"Lepas solat magrib tu, baca la alQuran 3-4 muka ke. Lepas subuh, kalau sempat, baca la 1-2 muka. Biar sikit, asalkan kita istiqamah,"
Itu antara "peringatan" untuk aku. Hm.. Betul jugak kan. Sebab ramai antara kita baca alQ bila berlaku kematian, malam jumaat - itu pun sebab surau ada buat bacaan yaasin, house warming.
Waktu lain? inneee (takde - bahasa tamil....kot)
Kalau nak compare, waktu kerja di Puchong dulu lagi banyak waktu dihabiskan dalam bas (main transportation). KL-Puchong patutnye 45min-1hr la paling lama pun. Tapi bila naik bas, plus minus tunggu bas, tunggu penuh, tunggu cukup masa, dah 30min. Sudahnya, solat magrib time tu kene stop kat surau, pastu amik next bas.
Tapi lepas dari tu, sahabat kata, solat kat mana2 pun boleh. Even dalam kenderaan yang bergerak pun boleh. Ye? Aku tau. Tapi? Tak tau macam mana nak buat. Sebab? Segan wooo. Orang yg berdiri depan kita, yang duduk depan kita, yang sebelah kita, akan tenung kita. Tapi kalau tak solat, terbakar la magrib kita. Mau? Tak mau kan?
Jadi the next day sebelum keluar ofis, amik wudhuk siap2. Plus kene jaga wudhuk jgn sampai terbatal. Dan waktu dalam bas, pandai2 la cari seat yang tak memerlukan kita seolah-olah tunduk pada dia.
Dan.. mula kan lah solat dgn apa cara sekalipun. Mula-mula tu segan la jugak sebab orang kiri-kanan dok terteleng-teleng tengok kita. But trust me, u get used to that. Yang wajib tetap wajib.
But that's not the motive of the article today. nges nges nges
Sahabat saya telah menghadiahkan saya sebuah alQuran kecil - kira portable la untuk kita bawak hulu hilir. Dan memandangkan most of my time (that time) was in the bus, masa banyak dihabiskan dengan melilaukan mata memandang reaksi orang. Kan tak elok tu.
What i was thinking is.. why don't i recite the quran while waiting for my station? Tapi, timbul rasa tak sedap. Sebab? Takut mata yang memandang akan fikir "budak tu nak tunjuk bagus la tu. dalam bas pun nak baca quran,"
Tapi sahabat menegaskan, takpe. Janji jangan ada perasaan riak. Woh! Takut betul bila timbul riak dalam hati. Zaaaaasss je amal tu terbang.
So from that day onwards, bacaan alQuran dimulakan. Trust me, you will feel a bit dizzy especially when you read/recite alQuran in a moving place/transport. Tapi, as day goes by, takde lagi dah pening-pening.
Tapi..
Tu dulu, tahun 2008.
Sekarang? Duduk dalam kereta yang very the jammed, mulut nganga besar2 (ngantok), mata pun ala2 segan nak bukak. Mana hilangnya amal tu?
Biarlah sedikit, asalkan istiqamah.
insyaallah, will do best to fill my free time with reciting - insyaallah..