Sunday, October 20, 2013

Kelahiran - AMANI BIRTHING [HYPNOBIRTHING]

[This post has been updated on the 1st Apr 2014]
[Disclaimer : I am NOT promoting home-birth without any medical assistance / personel]





MasyaAllah, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar!

Presenting, our little bundle of joy - Adhwa Hafiya binti Mohamad Hafiz, weighed 3.3kg, who was a home-birth baby with some help from our Doula - Kak Yatt.

Adhwa Hafiya - Cahaya Yang Sangat Cantik

Sebenarnya nama Adhwa telah lama diputuskan oleh suami semasa anak itu masih lagi didalam rahimku. Dan sejak nama itu diputuskan untuk digunakan, suami aku akan berbisik-bisik pada perutku sambil memujuk si anak :

"Adhwa sayang, Adhwa keluar 22 Oct tau,"

Hehe.. 22-Oct-2013 adalah ulangtahun pernikahan kami yang ke-2. But.. our baby has made up her mind to come and see the world on Oct the 9th, 1224 mid-night.

Ceritanya..

Dua tiga hari sebelum kelahiran Adhwa, aku semakin kerap bangun lewat. Letih gamaknya. Untuk makluman, majikan tempat kerja aku awal-awal lagi dah bagi aku work from home dari awal bulan September lagi. Kata bos, "Janji kerja semua siap," Mungkin sebab perut aku yang makin jelas besarnya, dan pergerakan aku makin perlahan kelajuannya. 

Hari tu, 7 October, aku agak busy menyiapkan kerja-kerja yang due pada hari tersebut. Selesai kerja disiapkan, office-mate aku pesan,  

"Okey zura, zura boleh rest dah pasni. Kerja-kerja lain semua pass kat saya dan Amli. Zura jaga diri dan baby tau,"  

Begitu lah pesanan yang aku dapat. Rata-rata dah maklum, walaupun EDD aku pada 28 Oct 2013, tapi pakar dari Klinik Kesihatan menjangkakan yang aku mungkin akan bersalin pada 7 Oct 2013. Entah kenapa aku pun tak terpikir nak tanya.

Pada pagi 8 October, aku sempat lagi membalas beberapa email tapi seketika kemudian aku terus off kan semua email / gtalk connection di hand phone. Sebab? Sebab air ketuban dah pecah. Wahahaha.

Pagi 8 October tu, aku bangun agak lewat. Menjadi kebiasaan aku untuk menyediakan pakaian untuk suami aku. Baju, seluar, stokin, bekal air dalam botol. Tapi hari tu, elok lepas Subuh, kami berdua tertidur di sofa dan aku cuma tersedar dari tidur bila suami mencium pipi aku untuk berangkat ke pejabat. Semua suami aku dah siapkan. Basuh pinggan, kemas katil, sidai baju. Allah Allah.. terasa badan sangat letih haritu.

Short and straight : (gambar hasil googled - abaikan caption pada gambar)

  • Dah start rasa letih yang teramat pada 8 Oct.
  • Amniotic fluid dah start leak pagi jam 9 hari yang sama.
  • Start to time the leakage. Boleh nak kata every 15 - 30 minutes akan ada discharge. 
  • Baru gelabah nak cari blog pasal birthing technique. 
  • Dok study bagai sampai lupa nak masak. Last-last call Dominos Pizza je.
  • Suami selalu whatsApp tanya perkembangan. "Adhwa aktif tak?" See? Our baby belum lahir pun lagi!
  • Suami tiba di rumah jam 4 petang. 
  • Aku dah mula duduk di gym ball yang besar gabak tu - that's one of the technique. To relax and get some light exercises.
  • Pukul 6 petang surge (contraction) dah makin intense. Bila datang surge je, aku mula mengalir air mata. Sakit wooo.
  • Mandi dan solat magrib. Kemudian terus naik atas katil. Sebab mengantuk, penat dan tak larat.
  • Lepas isyak, dah start nangis-nangis bila surge datang. Bila surge hilang, ngantuk balik.
  • Jam 10 malam Kak Yatt sampai.
  • Kak Yatt suruh suami bentangkan kain pelikat 2 - 3 helai atas lantai. Letak bantal 2 - 3 bijik atas lantai. (Ye, aku bersalin atas lantai, tapi bukan pada posisi baring, but I was on my knee instead)
  • Birth position : Melutut dengan beralaskan bantal. Tangan diatas katil.
  • Dalam-dalam tengah sakit tu.. suami aku menghulurkan glass of water untuk aku hirup. Aku main sedut je air tu not knowingly that was actually air selusuh.
  • Suami sangat memainkan peranan. Kejap-kejap suami aku akan urut & usap belakang aku. Kejap-kejap suami aku akan cium dahi & pipi aku.
  • Akibat terlalu mengantuk dan penat, asal surge berhenti je aku terlelap. Surge datang balik, memang aku merengek balik.
  • Pukul 10 malam surge dah semakin tak tertahan.
  • Aku banyak kali merengek kat suami aku - "Abid, ct dah tak tahan.. sakit sangat.."
  • Suami pujuk-pujuk Adhwa. "Adhwa, kesian kat ummi, meh keluar sayang, kesian ummi, ummi penat sangat dah tu.."
  • Suami pujuk aku pulak, "Adhwa dah nak keluar dah tu.. ct kuat kan? Sikit je lagi Yang," 
  • Setiap kali surge, aku akan menangis, "Allah.. sakitnya, bantulah aku Ya Allah,".."Adhwa, keluar cepat sayang, ummi dah tak larat,".. dan aku selalu ulang-ulang "Allah.. sakitnya," "Allah.. sakitnya," "Allah.. sakitnya,"
  • Jam 12.24 tengah malam, dengan izin Allah, aku selamat melahirkan bayi perempuan, Adhwa Hafiya. 10 minit kemudian, i birth-out the placenta and my husband get to do the honor to cut & clamp the cord, seterusnya mengazankan & mentahnik Adhwa.

Few minutes after she was born, we have skin-to-skin contact before I handed Adhwa to her father for azan and to cut the cord & clamp it later on.


 Proud daddy!



Adhwa - Day 2



The End.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...