Assalamualaikum,
Sambil berbulan madu (yoooolah tu), sambil tu kami jengah Pak Lang kepada suami. Juga anak buah terbaru. Oh ye, kami pergi berempat. Mak, Abah, Suami & Aku. Perancangan awal nak gerak seawal 7 pagi. Tapi dah kami pun muncul dirumah abah jam 715 pagi, mak pun belum siap kemas bag, maka nya kami gerak dalam pukul 820+.
Ye.. Ingat kita je pandai buat perancangan. Nak elak traffic jammed la hape la, mau sejam jugak la kami tersadai di Tol. Sampai ke Bentong nun bawak kereta 60km/h.
Sampai di Kg Kubang Kawah, Kota Baru lepas magrib. Terus aku snap gambar anak buah tengah tidoq:
and our second day there, kami berjalan ke Pasar Siti Khadijah. Boleh tahan letih gak jalan kat situ. Barang yang kami borong kat situ :
- Toto King Size
- Toto Single Size - design harimau bintang you know!
- Periuk Kukus - 1 layer cukup.
- Brooch - RM5 untuk 6 bijik. heaven!
dan setelah penat membeli, kami letak barang-berang tersebut didalam boot kereta, dan seterusnya ke A&W untuk minum sahaja. 2 cup of RootBear - Float. 1-Big size, 1-regular.
Oh ye. Time ni, mak abah gi kedai emas. Nak carikan barang kemas untuk Ayra.
Sarung kaki belah kiri Ayra sengaja dicabut. Oleh itu, kamu dapat tengok bling-bling di kakinya. Ayra disamping Pak Uda. Merenung jauh bila pulak nak dukung anak sendiri kan? adeh! Semoga Allah memberi kami rezeki. Baru 3 bulan kawin maa... gunakan masa untuk stabilkan kewangan ok! chaiyok!!
No comments:
Post a Comment