Assalamualaikum,
Rasanya ramai yang refer to my blog about my umrah journey but so little info provided from my previous
entry. So here goes :
Selain menunaikan umrah, kami juga mengambil kesempatan untuk berjalan di Istanbul, Turkey. Kenapa Turki? Sebab suami teringin ke sana, sebab selalu baca di website Ustaz Hasrizal berkenaan berkembangnya Islam di Turki.
Agensi : Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Harga Pakej (Berdua) : RM7,290 x 2 pax = RM14,580
Route : Subang - Singapore - Istanbul - Medina - Jeddah - Istanbul - Singapore - Subang.
We are in a group of 40, and basically Andalusia SHOULD HAVE a representative / wakil from their agency to accompany us. Tapi, last minute tak dapat datang sebab ada kenduri kawen katanya.
Things to note :
1. Kursus Umrah dibuat setiap Sabtu & Ahad - anyone can come and join the class for free. Tapi disebabkan this class is open to everyone, every class pun sentiasa penuh. Even banyak bakal jemaah yang duduk di tangga sahaja.
2. Dont put high expectation on the luggage. The zipper can easily rosak.
3. Air zam-zam will be given on your last flight to Malaysia - 10Liter each.
Review - Subang to Changi Airport :
Kumpul hari Jumaat. Kalau perati.. memang kitorang pun dah tau "itu group kita, yang itu pun group kita.." sebab hampir semua 40 orang jemaah pakai beg yang dibekalkan - bright blue luggage.
Berlepas jam 3.10 petang.
Airplane : FireFly
Kalau korang penah naik firefly, korang tau la macamana keadaan airbus ni. Sama macam naik bas. Comel je seat dia.
Tiba jam 4.20 petang.
Changi Airport
Sampai je Changi Airport, kami semua terus dapatkan trolley utk tolak luggage masing-masing. Masa ni la baru kami nak kenal ramah mesra dengan jemaah dari group kami. Pakcik makcik pun ramai.
Dari airport ni, kami kene naik train untuk ke International Departure. Masa ni memang kelam kelibut sikit sebab masing-masing pun sentiasa nak pastikan pakcik-makcik tu tak hilang.
Sampai di Departure Hall ni.. masing-masing dah start berpecah. Seat pun walaupun banyak, tapi flight kami ke Istanbul hanya pada jam 1230 malam.. Bayangkan berapa jam kene stay situ. Perut masing-masing dah lapar. Dan kami dimaklumkan cuma ada 3-4 buah restoran sahaja yang ada pengesahan HALAL. Salah satunya adalah KFC. Dan bear in mind.. currency kat sini berganda compared to Malaysian Currency.
Aku dan suami takde pilihan lain, KFC je pun yang kami kenal. Lagi 2-3 restaurant tu kami tak tau nak carik sebab kat situ luas sangat. Dan kami lapar giler. Makan je kat KFC - janji halal kan?
Memandangkan flight kami lambat lagi.. kami duduk di satu sudut dengan jemaah lain. Ada yang dah merewang, ada yang tengah tidur, macam-macam lah. Nak solat pun ada yang solat je penjuru sebab surau jauh dan agak sempit.
Review - Istanbul :
Basically, I have nothing to complaint for this journey to Istanbul as Andalusia ada team-up with Istanbul's agency. Our tourist guide - Ali is a very nice guy and he tried his best to speak Malay (once a while).
Dont expect too much on the food tho! They rarely eat rice. Makanan ruji mereka adalah roti.
Review - Medinah :
Journey from Istanbul was okey - sebab kami naik Turkish Airlines.
Hotel : Andalusia Mubarak Silver
Sampai di Medinah, kami naik bas dan terus ke Hotel. Walking distance je dari hotel ke Masjid Nabawi. Dalam 10 minit plus / minus.
Food : Catering by Andalusia.
Breakfast : Nasi Lemak
Too many jemaah, which caused some of the jemaah tak dapat makan. There is 1 morning where jemaah dah queue for breakfast (nasi lemak), and then the caterer said, "Sorry, nasik dah habis,"
And we all like.. what? takkan tak masak lain? sebab sambal / timun / etc masih banyak, plus manade makanan lain yang disediakan. Except for milo panas.
Lunch / High Tea : Nasi campur
Again, too many jemaah agaknya, some of the jemaah tak dapat makan. In fact, banyak yang terpaksa makan nasik kosong sebab lauk habis.
Dinner : tak ingat makan apa. But same thing happen.
Review - Journey from Medinah to Mekah :
By bus. We are all in our telekung / ihram outfit.
Stop by di satu some sort of R&R to have our dinner (nasik talam). A good one really.
Review - Mekah :
Hotel : Elaf Hotel (700 - 900 meter)
Sampai di hotel jam 11.00 malam - bear in mind, kami masih dalam ihram. Kami dinasihatkan simpan luggage dalam bilik dan turun semula jam 1 pagi untuk membuat umrah yang pertama.
Naik bilik (level 7 kalau tak silap), terkejut gila bila bilik masih belum kemas. In fact, almost all rooms di floor tersebut belum dikemas dan belum sedia untuk dimasuki. Each floor ada more than 50 rooms! Kami tunggu diluar tapi masih belum nampak ada sesiapa untuk kemas bilik. In fact pakcik sebelah bilik kami pun dah turun naik jumpa pengurusan tapi masih takde tindakan.
Jadi kami semua kumpulkan beg dalam bilik dan kunci. Sebab its about time for our first umrah. So off we go.
Jam 3 pagi.. kami selesai umrah pertama, nak balik rehat dalam hotel. TAPI bilik masih tonggang terbalik. Bilik sebelah-sebelah pun begitu. Untuk hari pertama, kami buang masa di LUAR bilik. Tak sempat nak rehat.
Pagi tu (lepas subuh), suami sempatla bercakap dengan mutawwif Andalusia, nak mengadu la kononnya. Tau apa mutawwif tu cakap? "Sabar je la, ini dugaan di Tanah Suci.." Wah wah wahhh, kalau service tip top takpe la nak sabar. Ini terabur!
Food : Prepared by Indonesian.
There are good and bad days. Macam di Madinah, ada makanan tak cukup. But here, boleh la kata WORST! Banyak jemaah jumpa rambut dalam lauk. Aduhai.. hilang selera makan.
Ada satu hari tu kami semua food poisoning!
Ziarah :
Hari tu kami dijadualkan untuk ziarah. Ada bas dah tunggu dan bila kami naik, ada group jemaah lain yang duduk. Almost full! Kita tak kisah kongsi bas, tapi kalau berdiri the whole time, kesian la kat pakcik makcik kan?
Jadi group jemaah tu turun dan kami semua dapat duduk. Tunggu dalam 30minit.. ziarah dibatalkan. Sebab takde driver. Like ... ??
Kami dijanjikan 3x umrah. Tapi yang dibawa tak sampai 3x dan kami pun dah jadi tak kisah.
Review - Journey back to Jeddah Airport :
Kami dimaklumakan, berat luggage yang dibenarkan dari sini ke Istanbul adalah 30kg setiap beg. Tapi dari Changi ke Subang, berat yang dibenarkan adalah 20kg sahaja. Jadi, kebanyakan jemaah terpaksa mengosongkan luggage mereka, meaning : kain ihram ditinggalkan saja di Mekah. Lain-lain peralatan juga terpaksa ditinggalkan asbab nak elak kene penalti kalau lebih 20kg.
From Mekah to Jeddah Airport :
Naik bas yang ku kira sangat kecik berbanding bas yang kami naik waktu datang sini. Jadi luggage jemaah tak muat. Berjam-jam jugak la cuba muatkan jugak luggage tu semua. (Luggage tu semua dah dikurangkan isinya).
Review - Jeddah to Istanbul to Changi:
Turkish Airlines. As said, nothing to complaint.
Review - Changi to Subang :
Airline : FireFly
Same condition. Nothing to complaint about.
TAPI, kami dimaklumakan yang luggage bagi jemaah haji adalah 30kg. Ahhh sudah.. kesian nye pakcik makcik yang dah kosongkan luggage siap ada terpaksa tinggalkan buku-buku yang dibeli di Mekah. Allahu.. Kan senang kalau dimaklumkan awal-awal.. :(
Kami sangat rindukan Mekah. Sangat rindukan Madinah. Tapi
service dari Andalusia made us look like we are the bad guys - macam tak
reti bersyukur la maksudnya. Sebab kompelin sana sini. The thing is..
kami complaint service Andalusia itself. Bukan keadaan di Tanah Haram /
Madinah. In fact, umrah yang dikatakan nak dibawa 3x tu pun tak cukup.
Most of us pergi buat umrah with our own expenses dan sampai satu tahap,
kami tak ikut pun the schedule yang diberikan. Sebab jarang sangat
jadual tu diikuti. Mutawwif entah ke mana, jemaah entah kemana.
Overall,
we're happy with Mekah & Madinah - of course. But not with
Andalusia services. Totally the worst thing ever. They have to consider
all jemaah especially the eldest one. Makcik pakcik dah tua sangat2.
Terus terang, aku dan suami sangat terkilan dengan servis Andalusia. Sangat teruk. Mungkin sebab mereka ada nama besar.. dan flight dari agensi ini boleh nak kata 1 hari 1 flight terbang ke Jeddah, maka servis agak kureng gitu.
Ada baiknya Andalusia perbaiki kelemahan mereka. Kesian pada mereka yang bayar servis mahal tapi yang diberikan adalah sebaliknya.
Rating : 3.5 out of 10. (Seriously)