Wednesday, June 6, 2012

Syukur Alhamdulillah


Harini sentap sikit bila ternampak status kawan yang baru kawin tapi dah post 

"Alhamdulillah :)"

tafsiran/anggapan/telahan kengkawan lain yang baca?


"tahniah, lepas ni my son ada kawan untuk bermain.." 
"cepatnya!"
"Tahniah.. spt yang dijangka,"

hohoho. I sentap ok? hehe

terus bukak hp, whatsup kat suami, bagitau aku tensen skit. skit jek. hehe

Tension ke aku? Yes. Kecewa? Ye jugak. Marah? Tak. Nak marah siapa? Rezeki kita semua Allah yang uruskan. Rancanglah, usahalah berterusan dan akhir sekali, tawakal. Kalau Allah nak bagi, kita akan dapat jugak. Kalau Allah kata belum sampai masa lagi, tunggu lah. Dengan penuh sabar.

What doesn't kill you, makes you stronger.

Tadi masa dalam kereta, bukak radio ikim dan waktu tu slot bersama Prof Muhaya. There's a caller, makcik X, mengadu:

"Saya cuba untuk jadi isteri yang solehah, bila suami saya ajak balik kampung, saya ikut. Tapi bila saya ajak dia balik kampung, dia tak nak. Dia tak bagi, sebab katanya dah takde apa-apa di kampung,"

"Suami puan bagaimana akhlaknya? Solat? Soleh? Sikapnya di rumah bagaimana? Kerja nya?" itu persoalan dari Prof, aku kira Prof cuba untuk counter-attack sikap puan tersebut disamping menghulurkan rasa simpati.

"Suami saya baik, dirumah dan dengan kami anak beranak juga baik, solatnya dijaga" balas makcik X tadi. Kemudian letak telefon.

Teguran Prof pula (sambil meminta DJ ketika tu mengira bilangan lampu di dalam konti):

DJ Mazlina mengira lampu, "ada 11 biji" katanya.

"Cuba Maz tutup mata, dan kira ada berapa keping syiling pula," pinta Prof.
"Err.."
"Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Kita nampak apa yang kita nak tengok aje. Yang kita tak nampak? Kita sedar tak yang kita tak nampak tu sebenarnya baik jugak untuk kita?


Wanita/Isteri sekarang, kalau suami tak bagi sikit, dia bentak. Tak boleh sikit, dia kata suami tak sayang. Tak dapat je, kata suami tak hargai. Puan X tadi kata, suami dia baik, suami jaga solat, suami yang baik sikapnya. Tapi dek kerana tak dapat keizinan untuk pulang ke kampung, puan X kata suaminya tak faham dia. 

Belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin, suami tak bagi balik kampung sebab risau Puan X akan bersedih, sebab dah tiada siapa-siapa di kampung. Mungkin ada sebab lain, kita tak tau. Di mana yang tak baiknya dia?"

Moral of the story?

Bandingkan diri kita dengan orang yang kurang bernasib baik. Sekurang-kurangnya aku dah kawin, aku ada suami, paling-paling teruk lepas aku nangis atau masa aku nangis, aku boleh nangis kat suami aku. Suami aku boleh kesatkan air mata bila aku nangis.

Orang lain?

Usrah-mate aku seorang pharmacist, yang dah pun 40-an, masih bujang. 4 tahun lepas sebelah payudaranya dibuang akibat cancer. Mak dia dah meninggal, kakak pula dimadukan. Dia takde sapa nak turn to.

Kawan aku cik B, anak dah 2, tapi suami pulak main kayu tiga. Takkan nak report kat mak mertua?

Kakak aku, lepas 5 tahun kawin baru dikurniakan cahaya mata. Itupun lepas bertahun-tahun buat rawatan. Aku? tak sampai setahun dah nak meleleh ayaq mata. piiirah

Usrah-mate lagi, dah kawin, ada anak comel-comel. Tapi, suami dia tak izinkan dia keluar ikut usrah. Dia sedih? Ye, tapi dia bersyukur kerana suami dia tidak pula menghalang dia dari melakukan suruhan Allah.

Usrah-mate lagi, dah kawin, tapi bercerai kerana tiada persefahaman. Kemudian bertemu pula dengan lelaki mat saleh dan setelah hampir 3 bulan berkenalan, dia terpaksa meninggalkan lelaki tersebut kerana lelaki mat saleh tu hanya mengejar wangnya.

Aku? Baru tengok status orang lain pregnant dah sentap! hehehe. Tu pun nak sedih.

Jadi, atas apa yang berlaku atau terjadi kepada kita, aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab aku ada suami yang sangat2 memahami. Malah memberi izin untuk aku menggunakan kediaman kami untuk program usrah dan akan meng"excuse"kan diri bila kami mula usrah.

What else could i ask for? Alhamdulillah. Without God, all is vain.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...