Semalam cik isteri (aku) berpuasa, dan tak larat nak masak untuk berbuka -
bajet ala2 buruh kasar bekerja keras, padahal duduk dalam ekon baikkk punya.
Isteri : Abid lapar tak?
Suami : Rasa macam lapar, rasa macam tak..
Isteri : ct macam tak larat la nak masak, ct habiskan air tebu je la k? (dalam peti ais ada air tebu 1 botol besar)
Suami : ct nak makan apa? abid masak. Ct bagitau bahan-bahan dia, abid prepare.
Isteri : Nak spegeti. (senyum - dalam hati, "yea yea")
Bahan-bahan: (2 orang makan)
Spaghetti (segenggam je)
1/2 tin kecil tomato puree
1 biji tomato (cincang)
2 senduk sos tomato
1 senduk susu segar
Isi ayam
2 keping daging burger (cincang / pecahkan)
1 ulas bawang besar (hiris halus)
2 ulas bawang putih (hiris halus)
1 cawan air masak
1/2 kiub stok ayam
Sedikit minyak
Cara:
1. Rebus spaghetti dan toskan.
2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang besar & bawang putih - goreng kasik naik bau.
3. Masukkan isi ayam, kemudian daging burger yang dipecah-pecahkan. Goreng sampai ayam betul-betul masak.
4. Masukkan tomato yang dicincang, tomato puree, sos tomato. Mesrakan.
cewahhhh
6. Masukkan stok ayam. Kacau bagi rata.
7. Masukkan susu segar, kacau lagi.
8. Masukkan air masak, kacau lagi.
9. Dah boleh hidang.
Kalau suka sos yang pekat, boleh masak atas api sampai sos kering sedikit.
Dapur Malaysia.
Hasilnya... tada :
sangat sedap ok! terima kasih encik suami!