Thursday, June 27, 2013

Cerita Basi & SVT

Cerita ini telah basi.

Alhamdulillah.. selepas beratus pertanyaan dan beribu jawapan.. haha
I'm pregnant. 
Alhamdulillah. Am currently at week 22.

 
Pre-pregnancy weight : 46 kilos
Current weight gain : 7.9 kilos (which is excessive - according to my pregnancy apps)
EDD (estimated due date) : According to Dr Nani, based on my first day of my last period, it should be Oct the 29th 2013.
And according to my Gynea, Dr Norlida at Hospital Al Islam, based on my baby's measurement, baby might come out early, which is 24th Oct.



Oh ya.. did I mentioned that I can already feel the karate kicks? Oh ya.. Encik suami eksaited. Tapi bila si ayah meletakkan tangan di perut emaknya, the baby's won't move. Good girl! Si ayah cakap, "Dia takut kat bapak dia tu.. sebab tu tak nak gerak," heh. Ayat sedih. Tapi tak lama.. Sebab ayah dia dah ada trick baru. Pagi-pagi lepas bangun je ayah letak tangan kat perut si emak, dan si anak tak dapat detect tu tangan sapa.. kot. haha

Dah ada baby bump kah? Of course la kan.. at week 22 or 5 months pregnancy, whaddoyaexpect? Ada la.. Semput la sikit. Ok tipu. Semput banyak. Rumah tingkat tiga kan. Naik turun tangga tiap hari kan. Bertarung sampai nak bersalin esok naik turun tangga.

Mungkin juga disebabkan itu (naik turun tangga), jantung aku akan berdegup laju setiap kali naik ke rumah. Penat memanjat.

Dan Jumaat yang lalu, ketika aku berada di pejabat, tiba-tiba jantung aku berdegup laju. Laju yang aku kira agak tak normal. Tapi aku biarkan saja. Mungkin tiada apa-apa yang bahaya. Petang tu, sampai dirumah mak, kami semua makan bersama. Aku nyatakan kepada suamiku berkenaan degupan jantung itu. Suami aku letak tangan didada aku untuk merasakan degupan.. dan ya, dia pun bersetuju. Terlalu laju. "Kita jumpa doktor," katanya.

Dalam perjalanan, aku dok pikir.. nak cakap apa kat doktor? Jantung saya laju lah doktor. Isk isk.. Logic ke nak jumpa doktor sebab rasa jantung berdegup lain macam?

Masuk ke bilik doktor..
"Ha.. sakit apa?" common question dari Dr Nani yang peramah tu.
Aku pandang suami aku. Nak cakap apa ni? Takut nanti dikata mengada-ngada.
"Dia punya degup jantung, laju doktor. Nak tau normal ke perlu rawatan ke," suami aku tolong jawab. Aku sengeh je sambil angguk kepala.
Dr Nani senyum sambil mintak aku hulurkan tangan. Nak periksa nadi sambil perhati jam tangannya sendiri. Aku perasan riak muka Dr Nani berubah. 

"Refer ke hospital ye.." katanya 
"Perlu ke Doktor?" aku tak puas hati
"Perlu.. saya tak sempat kira nadi awak. Laju sangat ni,"
"Refer ke Hospital Ampang boleh?" tanya dia lagi sambil keluarkan kertas & sampul kosong.
"Hospital Al-Islam boleh?" aku pulak tanya. Ye lah.. dah aku plan nak bersalin kat sana.. haruslah aku nak follow up kat sana jugak.
"Better hospital kerajaan. Kadang-kala ada private hospital yang tolak patient ke gov hospital, baik terus ke Hospital Ampang," katanya panjang.
"Macam tu.. HUKM lah doktor. Dekat sikit," cadangku.
"HUKM saya tak recommend, tapi kalau awak nak ke sana, saya takde masalah. Hospital Ampang selalunya cepat bertindak," gitu pulak.

Selepas tu Dr Nani terus menulis atas kertas - referral letter untuk mana-mana hospital yang aku nak pergi. Sambil sebelah tangan dia masih memeriksa nadi aku. Serious aku cakap, tulisan doktor, memang doktor saja yang faham. Aku cuma boleh tangkap angka je. Lain-lain terms kerut-kerut dahi pun belum tentu boleh baca.

Di Hospital Ampang.. kami sampai jam 8.30 malam. Agak lewat sebenarnya. Sebab lepas jumpa Dr Nani, kami balik solat magrib dulu. Aku cadangkan kepada suami untuk bersolat di masjid berhampiran tapi suami tak bagi. 

"Nanti abid tak nampak ct, kalau ct jatuh ke macamana," kata suamiku.

Jadi kami balik ke rumah mak. Solat magrib di sana. Dan terus ke hospital ampang. Heavy traffic wa cakap sama lu. Tertekan jiwa den.

Di Hospital, ada la sikit kekeliruan. MA tu pass aku ke dept O&G. Doktor O&G pass aku ke emergency. Main pass-pass ye kamu? Aku nyer jantung nih!

Sudahnya seorang MA yang aku kira senior, suruh aku berbaring. Dia baca sepintas lalu referral letter sambil mintak aku menunggu dia panggil MA wanita. Kene buat ECG katanya. ECG kalau ikut wiki : is a way to measure and diagnose abnormal rhythms of the heart,[2] particularly abnormal rhythms caused by damage to the conductive tissue that carries electrical signals, or abnormal rhythms caused by electrolyte imbalances

Wayar-wayar ni disambung ke badan aku. Dari sihat.. terus rasa macam tenat. Fuhhh penangan hospital.

This is how the ECG device look like. Ada banyak jenis. This is 1 of many that has been used by them.

Lepas buat ECG.. that took around 15minutes.. keluarla that pink-color-graf tu as seen above. Serious aku tak reti baca graf. The moment MA tu baca graf tu.. dia cakap, "Puan, duduk kat wheelchair tu ye, abang boleh tolak kalau nak," katanya. "Abang" merujuk kepada suami aku ye. Kira dia offer suami aku tolak wheelchair tu so suami aku boleh teman aku kat dalam wad tu nanti.

"Tolak ke mana?" tanya suami.
"Zon Merah," jawab MA tersebut. Zon merah = zon kritikal.

Tolak punya tolak.. sampai la ke wad yang aku kira agak luas.. tapi panas. Takde air cond okay. Hospital ni beroperasi menggunakan kipas. Peluh aku. Dah la tak dan nak balik mandi.

So seorang doktor lelaki muda berbangsa India, my first impression, aku agak dia bukan doktor pelatih, sebab MA tadi terus terus bagi graf tadi kat dia. Doktor India tu baca graf, dan terus mengarahkan aku ditolak ke satu katil diruang yang bapak besar. Skrin pun bapak besar. Siap ada banyak nota-nota peringatan ditampal didinding ruang tersebut. Ada yang "What should you do if you cant feel the pulse.. Nothing happen after the first shock.." memang seriau la kan.. Serious aku takut sangat. Aku senyum kat suami aku yang diarahkan ke tepi untuk memberi laluan kepada doktor-doktor membuat kerja..

Kemudian..

Give her the oxygen..drip, we need to monitor her pulse. This is way too fast.."katanya sambil membaca lagi graf.
"Are you pregnant?" tanya doktor muda tersebut, sekadar minta kepastian.
"Yes," jawabku. Tapi tak selesa sebab topeng oksigen dah dipasang ke muka. Sangattt tak selesa. Selalu tengok drama oksigen tu untuk orang-orang yang kritikal je. Oh lupa, aku kan kat zon kritikal!
"How many weeks?" soalnya lagi.
"Twenty-one" jawabku sepatah-sepatah.
Seorang nurse dah mula mencari nadi di kiri untuk masukkan air ke dalam badan.

I noticed there are two intern from MSU (aku tengok lencana pada uniform mereka) yang turut berada di dalam ruang tersebut. Sambil Doktor India tersebut memberi penjelasan lanjut.

"She is pregnant, we can't simply give her any medication. First thing to do is, to stabilize her pulse," katanya. Ala-ala bagi ceramah, dan aku object nya. hoho

Doktor tersebut bagi aku a few test. Ini sebab nak elak dari bagi aku ubat-ubatan yang boleh membahayakan nyawa kandunganku. Aku buat test tu macam diarahkan.. 

Ujian pertama.. "..hold your breath, five, four, three, two, one...it's not working.." katanya sambil melihat graf pada monitor nadi.
Tak berjaya - pulse masih tinggi.

Ujian kedua.. ".. okay miss, bear with me.. hold your breath, five, four, three, two, one..Yes! Back to normal!"
Pulse back to normal. Subahanallah, Alhamdulillah.

Dan aku dapat lihat doktor india tu melompat sikit kegembiraan. Yelah.. tengah bagi instruction kat intern kan.. kalau tak berjaya, malu lah.

Tak lama kemudian ada Gynea datang tolak mesin scan. Untuk scan condition baby. Just to make sure nothing happen since I can't feel the baby movement. Check dan check... Shes in a good condition. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Tak lama kemudian, masuk doktor lain pulak. Nurse kat situ cakap, "tu specialist," kata misi tu.

Panjangla cerita kat hospital ni.. letih nak taip.

  • Doktor kata aku stress sangat. Aku kata tak. Kerja aku haritu sangat rilex.
  • Doktor kata aku consume caffeine banyak sangat. Aku kata tak. Aku bukan peminum tegar kopi/teh.
  • Doktor kata aku thyroid. Aku tak boleh kata tak, tapi aku tak jugak. haha. 
Jadi, doktor suruh nurse masukkan air garam sebotol dalam badan aku. Giler ah.. mengalir gak air mata aku. Pedih woo.. Mujur suami aku dibagi masuk teman aku. Sejam gak nak abiskan air garam sebotol tu. setitik setitik masuk badan..

Nurse tadi datang balik.. 
"Pukul 1230 malam japgi baru naik wad ye, sekarang katil penuh.." katanya.
"Kene masuk wad jugak ke? Dah normal kan? Boleh balik kot.." aku dengan petah berkata-kata.
"Eh tak boleh.. doktor kene pantau lagi.. nak tau apa punca.. jadi kene masuk wad untuk observe.." terang misi tu.


1230 malam..
Aku ditolak naik ke tingkat 11. Bukan diberi bilik, tapi wad biasa. Supaya mudah untuk nurse pantau. Lagi pulak, mesin pulse tu ada je kat sebelah aku. In case pulse naik balik, memang memekak la mesin tu..
Nurse bagi persalinan hospital, warna hijau. Dia tanya, 
"Boleh tukar sendiri ke?"
"Boleh boleh.." aku yakinkan dia. Insyaallah aku boleh berdiri. Cuma perlu tanggalkan wayar-wayar berselirat kat badan aku je perlu bantuan dia.

"Suami boleh ikut zura salin baju, bilik air kat hujung tu je..tak pe.. Suami boleh ikut.. malam-malam ni patient semua dah tidur, Takde sapa nak masuk bilik air.." 
gila ramah nurse ni. Siap panggil aku "zura" lagik. haa

Jadi suami aku ikut la aku.. merebeh gila baju tu.. XXL baju, kain aku rasa XXXXL. Takde getah. Takde tali. huhu.. Suami aku ajar aku pakai kain tu ala-ala pakai kain pelikat. hoho. 

Dah siap salin baju, aku amik wudhuk, dibantu suami..
Solat atas katil.

Masuk pulak sorang Jaga wanita bangsa India.. "Lelaki tak boleh tidur sini ye," katanya pada suamiku.
Ahh sudah.. aku memang nak nangis dah masa tu..
"Okay, saya tunggu Doktor dulu.. Kejap lagi saya balik," suamiku kata. Jaga tu pun jalan gi tempat lain.
"Nak balik ke?" aku pandang suami.
"Balik la.. ct tak nak gosok gigi ke? Nanti esok pagi-pagi abid bawak baju ct, berus gigi ct, selipar ct..ok?" pujuk suami. Aku diam. Harus akur. 

Nurse yang peramah tadi datang balik lepas aku selesai solat isyak. 
"Harini, zura tidur di wad ni dulu, untuk observation. Esok pagi atau petang, baru pindah ke wad 2nd class," katanya. Aku dah terbeliak bijik mata.
"Haaa? Esok nak balik. Buat apa tukar wad pulak?"
"Hehe.. kalau doktor kata okay, baru boleh balik. Kalau tak, kita pindah ke 2nd class ye,"
Suamiku yang ramah tu berborak-borak dengan akak nurse tu.. Lebih-lebih lagi akak tu orang utagha.. Syok ar ada member..

Jam 1.40 pagi.. baru suami aku balik. Oh sedihnya.. Aku pesan, dah sampai rumah, jangan lupa whatsApp.. dan jam 2 pagi suami aku selamat sampai rumah..

Lepas suami selamat sampai rumah baru aku boleh lelap mata.. Itu pun tak lama sebab..

Jam 3.30 pagi.. akak nurse tadi kejut aku..
"Zura.. meh ikut akak,"Aku pun bangunlah.. mamai-mamai tu ikut dia.. Mata pun tak boleh nak bukak besar.
"Gi mana kak?" 
"Duduk sini je.. doktor kat depan tu tengah buat x-ray kat sorang patient tu.. Zura pregnant, akak pun pregnant.. orang pregnant tak boleh kene sinar x-ray, boleh harm baby," terangnya..

Oh..doktor ni pun satu.. takde masa lain ke nak buat xray? isk iskk

Jam 6.00 pagi.
"Kak.. bangun kak.." seorang nurse datang kejut aku.. Memang menyirap betul darah aku.. Diorang ni memang tak boleh bagi kita tidur ke apa..
"Pukul berapa ni?" aku tanya. 
"6 pagi,"
"oooo.." dia gerak aku subuh ni. 
"Saya nak buat ECG lagi kat akak.." jelas nurse tadi. Berapa kali ECG ni? Tak rela..
"Bagi saya solat dulu la.." nurse tu pandang aku.. "Takpe... kejap je ECG ni," katanya.
Nurse tu cuba nak lekatkan plaster ke badan aku.. dan seterusnya wayar.. Tapi entah kenapa, wayar dan plaster tu tak nak lekat, lekat kejap, tercabut.
"Akak solat la dulu.." nurse tu give-up.

Degil. haha

Jam 7 pagi aku terjaga semula. Makan sarapan yang dihidang. Tak sedap, i tell you.

Aku tanya misi, "Kak, pelawat boleh masuk pukul berapa?"
"Sabtu ahad dari pukul 12tgh - 5 ptg"
Allah.. lewatnya..
Sebelum tu aku dah whatsApp kat suami aku pesan bawak roti krim sebab makanan hospital takde rasa. hoh
"Abid, waktu pelawat 9 pagi la.. Abid rest dulu ye," 

10 minit lepas tu suami ku sampai..
"Aik?? Dia bagi abid masuk?" Aku terkejut.. plus eksaited sebab suami aku bawak roti krim berbungkus-bungkus, dan air susu dutch lady berkotak-kotak.
"Berani dia tak bagi abid masuk.." hehe

Dan.. ini gambar yang suami aku snap curik-curik masa aku merungut makanan tak sedap. Wayar semua dah ditanggalkan. Oksigen pun sama. Tinggal menatang alah kat lengan aku tu je. Pedih woo.. Nurse kata.. "kalau doktor confirm bagi discharge baru kita bukak yang tu.. sekarang ni biar je dulu.."



 
Jam 4 petang.
Kami balik. Syukur Alhamdulillah.

Rindu katil rumah.






Monday, June 10, 2013

Dec 2012 : Patah Tangan

Pada 20 Dec 2012, mak, abah dan adik bongsu aku dijadualkan untuk terbang ke India, untuk menziarahi dan memenuhi jemputan majlis perkahwinan kenalan di sana.

Aku dan suami turut sama menghantar mereka ke KLIA dan sebelum boarding, kami bercadang untuk makan malam terlebih dahulu. Entah macam mana, akibat lantai yang agak licin (kesan aiskrim kalau tak silap), mak terjatuh - menyebabkan badan mak menghempap tangan kiri mak. Aku punya terkejut toksah cerita la.. sebab tetibe aku tengok tangan mak dah tak lurus. Lembek. Nak pegang pun tak berani. Lalu terpaksa batalkan penerbangan dan dikejarkan ke hospital putrajaya menggunakan ambulans.

Gambar dibawah adalah perkembangan tangan mak. (Masa jatuh, tak sempat nak snap, darah tak nak naik ke muka.. )


selepas kene jahit


x-ray : 2 tulang di lengan, patah. 

gambar sekarang (patah depan)

gambar sekarang (patah belakang - berlubang)


Allah.. sedihnya tengok tangan mak. Kalau dulu, mak pergi kerja bawak kereta, tapi sekarang, mak tak boleh dah bawak kereta. Tangan kiri mak tak mampu nak pegang gear manual. Kereta auto? Mak tak nak bawak - jangan ditanya mengapa. 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami sekeluarga, mak & abah khasnya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...