Monday, December 24, 2012

kerja ke cuti ?


Sepatutnya aku start cuti kerja harini, 24 Dec. Tapi disebabkan aku orang 'penting' dalam syarikat, makanya cuti aku kene postpone. Almaklumlah.. 'penting sangat'.

Dan sebulan dari esok, yakni 25 Jan 2013, aku dan suami akan berangkat menunaikan umrah. Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Last month, kami survey agensi dan harga (of course!)
Seterusnya ke agensi yang berkenaan :

1. Ar-Raudhah Travel 
2. Andalusia

Dan survey punya survey, we end up with Andalusia. Ar-Raudhah bagus jugak, tapi Andalusia ada bagi diskaun RM300 kalau register before Jan 2013. So we opt for Andalusia. 

Dan.. oh ya! Kami dimaklumkan, bulan Nov - awal Marc 2013, adalah musim sejuk. Okay, aku eksaited! Dan.. mula lah operasi kami menyimpan duit. Selama ni pun dok menabung jugak, tapi macam takde perancangan terdekat. La bila dah ada tempat dituju, seharusnya la kan menabung sekarang.

Sabtu 22 Dec, aku kerja. Have to be on site. Suami? Oh.. harus diheret sama, sebab kami bekerja dalam line yang sama. Balik dalam pukul 830pm camtu. Dan keluar ramai-ramai dengan ofis mate aku untuk makan malam. Orang belanja, haruslah makan sama.

Ahad 23 Dec, aku kerja jugak. On site jugak. Suami? Ku heret jugak. 

Isnin, harini, 24 Dec, kerja jugak. Ikut schedule asal, aku patut cuti seminggu. Tapi sebab kerja banyak, maka kerja jugak! Dan esok, 25 Dec sepatutnya cuti Krismas, aku kerja jugak. Suami? AKAN KU HERET JUGAK. hehe

Oh ya, back to the topic. Aku kene get ready dengan itinerary untuk membuat umrah. Less than a month. And we havent got any time to attend any kursus! Aisehmen! Dan macam-macam benda kena ada. Apatah lagi kami ke sana pada musim sejuk. Air cond ofis baru pasang 25 darjah celcius pun nak kejung kaki aku.. ini kan pula 8 celcius. Allahu! Itu baru siang hari. Malam? 3 darjah celcius. Huwaaa!!

Semalam sempat jugak kami berjalan di The Mall, survey harga baju for winter.. Price range : RM320 and above. Ala... where to cekau all the money?? Tu baru coat. Masa gi survey, sales guy tu cakap, kalau below 10 degree, usually kene pakai 3 layer. Long johns, inner, tshirt, then baru pakai this coat. Adeh la...

Apart from that, im sooo frekin excited for this coming journey. May this journey be blessed! 


  


Wednesday, November 21, 2012

Gaza

Farhash Wafa Salvador

Merupakan suami kepada senior aku sewaktu di BBGS dahulu, Safawati Mustafa. Seorang yang ku kira sangat hebat dalam memperjuangkan Islam. Aku mengetahui yang mereka sedang menyambut ulangtahun perkahwinan di Cairo ketika ini.. dan kemudian, dia meninggalkan isteri dan anak lelakinya di Mesir untuk bersama-sama rakyat di Gaza. ALLAHU AKBAR!

To those who owns fb account, you are most welcome to subscribe to him for latest update. May ALLAH grant him with jannah for all his sacrifices. 



                                             


Latest dari Gaza, kira-kira 5 jam yang lepas :




ALLAHU AKBAR! Semoga ALLAH permudahkan urusan kesemua kita.







 

Monday, November 19, 2012

Jemputan Haji

Memandangkan minggu tersebut minggu lompat (Isnin kerja, Selasa cuti, Rabu kerja, Khamis cuti, Jumaat kerja), maka otak kami sedikit celaru. Bangun pun dok pikiaq lagi hari ni kerja ke cuti lagi. hoho

Hari Sabtu, kami terlewat bangun. Memandangkan malam sebelumnya kami menghadiri house warming kekandaku sehingga jam 12 malam.

Kami gerak dari rumah jam 730 pagi. Memandangkan hari tu hari Sabtu, dan jalan raya tak sesak, perjalanan lancar dan kami singgah di R&R MEX. Sempatlah kami jamu teh'o panas 2 cawan, dan sepinggan meehun goreng + karipap sebiji. Mungkin sebab kesihatan kami yang tidak begitu memuaskan, meehun yang kami beli sepinggan untuk dikongsi berdua, langsung tak luak. Kami menghabiskan air dicawan, dan terus bergegas ke KLIA, bimbang terlambat.

Memandangkan ini kali pertama kami berdua ke airport (semenjak kahwin), khidmat waze diperlukan. Owh.. sangat membantu.. Haritu pakaian kami comel skit la.. sebab kami ada kenduri kawin yang perlu dihadiri di Putrajaya pulak.

Sampai di KLIA, kami ingat nak park di jalan je, memandangkan dah banyak kereta parking begitu.. namun, dah nampak kelibat pak polisi dok standby dengan buku saman. Pehhhh.... terpaksalah kami masuk parking. 2 jam parking, kene RM10! hamekkk kau

Kami terus menunggu di ruang International Departure.. Hampir 10 minit menunggu, masih tiada tanda-tanda jemaah haji akan keluar. Heran dah nih. Pulak tu yang dok menunggu nyer masing-masing non-muslim. Mana waris jemaah-jemaah lain kan? Mata aku dok melilau kat 1 kaunter ni.. ditulis lebih kurang begini :

"Jemaah haji akan keluar dari pintu Domestic Departure, harap maklum,"

Hahhh?? Aku tarik tangan suami aku dan kami terus ke balai sebelahnya.. hamikkk... tak nampak apa dah.. terlalu ramai waris jemaah dok menunggu..

dan...suami aku terus ternampak Pak Long yang baru keluar bersama-sama troli yang ditolak.. Mulanya, tak berapa nak cam, sebab Pak Long agak cekung, kurung sangat.

Suami aku terus bawak Pak Long ke tempat yang kurang crowd memandangkan Pak Long tak berapa sihat, suara pun dah serak.

Tapi Mak Long? Masih tak nampak. Pak Long kata Mak Long masih didalam..

Aku carikan seat untuk Pak Long. Memang seat kosong dah takde, ni pun duduk kat seat yang takde kusyen. 



Lepas dapatkan seat untuk Pak Long, dan ada pula anak sedara Pak Long disitu, kami kembali ke tempat tadi, untuk cari Mak Long pula.




Mak Long dan anak sedaranya - kot. 




Nampak tak sepasang suami isteri dibelakang tu? Berbaju hijau dengan beg hitam? Itu anak sedara mereka yang banyak tolong menguruskan mereka lepas mereka tiba di KLIA. Uruskan beg, dll.



Abang Topek dan anak sulungnya, Irfan dah sampai.


L-R (Mak Long, suamiku, Irfan, Pak Long)


Kalau ikut cerita Mak Long, beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Malaysia, Pak Long dah mula demam dan tak sihat. Mungkin sebab tu, Pak Long batuk-batuk setibanya di Malaysia. Semoga Pak Long cepat sembuh ye.

Dalam jam 930-10 pagi macamtu, kami gerak. Hujan renyai-renyai. Mata kami pulak dah makin redup. wahahaha.. ngantuk bah! Suami aku suruh aku cari jalan ke Pantai. aku dah lupa nama pantai tu. tapi kat area negeri sembilan lah.. sambil-sambil ikut waze tu, kami berborak-borak la.. sebab kenduri jam 1230, takkan kami nak tercongok awal-awal kan.

Sampai di pantai tu dalam jam 1030 rasanya. Hujan dah makin lebat, dan kami ngantuk giler. Suami parking ditepi, mengadap laut kau! Matikan enjin, turunkan seat, dan zZZzzzzzz..




Cukup sejam, kami terjaga, dan bergerak pula ke Putrajaya untuk kenduri kawan aku yang kini merupakan Pilot Air Asia - Syamim. Tahniah Syamim, berkahwin dengan pramugari Air Asia juga, tapi berasal dari Indonesia. Oh ye, diorang kawin lama dah, tapi majlis di Indon. Dan untuk meraikan keluarga & sahabat di Malaysia, majlisnya baru je dibuat. btw, isterinya Syamim dah 3 bulan pregnant. Tahniah!








Monday, November 12, 2012

Bertunang

This was taken sometime in May. Our engagement day.


aku tak tau pasal apa senyum macam orang geli hati sangat. huaa


Fakta hari pertunangan :

Kemeja hantaran tu, kakak ipar aku sponsor. 
Gelang bling-bling tu mak paksa aku pakai.
Rantai labuh, pun mak paksa pakai - nasib baik tudung aku lagi labuh dari rantai mak.
Tudung biru - mak punya.
Baju tunang - baju raya adik bongsu punya (she was only 16)
Kek coklat tu - sepupu aku sponsor.
Cupcake tu - beli sendiri kat member bbgs nama bakerinya : Little Bakerina
No make-up. 
Pertama kali jumpa mak & pak mertua & adik ipar (that time bakal mak mertua) 

One thing about the engagement day to keep in mind was, about an hour before the rombongan came, he texted me :

"Kami dah on the way, jaga aurat betul2, stokin mesti pakai,"

Dan sehari lepas bertunang, aku mc. Terkejut kene pinang kot? hahaha





Monday, October 22, 2012

1st Anni!

ALHAMDULILLAH!







Pejam, celik, pejam celik, dah setahun usia pernikahan kami. ALHAMDULILLAH, segala puji hanya untukMu ya ALLAH, yang mempertemukan kami, yang melanjutkan usia kami. Ku pohon hanya kepadaMu agar peliharalah kami dah rahmatilah kami di muka bumi ini, Kau tingkatkanlah ketaqwaan kami dan keimanan kami. Ya ALLAH, didunia ini telah Kau pertemukan kami suami isteri, di akhirat nanti Kau pertemukanlah kami, juga sebagai suami isteri.







Abid, ct sayang abid.



Friday, October 19, 2012

pesan Ustazah

Pesan Ustazah Siti Nor Bahyah :


"Duhai sahabatku sekelian yg dikasihi selalu.
Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidakmahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah. Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah, itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah, itu petanda hati kita jauh daripada Allah. Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah."

Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari perasaan kecewa, sedih mahupun marah kerana setelah hampir setahun perkahwinan, aku masih belum dikurniakan dengan zuriat penyejuk mata. Jadikanlah aku redha dengan kehendakMu, kerana sesungguhnya perancanganMu itu lebih sempurna dan terbaik untukku..


Review: X-Cut Above

X-Cut Above
15 Minutes
RM15   RM18

Was RM15. Now, RM18 per cut.

Malam tu kami baru habis bayar groceries. Betul-betul depan kaunter tu, ada kedai ni. This is exactly what i look for sebab rambut cik abang.. well, its about time to get a haircut.

Masuk-masuk je dia suruh bayar kat machine ni dulu. Macam beli air kat mesin tu kan? 


Masuk duit kertas, pastu keluar resit bukti pembayaran.




Okay, boleh duduk dah. 



 Trim kasik cantek ye apek!





Pastu, barber hairstylist tu keluarkan some-sort-of vacuum.. Mak aih! Dia vacuum laki den!





"First time dalam hidup Abid orang vakum kepala Abid," katanya right after we exit the premise. 


Tada!!! Siap! 



All in all, ada 2 hairstylist. Sorang tu yang potong rambut cik suami, dan sorang lagi aku tengok dok cek jam dah pukul berapa sebab sibuk nak balik. Beg dah sangkut kat badan. Tak mesra alam langsung. 

Cik abang kata takmo dah gi sana. Tak berbaloi. Kalau gi kedai gunting biasa, RM10 je, siap urut-urut kat leher lagik!









Friday, September 28, 2012

Raya... dah basi!

Gambar raya dah basi.. Haritu amik gambar pakai iPad - bajet gambar lawa la kan, but not really. Pix resolution ke lauttt. Anyways, mari menonton :


SMILE! Y'RE ON iPAD CAMERA! (click the picture to enlarge)



 

 







Bobby the Cat!



That's all for now, chiaw!

Tuesday, September 25, 2012

Dugaan


6 months ago..

Hazila (Ila) , rakan karibku yang merupakan seorang pensyarah di Kemaman selalu bercerita. Kenalannya yang juga seorang pensyarah di tempat yang sama telah 3 tahun berkahwin dan kini sedang mengandung cahaya mata yang sulung! Subhanallah! 


17 hours ago..

"Zura, air ketuban dia dah pecah, aku baru lepas hantar dia gi hospital," cerita Ila dalam telefon.
"Doktor kata apa?" 
"Bukaan dah 5cm dah, air ketuban dah habis keluar..anggaran berat baby 1.5kg je," sambung Ila lagi.



Allahu! 
Sedihnya, namun aku gagah juga untuk beritahu Ila, mungkin baby pra-matang. Insyaallah selamat. Lagipun banyak je kes baby pra-matang kat Malaysia ni. - itu lah yang aku cakap pada Ila. Ila perlu "skrip" untuk dia sendiri tenangkan sahabat dia di sana. Ila yang aku kenal, kelam kabut orangnya, tapi sangat baik budi pekertinya. 



5.24 am - sms
Dah bersalin, baby meninggal pukul 4 am tadi.

6.13 am - sms
Dia bersalin masa otw nak ke hospital tganu.. kepala baby dah keluar dlm van dan dia bersalin penuh kat hospital dungun..pukul 630 semalam. Sempat tengok baby kejap je..


Innalillah..

Dugaan untuk bernama wanita bernama Norimi. Wanita yang aku kenali hanya melalu penceritaan Ila. Lebih 3 tahun berkahwin, dan ditugaskan di Pantai Timur, manakala suami terpisah di Selatan tanah air. Suami Norimi akan ke Kemaman sebulan sekali untuk bertemu isterinya. Pelbagai usaha telah dilakukan, yang pastinya menyakitkan (melalui pembacaan aku sendiri). Allah turunkan rezeki berupa berita kehamilan yang ditunggu-tunggu. Setelah 7 bulan mengandung, Dia takdirkan bayi itu keluar sebentar bertemu ibunya, dan Allah ambil semula bayi itu mengadapNya.

Wanita itu kuat. Pasti ada ganjaran untuk wanita sekuat itu. Semoga engkau tabah Norimi!

kerana

Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

"..maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, dan sesudah kesulitan itu, ada kemudahan.." (Surah Al-Insyirah, ayat 5-6)


Monday, August 27, 2012

Risau





..worrying over something that's totally out of control is a waste of time..



Thursday, August 23, 2012

Pukul 4 pagi

Pernah rasa nak nangis sampai nak sepak orang tak?
Pernah rasa nak sepak orang sambil sepak-sepak muka dia tak?

Ye, saya pernah begitu.


Tepat jam 4 pagi, kami sampai rumah flat kami. Angkut-angkut barang dari boot kereta, tangan penuh dengan beg, panjat tangga ke tingkat 3, letak beg dulu sambil tarik nafas panjang. Penat tuuu..

Bukak grill, okay. Bukak pintu, pun okay.
Seperti biasa, suami bagi salam sebelum melangkah masuk. Bukak lampu hall sambil jalan ke arah dapur nak letak beg baju kotor..

Pijak karpet, terasa pijak atas air lecak. Sebab air tu memercik! Huh?? Biar betul? Kami ni tingkat 3. Kot ye pun banjir, mesti la ground floor ke. Aku tengok syiling.. dok perati kot-kot ada kesan bocor. Time tu rasa nak lepuk kepala.. Ada lagi setingkat kat atas. Takkan la atas bocor?

Aku pun melangkah masuk terus ke dapur.. oooowh... now i know! Kain lap kaki depan pintu bilik air dok berenang-renang macam kan ikan kene lepas dari kolam kau!

"Abid, CT tau air tu datang dari mana.." aku bersuara. Suami aku menoleh.
Suami aku jalan laju-laju kat aku, tengok arah jari yang aku tunjuk.



penyodok pun hilang keseimbangan akibat banjir. 



Kepala dah mendongak ke atas syiling bilik mandi.. ah sudah! Paip jiran tingkat atas dah peach / bocor / tercabut dan air dari atas dah mencurah masuk bilik ayaq kami. Sedey. Tak sempat nak landing atas sofa tau! 

Penutup tercabut sebab orang atas dok jolok-jolok. Tapi dia kata dia tak jolok. Tipuuu.. Sebab ada kesan kat penutup tu!



tau ni apa? Ni kabinet di ruang tamu. Bila terdedah kepada air dalam tempoh yang lama, kayu nyer kembang. kaler pun turun. Sedey camni! 


Karpet ruang tamu -  Perasan tak karpet tu basah? Dari jauh macam biasa.. tapi dekat tu.. nampak dah lencun dah.



Bilik tidoq kami.. tak nampak pape kan? Tapi ada air tu dah masuk sampai bilik tidoq jugak!



tengok air tu naik. 


Bermula jam 4pagi, sampai la jam 630pagi kami bersihkan rumah kami. Basuh balik. Angkut air dalam baldi ber baldi-baldi. PC suami pun tak tau apa nasib. Semalam suami buka casing PC tu, dan jemur kat panas. Ni tak try turn on lagik. 



Dugaan balik beraya.. dulu balik raya tragedi hilang meter paip.
Ni balik beraya paip pecah. Adehla..


Sungguh, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...