Assalamualaikum;
---
Tentang air
Air apa ada zat galian?
Respons saya: Semua air ada zat galian kecuali air suling dan air RO serta air hujan kalau udara tidak tercemarlah .Air akan larutkan garam galian yang terdapat dibumi dan air sungai serta air laut ada zat galian. Air laut masin sebab banyak zat galian terutama garam.
Kenapa doktor tak galakkan air RO?
Respons saya:
Sebab ia tidak ada zat galian dan juga ia mengunakan membrane untuk hasilkan reverse osmosis dan ada air yang akan terbuang dalam proses menjana air RO. Jika membrane rosak dan tidak diservis, air tercemar . Jika penapis baik dan selalu diservis air bersih tanpa zat galian. Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya tidak syurkan penapis RO. Saya dapati bila saya minum air RO saya akan tetap haus. Terjadi beberapa kali dan ada yang saya tidak sedar saya minum air RO sebab air minum dalam botol ada yang air RO.
Air alkali macam mana?
Respons saya :
Air alkali adalah air mineral atau air berzat galian dimana ph nya melebehi 7. Air yang ph nya kurang dari 7 selalu bererti air itu tercemar . Air yang ph nya lebih dari 9 adalah air yang sengaja di jadikan alkali dan berguna untuk rawatan penyakit contohnya penyakit batu karang . Memang doktor berikan air alkali dan sengaja berikan potasium citrate untuk alkalikan air . Air alkali tidak ada indikasi untuk diminum terus dan ada penapis air yang menjana air yang ph sehingga 12 mengunakan kimia untuk jadikan air alkali . Walaubagaimanapun saya pernah diberitahu oleh pesakit saya bahawa dia dapat manfaat dari air yang tinggi alkali . Saya tidak cukup ilmu tentang perkara ini untuk huraikan lebih lanjut .
Nota tambahan selepas maklumbalas dari pembaca. Ada yang sebut tentang air Kangen. Ini air beralkali tinggi. Pada bulan Julai tahun lepas DG Kesihatan ada keluarkan penyataan akhbar tentang air Kangen dimana ada penjual yang membuat dakwaan air Kangen boleh menyembuh banyak penyakit. Dakwaan ini menyalahi akta pengiklanan KKM. Pada bulan Ogos pula syarikat yang import penapis ini mendaftarkan mesin Kangen maka ia sah dijual. Saya tidak dapat pastikan baik buruk air berakali tinggi. In short..saya tak tahu.
Nak beli penapis apa?
Respons saya :
Saya guna penapis Korea yang tidak berjenama dan mutu air boleh diperiksa dengan reagent untuk lihat kadar penapisannya. Jika nakkan yang berjenama, pilihlah Cuckoo (belum pasti piawaian NSF dan WQA), Coway mineral filter (ada piawaian WQA) ( Coway ada juga filter RO ), Cosway (guna parts yang ada NSF tapi tidak ada cert) dan mana-mana jenama yang mutunya boleh di uji dengan reagent dan TDS meter . ( Total dissolved solds meter ). Mana-mana penapis pun perlu diservis selalu dan katrij filter ditukar berkala. Penapis ceramic sahaja tidak cukup untuk tapis keluar racun nitrate dan plumbum.
Saya cuma masak air paip doktor, boleh tak
respons saya : Jika air paip anda tidak ada pencemaran dari kimia boleh lah. Jika air paip tercemar, maka merebus air tidak kurangkan pencemaran pada air malahan jika anda guna cerek aluminium, mungkin akan tambahkan pencemaran pada air itu .
Aluminium boleh menyebabkan sembelit awas buat susu anak dengan air yang dimasak dengan cerek aluminium.
Nota post script
Setelah posting ini dishare luas saya nak berikan beberapa maklumbalas.
Saya ni bukan pakar filter dan name brand yang saya sebut adalah yang berada dipasaran. Banyak lagi filter yang baik contohnya eSpring ada piawaian NSF) , dan Doulton to name a few .
It has been pointed out to me bahawa filter yang gunakan nanofiltration juga akan kurangkan zat galian dari air tetapi yang saya faham filter berjenama yang baik akan tambahkan semula dengan mengunakan katrij yang ada mineral.
Copy & Paste and credit to Dr Suriyakhatun