sabar azura, sabar..
aku ada order makanan dari sebuah syarikat delivery. means, tiap-tiap kali lunch, aku tak payah keluar beli makanan. cuma tunggu akak ni hantar makanan. akak ni, kak I, aku rasa seorang suri rumah la kot.
cuma tak berkenan la kat akak ni kalau makanan yg patutnyer prepare sambal daging, dia bagi daging masak kurma'. kalau sepatutnya ada sup, sup tak disediakan. patutnya lauk ada 3 jenis, ada masa-masa tertentu, dia bg 2 jenis. patut ke?
mula-mula aku biar je la dl. mgkin akak tu lupa nk masukkan lauk tu dlm tupperware aku ke. but as days goes by, masih sama. dia ingat aku tak perasan agaknya lauk yg dia bg tu jarangnyer nak stick dgn menu dlm web?
so, aku buat keputusan utk hantar some sort of complaints kat pengurusan dia. well.. thru email. sbb aku rasa aku sbg pembeli, tak dijaga hak. aku bayar, ok?
so emel aku camni (email kedua dari aku):
"possible tak kalau saya nak tukar pembekal? sbb dalam sminggu, lauk yg dia sediakan ada saja yg tak cukup. ada saja yg bertukar. harap respon segera."
pengurusan dia reply:
"Terimakasih kerana melanggan perhidmatan xx.com
Untuk pengetahuan puan kami mempunyai seorang pembekal sahaja untuksekitar kawasan xxx dan xxx. Memandangkan perhidmatan beliau telah hampir setahun bersama kami dan kebanyakan pelanggan beliau tiada komen..
Sekiranya perbahan menu kerap berlaku puan boleh maklumkan kepada pembekal kami untuk peningkatan pehidmatan.
Pihak kami juga akan cuba mendapatkan pengesahan beliau akan apa yang berlaku."
Duhh.. tu je? nak aku kumpulkan komen dari semua ke baru nak amik tindakan??
well..selepas aku hantar komplen kat pengurusan xxx.com, esok nyer akak tu bagi lauk kat aku byk giler. lauk ikan yg sepatutnya dpt seekor 1 hidangan, aku dapat 3 ekor!!
wah!! protes nampak?
No comments:
Post a Comment