Thursday, November 24, 2011

Pre-Loved : Wedding Dress

(1) Wedding Dress
Condition : Elok sangat. Pakai sekali je masa reception di Penang.
Ukuran (inch) : Bahu 14.5", Tangan 22", Dada 32", Labuh 57", Pinggang 25", Pinggul 34.5"
Size : S - M (bukan fit, dan ada "dat" yang boleh alter.
Colour : Hijau Pucuk Pisang
Status : Available

Berminat nak sewa / beli? Boleh PM or left comment.


gambar penuh



tempah di KL Fancy Bridal Fabrics - Semua House


details pada kain pengantin


button - dari dada ke pinggang



Monday, November 14, 2011

hobi terbaru

Wa... dah ada hobi baru!

hobi lama apa? hehe.. hobi yang masih "hidup" adalah membaca. All sorts of article aku suka baca. Even kertas surat khabar lama yang mak aku pakai buat tekap air kat lantai pun aku baca. Sampai abang aku suka ulang-suara "Aura suka baca buku, hari-hari dia baca buku,". hehe

Hobi terbaru? Surfing the net to get new recipes.. Takde lah hobi terbaru pun. Tapi sekarang sebelum balik kerja, mesti google jap resipi mudah + senang + cepat + berkhasiat dimasak. Nak buat mee goreng pun aku google tau! Ye lah.. sekarang dah ada suami.. Kalau dulu mak abah komen, sekarang suami pulak komen.

Beza komen dari mak / abah / suami :

"Sambal ni kene goreng lama lagi baru merah dia nampak macam sambal.. Kalau tak, nampak macam mentah.." - mak

"Anak abah buat masak asam ni ke?" - abah. Kalau aku buat, abah komen. Kalau mak buat, abah mesti peluk sambil cakap, "Mak kau masak, apa pun mesti sedap.." hehe

"Mee ni sedap dah, tapi kalau kurangkan minyak, mesti lagi sedap Yang. Eh.. saya tak komplen tau..Hehehe," - suami aku. Almaklumlah.. baru kawin, komen banyak-banyak nanti isteri dia kecil hati pulak.. hahaha

Harini nak masak apa ye?

Sunday, November 13, 2011

.. in action



One of the many many thing yang aku suka pasal sahabat aku ni adalah, he will stop what-ever-he-was-doing, just to take a look at what-am-i-doing kat dapor. And not only that, the best part is, he wants to be the main character..

...

...

caught in the act!


and..

i fall for u all over again


Thursday, November 3, 2011

tak percaya

Alhamdulillah.. pernikahan kami hampir menginjak ke usia 2 minggu.

But believe it or not, aku terasa macam mimpi pulak yang aku telah pun dinikahkan dengan sahabatku. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memakbulkan doaku selama ini.. lelaki yang aku impikan untuk bukan sahaja sebagai sahabat, tetapi juga suami. Tak tergambar dengan kata-kata. Lelaki yang selama ini aku sayang bagai nak giler - jiwang gilo!

Percutian bulan madu kami di Langkawi - sangat strategik memandangkan kami akan terus beraya di rumah ibu bapa mertua di Penang. Percutian kami merupakan hadiah dari abang ipar aku - Alhamdulillah.


Wildlife Bird's Park


Feeding the rabbit




sementara tunggu makanan


[picture has been removed due to kuasa veto sahabat]
gambar XXX hehe - dalam feri on our way back to jeti Kuala Perlis


Penang Reception

Gambar tak berapa nak pro was taken during Penang reception using my HTC:


adik bongsu: Jah, with nieces


adik bongsu tak jadi: Naza and frens


bestie : Ila



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...