Wednesday, January 25, 2012

Jalan-jalan Buang Duit di Kelantan

Assalamualaikum,

Sambil berbulan madu (yoooolah tu), sambil tu kami jengah Pak Lang kepada suami. Juga anak buah terbaru. Oh ye, kami pergi berempat. Mak, Abah, Suami & Aku. Perancangan awal nak gerak seawal 7 pagi. Tapi dah kami pun muncul dirumah abah jam 715 pagi, mak pun belum siap kemas bag, maka nya kami gerak dalam pukul 820+.

Ye.. Ingat kita je pandai buat perancangan. Nak elak traffic jammed la hape la, mau sejam jugak la kami tersadai di Tol. Sampai ke Bentong nun bawak kereta 60km/h.

Sampai di Kg Kubang Kawah, Kota Baru lepas magrib. Terus aku snap gambar anak buah tengah tidoq:



and our second day there, kami berjalan ke Pasar Siti Khadijah. Boleh tahan letih gak jalan kat situ. Barang yang kami borong kat situ :
  1. Toto King Size
  2. Toto Single Size - design harimau bintang you know!
  3. Periuk Kukus - 1 layer cukup.
  4. Brooch - RM5 untuk 6 bijik. heaven!
dan setelah penat membeli, kami letak barang-berang tersebut didalam boot kereta, dan seterusnya ke A&W untuk minum sahaja. 2 cup of RootBear - Float. 1-Big size, 1-regular.


Oh ye. Time ni, mak abah gi kedai emas. Nak carikan barang kemas untuk Ayra.


Sarung kaki belah kiri Ayra sengaja dicabut. Oleh itu, kamu dapat tengok bling-bling di kakinya. Ayra disamping Pak Uda. Merenung jauh bila pulak nak dukung anak sendiri kan? adeh! Semoga Allah memberi kami rezeki. Baru 3 bulan kawin maa... gunakan masa untuk stabilkan kewangan ok! chaiyok!!




New Family Addition!

Yep. Kami ke Kelantan. Bukan menyambut raya cina, tapi berjumpa anak buah terbaru. Weewit..

nota dibawah dicilok dari fb kakak-ipar. A.K.A. umi dia:

Menjalani kehidupan berumahtangga setelah sekian lama tanpa tangisan anak kecil sesekali bisa membuat diri ini tertanya-tanya akan masa depan cinta yang di semai bersama suami tersayang, adakah kekal, surut atau sama sahaja keadaannya..

Menghadapi semua ini, di tambah lagi dengan pertanyaan mereka2 yang mendera perasaan, tiada apa yang mampu di lakukan kecuali tabah ! Hanya mampu tersenyum sekalipun hati meraung kepedihan ! Ingin sekali aku menjerit kepada semua bahawasanya ini bukan kehendakku. Sebagaimana wanita lain yang bergelar isteri, diriku jua turut berharap agar bisa menghadiahkan zuriat untuk suami tersayang sebagai pengikat kasih kami berdua. Cuma, saat itu belum lagi di izinkan Allah.

Seringkali juga bila bersendirian, air mata menitis tanpa sedar. Selama 5 musim, hati ini tidak pernah berhenti berharap agar keajaiban bisa terjadi... Berkali-kali suami mengelap air mataku yang tumpah di saat diri tidak kuat menahan emosi melihat bayi2 kecil yang menjadi penghibur pasangan suami isteri lain.Boleh di katakan hampir setiap malam aku menangis sendirian saat suamiku lena di ulit mimpi. Tidak terhitung juga berapa kali aku menahan sebak dan cuba mengawal perasaan agar lara hati ini tidak ketara pada pandangan mata mereka yang berada di sekeliling..


Bukan lah bermakna aku tidak redha akan ketetapan Allah, sekadar memujuk hati dan melegakan perasaan sendiri, apalagi yang tinggal pada seorang wanita kalau tidak air matanya,bukan? Sebetulnya, aku bukanlah wanita yang senang memperlihatkan kesedihan secara terbuka.. Aku jua amat bertuah kerana suamiku tidak pernah sedikit pun mengungkit soal anak sepanjang kami mendirikan rumahtangga..terima kasih sangat2 Abang !


Namun, sebagai isteri,sebagai wanita biasa, aku juga ingin merasa perasaan bergelar ibu,aku ingin melihat kegembiraan pada wajah suami tersayang tatkala mengkhabarkan berita bahawasanya aku mengandung, aku ingin berbaring di sebelah suami tercinta sambil mengusap anak yang menendang2 di dalam rahimku..


Hidup kadangkala membawa kesedihan yang bukan sedikit sebelum menghiburkan kita dengan dengan kegembiraan..Aku dan suami sabar menanti sehinggalah akhirnya hampir genap 5tahun hidup bersama, kurniaan Allah SWT bagaikan pelangi menyirami jiwa kami berdua.. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan Ilahi..


Sepanjang kehamilan, bermacam2 dugaan yang ku lalui tapi itu semua bukan lah apa-apa jika di bandingkan dengan sengsara penantian kami selama ini. Masuk dua bulan usia kandungan, aku terpaksa di masukkan ke wad kerana pendarahan. Doktor mengatakan kemungkinan kandungan ini gugur dalam masa terdekat. Gundah gulana hati ini tidak terkata. Sokongan dari suami, dan kaum keluarga sedikit sebanyak membantu menstabilkan perasaanku saat itu.


Doktor pakar yang merawatku juga berkongsi cerita tentang kawan rapatnya. sepasang suami isteri yang merupakan profesor di sebuah kolej yang juga dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Katanya, pasangan itu telah hamil sebanyak 12kali sepanjang perkahwinan mereka tetapi ke semua nya gugur, Pada kali ke-13 si isteri di sahkan mengandung,malangnya kandungan tersebut terpaksa di buang kerana merupakan kandungan luar rahim. Kite susah,sengsara, masih ada mereka yang lebih sedih dan sengsara dari kita !


Bulan berganti bulan, usia kandungan jua makin bertambah..Aku tidak dapat menggambarkan betapa terharunya saat pertama kali merasai gerakan halus bayi dalam perutku.. Syahdu sungguh perasaan itu !!!


Saat melahirkan adalah saat getir yang paling tidak dapat di lupakan.. Apatah lagi tarikh bersalin terpaksa di awalkan 10 hari dari jangkaan sebenar kerana beberapa masalah yang mungkin membahayakan kandunganku.


Terlintas di fikiran kata-kata ustazahku dahulu, " selagi kita tidak merasai pengalaman bersalin, kita tidak akan tahu sedalam mana kasih ibu kita kepada kita" Begitulah yang aku rasakan saat bersabung nyawa untuk melahirkan anak yang kami tunggu2 selama ini.. Sesungguhnya Ya Allah, ampunkanlah dosa ibuku yang bersusah payah menyabung nyawa melahirkan aku ke dunia ini.Betapa besarnya pengorbanan ibuku menahan kesakitan yang tidak terkata ketika melahirkan aku 29 tahun dahulu..

Melihat suami yang panik dan resah saat menemaniku di bilik bersalin,aku jua turut di usik pilu,apatah lagi saat suami menggenggam erat tanganku sambil berbisik lembut di telinga " abang maafkan semua salah silap sayang selama ni"... terima kasih abang ! Kasihan pada suamiku yang terkejar ke sana ke mari demi memastikan keselesaanku..( Sayang Abang !!! ) Agaknya begitulah jua ayahku tidak keruan saat menantikan kehadiranku ke dunia ini dahulu.Sesungguhnya Ya Allah, ampunkan jua dosa ayahku yang bersusah payah kernaku dari kecil hingga dewasa tanpa kenal erti jemu !


Setiapkali memandang mata bayi kecilku, setiapkali itulah rasa terharu mengisi ruang hati.. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang ibu, Terima kasih kerna memberi peluang padaku menghadiahkan zuriat untuk suamiku, Terima kasih kerana menggembirakan hati kaum keluargaku dengan tangisan dan tawa anak kecil ini .. Terima Kasih Ya Allah !!!

P/s: ku kongsikan kisah ini sebagai semangat kepada teman2,kenalan 2 sesiapa sahaja yang membaca, agar kalian tidak berputus asa dalam penantian seorang zuriat ! Melalui keadaan yang sama, justeru aku jua memahami kesedihan serta kekosongan kalian.. Sesekali pasti air mata kita menitis,hati kita merintih, namun usah sesekali menyerah.. Insyaallah, rezeki kalian jua akan tiba, percayalah bahawa aku sentiasa mendoakan !


Tuesday, January 3, 2012

Broga!

Ekspedisi ke Broga bersama cik suami dan adik bongsuku Jah.

Ketua ekspedisi sms cik suami, jumpa dia sekian-sekian tempat pada jam 12malam. Kami pun tiba di tempat kejadian tepat jam 12am. Tapi ahli ekspedisi lain? Hmm.. gagal dikesan.

Rasanya jam 1 pagi jugakla baru kami gerak dari Tasik Permaisuri. Jumpa ahli ekspedisi kat sekian-sekian tempat, plus terlajak jalan la plak.. Parking di Broga, dan bergerak jam 3 pagi.

Sejuk gilor! Curam gilor! Tapi eksaiten sebab pagi-pagi buta kan.. what do you expect? Gelap gulite.. Jah lagi laju dari aku. Almaklumlah.. kederat orang veteran macam aku ni.. huahuahwuahwuahwau..

dan encik suami la paling banyak bantu. Harus lah kan! hehehehe

dan kami tiba di tanah lapang sikit (tak sampai 5min pendakian akan sampai puncak) jam 4 pagi, dan terus menenangkan diri. Angin dah tak sepoi-sepoi bahasa dah. Dah macam angin dari helikopter kuatnya. Sejuk bahhh!! Aku yang takde pengalaman mendaki pepagi bute tu, menggunakan suami aku untuk memanaskan badan. Sila jangan dabel meaning. Aku peluk cik suami sebab tak tahan sejuk. Sweater pun tak bawak. Tapi in the end, ketua ekspedisi bagi pinjam baju hujan dia ok! Baju hujan. But very useful walaupun tak hujan.

Dan ini gambar yang dapat aku snap dengan hp ku:

cik suami dan kawan beliau di puncak broga. Masih gelap lagi masa tu.


bersama ahli ekspedisi


Jah duduk paling kanan


Ntah apa aksi cik suami buat

baju company membuatkan saya nampak seperti mengandung. Tapi belum ada rezeki lagi. Mari doa sama-sama ye. =) (Giler kau nak gi panjat Broga tengah mengandung?)


You Need A Budget!

Yezza..

Pernahkah anda mendengar tentang ini YNAB (You-Need-A-Budget) ? Secara kasarnya, begini lah (mengikut bajet 2012 yang dibentangkan oleh cik suami pada satu malam minggu lalu :


Bajet telah dipotong sana sini sinun.. Hutang segan silu nak susut..

Apapun, Alhamdulillah.. masih ada ruang untuk bernafas. Paling penting, macam mana besar / kecil gaji kita, peruntukan lah walau sedikit pun untuk sedekah. Penting tu. Biar sedikit, asalkan istiqamah. Mudah-mudahan sumbangan kecil itu mampu menempatkan kita di syurgaNya.


Jom Jogathon!

Ape tu?

Wee hu.. Hari minggu yang sepatutnya kami bermalasan, telah digunakan untuk aktiviti berfaedah. Yezza.. adik bongsuku masuk jogathon. Dan alang-alang aku & cik suami ada, ayahanda pun mau turut serta, sepupu pun ikut juga.

Mari saksikan kehebatan mereka 3km untuk abah (kategori vateran), Jah (adik) & Nisa (sepupu) 7km, aku & suami 3km (lemah lutut den)..

suami dah kat depan

abah steady tak peluh sangat

ada member baru teman abah berborak


Nisa & Jah

Nisa & Jah

Aku dan abah sayang

Oh ye. All-in-all, memang tak adil pun pertandingan ni. Sebab diorang lepaskan pelari tak serentak. Sebab ada menteri pada waktu tersebut, orang yang tengah line-up amik t-shirt kene lah start lambat. Adil ka itu macam?

Anyways, kami datang pun bukan nak hadiah sangat. Nak spent time with families ajek.

p/s: ada FBI wooo





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...