6 months ago..
Hazila (Ila) , rakan karibku yang merupakan seorang pensyarah di Kemaman selalu bercerita. Kenalannya yang juga seorang pensyarah di tempat yang sama telah 3 tahun berkahwin dan kini sedang mengandung cahaya mata yang sulung! Subhanallah!
17 hours ago..
"Zura, air ketuban dia dah pecah, aku baru lepas hantar dia gi hospital," cerita Ila dalam telefon.
"Doktor kata apa?"
"Bukaan dah 5cm dah, air ketuban dah habis keluar..anggaran berat baby 1.5kg je," sambung Ila lagi.
Allahu!
Sedihnya, namun aku gagah juga untuk beritahu Ila, mungkin baby pra-matang. Insyaallah selamat. Lagipun banyak je kes baby pra-matang kat Malaysia ni. - itu lah yang aku cakap pada Ila. Ila perlu "skrip" untuk dia sendiri tenangkan sahabat dia di sana. Ila yang aku kenal, kelam kabut orangnya, tapi sangat baik budi pekertinya.
5.24 am - sms
Dah bersalin, baby meninggal pukul 4 am tadi.
6.13 am - sms
Dia bersalin masa otw nak ke hospital tganu.. kepala baby dah keluar dlm van dan dia bersalin penuh kat hospital dungun..pukul 630 semalam. Sempat tengok baby kejap je..
Innalillah..
Dugaan untuk bernama wanita bernama Norimi. Wanita yang aku kenali hanya melalu penceritaan Ila. Lebih 3 tahun berkahwin, dan ditugaskan di Pantai Timur, manakala suami terpisah di Selatan tanah air. Suami Norimi akan ke Kemaman sebulan sekali untuk bertemu isterinya. Pelbagai usaha telah dilakukan, yang pastinya menyakitkan (melalui pembacaan aku sendiri). Allah turunkan rezeki berupa berita kehamilan yang ditunggu-tunggu. Setelah 7 bulan mengandung, Dia takdirkan bayi itu keluar sebentar bertemu ibunya, dan Allah ambil semula bayi itu mengadapNya.
Wanita itu kuat. Pasti ada ganjaran untuk wanita sekuat itu. Semoga engkau tabah Norimi!
kerana
Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.
"..maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, dan sesudah kesulitan itu, ada kemudahan.." (Surah Al-Insyirah, ayat 5-6)