Thursday, August 29, 2013

Kitchen Cabinet (KC)

After doing some research over few vendors, we decided to let Everskill Design to be our vendor. Price pun rasanya dah okey dah. 

Kami set appointment dengan Alex (female-designer) dan David (male-sales) untuk site visit. Ambil ukuran dan terus bayar deposit RM100. Tapi kami bayar RM80 je sebab takde cash. huahahahha malu giler.

Patutnya kejap je proses dari amik ukuran dan installation tu. Tapi sebab masa tu bulan puasa dan nak dekat raya, kami terpaksa postpone installation date. Sebab? Sebab duit tu kami dulukan untuk prepare duit raya. wahwawawawa

Okey, ni 3D design yang Everskill email kat aku - based on requirement kami.

Giler gah design dia. hehehe.

Sila abaikan dinding kiri kanan dan tingkap tengah dan tepi tu. Sebab rumah kami tidak secantik itu. Perati tang cabinet atas bawah je ye.

Itu cuma illustration design je..

Before install kitchen cabinet :



Yang dah siap :

 Versi belum kemas


Sama tak? Sama tak? - versi dah kemas sikit

Installation took around 4 hours to complete. Datang jam 1030 pagi tapi hanya mula jam 11 pagi sebab diorang kene angkut all the cabinet naik tangga. hehehe. Did i mention that we live in a walk-up flat? :D

Ok now sharing the cost :

Table top tu memang built-in ye. So dah jimat kos kat situ.

Deposit : RM80 (akan dipulang balik once siap install)
Kitchen melamine concrete base unit - 9 Feet
Kitchen melamine wall unit - 7 feet
Dish rack
Gas spring, built-in handle, full extension and heavy duty drawer set, soft close hinges.
Transportation fee (sebab total below RM3,000)

RM2,210 - RM80 (deposit) = RM2,130.

Tu je. Anything boleh call Everskill directly ye.



Home Make Over : After

Sebelum masuk rumah, dah siap pasang tiles, siap cat bilik, hall, dan dah siap pasang water heater.

Okey, as promised from 2011 entry here, here goes home make over AFTER :
 
I tried my best ikut aturan seperti entry BEFORE make over.


Entrance - dah ada carpet, sofa and as you can see, ada shoe cabinet. Tu beli kat Ikea. Assemble sendiri.

 Ni dah siap letak tv cabinet - ye, tv kami outdated. Yang berat gajah tu. Ada meja bawah tv tu.. meja tu kami selalu guna untuk letak lauk dan makanan sambil bersila depan tv. :)



 Kitchen - memang agak messy la sebab takde proper cabinet. Kalau korang tengok kat bawah dapur gas tu.. ada drawer kaler putih tu kan? Tu kami beli kat Ikea. Dia punya stand tu saja dalam RM40 + drawer tu saja RM15 each. 


Ok, aku baru sudah jemur baju sebenarnya. Malam-malam baru ada kesempatan sebab siangnya kerja kan. Jadi tak sempat. Dan kalau korang compare BEFORE punya picture, korang boleh nampak kat top right tu.. kami upah orang pasang penyangkut stainless steel. RM250 termasuk installation. Gi google atau pun carik kat mudah.my.

Belakang sekali, yang ada kain kaler biru tu.. itu adalah selimut - tapi tak boleh pakai masa nak tidur sebab kain tu miang sikit. Dan ada bidai kaler putih - So in case hujan, paling-paling pun hujan tak masuk rumah.

Next is bilik tidur. Bilik tidur kami takyah la ye. Tengok kat bilik lagi satu je. (Ada 2 je pun bilik tidur)






Bilik ni cuma pakai katil single je (rujuk gambar kiri). Tilam bapak keras tapi tilam tu elok untuk orang sakit belakang - kata akak aku. Di kaki katil (refer gambar kanan) ada meja study suami. 


Okey tu je.

Monday, August 26, 2013

Review : Umrah Andalusia

Assalamualaikum,

Rasanya ramai yang refer to my blog about my umrah journey but so little info provided from my previous entry. So here goes :

Selain menunaikan umrah, kami juga mengambil kesempatan untuk berjalan di Istanbul, Turkey. Kenapa Turki? Sebab suami teringin ke sana, sebab selalu baca di website Ustaz Hasrizal berkenaan berkembangnya Islam di Turki.

Agensi : Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Harga Pakej (Berdua) : RM7,290 x 2 pax = RM14,580
Route : Subang - Singapore - Istanbul - Medina - Jeddah - Istanbul - Singapore - Subang.

We are in a group of 40, and basically Andalusia SHOULD HAVE a representative / wakil from their agency to accompany us. Tapi, last minute tak dapat datang sebab ada kenduri kawen katanya. 


Things to note :

1. Kursus Umrah dibuat setiap Sabtu & Ahad - anyone can come and join the class for free. Tapi disebabkan this class is open to everyone, every class pun sentiasa penuh. Even banyak bakal jemaah yang duduk di tangga sahaja.

2. Dont put high expectation on the luggage. The zipper can easily rosak.

3. Air zam-zam will be given on your last flight to Malaysia - 10Liter each.

Review - Subang to Changi Airport :

Kumpul hari Jumaat. Kalau perati.. memang kitorang pun dah tau "itu group kita, yang itu pun group kita.." sebab hampir semua 40 orang jemaah pakai beg yang dibekalkan - bright blue luggage.

Berlepas jam 3.10 petang.
Airplane : FireFly
Kalau korang penah naik firefly, korang tau la macamana keadaan airbus ni. Sama macam naik bas. Comel je seat dia.

Tiba jam 4.20 petang.
Changi Airport
Sampai je Changi Airport, kami semua terus dapatkan trolley utk tolak luggage masing-masing. Masa ni la baru kami nak kenal ramah mesra dengan jemaah dari group kami. Pakcik makcik pun ramai.
Dari airport ni, kami kene naik train untuk ke International Departure. Masa ni memang kelam kelibut sikit sebab masing-masing pun sentiasa nak pastikan pakcik-makcik tu tak hilang.

Sampai di Departure Hall ni.. masing-masing dah start berpecah. Seat pun walaupun banyak, tapi flight kami ke Istanbul hanya pada jam 1230 malam.. Bayangkan berapa jam kene stay situ. Perut masing-masing dah lapar. Dan kami dimaklumkan cuma ada 3-4 buah restoran sahaja yang ada pengesahan HALAL. Salah satunya adalah KFC. Dan bear in mind.. currency kat sini berganda compared to Malaysian Currency.

Aku dan suami takde pilihan lain, KFC je pun yang kami kenal. Lagi 2-3 restaurant tu kami tak tau nak carik sebab kat situ luas sangat. Dan kami lapar giler. Makan je kat KFC - janji halal kan?

Memandangkan flight kami lambat lagi.. kami duduk di satu sudut dengan jemaah lain. Ada yang dah merewang, ada yang tengah tidur, macam-macam lah. Nak solat pun ada yang solat je penjuru sebab surau jauh dan agak sempit.

Review - Istanbul :

Basically, I have nothing to complaint for this journey to Istanbul as Andalusia ada team-up with Istanbul's agency. Our tourist guide - Ali is a very nice guy and he tried his best to speak Malay (once a while).

Dont expect too much on the food tho! They rarely eat rice. Makanan ruji mereka adalah roti. 

Review - Medinah :

Journey from Istanbul was okey - sebab kami naik Turkish Airlines.

Hotel : Andalusia Mubarak Silver
Sampai di Medinah, kami naik bas dan terus ke Hotel. Walking distance je dari hotel ke Masjid Nabawi. Dalam 10 minit plus / minus.

Food : Catering by Andalusia.
Breakfast : Nasi Lemak
Too many jemaah, which caused some of the jemaah tak dapat makan. There is 1 morning where jemaah dah queue for breakfast (nasi lemak), and then the caterer said, "Sorry, nasik dah habis,"
And we all like.. what? takkan tak masak lain? sebab sambal / timun / etc masih banyak, plus manade makanan lain yang disediakan. Except for milo panas.

Lunch / High Tea : Nasi campur 
Again, too many jemaah agaknya, some of the jemaah tak dapat makan. In fact, banyak yang terpaksa makan nasik kosong sebab lauk habis.

Dinner : tak ingat makan apa. But same thing happen.

Review - Journey from Medinah to Mekah :

By bus. We are all in our telekung / ihram outfit. 
Stop by di satu some sort of R&R to have our dinner (nasik talam). A good one really.

Review - Mekah :

Hotel : Elaf Hotel (700 - 900 meter)
Sampai di hotel jam 11.00 malam - bear in mind, kami masih dalam ihram. Kami dinasihatkan simpan luggage dalam bilik dan turun semula jam 1 pagi untuk membuat umrah yang pertama.

Naik bilik (level 7 kalau tak silap), terkejut gila bila bilik masih belum kemas. In fact, almost all rooms di floor tersebut belum dikemas dan belum sedia untuk dimasuki. Each floor ada more than 50 rooms! Kami tunggu diluar tapi masih belum nampak ada sesiapa untuk kemas bilik. In fact pakcik sebelah bilik kami pun dah turun naik jumpa pengurusan tapi masih takde tindakan.

Jadi kami semua kumpulkan beg dalam bilik dan kunci. Sebab its about time for our first umrah. So off we go.

Jam 3 pagi.. kami selesai umrah pertama, nak balik rehat dalam hotel. TAPI bilik masih tonggang terbalik. Bilik sebelah-sebelah pun begitu. Untuk hari pertama, kami buang masa di LUAR bilik. Tak sempat nak rehat.

Pagi tu (lepas subuh), suami sempatla bercakap dengan mutawwif Andalusia, nak mengadu la kononnya. Tau apa mutawwif tu cakap? "Sabar je la, ini dugaan di Tanah Suci.." Wah wah wahhh, kalau service tip top takpe la nak sabar. Ini terabur! 

Food : Prepared by Indonesian.
There are good and bad days. Macam di Madinah, ada makanan tak cukup. But here, boleh la kata WORST! Banyak jemaah jumpa rambut dalam lauk. Aduhai.. hilang selera makan.
Ada satu hari tu kami semua food poisoning!

Ziarah : 
Hari tu kami dijadualkan untuk ziarah. Ada bas dah tunggu dan bila kami naik, ada group jemaah lain yang duduk. Almost full! Kita tak kisah kongsi bas, tapi kalau berdiri the whole time, kesian la kat pakcik makcik kan? 
Jadi group jemaah tu turun dan kami semua dapat duduk. Tunggu dalam 30minit.. ziarah dibatalkan. Sebab takde driver. Like ... ??

Kami dijanjikan 3x umrah. Tapi yang dibawa tak sampai 3x dan kami pun dah jadi tak kisah.

Review - Journey back to Jeddah Airport :

Kami dimaklumakan, berat luggage yang dibenarkan dari sini ke Istanbul adalah 30kg setiap beg. Tapi dari Changi ke Subang, berat yang dibenarkan adalah 20kg sahaja. Jadi, kebanyakan jemaah terpaksa mengosongkan luggage mereka, meaning : kain ihram ditinggalkan saja di Mekah. Lain-lain peralatan juga terpaksa ditinggalkan asbab nak elak kene penalti kalau lebih 20kg.

From Mekah to Jeddah Airport :
Naik bas yang ku kira sangat kecik berbanding bas yang kami naik waktu datang sini. Jadi luggage jemaah tak muat. Berjam-jam jugak la cuba muatkan jugak luggage tu semua. (Luggage tu semua dah dikurangkan isinya).

Review - Jeddah to Istanbul to Changi:

Turkish Airlines. As said, nothing to complaint.

Review - Changi to Subang :

Airline : FireFly
Same condition. Nothing to complaint about.

TAPI, kami dimaklumakan yang luggage bagi jemaah haji adalah 30kg. Ahhh sudah.. kesian nye pakcik makcik yang dah kosongkan luggage siap ada terpaksa tinggalkan buku-buku yang dibeli di Mekah. Allahu.. Kan senang kalau dimaklumkan awal-awal.. :(

Kami sangat rindukan Mekah. Sangat rindukan Madinah. Tapi service dari Andalusia made us look like we are the bad guys - macam tak reti bersyukur la maksudnya. Sebab kompelin sana sini. The thing is.. kami complaint service Andalusia itself. Bukan keadaan di Tanah Haram / Madinah. In fact, umrah yang dikatakan nak dibawa 3x tu pun tak cukup. Most of us pergi buat umrah with our own expenses dan sampai satu tahap, kami tak ikut pun the schedule yang diberikan. Sebab jarang sangat jadual tu diikuti. Mutawwif entah ke mana, jemaah entah kemana.

Overall, we're happy with Mekah & Madinah - of course. But not with Andalusia services. Totally the worst thing ever. They have to consider all jemaah especially the eldest one. Makcik pakcik dah tua sangat2.

Terus terang, aku dan suami sangat terkilan dengan servis Andalusia. Sangat teruk. Mungkin sebab mereka ada nama besar.. dan flight dari agensi ini boleh nak kata 1 hari 1 flight terbang ke Jeddah, maka servis agak kureng gitu.

Ada baiknya Andalusia perbaiki kelemahan mereka. Kesian pada mereka yang bayar servis mahal tapi yang diberikan adalah sebaliknya.


Rating : 3.5 out of 10. (Seriously)


UPT

 Urine Pregnancy Test (UPT) Kit.

The thought came when I was 6 days late for my normal period. I however don't even mention that to my husband. But, i did spread the news to my Jimbangans friend.

One of them asked me to do UPT.
Two of them (the married one) asked me to give some time - another week, just to be sure.
One of them asked me to get to the doctor - skip the UPT.

So that day im using different route to drive back home. Purposely, yes. So that i can get the cheapest UPT stick. I went to Watson and ask the sales girl where should i go. Then she showed me the counter - whoaaa... too many UPT to choose from. As mentioned earlier, yep, i choose the cheapest one so that i do not waste any money if the result is -ve.

I did informed to my dear husband that day that I bought the UPT stick but not going to pee on it just yet. Maybe another 2 or 3 days - I lied. I just couldn't sleep that night. I was so nervous yet i want it to be +ve. I have this kinda feeling - not knowing what is wrong with me.

I don't know how, I was suddenly awake by 4am. Damnnn it. How la you can woke up this early azura oii..

So bathroom i went. Then i realize i left the UPT stick in my bedroom. So I went back to my bedroom tiptoed just to make sure i did not wake my husband up.. but I guess.. the sound of the plastic and me being pencuri-at-our-own-place DID wake him up a bit. But he continue to sleep anyways.

So out i go. Read the manual - what are things need to bring along while peeing on the stick:
1. Timer
2. Cup (provided)
3. UPT stick

So i was like.. where do i get the timer? Oh silly me, your handphone has timer, you idiot! Tiptoe again to my room to take the handphone. Re-read the instruction again and again (so I wont waste the UPT stick).

1. Pee on the cup provided.
2. Stick the UPT stick in the cup - refer to your timer. Make sure it is not more than 3 seconds. (Whatt? 3 second also need timer ar?) Gila saiko la this UPT.
3. Wait for the pink line to appear. Single line means -ve, while double line means +ve.
4. After 3 seconds, throw away the stick as it is no longer can be used.

So i stick it in the cup. Waited 3 seconds. Ohhhh this time it felt like hours! very the drama queen la you!

And i can see the double line CLEARLY.



How to read the result (in the manual) it stated that :

1. Positive (two lines) - This indicates that you are pregnant.
2. Negative (one line) - This indicates that no pregnancy has been detected.

And i was like.... (Letak tangan kat mulut yang ternganga besar..mata macam nak terkeluar, tangan shaking giler.. even the UPT stick to pun shaking je aku tengok)

And aku terus snap the result.. dan terus whatsApp-ing to my big sister yang that time was in India. And also to my Jimbangans friend. Then only aku buang the stick in the dustbin and hurried back to my dear husband who is practically still sleeping. And I was like.. goyang-goyangkan badan dia.. slowly.. and he woke up. And "Abid.. ct pregnant," aku cakap camtu. Tanpa perasaan okey! Aku rasa blur giler that time. Suami aku terkebil-kebil pandang aku "Okey," that sambung tido balik. Ok, fine.

Then kami sambung tidur dan tak lama lepas tu he wake me up for subuh prayer. Pastu aku nampak dia macam selongkar dustbin.

"Kenapa tak kejut abid masa check ni tadi?" He asked after he found the UPT stick with the instruction manual in the dustbin.
"Hm.. ct takut negative. Kesian pulak kejut abid tapi -ve.." Aku jawab slow-slow.
"Ni line doube ni maksud dia apa?" He asked again while reading the manual.
"Double line means +ve pregnant," Aku jawab.
"Okey, malam ni lepas balik kerja kita gi scan kat klinik k?" Cadang si suami.

After that kami solat subuh berjemaah dan lepas solat, my dear husband kiss me on my forehead and i can hear him saying "Alhamdulillah,"

Subhanallah, Alhamdulillah..

(This was 1st of March 2013 - 4.45am)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...