Wednesday, October 29, 2014

Adhwa Turns 1

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Pada 9 Oktober 2014 anak kami Adhwa Hafiya binti Mohamad Hafiz genap lah setahun usia nya.

Allahu Akbar.
Rasa macam baru je semalam melahirkan Adhwa. Dalam bilik tidur. Atas lantai - dalam keadaan melutut.

Adhwa anak kami membesar dengan sihat.
Ada masa demam, ada masa selsema, ada masa batuk, ada masa kahak. Itu semua bagi membina antibodi yang lebih kuat - Ceeewah. Macam biologist la pulak.

Sewaktu Adhwa berusia 7 hari, Adhwa sedang dirawat di NICU HUKM oleh kerana level demam kuning yang agak tinggi. Pada waktu itu, umat Islam meraikan Hari Raya Qurban.

Tahun ini, pada hari raya Qurban, kami juga bersama-sama beraya dihospital. Kali ini, di Pusrawi. Sebab? Paru-paru Adhwa dijangkiti kuman pneumonia. Adhwa dirawat selama 5 hari. Selama itu jugalah umi dia MC untuk menjaga Adhwa di hospital. Dan selama itu juga lah bapaknya berulang-alik. Besar jasa bapak Adhwa. 5 hari jugaklah bapak tidur di kerusi panjang sahaja. 
Allah. Allah. Sayang suami saya.

2 hari sebelum Adhwa dirawat di Pusrawi, umi nya terlebih dahulu check-in di Hospital Pantai.
Sebab?
Saja-saja. Nak perabis duit.
Giler kau!

Aku kene cirit-birit. Perut over sensitive. Padahal apa yang aku makan, itu lah yang laki aku makan. Tapi laki aku sihat aje. Aku sorang je masalah. Kifarah dosa gamaknya. Insaf. Insaf.

Ke Hospital Pantai sebab dah rasa sangat teruk walaupun malam sebelumnya dah dapatkan rawatan di klinik biasa. Memang kes serah diri je kat hospital tu. 

3 hari jugak la kene berumah tangga di hospital Pantai. Haru.
Suami aku lah bersusah payah. Malam kami tidur di hospital anak beranak. Suami bawak toto bentang di bilik. Adhwa dan suami tido atas toto (lantai).

Aku? Atas katil la of cos. Tapi bukan aku suka pun. Aku terpaksa. Sebab sepanjang 3 hari itu, 6 botol air dimasukkan dalam badan. Boleh bayang banyak mana dan teruk mana keadaan aku di hospital sampai 6 botol air kene masuk?? Nanges cepat!

Pengorbanan suami paling tak dapat aku lupa. Bangun dari tidur, siap-siapkan Adhwa, suami akan hantar Adhwa ke rumah pengasuh. Kemudian dia akan balik rumah untuk mandi dan bersiap ke pejabat. Dan petang akan singgah ambil Adhwa baru ke hospital untuk tidur dan teman isteri di hospital.

Aileviu Abid!

Oh ye. Dan pada harini, setelah Adhwa setahun :

1. Mulut becok.
2. Boleh angkat punggung dan tonggeng. Sapo lah ngajar aku camgini.
3. Suka gigit umi dan bapak kalau kami tak pay attention to her. Aku dah kene gigit kat peha, lengan, bahu, dan lain-lain bahagian. Fuhh
4. So good in imitating her surroundings. Haritu dia amik remote aircond sambil hala tangan ke aircond (konon-konon nak ON air cond tuhh)
5. Boleh berdiri tapi belum ready nak berjalan. Merangkak laju lagi, so takyah jalan la katanya. hehe

Semoga anak umi & bapak membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindunganNya.





Friday, September 19, 2014

Tanah Kebun - 4 Ekar Untuk Dijual

Assalamualaikum & Good Day.

It's been a while since the my last update. A friend of mine asking me to help him out to sell his land. So details as below :

Location : Telok Panglima Garang, Klang
Type : Agriculture
Tenure Remaining : 40 Years, Leashold
Size : 40 acre
Other Info : Malay Reserve
Selling Price : RM 2,277,000.00




exact location

For more info, you may contact me at ctazurasaid@gmail.com / WhatsApp at 019-2802362. Or call him directly : Mr Ahmad Rani : 0122673101

Thanks.

Wednesday, July 23, 2014

Review : Zalora

Ramadhan Mubarak!

So this month is the Holy Month - Ramadhan Kareem. Zalora make an effort to send me a voucher worth RM50 with no minimum purchase! Wuuu! But only valid for 1 month - so what?


So I spent hours and hours at their website www.zalora.com.my and look for something that I need. Or maybe, something that I want.

After some "consultation" with my beloved husband who always go like this :

"Mana-mana pun takpe.." when I asked him to choose the color of baju kurung.
"Itu pun lawa jugak.." when I asked him for his 2nd opinion.

In the end, I decided to get this pair of shoes brand Ezra worth RM49. I choose the size 36 - which I thought was my size, and proceed to checkout.


And waited for the delivery. I could not complaint should the delivery takes longer than it says, so I patiently wait for it. 

And walah! The next day I received the parcel babe! Super fast!

Parcel by GDEX

The EZRA shoe box
What else inside? Here goes :
1. An empty bag of Pos Laju with return slip (in case I change my mind and wanted to change item)
2. Voucher 10% off and RM25 worth of voucher (for first time customer)
 
the Zalora voucher


Unfortunately, it wasn't my size!!! I thought 36 is for size 7. Gosh I hate it! And I hate to return it back cause it might have takes more time to get back the right size. So what I did, I ask my husband to text my sister in law, instead he uses my handphone :

"Adik. Kasut hang size berapa,"

So the luckiest girl replied "36. Waduh ada barang baik. Ada barang baik," with smiley icon at the end of it.

So yeah. This Ezra for Zalora shoes is for her then. 


Im a happy girl! - in tears


Rate for Zalora services: 8.5 out of 10 (there are some issues but they managed to solved it. Of course I don't want to share it here else this will be a grandma story)

Monday, April 28, 2014

Solid Food : Bubur Nasi + Jagung + Lobak Merah

Resipi kacang je. Tapi aku nak share jugak sebab aku first time mummy, jadi semua tak tau. So, aku yakin ada first time mummy kat luar yang carik resipi kacang ni.

Remember, this solid food is meant for baby above 6 months old. No sugar or salt required.

Beras :
1. Ambil secawan beras, cuci bersih, kemudian rendam dalam 3 jam. Toskan.
2. Bila beras tu dah kering, panaskan atas kuali. Masak atas kuali la senang citer. Tapi without minyak. Cukup untuk kasi beras tu betul-betul kering. Perang sikit cukup. 
3. Masuk beras tadi dalam blender, dan blend sampai jadi halus / hancur macam dalam gambar. Kalau halus sangat, baik beli tepung beras je. Rujuk gambar bawah.
4. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bubur nasi :
Bila nak hantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh, pagi-pagi tu, 
1. Amik 2-3 sudu besar beras hancur tadi. 
2. Masuk dalam periuk, masuk air masak 2 cawan. 
3. Bukak api kecil. Kacau-kacau sampai jadi bubur.

Kalau nak campur buah / sayur, make sure air tu letak lebih sikit sebab nak bagi buah / sayur tu betul-betul empuk. 


isi jagung dan lobak merah yang siap dibasuh.



Bubur nasi + jagung + lobak :
1. Amik 2-3 sudu besar beras hancur tadi. 
2. Masukkan isi jagung dan lobak (atau sebarang sayur).
3. Masuk dalam periuk, masuk air masak 4-5 cawan.
4. Bukak api kecil, kacau sampai empuk.
5. Masuk semua dalam blender, dan blend sampai halus.


bubur dan lobak dah empuk 

Last step : blend sampai betul-betul lumat. 

Sekian.






Review : Combo Sterilizer & Warmer & Steamer Little Bean


Assalamualaikum,

Review sikit berkenaan Little Bean warmer, sterilizer & steamer.

Harga pasaran : RM199 combo, 1 year warranty. Worth the money, i tell you!

Warmer :

Nak guna warmer Little Bean ni ada trick skit. Warmer dia datang dengan bekas hijau (based), penutup (cover) dan pemerah buah. Boleh refer gambar bawah:

gambar ihsan pakcik google


The tricky part is, bila nak panaskan susu, TAK PERLU guna bekas hijau dia bagi tu. Tuang air directly dalam warmer tu macam gambar bawah ni.

juga ihsan pakcik google.

Air tu, tuang directly dalam warmer. Agak-agak lebih sikit dari air susu, dan kemudian letak susu dalam botol juga seperti gambar atas tu. Pastu pulas je ke icon susu (40 darjah celcius). Ini memang amik masa nak panaskan susu. Anak memang menjerit-jerit baru sudah. haha

Untuk panaskan makanan pulak, masukkan air dalam bekas hijau yang diberikan, kemudian letak makanan dalam tu, tutup dengan cover dia, dan pulas ke icon makanan (70 darjah celcius).

Ada 1 lagi boleh pulas, 100 darjah celcius. Ini memang cepat panaskan susu. TAPI, susu tak boleh dipanaskan dalam suhu 100 darjah celcius sebab ini akan mematikan terus sel-sel susu yang berkhasiat dalam susu tadi.


Sterilizer :

Boleh guna untuk sehingga 6 biji botol wide neck (lower tier). Dan dibahagian atas, boleh letak puting susu, tudung botol, dll.
Nak guna senang je. Masukkan air sampai cukup-cukup tutup plate besi dia. Pasangkan tier hijau tu, letak botol (mulut botol di bawah), dan susun kasik elok, tutup. Dan On je button dia. Proses sterilize ni ambil masa dalam 8-10minit jugak.
Dah sudah pakai dan sejuk, terbalikkan sterilizer itu untuk keringkan. 


Steamer :

Aku ada je alat pengukus kat rumah. Tapi nak kukus kan pakai air banyak, plus kene tunggu mendidih tu, pastu baru boleh masukkan bahan untuk dikukus tu.. Jadi, aku ala-ala meng'innovation'kan sterilizer menjadi steamer. Boleh refer gambar di bawah.

   
Gambar kiri : Sterilizer
Gambar kanan : Steamer

Caranya, tuang air dalam sterilizer tu sampai tutup plate besi dia, buang tangkai dan stopper macam kat gambar steamer tu. top tier tindih atas lower tier. Pastu letak la buah yang korang nak steam. Dan ON. Macam gambar bawah.


 
Selesai.




Wednesday, April 23, 2014

Solid Food : Puree

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian solid food untuk Adhwa yand dah masuk 6 bulan. Haritu ada la kami belikan Heinz (pumpkin + sweet corn) puree, Bites, Heinz Biscuit (original & orange flavor). Biasa la, kami first time umi & bapak, of course excited terlebey.


Heinz puree = RM4 per bottle. Bapak mahal. Mudah memang mudah sebab on the go je kan. Tapi kalau sehari sebotol, mau botak kepala mak pak dia. 


Antara solid food yang Adhwa tak tolak :
1. Bubur nasi + lobak.
2. Bubur nasi + jagung.
3. Puree Avocado (sebijik EMPAT hinggit) !
4. Puree pumpkin + sweet corn by Heinz.

Oleh itu, memandangkan Adhwa dah mula beriya-iya nganga besar-besar, jadi aku sebagai Umi singgah la kat pasar segar sebelah opis ni ha.. Untuk buat pumpkin + corn by Azura. hehe

So this is my version of pumpkin + sweet corn :


Bahan-bahan
2 potong labu
1 mangkuk kecil jagung
air masak 3 - 4 sudu besar

Cara Penyediaan (Kukus / Steam)
1. Potong labu kecil-kecil, dan kukus dalam 10 minit. (Kalau pakai alat pengukus atas api tu, pastikan air dalam tu dah menggelegak ye). [Aku pakai Little Bean Sterilizer yang diubah suai jadi steamer - nanti aku kongsi caranya]
2. Ambil isi jagung dan kukus juga dalam 10 minit. 
3. Lepas labu dikukus, warna labu akan bertukar sedikit pekat dari warna asal. Kalau asal tadi kaler oren cair, lepas kukus dia akan jadi oren pekat. Masukkan labu dan air dalam 2 sudu besar dalam blender, dan blend sampai jadi puree. Boleh refer gamba di atas.
4. Keluarkan puree labu tersebut dan masukkan pula jagung yang dah dikukus tadi. Blend pulak jagung hingga jadi puree.
5. Campurkan puree labu dan puree jagung, dan blend lagi sekali sampai betul-betul lumat. Boleh tambah air masak kalau ibu-ibu rasa puree tersebut terlalu pejal.
6. Siap dah puree tu dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Untuk portion ni, boleh dapat 4 bekas dan boleh simpan dalam freezer. Tahan dalam 2 minggu. Tapi aku habiskan dalam tempoh seminggu.

Boleh isi 4 bekas, tapi aku isi 3 je sebab bekas ada 3 je. 

 Saki baki puree yang tinggal, Adhwa ngapp. 


Sekian.



Tuesday, April 1, 2014

Review : Tudung Labuh Ummi Ati


Okey. 

Frankly writing (read : speaking), semenjak kawin ni memang agak malas la aku nak pakai tudung yang bergosok. Mostly, pakai tudung instant. Takyah gosok. Tapi senang jaga. Dan terjumpa la tudung ni (rujuk gambar) yang ku kira jatuh cinta pandang pertama gitu. heh

Senang jugak la cuci.
So far, aku cuci tangan je, boh sabun sikit, tenyeh sikit-sikit, bilas, sidai. Aku kekadang datang mood "rajin", aku campak dalam washing machine dan spin. (spin je masuk mesin ye, basuh pakai tangan).

CUMA, macam lain-lain tudung instant, sebab ada awning, maybe nak masuk dlm luggage nak bawak balik kampung tu agak mencabar la. Iye la, kita nak kene jaga awning dia supaya tak renyuk / patah kan.. Tapi memang puas hati la. Berkali-kali timpa dengan baju lain pun tudung ni intact. Wah - intact kau! hehe

Click picture to enlarge.

Aku dah beli warna 20 & 26 (davy grey & light blue)

Warna 04 (tyrian purple) pun dah beli.


No 17 warna idaman. Tapi belum beli lagi. Pelan-pelan kayuh.


Warna 01 (baby pink) pun dah beli.

No 30 pun aku berkenan. Takpe. Slow-slow azura. :D



Kalau korang nak beli, so far ada 2 size (standard & extra). Aku? Aku pakai size standard :)

Korang berminat nak pakai? Boleh refer color code dari 01-35 di atas ye.
Material : Double Gorget
Standard size : 22 inch depan, 34 inch belakang
Extra labuh : 24 inch depan, 37 inch belakang
Harga : RM55 + RM6 pos laju.
Setiap tudung akan di letak dalam individual box :)
Penghantaran HANYA pada hari RABU

Berminat? Boleh sms/whatApp/email kat aku : 0192802362 ctazurasaid@gmail.com

Tuesday, February 11, 2014

Review : Avent Manual Breast Pump

Assalamualaikum,

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku pakai single bp > double bp > manual bp. Hehehe.. Disini la aku perlu menjelaskan beberapa perkara.

Macam yang korang tau, aku suka beli 2nd hand item. Sebab kita tak tau keserasian item tu dengan kita. So better amik 2nd hand je. Murah pun murah, tapi make sure condition elok la, ye tak?

So review hari ini adalah :

Avent Manual Breast pump

Aku ada 2 set avent manual bp ni. 
1 set aku tinggalkan kat opis - once a week aku bawak balik untuk sterilize.
1 set aku letak kat rumah untuk pump sebelum tidur, tengah-tengah malam jam 3-4am, dan sebelum / selepas subuh.

Aku akan buat review dalam bentuk Q&A okey?

1. Berapa harga Avent Manual?
Harga bp baru adalah RM150 - RM180 satu set.

2. Berapa harga aku beli?
Aku beli 2nd hand, RM80 dapat 2 set. hehe



3. Kenapa manual?
Sebab manual bp takde bunyi, sangat cepat dan efektif untuk mengosongkan breast. 

4. Tak penat ke? Tangan tak berketak ke?
Tidak dan tidak. Sebab nak pump manual ni kalau kene / betul caranya, kita akan rasa sangat rileks dan tak penat. 

5. Berapa kadar penghasilan EBM setiap perahan / sesi? 
Masa pakai Snow Bear, dap at 1 - 2 oz setiap sesi.
Masa pakai Eve Love Flexi, dapat 3 - 4 oz setiap sesi.
Masa pakai Avent, dapat 4 - 8 oz setiap sesi.
Perlu diingat, aku takde makan milk booster, dan aku adalah wanita biasa yang bekerjaya yang bertekad dan berazam untuk fully bf Adhwa sehingga dia 2 tahun. Insyaallah.

6. Mudah untuk dibasuh?
Ye, sangat mudah. Dan corong bp tidak halus dan boleh dicapai dengan jari runcingku.

parts yang perlu dibasuh


7. Mudah untuk dibawa?
Yes, unlike single / double bp, Avent bp ini tiada motor dan tiada tubing. Saaaaangat mudah.

8. Macam mana dapat harga murah 2nd hand item?
Rajin-rajin browse kat fb. Banyak je group secondhand, preloved, etc, etc. 


Monday, January 13, 2014

How To Handle Your EBM

These illustration are meant to knowledge sharing and for my own references.

I, however are not the illustrator. The owner of the illustrator are Wan Nihayah Niha.








Tuesday, January 7, 2014

Prelove : Mary Kay Skin Care



Mary Kay Skin Care

Sebab nak jual : Malas nak pakai. Ini hadiah dari kakak (Bought in Hong Kong - she stays there)


1. Baru dan masih sealed.. (box putih)
Mary Kay Clay Mask - 180g / 6.3oz = (beli di hong kong) Retail price = RM150.
Harga jual RM120.

2. Baru tapi bukak utk amik gambar je.
Time Wise Age-Fighting Moisturizer - 3oz/88ml. Retail price = RM78.
Harga jual = RM65.

3. Baru tapi bukak untuk amik gambar sj.
Time Wise Liquid Foundation 30ml (beli di hong kong)
Retail price = RM65.
Selling price RM60.

4. Pakai beberapa kali je.
TimeWise Oil Mattifier - 6oz/17ml
Retail price = RM50.
Selling RM35.

5. Pakai beberapa kali. (yang kaler biru tu)
Mary Kay Body terme d' isola (Body Smoothing Scrub) 150ml.
Retail price = RM35.
Selling RM25.

Take all RM300 include postage.
Beli satu-satu, tambah RM6 postage.

COD di Jusco Maluri atau LRT seri petaling.


Review : Snow Bear Breastpump






Gambar ihsan pakcik google. Mine, dah selamat jual.

Okey, breastpump diatas adalah Snow Bear. Harga jual RM180 tapi aku dapat RM100 je. Hehe, again, aku beli second hand je. Sebab masa tu baru berjinak-jinak dengan mende alah ni.


Review sikit :

1. Single pump.

2. Suction : Boleh pilih. Ada 3 mode of suction. Untuk first timer macam aku (that time), memang aku pakai mode paling slow. Sebab tak biasa lagi masa tu. 

3. Bunyi : Sama macam bunyi Eve Love Flexi. Mungkin sebab masa aku pakai breastpump ni baby pun tak sampai sebulan lagi.. jadi baby agak terganggu tidur nyer.

4. Parts : tak banyak kene basuh.

 5. Backflow : Tidak ada masalah backflow. 

All in all, aku PUAS HATI pakai Snow Bear. 

Oh ye, aku dah jual pun Snow Bear ni sebab aku dah upgrade ke Eve Love Flexi (double-pump). 

Beli harga RM100, jual harga RM85. Warranty ada lagi sampai bulan Mar 2014.

Ok, itu je review ikhlas aku.

Monday, January 6, 2014

Review : Eve Love Flexi Breastpump

[This article has been updated on 17th Apr 2014]

Assalamualaikum.

Nak review sikit pasal breastpump (bp) yang aku pakai. 

Aku baru je lagi pakai bp Eve Love Flexi ni. Hampir dua bulan jugak. For your information, this is my second bp. My first bp was Snow Bear. Later aku review Snow Bear (SB) ni plak.



Beli masa tengah dalam pantang di rumah mertua. Macam aku cakap tadi.. sebelum ni aku pakai SB, tapi sebab SB tu single pump je... Agak susah nak pump dan hasilnya agak tak sedikit. So.. Bila balik rumah mertua.. Aku sengaja tak bawak SB ni.. Dengan niat aku boleh biasa kan diri dengan mermet je la. 

Tapi disebabkan aku belum master lagi bab mermet ni.. jadi bengkak la. Terpaksa la aku beli jugak Flexi ni. Sakit plak tu kalau bengkak. Kalau tak sakit memang aku tahan je.


Gambar takdak filter punye. Ni semua set dalam Flexi tu:





Review sikit:

1. Harga : Harga pengenalan, RM599. Tapi aku beli RM400 je. hehe.. beli barang secondhand yang baru seminggu dipakai.

2. Size : Sederhana la.. Penuh la tapak tangan aku. Tapi memang ringan.

3. Battery operated pun boleh, electric pun boleh, powerbank pun boleh. So far, aku pakai elektrik je. Powerbank pakai bila ada training je.

4. Lepas ON, 2 minit pertama dia akan massage dulu. Seriously, masa mula-mula ON, aku ingat rosak, sebab ala-ala takde suction, rupanya, itu massage mode dia.

5. Parts : Tak banyak parts, tapi leceh nak cuci
Sebab? Kat corong bp ni, ada satu point yang berus tak boleh sampai, sponge pun tak boleh sampai, jari pun tak boleh sampai untuk dicuci. Penyelesaian aku, aku try sterilize, tapi masih tak bersih betul. Yang menjadi, kene pakai cotton buds. Itu pun renyah jugak la aku tenyeh-tenyeh sebab nak kasik bersih. Yelah, kita nak bagi anak minum susu, baby pulak tu. Kebersihan ni kene extra careful tau!

6. Bunyi : Kalau orang kata motor Flexi ni senyap.. korang boleh la assumed "orang itu" adalah penjual / dealer. Senyap? Pembohong. Bising tu tak la.. tapi senyap pun idok ler.. Tapi kalau korang penah guna Snow Bear, ha.. sama sebijik bunyi dia. Aku tekup dengan bantal pun still boleh dengar bunyi dia.
 
 7. Additional (Bustier) : Dah nama pun additional kan.. tak pakai bustier ni pun takpe. Sangkut kat bra biasa je pun okey. Aku selalu je buat.

8. Additional (Powerbank) : Comel dan tahan lama. 

9. Kalau korang tengok gambar kat atas tu.. bawah botol tu ada tapak kaler pink tu kan? Itu untuk 'park' botol korang. Tapi aku tak pernah guna pun. Macam tak relevan pulak ada mende alah tu. Sebab kalau takde tapak tu pun, botol tu boleh je berdiri sendiri.

 10. Backflow: Yes, aku setakat ni dah mengalami backflow. Tapi SEKALI saja. Harapnya takde la pengalaman backflow ni lagi. Panic aku bila susu masuk tubing. Takut masuk motor, jahanam..

11. Hasil perahan : Depends on how you express your milk, of course. Kalau tak guna konsep supply & demand, ko beli lah pump harga RM10,000 sekali pun, susu takkan banyak. Kene rajin pump ye.

12. Personally aku rasa susah nak bawak bp ni ke pejabat. Sebab ada tubing, ada double corong, ada motor. Dah la aku ke pejabat nak kene bawak beg tangan, beg susu, beg laptop lagi. Mana aku nak campak bp ni pulak? Banyak beg. 

Itu saja hasil review ikhlas aku.

p/s : Flexi aku ni dah aku bagi kakak ipar aku pinjam. Kalau serasi, dia pakai, kalau tak, dia nak beli Medela FreeStyle. Kalau dia beli nak FS, aku akan jual bp Flexi ni. Warranty sume ada lagi, original receipt pun ada. Tapi akak aku ni jangka bersalin bulan Mar 2014. So, sapa yang nak beli bp Flexi ni, sabar dulu ye.

Updated : [ TAK JADI JUAL SEBAB SERASI DENGAN KAKAK IPAR]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...