Friday, June 22, 2012

Derma Organ

Satu hari didalam kereta..


Entah apa yang kami bualkan, tapi tiba-tiba termasuk dalam topik derma organ. Two years back, aku pernah bagitau kat orang tua aku yang dah signed-up for organ donation dan berharap mereka tak rasa sedih.

Kalau ditakdirkan aku dijemput menemuiNya terlebih dahulu, tak mau lah nanti orang hospital dan orang tua aku berebut organ pulak.  Nauzubillah!

Dan kini selepas berkahwin, aku rasa aku perlu beritahu kepada suami aku pula.

Aku: Ct dah tandatangan surat derma organ tau.
Suami: Ok.
Aku: Nanti kalau orang hospital nak tuntut organ, abid jangan tak kasik plak, tau?
Suami: Free ke?
Aku: Ler.. dah nama pun derma.. free la kan?
Suami: Ok, camtu nanti kalau orang hospital datang nak amik organ, abid caj 50k setiap satu. Jantung 50k, buah pinggang sebelah 50k, ni 50k....

ok. suami aku dah merapu.

Aku: Orang nak menderma, dia buat meniaga plak. 


Aku kasik jelingan maut se-das. Memain plak dia. Adehh

Korang pernah terpikir untuk derma organ? Seram bunyinya kan? Tapi kalau dapat topup pahala untuk bekalan akhirat korang nak tak? 


Statistik Penderma Organ di Malaysia

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005


Tahukah anda, di padang Masyar nanti, bila kita semua dibangkitkan, seorang ibu sanggup menggadaikan anaknya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri. 

Dermalah andai bantuan itu dapat menambah pemberat kepada amal kita. Sebagai permulaan, daftar dulu di sini. Tapi jangan lupa bagitau waris / ayah ibu / penjaga or in my case, husband.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...