Friday, December 29, 2017

Review: Entopia by Penang Butterfly Farm



23 December 2017

So we went for a wedding reception early that day and my husband says he wanted to explore the Penang area with our little family. 

First thing first, here are some heads up for anyone who wish to visit the place.
  1. Bring enough drinking water and snacks. 
  2. Wear proper attire and walking shoes - no heels! 
  3. Check their website regularly as you might miss good promotion. 
Here are the entrance fee. Be sure to bring along MyKad / MyKid to get the promotion tau.



But there is another family package offered by Entopia which is 2 Adult + 2 Kid for RM129. But wait, if any of you is a Cimb Cardmember, you can get 20% off. 


Ok, more information as per below:
  1. Each group / family will get a map as your travel guide.
  2. Surau, washroom & baby room are provided. There is coway water dispenser in the baby room. 
  3. There's F&B at the outdoor area. Not sure about the price as we do not step foot in it. 
  4. We spent about 2.5 hours in the outdoor area + another 1.5 hour indoor.
  5. So many activities can be done indoor with your kids. 
  6. There's only 1 food stall indoor which is next to the auditorium. They only sell cold drinks and slice of cakes / cookies and popcorn as well as few selection of ice cream. Popcorn alone is RM8 (I remember this because I bought the popcorn).
  7. You may go in and out of the Entopia as long as you still have the ticket (until 7pm).
And now are some picture taken from our visit to Entopia. Enjoy!


Outdoor








Indoor








Some videos worth to share:









Overall, it was worth every penny spent. :)
I bagi 5 / 5 star.





Friday, November 10, 2017

Little Caliph & Tiny Thumb Child Care - 2018 Fee Structure

Assalamualaikum, 

Its been awhile ey? So we've been through this two kindy, so I would just go straight up with the fee structure for 2018.


Tiny Thumb Child Care 
Location: Presint 9
Half Day: RM300 (7:30 am - 12:00 pm)
Full Day: RM500 (7:30 am - 6:00 pm) 



Tiny Thumb Child Care - TTCC



BilItemAmount
1Registration Fee100.00
2Monthly Fee500.00
3Advance Fee500.00
4Materials + Personal Kit450.00
5Misc450.00

Total Registration Fee2,000.00


Little Caliph Kindergarten
Location: Ayer 8, Presint 8
Half Day: RM320 (7:30 am - 12:00 pm)
Full Day: RM500 (7:30 am - 6:00 pm)



Little Caliph Kindergarten



BilItemAmount
1Registration Fee220.00
2Monthly School Fee - half day160.00
3Monthly TLCP Program Fee160.00
4Monthly Extended Program Fee180.00
5Special fees first & second semester480.00
6Uniform - 2 pair100.00
7Tudung15.00
8Sports t-shirt & track bottom37.00
9Annual Sports day t-shirt & track25.00
10Books and modules360.00
11Takaful (PA)20.00

Total Registration Fee1,757.00

Tuesday, April 25, 2017

Young & Living Essential Oil - Stress Away

Assalamualaikum,

Harini aku nak kongsi berkenaan Young & Living (YL) essential oil (EO). 


Banyak testimonial, dan juga keberkesanan EO ni dan sampailah ia juga menjadi penyebab aku terjebak. Hahaha. Its a good thing tho. Bukan la benda buruk pun. CUMA it quite pricey tapi memandangkan kaedah nak mendapatkan pati setiap EO ni sangat susah dan renyah.

Ok.

Harini biar aku spesifik terus EO yang aku rasa terpanggil nak perkenalkan kat semua. 


Stress Away - 5 ml (inclusive in starter pack)    


Macam mana boleh terjebak? Aku nak skip dulu sebab panjang cerita. Nanti aku bukak thread lain.

Aku beli starter set YL dan stress away ni inclusive dalam starter pack tu.
Dijadikan cerita, starter pack tu sampai la kat opis aku. 
So aku pun unbox. 
Ada simple instruction. Dan instruction tu suruh aku apply EO ni kat nadi, kiri kanan, dan calit skit letak kat leher. Bau je EO ni.

Dalam tak sampai 2 minit, Im free from stress!
Like seriously?? 

Percayalah.
Aku tak stress dah. 

Bau dia sangat melegakan kepala otak.

Lagi satu kenapa Stress Away ni aku beli? Sebab aku nak guna setiap kali SELEPAS kerja. Kiranya lepas kerja, kan nak jumpa anak-anak? Kita as parents ni balik rumah tau nak main hp, fb, insta. Anak-anak dengan ipad plak. 
Bila nak blend dengan anak-anak kalau masing-masing dengan tablet kan?
Pastu bila anak-anak nakkan perhatian, mula lah rasa nak marah.
Lepas marah anak, pandai plak rasa menyesal la sedih la apa la.
Tapi pastu? Buat jugak perkara yang sama.

So, cara aku, balik kerja, aku calit kat nadi, gosok-gosok. Bau-bau. 
Pastu keluar ofis. Baca bismillah.

Insyaallah for the rest of the day, takde dah rasa nak marah anak.
Sampaikan boleh je nak layan anak-anak punya ragam.

Perasan tak anak-anak ni, kalau kita main dengan dia, happy dan seri muka dia lain je. 
Berbanding bila kita sibuk dengan hp, dia plak malas nak main toys dia, sebaliknya main ipad.

Perasan ke perasan?

Aku konsisten pakai Stress Away ni for 2-3 days.
Lepas tu aku tak pakai dah. Cuma aku simpan dalam handbag. 
So bila-bila rasa stress, apply je.

Sampai la a week later bila hormon pun lain macam, apply je balik EO tu.
Dan aku rasa calm je.

Jadi aku nak war-warkan kat semua, boleh la cuba.

YL Stress Away 
15ml
RM186.

Untuk harga promosi, boleh hubungi aku melalui WA : +60192802362 










 

Tuesday, April 11, 2017

Tepung Kek Segera

Assalamualaikum

Ok nak war-warkan berita baik untuk semua. Tepung kek segera boleh dibeli melalui saya.

Harga murah
dan yang penting.. mudah.

Dah nama pun segera kan? Cuma kene lah ada oven. Sebab nak bakar kek tu. Kalau takde microwave, boleh je guna rice cooker. Kalau korang pandai la nak invent dari rice cooker jadi oven.

Ok cakap banyak tak nak. 
Tengok gambar ni. 
Resipi disediakan disetiap pek. Jadi takde la menggagau macam mana nak buat kan?

TEPUNG KEK SEGERA (10 JENIS)



1. TEPUNG SEGERA KEK COKLAT MOIST (±490g) RM12

🍒 serbuk topping, choc rice, colour rice disediakan
🍒 cuma tmbh susu pekat, minyak masak, telur dan air panas
🍒 dpt hasilkan kek  ±1kg


 2. TEPUNG SEGERA KEK BUAH (±520g) RM12

🍒 dapat hasilkan kek ±1kg
🍒 buah disediakan
🍒 cuma tambah susu pekat,  telur, minyak masak dan air panas
                                      

3. TEPUNG SEGERA MUFFIN COKLAT CIP (±500g) RM12

🍒 chocolate chip disediakan
🍒 cuma tambah susu cair, minyak masak, telur dan air

 
4. TEPUNG SEGERA KEK PISANG (±380g) RM8

🍒 cuma tambah pisang, telur dan minyak masak
🍒 5 biji pisang berangan / nangka / 10 biji pisang emas




5. TEPUNG SEGERA RED VELVET (±500g) RM15

🍒 cuma tambah air, telur dan minyak masak
# cream cheese tidak disediakan




6. TEPUNG SEGERA BISKUT COKLAT CHIP (±640g) RM15

🍒 kacang + chocolate chip disediakan
🍒 cuma tambah marjerin dan telur sahaja




7. TEPUNG segera KEK KEJU (±400g) RM29

🍒 cuma tmbah susu full cream/air 300ml
🍒 dpt kek ±800g
🍒 harga termasuk filling.
🍒 boleh pilih filling blueberi/strawberi/oren/mangga/kiwi/ coklat


8. TEPUNG KEK MARBLE (±500g) RM12

🍒 cuma tambah marjerin dan telur sahaja
🍒 gula, serbuk koko, esen vanilla disediakan.



9. TEPUNG SEGERA APAM WARNA WARNI kukus (±510g) RM12

🍒 dapat hasilkan kek ± 800g
🍒 cuma tambah susu pekat dan telur
🍒 pewarna smua disediakan



10. TEPUNG SEGERA KEK PANDAN (+-500g)
RM12

🍒Bahan yang disertakan : tepung segera, ovalete, perisa pandan, esen vanila dan gula halus.
🍒Bahan perlu tambah : Telur dan Butter
🍒Hasil kek +-900g
🍒Boleh kukus/bakar.
🍒Resepi kek pandan cheese leleh disertakan dlm pek

🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Friday, April 7, 2017

AIA Insurance - Family Plan


[Disclaimer : this is not a sponsored post]

Assalamualaikum,


Harini umi nak kongsi berkenaan insurans yang umi sekeluarga amik. Untuk makluman, sebelum ni kami semua berada bawah "payung" yang berbeza. "Payung" dimaksudkan adalah:

-->
Person Covered
Insurance
Monthly Commitment
Bapak
Life + Medical + Invesment PruBsn
Warisan PruBsn
RM200
RM155
Umi
Life + Medical + Investment PruBsn
Ummah Link PruBsn
RM240
RM56
Adhwa
Life + Medical + Investment Great Eastern
RM135
Atiyah
Life + Medical + Investment Great Eastern
RM140
Total Monthly Commitment
RM926


Dulu kami berhabis RM926 sebulan untuk insurance sahaja. Dan setiap individu mempunyai coverage yang berbeza, dan premium berbeza. Compared to AIA yang sama rata selagi dibawah family plan.

Sekarang, setalah baju diukur  di badan sendiri, kami disedarkan oleh mentor kami bahawa kami spent too much on insurance, maka kami dengan ini bertukar kepada AIA Insurance.

-->
Person Covered
Insurance
Monthly Commitment
Umi + Bapak + Adhwa + Atiyah + tambahan 2 orang anak
AIA Family LifeLink & Plus Saver
RM250
RM333
Total monthly commitment
RM583


Jadi ada lebihan disitu boleh lah disimpan untuk tabungan masa hadapan. 

Lagi maklumat AIA Family plan kami seperti dibawah

Hospital Room : RM150
Person Covered : RM100,000 per year per person
Sum Covered : RM500,000

Untuk maklumat lanjut, carilah agent AIA berdekatan anda atau google lah atau mintak lah rekomen dari sahabat ataupun saudara. 

Ini umi nak rekomen agen AIA :
Amirul +60 12-200 7685 


terima kasih.

 



Tuesday, March 28, 2017

Rumah/Flat Untuk Disewa

Assalamualaikum,

Rumah/Flat untuk disewa.
Status : Not Available

Maklumat lanjut seperti dibawah. No agent please (sorry).

Lokasi : Taman Kobena, Cheras
Landmark : PGRM, PPR Pudu Ulu
Jenis Rumah : Flat 4 Tingkat (tiada lift)
Unit Untuk Disewa : Tingkat 3 (setiap tangga hanya ada 4 pintu / rumah)
Amenities : Kedai makan pelbagai kaum ada dibelakang flat. Hanya berjalan 5 minit dah sampai. Juga ada disekeliling adalah : 99 speedmart, kedai mamak, dobi self-service, cosway, 7Eleven, taska Little Caliph.
Walking distance to LRT Maluri / bangunan PGRM.
5 Minutes to Sunway Velocity, Aeon Maluri, Aeon Big
5 Minutes to Ikea Cheras
10 Minutes to Tesco Extra Cheras

Sewa Bulanan : RM700 (non-nego)
Deposit 2 bulan : RM1400.00
Deposit Utiliti : RM400.00
Jumlah Bayaran : RM700 (sewa bulan pertama) + RM1400 (Deposit 2 bulan) + RM400 (Deposit Utiliti) = RM2500.00

Maklumat Rumah/Flat
Keluasan : 600 sqft
2 bilik tidur (sama size)
1 bilik air (ada shower)
1 bilik mandi (ada shower & water heater)

Tambahan
Ada tingkap disetiap bilik.
Siap wall hanger untuk sidai baju
Ada rod untuk langsir untuk setiap pintu dan tingkap.
Built-in kitchen cabinet di dapur
Built-in TV wardrobe
Built-in wardrobe di setiap bilik tidur
Lantai marble
Kipas di ruang tamu dan setiap bilik
Lampu di ruang tamu, bilik 1 & 2, dapur, bilik air & mandi, tempat sidai baju.
Siap grill di belakang dan pintu masuk.
Power point untuk mesin basuh dan peti ais dah ada.
Saluran paip untuk mesin basuh dah ada.

Move-in condition.

Terbuka kepada penyewa beragama Islam sahaja.
Pelajar / Baru Berkahwin / Baru Anak 1.

Gambar dibawah adalah gambar sebenar. Kemasukan segera April 2017.



Kiri ada kitchen cabinet serta 1 plug power point. Kanan ada bilik bersebelahan (dinding warna hijau). Dipintu ada rod untuk langsir. Kanan ada wardrobe tv.

Ruangan dapur. Kitchen cabinet. Tengah tu adalah tingkap. Sinki ada 2 kepala paip.

 Pandangan dari dalam rumah ke pintu masuk. Lantai marmar size besar. Di kanan ada tingkap 3 panel beserta rod untuk langsir.

Pandangan dari pintu bilik ke ruangan dapur. Di sebelah sinki ada tingkap dan ada rak di dinding sana. Di atas ada built-in hanger untuk sidai baju (jimat space). 

Pandangan dari depan rumah. Ada wardrove tv. Lubang ditengah adalah untuk wayar tv.

Bilik tidur A : ada L-shaped wardrobe. Boleh kongsi-kongsi simpan baju. Serta tingkap 2 panel. 

Bilik tidur B : Ada built-in wardrobe baju serta tingkap 2 panel di sebelah itu. Di dinding sebelah lagi ada tingkap 1 panel (tiada dalam gambar).

Maklumat lanjut, boleh whatsApp saya azura : +60192802362











Friday, February 3, 2017

Home Make Over [TV Cabinet]

Assalamualaikum,

Ok tv wardrobe ni dulu kami mintak kontraktor lain yang design dan buat, tapi lastly harga yang diberi agak mahal, jadi kami dari kontraktor ini dan beginilah hasilnya:

Agak bersepah disitu. Maaf ler, ni kontraktor amik gambar. Tak sempat nak kemas wayar-wayar tu.

 

Harga tak termasuk flat screen tv & arm tv tu ye. Hihi



Night view - Romantik gitu.


Ok now saya nak reveal siapa belakang tabir disebalik wardrobe tv saya.

Kontraktor : Yusman Mohd Zubir
Contact Number : 012-6465284
Boleh whatsapp dia je. 

Harga : RM1,980.00 cash

Kerja-kerja termasuklah :
1. Melamine board belakang tv tu (lupa apa term dia)
2. Drawer 2 unit (kiri & kanan)
3. Empty compartment (antara drawer tu, kami letak astro decoder, router ) 
3. Power point 3 unit + 1 suis lampu
4. Down light 2 unit (yang kaler oren atas tv tu)

TIDAK termasuk:
1. TV 50-inch
2. Arm for tv 

Payment term:
50% sebelum kerja-kerja dijalankan (kontraktor nak beli barang)
50% setelah siap.

Nota:
Kerja-kerja siap dalam tempoh 3-4 jam.


Done.






Tuesday, January 10, 2017

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum,

Korang dah buat kad pengenalan baru? Dah?
Aku belum.
Ok tipu. Dah buat.
Semalam. hehe

Ok nak share cara nak mohon kad pengenalan baru. Ni khas untuk tukar dari kad pengenalan lama (gambar kat IC sekeping) kepada kad baru (ada sekeping gambar warna & sekeping gambar black & white). 

Kalau yang nak mohon kad ganti akibat cip rosak atau lain-lain perkara, lain lah caranya ye. 

Memandangkan aku kerja di putrajaya, jadi aku decide untuk mohon di JPN Putrajaya jugak. Aku nasihatkan korang semua mai awal. Sebab di sini kad pengenalan baru (untuk tukar) hanya ambil masa 2 jam sahaja. Takut datang jam 4 petang, pastu kene collect esok. Dah renyah.

Ok di JPN Putrajaya aku rasa level dia memang straight forward. Kalau korang naik escalator, korang boleh nampak setiap level ada signage setiap level. 

Contoh level 1, ada terpampang Nikah / Cerai. 
Level 2, Kad Pengenalan, 
Level 3, Warganegara. 

Contoh je ye. Nama betul aku tak ingat sebab tak teringat nak snap.


Aku sampai jam 12.30 tengahari.
Pehhh dapat no 0356. Nombor yang sedang dilayan 0298. Pehh pehhh 

Jam 12:33 - no 0298.
Jam 01:25 - no 0346.
Jam 01:33 - no 0352.

Sampai giliran aku lebih kurang jam 01:50. Mula-mula kaunter 5 panggil. Dia cek dulu IC lama, cap jari kiri dan kanan. Pastu dia suruh bayar RM10. Aik? Aku cakap, "bukan free ke?" dia senyum je sambil geleng. hahaha. OK I AM SO NAIVE. Nothing is free.

Pastu pegawai di kaunter akan tanya, "bila nak datang amik? hari atau esok?" Harini dalam pukul 430 dah boleh datang amik. Atau esok pagi boleh datang,"

Aku bagitau aku nak datang harini. Sebab nak settle semua harini jugak. 
Pegawai tu tulis kat resit "collect 4 petang".

"Ok, puan boleh tunggu di kaunter 16 - 18 ye", sambil tunjuk kaunter hujung sana. 
So kawan-kawan boleh agak apa ada disana?

Ya, betul. Ada spotlight dan kamera. Ada jugak corner dan selendang/tudung hitam disediakan. 
Oh ye. Sila pakai tudung warna gelap ye. 

So ke sana lah aku dan within 1 minute, nombor aku dipanggil. 
Pegawai mintak resit aku. Dia baca note "collect 4 petang" tu. Aku rasa mereka akan siapkan yang nak collect by today tu dulu. 
Dia akan cek cap jari pastu suruh duduk depan kamera.

Pegawai tu suruh aku betulkan sikit tudung di side kiri sebab kedut. 
Pehhh hebat pegawai tu. 
Bagus betul.
Dia snap 2 kali kot pastu dah.

"Puan boleh datang balik petang ni ye," pesan pegawai tu.

ok.

04:30 petang aku datang balik nak collect IC. 
Amik nombor giliran. Tapi kali ni kene ke wing sebelah lagi (masih dalam level yang sama). Wing ni untuk collection sahaja. 
Ok. Dapat nombor, terus ke wing collection dan pass kat kaunter 23 (ada papan arahan).
Duduk.
Tak sampai seminit - nombor aku dipanggil.
Letak jap cari.
Pegawai tu tanya, "nak beli sarung IC ni tak? Singgit je."
Aku pun beli je. Dah pasal IC lama pun lunyai sebab bawak keluar masuk wallet.

Tengok IC baru. Ok la. Senyum ketat.
hahahahah

Kalau selfie boleh lah aku nak senyum lebar. 

Overall - Nora bagi 10 bintang!



 




First Day of PlaySchool - Tiny Thumb Child Care [TTCC]

Assalamualaikum Parents,

[Umi mode is turn ON]

Harini umi nak share pengalaman 1st day of Adhwa's playschool. Dan pilihannya adalah..



Mula-mula umi share balk struktur yuran ye. Ini yuran untuk TTCC untuk kelas 4 tahun :

Registration Fee : RM100
Monthly Fee : RM400
Deposit : RM400
Materials + Personal Kit : RM450
Misc : RM300
Grand Total RM1,650

Material yang dibekalkan pihak TTCC :
Beg sekolah
Laundry bag 2
Uniform 2 pasang
Baju sukan 1 pasang
Buku Log kehadiran/kesihatan anak 
Buku Latihan & Kerja
Peralatan Mandi (sabun, ubat gigi, syampu - Pureen)

Makan 3 kali sehari.

Yang perlu dibawa pelajar/parents setiap hari:
Beg sekolah
Botol susu (sekiranya masih menyusu)
Diaper (sekiranya masih on diaper)
Baju persalinan sepasang
Diaper bag x1
Tuala mandi
Buku log

OK. Now back on topic, first day of school. Macam anak-anak yang lain, Adhwa pun ada lah drama dia. Tapi takde la drama terrace sangat. Dia memang seronok ada kawan-kawan. Cuma air mata berjurai la skit kalau kene tinggal. Standard ar tu.

Orientasi pada minggu pertama went well. 
Drama air mata bukan hanya untuk student baru ye. Student yang dah tahun ke dua pun nak drama jugak. Lagi-lagi kalau nampak kawan lain melalak, dia pun berjangkit nak melalak jugak. Hahaha parents semua layankan aje. 

Apa yang best dengan TTCC?
  1. TTCC ada bangunan sendiri - warna purple.
  2. Untuk bayi, ratio pengasuh adalah 1 : 4 dan total bayi tahun ini maximum adalah 12 orang. FULL (Yuran bulanan RM600), tilam, selimut semua disediakan, dan bayi ditempatkan di bilik berhawa dingin.
  3. Tempoh dalam kelas (belajar dan latihan menggunakan buku) hanyalah 3 jam. 
  4. Setiap hari ada aktiviti luar - bermain pasir, main di taman (dalam kawasan sekolah).
  5. Ada movie time!
  6. Cikgu akan mandikan pelajar (4 tahun kebawah) jam 4 petang. 
  7. Ada buku log. Setiap kali pelajar buang air / minum susu / tukar lampin / jatuh / luka / dll akan dicatat dalam buku log. SETIAP HARI. 
  8. Suhu badan pelajar akan diambil SETIAP HARI semasa parents hantar anak. Ini bagi memastikan anak tak demam / sakit. Jika sakit, parents dimestikan hantar anak ke klinik terlebih dahulu.
  9. Uniform hanya 2 hari seminggu. Jumaat pula digalakkan pakai jubah / kurung / baju melayu untuk pembelajaran solat.
  10. Waktu adalah dari 7 pagi (pintu gate dibuka) tetapi waktu pelajaran adalah 830 pagi - 530 petang. Waktu akhir ambil anak adalah jam 630 petang. Ke 7 malam paling lewat. Ada OT kalau amik lewat dari 6 petang.
Now lets the picture do the talking.

Dalam kereta. Mood OK. Eksaited. 

Berjalan masuk ke school compound - purple kan sekolah tu? 

Ya kawan-kawan. Aksi memujuk sedang berlangsung. Adalah 10 minit jugak sebelum terpaksa didukung oleh cikgu.

Aktiviti makan - aiskrim goyang (student buat sendiri)

Ni buat apa umi tak tau.


Ok lah tu je nak share. Gambar tu pun bukan umi yang amik tau. Tu semua gambar cikgu yang amik dan umi cilok dari fb Tiny Thumb je. Hahaha. 

T-shirt putih tu semua masa dalam minggu orientasi. Sekarang dah start uniform (kuning).

Insyaallah semoga semua dipermudahkan.
Bila tanya adhwa esok nak sekolah tak?
"Nakkk. Nak sekolah banyak-banyak.."  
Hehe. Padahal tiap-tiap kali nak tinggal kat sekolah mesti mengalir air mata buaya. 

But today (10th January 2017), dia dah tak nangis lagi. Siap boleh cium tangan dan lambai-lambai tanpa wajah duka. Ceeeewah.



Alhamdulillah.
A good start kiddo!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...