Monday, June 25, 2012

Jalan-jalan Bandar Melaka

Jenjalan Melaka.

This time, kami gerak dari rumah around 10 am camtu. Sampai Melaka, kami terus ke Jusco dulu.

Ok, bosan. Keluar cari tempat lain.


Ke Mahkota Parade pulak.
Banyaknyer manusia.

Pun tak best. Keluar lagik.

This time, we headed towards Dataran Pahlawan. Bangunan sebelah je. Ada jambatan yang menghubungkan kedua-dua mall tersebut. Tapi tak jumpa. 

Ok, turun bawah je. Lintas sudey.


Nampak Frutti Tutti. Tetibe hati melonjak macam kanak-kanak 5 tahun. Tarik-tarik tangan suami sambil cakap, "Abid, nak makan tutti frutti boleh?" kene mintak izin dulu sebab batuk dah seminggu.

"Ok boleh" serious cakap, aku terkejut laki aku kata boleh.
"Aik? Boleh?" aku tanya balik. Tadi nak, ni dah bagi, pelik plak.
"Boleh la. CT kan ada duit," sambil gelak-gelak.

cey...

Tapi.. Suami ajak naik atas dulu. Jelajah Dataran Pahlawan tu dulu. So, naik lah kami sampai tingkat 5 mall tersebut. Pening woo. Bukan la happening pun. Banyak jual baju yang amoi-amoi suka pakai.

Sleeveless nyer
Skirt nyer
Singlet nyer
hot pants nye
Gaun la. hape la.

Baju formal ilek.

Naik sampai tingkat 5 - ada MBO - wayang. Pastu turun balik. 

Sampai tingkat 2 ada Revo Archery. Promo RM20 per couple. Menarik.


Tapi helpdesk tak mesra alam. Senyum pun idok. Ada pricelist. 

36 Arrow = RM20. 
24 Arrow = RM14.

Ok, we go for 24 arrow. 12 arrow each.


getting ready

the lane

shoot!






angle lain plak


 senyum pandang suami sambil cakap, "Abid.. ct dah penat,"


Ok, suami sambung untuk 3 arrow terakhir.



                                             aim..                                                      shoot!


Okeh!

Tutti Frutti plak


Jangan tak tau, ini kali pertama kami try Tutti Frutti. Takde apa yang menarik/sedap sangat. Dalam cup "besar" tu je, aku dengan tamaknya isi dengan hampir semua perisa, kasik penuh cup tu.. ala-ala isi Slurpy dari 7-Eleven, sampai kaunter, tengok amoi sebelah, cup isi separuh je. Letas atas penimbang..

hamik kau! RM10.50.

Kami punya? Dah la penuh..

RM25 hokeh! Aku senyum sambil pandang suami. Dengan berat hati cik suami keluarkan wallet. Sempat hadiahkan jelingan tajam kat aku. hoho. ampun yang!

That's gonna be our 1st and last visit to Tutti Frutti.


Sekian.


Friday, June 22, 2012

Derma Organ

Satu hari didalam kereta..


Entah apa yang kami bualkan, tapi tiba-tiba termasuk dalam topik derma organ. Two years back, aku pernah bagitau kat orang tua aku yang dah signed-up for organ donation dan berharap mereka tak rasa sedih.

Kalau ditakdirkan aku dijemput menemuiNya terlebih dahulu, tak mau lah nanti orang hospital dan orang tua aku berebut organ pulak.  Nauzubillah!

Dan kini selepas berkahwin, aku rasa aku perlu beritahu kepada suami aku pula.

Aku: Ct dah tandatangan surat derma organ tau.
Suami: Ok.
Aku: Nanti kalau orang hospital nak tuntut organ, abid jangan tak kasik plak, tau?
Suami: Free ke?
Aku: Ler.. dah nama pun derma.. free la kan?
Suami: Ok, camtu nanti kalau orang hospital datang nak amik organ, abid caj 50k setiap satu. Jantung 50k, buah pinggang sebelah 50k, ni 50k....

ok. suami aku dah merapu.

Aku: Orang nak menderma, dia buat meniaga plak. 


Aku kasik jelingan maut se-das. Memain plak dia. Adehh

Korang pernah terpikir untuk derma organ? Seram bunyinya kan? Tapi kalau dapat topup pahala untuk bekalan akhirat korang nak tak? 


Statistik Penderma Organ di Malaysia

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005


Tahukah anda, di padang Masyar nanti, bila kita semua dibangkitkan, seorang ibu sanggup menggadaikan anaknya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri. 

Dermalah andai bantuan itu dapat menambah pemberat kepada amal kita. Sebagai permulaan, daftar dulu di sini. Tapi jangan lupa bagitau waris / ayah ibu / penjaga or in my case, husband.

Thursday, June 14, 2012

Today's Breakfast

Fried Rice with Mint Tea





Bahan:
Nasi (2 orang makan)
2 ulas bawang putih **
2 ulas bawang merah **
Segenggam ikan bilis **
1 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu margarine/butter
4 ekor udang (boleh ganti dengan ayam/daging)
Segenggam sayur kacang pendek - potong kecik
Garam sikit

** tumbuk sampai lumat

Cara:

1. Masukkan butter,  kemudian masukkan bahan ** kacau sampai naik bau.
2. Masukkan sos tiram - kacau lagi.
3. Masukkan udang - kacau lagi sampai udang masak.
4. Masukkan sayur kacang tadi dan telur - goreng lagi.
5. Masukkan nasi - kacau.
6. Taburkan garam - kacau lagi.
7. Siap.


Hidang dengan air teh mint. Uiiii segar je rasa.


teh o dengan daun pudina.

Monday, June 11, 2012

Euro Cup

This situation (a very rare, indeed) last seen 30minutes before the Euro Cup begins:

menggosok baju for his dear wife.


next! 

Few minutes after that:

"Yang..."
Mataku tengah fokus tengok Mentor 6 nih.  Tangan dok menjahit butang baju yang tercabut.
"Ye.." jawab ku pendek.

"Pukul berapa dah ni. Dah start dah Euro.." perlahan je suara dia. hehehehe


OK lah. Tengok lah Euro tu. hehe

Pastu cik suami amik selimut dan bantal. Letak atas sofa sambil kelubung, sambil pesan aku tidur dulu sebab dia nak layan bola dulu.


Huk aloh!

Wednesday, June 6, 2012

Syukur Alhamdulillah


Harini sentap sikit bila ternampak status kawan yang baru kawin tapi dah post 

"Alhamdulillah :)"

tafsiran/anggapan/telahan kengkawan lain yang baca?


"tahniah, lepas ni my son ada kawan untuk bermain.." 
"cepatnya!"
"Tahniah.. spt yang dijangka,"

hohoho. I sentap ok? hehe

terus bukak hp, whatsup kat suami, bagitau aku tensen skit. skit jek. hehe

Tension ke aku? Yes. Kecewa? Ye jugak. Marah? Tak. Nak marah siapa? Rezeki kita semua Allah yang uruskan. Rancanglah, usahalah berterusan dan akhir sekali, tawakal. Kalau Allah nak bagi, kita akan dapat jugak. Kalau Allah kata belum sampai masa lagi, tunggu lah. Dengan penuh sabar.

What doesn't kill you, makes you stronger.

Tadi masa dalam kereta, bukak radio ikim dan waktu tu slot bersama Prof Muhaya. There's a caller, makcik X, mengadu:

"Saya cuba untuk jadi isteri yang solehah, bila suami saya ajak balik kampung, saya ikut. Tapi bila saya ajak dia balik kampung, dia tak nak. Dia tak bagi, sebab katanya dah takde apa-apa di kampung,"

"Suami puan bagaimana akhlaknya? Solat? Soleh? Sikapnya di rumah bagaimana? Kerja nya?" itu persoalan dari Prof, aku kira Prof cuba untuk counter-attack sikap puan tersebut disamping menghulurkan rasa simpati.

"Suami saya baik, dirumah dan dengan kami anak beranak juga baik, solatnya dijaga" balas makcik X tadi. Kemudian letak telefon.

Teguran Prof pula (sambil meminta DJ ketika tu mengira bilangan lampu di dalam konti):

DJ Mazlina mengira lampu, "ada 11 biji" katanya.

"Cuba Maz tutup mata, dan kira ada berapa keping syiling pula," pinta Prof.
"Err.."
"Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Kita nampak apa yang kita nak tengok aje. Yang kita tak nampak? Kita sedar tak yang kita tak nampak tu sebenarnya baik jugak untuk kita?


Wanita/Isteri sekarang, kalau suami tak bagi sikit, dia bentak. Tak boleh sikit, dia kata suami tak sayang. Tak dapat je, kata suami tak hargai. Puan X tadi kata, suami dia baik, suami jaga solat, suami yang baik sikapnya. Tapi dek kerana tak dapat keizinan untuk pulang ke kampung, puan X kata suaminya tak faham dia. 

Belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin, suami tak bagi balik kampung sebab risau Puan X akan bersedih, sebab dah tiada siapa-siapa di kampung. Mungkin ada sebab lain, kita tak tau. Di mana yang tak baiknya dia?"

Moral of the story?

Bandingkan diri kita dengan orang yang kurang bernasib baik. Sekurang-kurangnya aku dah kawin, aku ada suami, paling-paling teruk lepas aku nangis atau masa aku nangis, aku boleh nangis kat suami aku. Suami aku boleh kesatkan air mata bila aku nangis.

Orang lain?

Usrah-mate aku seorang pharmacist, yang dah pun 40-an, masih bujang. 4 tahun lepas sebelah payudaranya dibuang akibat cancer. Mak dia dah meninggal, kakak pula dimadukan. Dia takde sapa nak turn to.

Kawan aku cik B, anak dah 2, tapi suami pulak main kayu tiga. Takkan nak report kat mak mertua?

Kakak aku, lepas 5 tahun kawin baru dikurniakan cahaya mata. Itupun lepas bertahun-tahun buat rawatan. Aku? tak sampai setahun dah nak meleleh ayaq mata. piiirah

Usrah-mate lagi, dah kawin, ada anak comel-comel. Tapi, suami dia tak izinkan dia keluar ikut usrah. Dia sedih? Ye, tapi dia bersyukur kerana suami dia tidak pula menghalang dia dari melakukan suruhan Allah.

Usrah-mate lagi, dah kawin, tapi bercerai kerana tiada persefahaman. Kemudian bertemu pula dengan lelaki mat saleh dan setelah hampir 3 bulan berkenalan, dia terpaksa meninggalkan lelaki tersebut kerana lelaki mat saleh tu hanya mengejar wangnya.

Aku? Baru tengok status orang lain pregnant dah sentap! hehehe. Tu pun nak sedih.

Jadi, atas apa yang berlaku atau terjadi kepada kita, aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab aku ada suami yang sangat2 memahami. Malah memberi izin untuk aku menggunakan kediaman kami untuk program usrah dan akan meng"excuse"kan diri bila kami mula usrah.

What else could i ask for? Alhamdulillah. Without God, all is vain.



Tuesday, June 5, 2012

Spa Resdung .. ?

Hari Sabtu tengahari dalam jam 1130 gitu kami sampai kat rumah cikgu resdung. Ntah apa nama akak & abang tu, tapi sbb both of them are a teacher, jadi mat ali decided to call them cikgu resdung - sangat tak commercial!

So today, we finally made it to this place, which is not that far from hubby's kampung. We opt for the facial-resdung spa. We had more than 1-hour facial-resdung spa, then was served with nescafe-apetah. Macam ada seaweeds sikit. Cikgu resdung tu kata, "it's good for your health". heheh.. telan je lah sebab sedapkan.

Say no more, Mat Ali, kak ct boh gambar hang jadi model for this entry. Wahahhaha...

getting ready. Cik suami sedang menikmati air nescafe-apantah sementara adik ipar aku berdebar-debar nak kene rawatan. ngeheheheh


rawatan resdung bermula


facial spa - uihhh best gilaks! cikgu tu boh masker kaler pink yaww! pehtu letak condioner kau! lembut gitu. 


Ok - cukup dulu gambar tersebut. Satgi ada orang mintak no tepon adik ipar aku plak. hehe


Roti Goreng for Breakfast

Roti Goreng namonyo - hentamsajalahlabuu

I managed to get the recipe from my dear sister who is married to a Sri Lankan guy dan tinggal di Hong Kong. --- perhhh panjang giler ayat. Actually, i was whatssup ing with her while browsing to the net, about new recipe untuk sarapan pagi. Just to try something new.

Sharing is caring, recipe yang aku boh sendiri namanya.

Roti Goreng

Bahan-bahan:
6 keping toasted bread
2 tangkai daun kari
2 biji tomato (cincang ikut suka)
2 ulas bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lada benggala (cincang) - ganti cili merah pun boleh, tapi jangan cili padi, merah mata pi keje satgi.
Minyak sikit

Cara:
1. Koyakkan roti - atau lebih mudah, gunting jadi kecik.
2. Panaskan minyak.
3. Goreng daun kari sampai naik bau - masukkan bawang besar & bawang putih, goreng lagi.
4. Masukkan tomato - goreng dan mesrakan pehh ayat.
5. Masukkan lada benggala.
6. Masukkan roti yang digunting tadi - kacau sampai rata.
7. Angkat dan hidang.

easy peasy yes? Gambar takdek. Nanti rajin aku snap kasik upload tunjuk.

Monday, June 4, 2012

Rezeki


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,


It's 12 in the morning and I'm still not sleeping.. with my hubby sitting next to me doing his never-ending-work and here we are di kampung Penaga! hooooyeh! Esok Isnin err.. basically it's Monday already - and we're still in the holiday mood? NO! NO!

Bercakap tentang rezeki.

Rasanya bila cakap pasal rezeki - semua akan tertumpu pada perut. Huahuhauhauha.. Ada orang rezekinya di perut, ada yang di poket, ada yang tersirat pada zahir, yada yada yada. Aku? No to all. Hahah.. gelak pada mulut, nangis pada hati. pedih woo. nangis skarang jugak!

Serous mode:
For some couple (husband & wife), rezeki yang paling bermakna adalah kehadiran cahaya mata. Nikah tak sampan sebulan, Allah dah kurniakan rezeki berupa cahaya mata. Apabila si isteri di sahkan mengandung. Subhanallah.. hanya Allah yang mengetahui perasaan itu.

But for some (hint! hint!), walaupun usia perkahwinan dah nak masuk 7 bulan, dan masih belum ada tanda-tanda si isteri akan mengandung, si isteri telah mengalami masalah perasaan sensitif giler babas. Bila tau ada pasangan lain baru kawin dah mengandung, mula la si isteri sedih. Tacing tacing. Sikit sikit tacing. Benci tau! 

Dan menambah ke"tacing"ngan itu, bila ada pasangan lain post di wall fb masing-masing, gambar dibawah:


Seriously i can't take it. Luluh giler tengok berita ni. Bukan la tak happy untuk diorang, i ammm happy for them, but i guess - this kind of news, it's not for you to share. Aku sangat sedih. Azura, control yourself, cik abang kat sebelah je tu.. 

Aku rasa - bukan untuk aku je, untuk pasangan lain yang dah kawin bertahun-tahun lamanya, mereka akan rasa sedih sebab mereka masih belum ada peluang untuk merasasai pengalaman mengandung. Let me share something with you:

click to enlarge 

Ada support group for those yang trying to conceive. Aku yang awalnya "kebal" dengan soalan "berisi", "baby", "mengandung" ni.. in the end, cair jugak. Berayaq gak mata aku lepas tu. In fact, baru je beberapa hari lepas aku nangis bila tau sepupu aku pregnant after 2 months of marriage. Aku happy untuk dia, saaaangat sangat. Lagipun dia lebih memerlukan berbanding aku. HUwaaaaaaaaaa nangis lagi.. Rezeki ni Allah beri kepada dia dan suami dulu. Tapi, dalam-dalam aku happy, aku sedih untuk diri aku sendiri. Sedih untuk suami. huaaaaaaaaa nak nangis. Tahniah untuk puan ipah. Ni pun mak mertua aku habaq mai. Ceh! Bahasa utaqa noo..

Happy mode:
Rezeki untuk sepupu aku apabila dia ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam pergigian di Jordan - if im not mistaken la. Tapi foundation kat UniKL setahun - kot jugak. Tak sure lah. Tahniah la Yong oi! Mesti dia happy. duhh! haruslah hepi! 


Ok, its nearly 1am now. Good night all.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...