Tuesday, November 16, 2010

umur dah berapa?


Hujung minggu sudah, aku + family ke rumah kakak aku. Mak abah balik pasar around 11+, then terus kami menuju ke rumah kakak aku kat Jalan Ipoh.

Barang2 dapur + basah + kering + dll semuanya kami hangkut bawak ke sana. Plan nak masak kat sana memandangkan abang ipar aku ke singapura atas urusan kerja. Aku? macam biasa, ngelat lah. Lain2 sibuk kat mini kitchen, aku kat depan jaga babies. Ceh! Bajet macam anak aku la. Tapi ada 3 anak buah aku - perempuan kesemuanya. Umur dari 6 bln - 2 tahun. Wah! Harap-harap dah kawin nanti Allah kurniakan baby utk famili aku cepat2. Tapi kalau dulu mimpi nak dapat baby kembar, i changed my mind. Sorang pun belum tentu aku mampu nak jaga. Hoho! Well said, Azura!

But that's not the story la.

The story begins after Asar, where all of us went to rumah nenek kat Taman Beringin. Pakcik aku, which i called Ami Y, dengan tanpa angin mahu pun ribut terus bertanya soklan baikkk punya..

"Eh zura, umur kau dah berapa?" ha.. Ni bila orang tua mengeluarkan soalan pelik ni, secara automatiknya aku tau motif soalan.
"Sweet seven-teen" hehe. Gila pakcik aku ni. Tanya soklan ni time mak abah aku pun ada depan dia. Sah-sah la mak abah aku paham arah soklan ni.
"Anak perempuan ni bila umur dah macam ni, wajib tau untuk mak ayah dia carikan jodoh dengan lelaki soleh," dah.. dia dah start tazkirah dia. Aduuh.

Aku buat apa? Diam sambil tersenyum. Dalam hati? Tak pe, janji mak abah dah tau siapa pilihan hati aku.

But yes, bila orang dah bertanya soalan macam ni, aku jadi tension. Sama la macam akak ipar aku. Dia pun dok push2 aku suruh kawin cepat. "Suruh la dia masuk minang cepat.."
Aduh. Aku faham la perempuan ni tak elok kawin lambat. Lagi2 kalau umur pn dah nak cecah 30. Yeke?? Jauh lagi ye.. Aku tau, nak merancang keluarga is no longer an option by the time u reached 30s. Tapi aku nak kata apa? Nak buat apa? Aku pun nak kawin jugak. Tapi ada banyak hikmah sebalik semua ni. Satu hal, kita nak kenal dulu hati budi pasangan tu. Dah kenal pun, ada banyak perkara lain yg nak di ambil kira. Ni kalau aku kawin awal, tiba2 duit takde, korang nak tolong aku ke? Ada? "Akak nak tolong sikit2 boleh la.." "Ami ni anak-anak pun kecik lagi.."
Aku gerenti korang bg seribu alasan untuk TAK tolong.

So, apa option aku ada? Nak kawin kene ada apa anak-anak?
  1. Rumah
  2. Simpanan
  3. Perabot rumah
  4. Kerja
  5. Kenderaan
  6. Kewangan stabil
Aku terlalu memberatkan kepala ke? Yes. Mungkin. Tapi aku pikir jangka panjang jgk. Nak kawin memang seronok, excited. Tapi nanti kalau serba-serbi tak cukup, kurang, nak mintak kat famili?

Sudah-sudahla nak force aku kawin wahai pakcik. Kakak aku pun. Sudah-sudah la ye. Aku masak pun tak reti lagi ni ha. Ada hati nak masak hebat2 untuk suami. Poodah!

Aku tak suka orang tanya. Full stop. Bila orang nak pressure aku, aku nak pressure kat sahabat aku lak ke?

For the time being, tanyalah segala jenis soalan. Bila lagi? Umur dah berapa? Dah tua tak laku. Aku tak heran. Aku akan senyum selagi ada yg bertanya.

Umur dah berapa? Aku hanya akan senyum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...