Sepatutnya aku start cuti kerja harini, 24 Dec. Tapi disebabkan aku orang 'penting' dalam syarikat, makanya cuti aku kene postpone. Almaklumlah.. 'penting sangat'.
Dan sebulan dari esok, yakni 25 Jan 2013, aku dan suami akan berangkat menunaikan umrah. Semoga Allah permudahkan urusan kami.
Last month, kami survey agensi dan harga (of course!)
Seterusnya ke agensi yang berkenaan :
1. Ar-Raudhah Travel
2. Andalusia
Dan survey punya survey, we end up with Andalusia. Ar-Raudhah bagus jugak, tapi Andalusia ada bagi diskaun RM300 kalau register before Jan 2013. So we opt for Andalusia.
Dan.. oh ya! Kami dimaklumkan, bulan Nov - awal Marc 2013, adalah musim sejuk. Okay, aku eksaited! Dan.. mula lah operasi kami menyimpan duit. Selama ni pun dok menabung jugak, tapi macam takde perancangan terdekat. La bila dah ada tempat dituju, seharusnya la kan menabung sekarang.
Sabtu 22 Dec, aku kerja. Have to be on site. Suami? Oh.. harus diheret sama, sebab kami bekerja dalam line yang sama. Balik dalam pukul 830pm camtu. Dan keluar ramai-ramai dengan ofis mate aku untuk makan malam. Orang belanja, haruslah makan sama.
Ahad 23 Dec, aku kerja jugak. On site jugak. Suami? Ku heret jugak.
Isnin, harini, 24 Dec, kerja jugak. Ikut schedule asal, aku patut cuti seminggu. Tapi sebab kerja banyak, maka kerja jugak! Dan esok, 25 Dec sepatutnya cuti Krismas, aku kerja jugak. Suami? AKAN KU HERET JUGAK. hehe
Oh ya, back to the topic. Aku kene get ready dengan itinerary untuk membuat umrah. Less than a month. And we havent got any time to attend any kursus! Aisehmen! Dan macam-macam benda kena ada. Apatah lagi kami ke sana pada musim sejuk. Air cond ofis baru pasang 25 darjah celcius pun nak kejung kaki aku.. ini kan pula 8 celcius. Allahu! Itu baru siang hari. Malam? 3 darjah celcius. Huwaaa!!
Semalam sempat jugak kami berjalan di The Mall, survey harga baju for winter.. Price range : RM320 and above. Ala... where to cekau all the money?? Tu baru coat. Masa gi survey, sales guy tu cakap, kalau below 10 degree, usually kene pakai 3 layer. Long johns, inner, tshirt, then baru pakai this coat. Adeh la...
Apart from that, im sooo frekin excited for this coming journey. May this journey be blessed!