from Utara to KL / Pantai Timur to KL for a one day interview? well.. this is just my opinion. Even if you are coming from outside KL area, best if u state in your resume that your current address are in KL. Or maybe you can email personally to the employer who seeks for employee. Dont u think?

And please, when the employer stated that the salary range will be RM1500 - RM2000, DO NOT go for a higher salary. Some of the applicant even requested for RM3000! Please, dear job seeker, try to understand.. or I will make sure my in law reject your application.


Tuesday, September 21, 2010

tahniah!!

TAHNIAH!

kepada seorang kawan aku ni.. after so many "rejection", that, is according to his own word ya, finally he found someone. Soon akan menjadi tunangan orang.

Patutla dok tanya gossip, rupanya dia ada gossip. hehe

Wednesday, September 15, 2010

Be strong!


aku baru terima sms dari sahabat aku yg aku temani semalam
".. my dad tenat.."

Ya Allah, kuatkan lah sahabatku ini.
Dear bai, please be strong!


hospital

semalam, di tengah2 mlm, time aku ready nak pejam mata, seorang sahabat sekolah call. Katanya nak datang. wahhh! pukul berapa dah time tu kak oii. Tapi kata dia tak payah buat apa2 sbb dia cuma nak drop by je.

At first aku ingat dia nak datang beraya. Sekali dia dtg nak teksi! wahhh.. mlm2 dtg naik teksi. Rupanya ayah dia admitted to the hospital. So orang2 tua ni kita kene jaga betul2. Dia nak aku teman sbb dia takde kawan.. plus dia macam takde kekuatan nak berdepan dgn ayah dia.

So aku grab kunci kereta, terus la ke HUKM. Dekat je pun dgn area rumah aku. Time tu plak tak jem, so cepat la jgk sampai nyer.

Keadaan kat hospital tu? Well, ada duit banyak pun tak guna kalau sakit kan? Ayah kawan aku ni duduk kat bilik yg besar. Tapi keadaan dia agak mencemaskan lah. Lama jugak aku temankan dia.

"..To my dearest sahabat, (i know you never read my blog)
Semoga Allah berikan kekuatan kpd awak agar bersabar menghadapi saat-saat ini. It's good to see you after for a long time, but hopefully i won't see you in the same situation. Hope things get better, your ayah gets better & healthier, your mama stays calm & strong, your brothers & sisters stays together.

It's been my pleasure for you to come to me first & i will always welcome you at anytime as long as you want.

Be tough, be strong & tawakkal to Allah.
I will always be your crying shoulder.."



misi menambah berat badan





wohh!


tajuk entri tak menahan. I planned to put up weight sampai la i reach the ideal weight. I might need to put on 8kg. wah!! macam senang.

Aku tak plan utk kurus or stay kurus. Aku nak sihat. As far as i know, aku ni underweight. Bukan semudah makan byk2. Ni makan byk2 boleh undang penyakit which obviously NOT my intention. Aku nak sihat. Slim? aku rasa aku ni terover slim. Mungkin tabiat pemakanan kot? Or its in the gene? Sbb adik-beradik aku sebelum kawin - halus je. Dah kawin.. err.. harap maklum

Misi menambah berat bermula..

sekarang!

sabar


Aku sedang bersabar

The internet connection here at my office really spoiled my day. Dah la aku tengah buat online transaction, boleh plak internet ni men'down'kan network aku. Nasib baik cuma RM14 shj. Ye kawan2.. empat belas sahaja. hehe.. tapi duit whattt?? have to be extra careful especially when it comes to money. seposen is also duit okay!




Dalam sehari, mau 2-3x internet down. Even only for few minutes, still down what??

"..Dear TM,
Please fix this issue as i am currently at work. No work, no money comes in. No internet, no connection can be made.."


Tuesday, September 14, 2010

pre-loved clothes

Salam,

Akibat terlalu banyak pakaian dalam almari baju (sampai besi nak sangkut baju pun boleh bengkok) aku terpaksa mengambil keputusan untuk menjual baju-baju yg agak-agak tak boleh dipakai lagi / sempit / besar / tak nak pakai / dan sebarang alasan yg sewaktu dengannya.

Bagi baju kurung dengan kain lace, mungkin hanya akan di sewa kepada individu yg berminat (baju ala-ala orang nak nikah / tunang).

Baju termasuklah jubah seluar, jubah, baju kurung, baju t lengan panjang, seluar khaki.

Tudung? err.. bidang 60 kalau ada yg berminat.

insyaallah, semua ni masih dalam perancangan. Gambar akan di snap sedikit masa lagi. Harap dapat jual pakaian tersebut utk meluruskan semula besi penyangkut baju dlm almari aku. hehehe


Wednesday, September 8, 2010

..masa kecederaan bermula

Syawal is just around the corner. How was the Ramadhan going? Any improvement? Have you recite? Tarawikh? Witir? How about sedekah?

Masa kecederaan telah bermula. Let's grab while it last!

Happy Ramadhan!


..theme color

Last year's theme was brown.

This year will be...





hijau pucuk pisang. lawa kan? hehe


Friday, August 27, 2010

..Alhamdulillah

Alhamdulillah..

The Doctor called yesterday to confirm that i am free from Thalessemia.. Thanks to Allah..

[*-*]

Monday, August 23, 2010

..dan aku menanti dengan penuh debaran


Salam,


Baru-baru ni adalah aku dok berdiskusi dengan sahabat mengenai persediaan perkahwinan. Alhamdulillah.. dia sedang mengusahakan untuk membeli sebuah rumah tempat berteduh untuk wife-to-be. Dan antara lain diskusi kami adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil lebih-lebih lagi untuk menampung keperluan masa depan.

Tapi sebelum langsungnya walimah, perkara lain yang perlu di ambil kira adalah ujian darah. Jangan ingat kursus kahwin aje.. ujian darah tu pun penting. Kerajaan baru je kuatkuasakan undang-undang untuk pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga, iaitu ujian darah HIV. Ini penting.

Selain tu, perkara lain yang penting adalah ujian darah Thalessemia. Banyak iklan kat TV. Antara kita nak ambil berat atau tak aje isu di sini.


Pentingnya ujian ni sebab 1 dari 20 penduduk di Malaysia adalah pembawa Thalessemia. Dimana sekiranya kedua-dua pembawa (lelaki + perempuan) berkahwin, 1/4 kemungkinan anak yang dilahirkan adalah penghidap penyakit ini.

Bahayanya penyakit ini, bila pesakit perlu menukar darah tiap-tiap bulan! Dan jangka hayat bayi yang menghidap penyakit ini adalah 4-5 tahun sahaja! Ala... sedihnya.

Back to the original purpose of this entry, aku baru je balik dari klinik untuk buat pemeriksaan penyakit ni.. Menanti dengan penuh debar..

Bayaran : RM75 (bergantung kat klinik jgk)
Tempoh: 3-5 hari.

so aku menanti hari.. adakah aku pembawa? sekiranya ya, sampailah giliran sahabatku untuk buat pemeriksaan. Sekiranya tidak, alhamdulillah.. kami mungkin boleh teruskan impian kami untuk bergelar suami isteri.. Andai keputusan tak menyebelahi kami... err.. tak tau nak pikir apa. Mungkin berpisah, demi menyelamatkan zuriat yang akan kami lahirkan kelak.

Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan kami..

..dan aku masih menanti dengan penuh debaran


Wednesday, July 21, 2010

COUNTDOWN RAMADHAN 20 HARI LAGI


Bismillah..

Assalamualaykum wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Robb semesta alam.

Tetamu Agung Akan Berkunjung Lagi

Jangan Biarkan Tetamu Ini Berkecil Hati

AhlanYa RamadhanKareem!!

Ø£َÙ‡ْلاً Ùˆَ Ù…َرْØ­َبً ÙŠَا رَÙ…َضَــانا

20HariLagi!!!

Yuk membilang hari sambil mempersiapkan minda dan hati untuk bulan penuh peluang ini!!

“ Kalaulah manusia tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan, pasti mereka berharap Ramadhan itu selama satu tahun”

Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim, dari Aisyah Radhiallaahuanha berkata:

"Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat beliau banyakberpuasa selain di bulan Sya'ban."



..pohonku padaMu



Ya Allah, Ya Tuhanku
Sesungguhnya kasih ini telah Kau tautkan untuk dia
Sesungguhnya hatiku telah Kau satukan dengan dia
Andai timbul keraguan di hatinya, walau sedikit,
ku pohon padaMu Ya Allah, Kau usirlah rasa ragu itu
Kau gantikanlah dengan rasa yakin kepadanya
Kau tautkanlah hati-hati kami Ya Allah
dengan tautkan cintaMu






Monday, July 19, 2010

Mary Kay

Percubaan untuk kelihatan cantik... NOT

actually aku nak bersihkan kulit muka aku nih. Altho ramai kata aku ni macam budak 16thn je (true, ok!) hakikatnya, wajah aku masih errr... 26thn. hehe





So.. aku mencuba la produk yg di recommend oleh kakak aku, iaitu Mary Kay botanical set. Harga? Boleh tahan nak muntah jugak la aku nak bayar. huhu.. Tapi takpe la kot. Bukan kah Islam suka kepada kecantikan? Tak mau la comot-comot. Ni belum kawin dah comot. Sementara tak teruk sgt ni la maka perlu di ambil tindakan supaya tak melarat.

Am I right?

birthday present

Salam

I am officially 26 yrs old. Waduhhh.. Tua seyyy

Takde pun birthday present utk aku tahun ni. Al maklumlah.. dua-puluh-enam tahun. Nak menyebut pun tak sedap. Hehe. Utk birthday aku kali ni, aku order cupcakes dari schoolmate aku kat LB. Manade birthday-girl beli kek sendiri?? Ni pasal tak tau malu la maka aku beli kek utk diri aku sendiri. haha.. By the way, ada total of 49 cupcakes aku order, kebanyakkannyer habis di 'sapu' oleh anak-anak buah aku yg suka ratah topping a.k.a. cream cake tu.

Cupcakes from Little Bakerina


Pagi-pagi ni plak aku tak masuk opis, sebaliknyer ke Sri Serdang atas sedikit urusan kerja. Bos plak tetibe call aku tanya aku pi mana. Rupenyer bos beli kek utk aku. Ehehehe


Blueberry Cheese Cake from Secret Recipe



Disusuli pula berita gembira apabila syarikat tempat aku kerja dapat award utk 1 sebutharga yg kitorang masuk.


Alhamdulillah.. it's a start ;p

Thursday, July 15, 2010

hutangs

Assalamualaikum;

Hutang. Waduh.. this is one of the reason why I never have in my thoughts to buy a car. At least for now.

Haritu aku check hutang-hutang ku yang aku langsaikan melalui online transfer + kiriman cek, banyak ni je:
PTPTN : RM150 (monthly) + RM0.50 bank charges
TAPEM : RM161 (monthy) + RM0.30 setem charges




wut wut!! hutang tu aku start bayar lepas 6bulan start keje. Alhamdulillah.. aku tak termasuk dlm statistik siswazah menganggur.. and last time aku check, balance hutang aku ala-ala segan nak surut je. huhu

PTPTN : pinjam RM16,049.75
: baki RM13, 548.15

TAPEM : pinjam RM11,600.00
: baki RM9,600.00

wahhhh..gigih aku bayar tiap2 bulan. Hutang-hutang aku masih lagi mengekalkan 5 angka. Wahhhh


Tuesday, July 13, 2010

my best friend wedding


Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah

urusan pernikahan sahabat kami, Hamidah Abd Ghani a.k.a. Mie Cha telah selesai. Utk kami-kami yg sedia maklum dgn kisah Mie + Zuhri yg on-off, mmg agak terkejut jgk dgn keputusan Mie to tie the knot with her long term boyfriend.

Say no more, enjoy the picture taken on the akad + walimah itself.

this picture was taken err.. 15min before the akad


berjalan masuk


the cake

the DIT who came that day. However, huda zaki went home early, so we couldnt snap her picture with her baby boy.


Wishing you a happy wedding. Now, lets head back to Idura, who will be joining the "wife" group soon.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...