Wednesday, January 12, 2011

Pecah Rumah

Pernah kah anda memecah masuk rumah? In this case, rumah orang lain lah! duh!

Aku? Tak pernah. Tapi pernah la dulu aku terpaksa memecah masuk rumah sendiri akibat kealpaan diri sendiri yang terlupa bawa kunci. Akibatnya? Huhu

Di kala panas terik (dalam pukul 12+ kot - I can't recall), aku terpaksa panjat tembok rumah.. Well, ada kunci pendua somewhere kat rumah. Nasib baiklah time tu belum ada ciri-ciri keayuan diwajahku. heheh. Dengan tanpa sedikit rasa segan silu (tipuuu -aku malu nak giler!), aku panjat tembok pagar, then lompat ke dalam rumah. Landing cantik sikit. Heheh.. Nasib la tembok tak tinggi. Kalau tak, letih gak aku nak angkat kaki.

Tapi itu pecah rumah yang 'dibolehkan' i guess? Hehehe

Yang tak boleh, malah HARAM bila pecah masuk rumah orang lain, dengan tujuan, untuk merompak, mencuri, dan sebarang perkara yang mendatangkan keburukan. It happened 3 times already! To my makwe (nenek).

Aku tak paham betul kenapa rumah orang tua tu jugak la yang orang nak pecah masuk. Dia dah tua.. Jalan pun lambat. Kudrat dia sebagai warga emas dah terlalu lemah!

Around 4+ my dad woke me up kata nak balik kampung nak jumpa makwe. So I decided to teman abah drive pagi-pagi buta tu memandangkan aku pun dah plan nak MC, so what the hack? Tapi yelah. Dah drive pun pagi-pagi, mengantuk pun ye. Penat pun ye. So kejap-kejap kitorang stop kat R&R. Bukan untuk makan, tapi untuk tukar driver.

Sampai melaka pun dah pukul 6+. Nenek aku yang mula-mula rilek je, tapi bila nampak kitorang sampai, dah mengalir sikit air mata sambil cerita. Tangan kene ikat dengan kain selimut. Mulut disumbat dengan kain selimut. Kalau apa-apa jadi kat orang tua tu? Nauzubillah.. Ini dah kali ketiga. Aku rasa mesti kerja orang yang sama.

Entahla. Dah ajak makwe duduk KL dengan kitorang, tapi dia tak nak. Bukan ada ayam itik nak diberi makan pun? Waduh nenek aku ni..


Medical Leave a.k.a. MC

Pernah MC? Mesti ler.. ada pulak tanya soalan tak mencabar minda ni.

Nak dijadikan cerita, semalam terpaksa MC. Actually nak MC sebab aku sendiri rasa tak sihat, badan panas, selsema, ditambah lagi dengan batuk (ni gara-gara pergi kenduri kawin - minum air tak ingat donia).

Balik dari kenduri, makan panadol soluble segelas, baring. Lepas tu sahabat aku suruh pakai baju sejuk dan selimut. And I did. Petang tu demam kebah. Still, lidah terasa tawar. Makan apa pun takde rasa.

The next day, since I feel much better, makanya aku kerja macam biasa. Balik rumah pun still ok lagi tapi semakin larut malam, semakin panas. Then, my sahabat called, so aku menemani dia sambil menepek-nepek muka dengan toner. Hehehe.. nak cantik la katakan. Tak cantik takpe, asalkan kulit bersih..
Habis borak aku terus turun bawah, makan ubat demam lagi. Nampaknya kepanasan badan belum dapat ditawan kipas dengan kelajuan 1. Oh oh! Bad sign! Esok ada sebutharga nak kene siapkan. Jangan buat pasal azura!

So esoknya aku MC! Woh!!

Wednesday, January 5, 2011

Pencarian Imam Muda Qaryah


IMAM MUDA QARYAH ( IMQ ) peringkat Wilayah Persekutuan
Terbuka untuk 18-40 tahun
Program anjuran JAWI
Fully Sponsored by JAWI

p/s: Orang selangor nak masuk pun boleh

Hadiah Utama : RM20,000.00 & Umrah!!

Seandainya berminat, sila emailkan butiran peribadi anda seperti dibawah ke : hafizbai@gmail.com - (Subject : Imam Muda Qaryah)

- Nama Penuh
- Umur
- No IC
- No Tel
- Alamat Rumah (KL)
- Pekerjaan (jika bekerja)
- Tempat Belajar (jika masih belajar)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...