Assalamualaikum,
Korang dah buat kad pengenalan baru? Dah?
Aku belum.
Ok tipu. Dah buat.
Semalam. hehe
Ok nak share cara nak mohon kad pengenalan baru. Ni khas untuk tukar dari kad pengenalan lama (gambar kat IC sekeping) kepada kad baru (ada sekeping gambar warna & sekeping gambar black & white).
Kalau yang nak mohon kad ganti akibat cip rosak atau lain-lain perkara, lain lah caranya ye.
Memandangkan aku kerja di putrajaya, jadi aku decide untuk mohon di JPN Putrajaya jugak. Aku nasihatkan korang semua mai awal. Sebab di sini kad pengenalan baru (untuk tukar) hanya ambil masa 2 jam sahaja. Takut datang jam 4 petang, pastu kene collect esok. Dah renyah.
Ok di JPN Putrajaya aku rasa level dia memang straight forward. Kalau korang naik escalator, korang boleh nampak setiap level ada signage setiap level.
Contoh level 1, ada terpampang Nikah / Cerai.
Level 2, Kad Pengenalan,
Level 3, Warganegara.
Contoh je ye. Nama betul aku tak ingat sebab tak teringat nak snap.
Aku sampai jam 12.30 tengahari. |
Pehhh dapat no 0356. Nombor yang sedang dilayan 0298. Pehh pehhh
Jam 12:33 - no 0298.
Jam 01:25 - no 0346.
Jam 01:33 - no 0352.
Sampai giliran aku lebih kurang jam 01:50. Mula-mula kaunter 5 panggil. Dia cek dulu IC lama, cap jari kiri dan kanan. Pastu dia suruh bayar RM10. Aik? Aku cakap, "bukan free ke?" dia senyum je sambil geleng. hahaha. OK I AM SO NAIVE. Nothing is free.
Pastu pegawai di kaunter akan tanya, "bila nak datang amik? hari atau esok?" Harini dalam pukul 430 dah boleh datang amik. Atau esok pagi boleh datang,"
Aku bagitau aku nak datang harini. Sebab nak settle semua harini jugak.
Pegawai tu tulis kat resit "collect 4 petang".
"Ok, puan boleh tunggu di kaunter 16 - 18 ye", sambil tunjuk kaunter hujung sana.
So kawan-kawan boleh agak apa ada disana?
Ya, betul. Ada spotlight dan kamera. Ada jugak corner dan selendang/tudung hitam disediakan.
Oh ye. Sila pakai tudung warna gelap ye.
So ke sana lah aku dan within 1 minute, nombor aku dipanggil.
Pegawai mintak resit aku. Dia baca note "collect 4 petang" tu. Aku rasa mereka akan siapkan yang nak collect by today tu dulu.
Dia akan cek cap jari pastu suruh duduk depan kamera.
Pegawai tu suruh aku betulkan sikit tudung di side kiri sebab kedut.
Pehhh hebat pegawai tu.
Bagus betul.
Dia snap 2 kali kot pastu dah.
"Puan boleh datang balik petang ni ye," pesan pegawai tu.
ok.
04:30 petang aku datang balik nak collect IC.
Amik nombor giliran. Tapi kali ni kene ke wing sebelah lagi (masih dalam level yang sama). Wing ni untuk collection sahaja.
Ok. Dapat nombor, terus ke wing collection dan pass kat kaunter 23 (ada papan arahan).
Duduk.
Tak sampai seminit - nombor aku dipanggil.
Letak jap cari.
Pegawai tu tanya, "nak beli sarung IC ni tak? Singgit je."
Aku pun beli je. Dah pasal IC lama pun lunyai sebab bawak keluar masuk wallet.
Tengok IC baru. Ok la. Senyum ketat.
hahahahah
Kalau selfie boleh lah aku nak senyum lebar.
Overall - Nora bagi 10 bintang!