Wednesday, April 17, 2013

Bye bye DiGi






My loyalty to DiGi has come to an end,
Dear Maxis, please be kind.


Monday, April 8, 2013

Hijab






B U B A R

Sudah bubar?
Ya, betul.

Kan lagi molek jika diberitahu awal-awal bila nak bubar parlimen. Ini tidak, suka sangat nak buat saspen. Saspen kah buat macam ni? 

Seorang bapa saudara aku, dapat jemputan umrah pada bulan Mac 2013. Namun ketika itu (sekitar bulan Jan/Feb), kita masih tak tau bila parlimen nak bubar. Sebab PM di kala itu sangat suka berteka-teki. Dan disebabkan di Malaysia ni memerlukan undi dan sangat perlukan perubahan, bapa saudara aku terpaksa menolak jemputan umrah itu kerana membuang undi itu dah menjadi suatu kewajipan untuk kita merubah kerajaan sekarang ke arah yang lebih baik.

Dan hanya pada awal April 2013 baru lah Parlimen dibubarkan. Apa masalahnya kalau PM (ketika itu) buat announcement pada sekian-sekian tarikh, parlimen akan dibubar. Apa masalah ni weh?

Perkara terbaru, seorang sahabat aku telah pun booked dewan untuk majlis perkahwinan di Putrajaya hujung April ini. Dan bila kad telah diedar, tiba-tiba dewan tersebut akan digunakan untuk persiapan PRU kelak pada tarikh majlis perkahwinannya nanti. 

Ahhh sudah.. kena la cari dewan lain kan? 
Ingat senang ke nak inform semua orang majlis tu bertukar tempat? Tak pasal-pasal kena hebah balik pasal lokasi majlis..





Sekarang, heboh satu donia pihak pembangkang tak menghargai peluang yang pihak media beri. Tempoh 10 minit untuk ke udara bagi membentangkan menifesto ditolak mentah-mentah oleh PR. 



Gila kau! 

10 minit nak buat apa? Iklan pun mau telan 10 minit tahu tak? Tak done nak bagi salam, dah habis tempoh 10 minit. Apahe?

Tapi bila BN bentang menifesto.. agak-agak kamu semua, berapa banyak masa yang diperuntukkan? 


sumber : FB


Dan dalam banyak-banyak menifesto tu.. berapa banyak idea itu asalnya dari BN sendiri? Most of it memang cedok menifesto PR yang awal-awal dah dihebahkan TAPI disebabkan PR tidak diberi peluang untuk membentangkan dalam tempoh yang cukup, maka BN menggunakan menifesto PR dan dijadikan menifesto mereka. Tak tahu malu kah kamu?



Memutarbelit fakta.

Utusan Malaysia keluarkan kenyataan TGNA, tapi TIDAK keluarkan semua teks ucapan, tapi di potong sana sini jadi akhirnya orang lain yang tak dig deeper akan terus percaya Utusan dan terus label TGNA tu sesat. Yang utusan keluarkan : "Orang UMNO jika tolak islam, solatnya tidak dapat pahala," ayat selebihnya tidak dimasukkan.

Fitnah kot!



Ini dah memang terlalu banyak. Seriously, TERLALU banyak kali berlaku. Twist fakta dan kemudian menambah perisa buat pembaca meluat dengan PR. Tinggi sangatkah moral kamu? Itu bukan dikira fitnah kah?

Dosa besar tau!

Aku tak tahu pasal orang lain, tapi aku muak bila dengar kata-kata berunsur cacian / makian kepada TGNA. Bukanlah aku rapat dengan TGNA, bercakap dengan beliau pun tak pernah, apatah lagi nak bertepuk tampar.. Cuma TGNA yang aku kira sangat-sangat zuhud itu pun masih ramai dok maki caci hina bagai. Kamu sedar tak lelaki yang kamu kata itu ini tu sangat terpelajar orang nya? Hanya kerana beliau sudah lebih 80 tahun, maka kamu nak cop dia tua nyanyuk, edar ajaran sesat, keluar fatwa sendiri?

Okey lah. Tu je dulu.

Aku dah start boring. Esok kalau rajin aku post lagi. KALAU rajin.
Sememangnya aku tak mewarisi genes rajin dari mak abah aku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...