Monday, January 13, 2014

How To Handle Your EBM

These illustration are meant to knowledge sharing and for my own references.

I, however are not the illustrator. The owner of the illustrator are Wan Nihayah Niha.








Tuesday, January 7, 2014

Prelove : Mary Kay Skin Care



Mary Kay Skin Care

Sebab nak jual : Malas nak pakai. Ini hadiah dari kakak (Bought in Hong Kong - she stays there)


1. Baru dan masih sealed.. (box putih)
Mary Kay Clay Mask - 180g / 6.3oz = (beli di hong kong) Retail price = RM150.
Harga jual RM120.

2. Baru tapi bukak utk amik gambar je.
Time Wise Age-Fighting Moisturizer - 3oz/88ml. Retail price = RM78.
Harga jual = RM65.

3. Baru tapi bukak untuk amik gambar sj.
Time Wise Liquid Foundation 30ml (beli di hong kong)
Retail price = RM65.
Selling price RM60.

4. Pakai beberapa kali je.
TimeWise Oil Mattifier - 6oz/17ml
Retail price = RM50.
Selling RM35.

5. Pakai beberapa kali. (yang kaler biru tu)
Mary Kay Body terme d' isola (Body Smoothing Scrub) 150ml.
Retail price = RM35.
Selling RM25.

Take all RM300 include postage.
Beli satu-satu, tambah RM6 postage.

COD di Jusco Maluri atau LRT seri petaling.


Review : Snow Bear Breastpump






Gambar ihsan pakcik google. Mine, dah selamat jual.

Okey, breastpump diatas adalah Snow Bear. Harga jual RM180 tapi aku dapat RM100 je. Hehe, again, aku beli second hand je. Sebab masa tu baru berjinak-jinak dengan mende alah ni.


Review sikit :

1. Single pump.

2. Suction : Boleh pilih. Ada 3 mode of suction. Untuk first timer macam aku (that time), memang aku pakai mode paling slow. Sebab tak biasa lagi masa tu. 

3. Bunyi : Sama macam bunyi Eve Love Flexi. Mungkin sebab masa aku pakai breastpump ni baby pun tak sampai sebulan lagi.. jadi baby agak terganggu tidur nyer.

4. Parts : tak banyak kene basuh.

 5. Backflow : Tidak ada masalah backflow. 

All in all, aku PUAS HATI pakai Snow Bear. 

Oh ye, aku dah jual pun Snow Bear ni sebab aku dah upgrade ke Eve Love Flexi (double-pump). 

Beli harga RM100, jual harga RM85. Warranty ada lagi sampai bulan Mar 2014.

Ok, itu je review ikhlas aku.

Monday, January 6, 2014

Review : Eve Love Flexi Breastpump

[This article has been updated on 17th Apr 2014]

Assalamualaikum.

Nak review sikit pasal breastpump (bp) yang aku pakai. 

Aku baru je lagi pakai bp Eve Love Flexi ni. Hampir dua bulan jugak. For your information, this is my second bp. My first bp was Snow Bear. Later aku review Snow Bear (SB) ni plak.



Beli masa tengah dalam pantang di rumah mertua. Macam aku cakap tadi.. sebelum ni aku pakai SB, tapi sebab SB tu single pump je... Agak susah nak pump dan hasilnya agak tak sedikit. So.. Bila balik rumah mertua.. Aku sengaja tak bawak SB ni.. Dengan niat aku boleh biasa kan diri dengan mermet je la. 

Tapi disebabkan aku belum master lagi bab mermet ni.. jadi bengkak la. Terpaksa la aku beli jugak Flexi ni. Sakit plak tu kalau bengkak. Kalau tak sakit memang aku tahan je.


Gambar takdak filter punye. Ni semua set dalam Flexi tu:





Review sikit:

1. Harga : Harga pengenalan, RM599. Tapi aku beli RM400 je. hehe.. beli barang secondhand yang baru seminggu dipakai.

2. Size : Sederhana la.. Penuh la tapak tangan aku. Tapi memang ringan.

3. Battery operated pun boleh, electric pun boleh, powerbank pun boleh. So far, aku pakai elektrik je. Powerbank pakai bila ada training je.

4. Lepas ON, 2 minit pertama dia akan massage dulu. Seriously, masa mula-mula ON, aku ingat rosak, sebab ala-ala takde suction, rupanya, itu massage mode dia.

5. Parts : Tak banyak parts, tapi leceh nak cuci
Sebab? Kat corong bp ni, ada satu point yang berus tak boleh sampai, sponge pun tak boleh sampai, jari pun tak boleh sampai untuk dicuci. Penyelesaian aku, aku try sterilize, tapi masih tak bersih betul. Yang menjadi, kene pakai cotton buds. Itu pun renyah jugak la aku tenyeh-tenyeh sebab nak kasik bersih. Yelah, kita nak bagi anak minum susu, baby pulak tu. Kebersihan ni kene extra careful tau!

6. Bunyi : Kalau orang kata motor Flexi ni senyap.. korang boleh la assumed "orang itu" adalah penjual / dealer. Senyap? Pembohong. Bising tu tak la.. tapi senyap pun idok ler.. Tapi kalau korang penah guna Snow Bear, ha.. sama sebijik bunyi dia. Aku tekup dengan bantal pun still boleh dengar bunyi dia.
 
 7. Additional (Bustier) : Dah nama pun additional kan.. tak pakai bustier ni pun takpe. Sangkut kat bra biasa je pun okey. Aku selalu je buat.

8. Additional (Powerbank) : Comel dan tahan lama. 

9. Kalau korang tengok gambar kat atas tu.. bawah botol tu ada tapak kaler pink tu kan? Itu untuk 'park' botol korang. Tapi aku tak pernah guna pun. Macam tak relevan pulak ada mende alah tu. Sebab kalau takde tapak tu pun, botol tu boleh je berdiri sendiri.

 10. Backflow: Yes, aku setakat ni dah mengalami backflow. Tapi SEKALI saja. Harapnya takde la pengalaman backflow ni lagi. Panic aku bila susu masuk tubing. Takut masuk motor, jahanam..

11. Hasil perahan : Depends on how you express your milk, of course. Kalau tak guna konsep supply & demand, ko beli lah pump harga RM10,000 sekali pun, susu takkan banyak. Kene rajin pump ye.

12. Personally aku rasa susah nak bawak bp ni ke pejabat. Sebab ada tubing, ada double corong, ada motor. Dah la aku ke pejabat nak kene bawak beg tangan, beg susu, beg laptop lagi. Mana aku nak campak bp ni pulak? Banyak beg. 

Itu saja hasil review ikhlas aku.

p/s : Flexi aku ni dah aku bagi kakak ipar aku pinjam. Kalau serasi, dia pakai, kalau tak, dia nak beli Medela FreeStyle. Kalau dia beli nak FS, aku akan jual bp Flexi ni. Warranty sume ada lagi, original receipt pun ada. Tapi akak aku ni jangka bersalin bulan Mar 2014. So, sapa yang nak beli bp Flexi ni, sabar dulu ye.

Updated : [ TAK JADI JUAL SEBAB SERASI DENGAN KAKAK IPAR]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...