Friday, August 27, 2010

..Alhamdulillah

Alhamdulillah..

The Doctor called yesterday to confirm that i am free from Thalessemia.. Thanks to Allah..

[*-*]

Monday, August 23, 2010

..dan aku menanti dengan penuh debaran


Salam,


Baru-baru ni adalah aku dok berdiskusi dengan sahabat mengenai persediaan perkahwinan. Alhamdulillah.. dia sedang mengusahakan untuk membeli sebuah rumah tempat berteduh untuk wife-to-be. Dan antara lain diskusi kami adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil lebih-lebih lagi untuk menampung keperluan masa depan.

Tapi sebelum langsungnya walimah, perkara lain yang perlu di ambil kira adalah ujian darah. Jangan ingat kursus kahwin aje.. ujian darah tu pun penting. Kerajaan baru je kuatkuasakan undang-undang untuk pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga, iaitu ujian darah HIV. Ini penting.

Selain tu, perkara lain yang penting adalah ujian darah Thalessemia. Banyak iklan kat TV. Antara kita nak ambil berat atau tak aje isu di sini.


Pentingnya ujian ni sebab 1 dari 20 penduduk di Malaysia adalah pembawa Thalessemia. Dimana sekiranya kedua-dua pembawa (lelaki + perempuan) berkahwin, 1/4 kemungkinan anak yang dilahirkan adalah penghidap penyakit ini.

Bahayanya penyakit ini, bila pesakit perlu menukar darah tiap-tiap bulan! Dan jangka hayat bayi yang menghidap penyakit ini adalah 4-5 tahun sahaja! Ala... sedihnya.

Back to the original purpose of this entry, aku baru je balik dari klinik untuk buat pemeriksaan penyakit ni.. Menanti dengan penuh debar..

Bayaran : RM75 (bergantung kat klinik jgk)
Tempoh: 3-5 hari.

so aku menanti hari.. adakah aku pembawa? sekiranya ya, sampailah giliran sahabatku untuk buat pemeriksaan. Sekiranya tidak, alhamdulillah.. kami mungkin boleh teruskan impian kami untuk bergelar suami isteri.. Andai keputusan tak menyebelahi kami... err.. tak tau nak pikir apa. Mungkin berpisah, demi menyelamatkan zuriat yang akan kami lahirkan kelak.

Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan kami..

..dan aku masih menanti dengan penuh debaran


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...