Monday, December 28, 2015

Baby Carrier VS Stroller

First thing first, these are all my personal opinion.
I'm not going to talk about the material or technical stuff, but only focus on what ease me the most.
So, don't judge.

Baby Carrier
Kami pernah guna these two well-known brand :
Ergo Baby
Baby Bjorn
Please please please do not use or buy the imitation carrier. In terms of material, memang sangat-sangat berbeza. Dari segi buckle, safety, etc etc perlu diambil kira.

Ergo baby:
Throw back gambar lama.. aksi suami memujuk anaknya masuk dalam carrier. Adhwa memang akan bertambah kuat lalak kalau bapak dia pakai carrier. 


Kenapa beli carrier?
Motif utama, sebab Adhwa tersangatlah kuat melalak. Walau kat rumah dengan umi dan bapak.
Nak berdukung 24 x 7.
So aku saja la beli carrier ni, kot mudah sikit nak buat keje rumah. Takyah pegang-pegang dah. Masuk dalam beg je.

Tapi dia tak nak dengan bapak dia. 
Nak dengan umi dia jugak. Agaknya dengan umi dia je dia boleh bau susu. huhu.

Kami guna carrier ni sampai la Adhwa dah setahun lebih. 
Pro - Adhwa cepat tertidur. Sebab dia ada hood. Kalau pasang hood, dlm beg tu jadi gelap, so mudah dia tertidur.
Pro - Senang nak breastfeed. Walaupun tengah berjalan di pasaraya. Pasang hood aje.
Con - inwards facing sahaja. Samada kepala dia stay kanan, or stay kat kiri je.


Baby Bjorn:
Carrier ni facing outwards. Meaning, baby tak nampak muka kita.
Banyak con dari pro sebenarnya. 
Tapi forward outwards ni la aku rasa best jugak. 
Pro - anak kurang melalak mungkin sebab dia boleh nampak orang dan kepala dia free to move.
Con - aku rasa aku tak cukup gagah untuk carry yang over 8kg untuk forward outwards carrier ni.

Cuma serious sakit belakang kalau baby dah over 9kg dan kita masih guna baby bjorn ni.


Pakai baby bjorn time gi jogging dengan family.

Stroller:
Kalau berjalan jauh / lama-lama, memang sangat-sangat lah digalakkan pakai stroller.
Kami pakai brand Combi.

Sebab dah tertidur, baru lah dia boleh diletakkan dalam stroller. Muka heaven baru bangun tido.

Jangan tertipu. Duduk 10 min je tu. Lepas tu lalak nak turun. Oh maii


Pro - Lightweight : 7kg, Easy to fold and unfold, Single handed je nak fold / unfold, ada basket besar untuk letak beg-beg shopping.
Con - makan banyak space kalau simpan dalam boot. Kalau buat forward facing, susah nak control the stroller.


Verdict :
Between carrier and stroller, I would say I prefer stroller. Nowadays dah banyak design yang boleh fold to the very small size kan? Beli la yang tu kalau ada duit lebih. Sebab? Now that Adhwa is 26 months old, and she get used to being carried in a baby carrier, dia malas nak berjalan. 

With her current weight now which is 13kg, we can only carry her for about.. 10min, maximum 15min.
Not more. Else kita akan grow muscle. Pehhhh

But honestly, kalau boleh diputar balik masa, chewahhh..

Kami akan didik dia untuk duduk dalam stroller bila keluar berjalan.
Sebab dia dah terlalu biasa dalam baby carrier, Adhwa dah tak nak berjalan. Even dalam trolley supermarket tu pun dia tahan 15 min je.

Jadi bagi ibu bapa diluar sana, percayalah. Kami dah menyesal. Sebab anak kami taknak langsung duduk dalam stoller. 

Start early (using stroller).
Stop early (from using baby carrier). Mungkin boleh stop as soon as your baby turns 12 months old.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...