Wednesday, December 2, 2009

..ei budak! kau tak tutup aurat la!


this incident happened two weeks back dalam masjid di kawasan selangor.

waktu itu, saya nak cepat. tetapi dalam masa yang sama, ada ceramah di masjid tersebut, maka nya, solat isya' ditangguh seketika sehingga ceramah selesai.

disebabkan nak cepat (ada urusan lain), saya solat jemaah dulu bersama-sama sahabat lain.. okay. memandangkan saya memang menutup aurat, saya terus ikut imam tanpa memakai telekung. selepas saya angkat takbir, salah seorang makcik yg sedang mendengar ceramah terus menjerit (nada dia cukup untuk membuatkan solat saya terganggu sedikit)

"ei budak! kau tak tutup aurat la. mana boleh solat macam tu!" jerit dia. seorang wanita yang duduk sebelahnya terus menegur makcik tersebut
"eh kak, dia kan tengah solat tu..apa yang tak tutup aurat nya?" ujar dia seolah-olah menenangkan makcik yang buat kecoh tadi.
"nampak dagu dia tu..cuba tengok. dia ingat dia belajar tinggi-tinggi, ikut suka hati dia aje nak sembahyang pakai tudung macam tu," sambung makcik tu. kali ni, nada dia lagi ditekan tinggi.
"budak-budak macam ni kita kene ajar sikit. ingat bertudung labuh tu dah pandai la.."

erk?? Allahu Akbar.

sungguh, kata-kata makcik tu agak menganggu solat saya ketika itu. tebal jugak la wajah saya masa tu. sekalipun hendak menegur, itukah cara nya? kan ada cara lain yang lebih berhemah?

dulu sebelum saya menyertai usrah, saya juga berpendapat sama macam makcik tadi. tapi, saya tidak lah sampai terus-terus menyerang tanpa usul periksa. saya tanyakan hal berkenaan aurat ni kepada naqibah saya.
"Aurat wanita adalah seluruh tubuh dia kecuali tapak tangan dan muka" itu penjelasan naqibah saya yg juga seorang pensyarah, Kak Fatimah.
"Tapi..bila kita sebut tapak tangan, tak bermakna tangan kita ni kita kene tutup jugak. Begitu jugak dengan muka. Dagu tak perlu tutup pun untuk sah solat sbb dagu itu sebahagian dari muka dan mesti dibasuh waktu ambil wudhu.."

selepas urusan kami selesai, kami bermalam di masjid tersebut..dan keesokkan kami bangun untuk solat subuh berjemaah.. kalau ikutkan saya, memang saya pakai saja tudung saya. tapi memandangkan makcik yang menegur saya pun turut solat subuh berjemaah bersama, saya pakai juga telekung masjid.

bukan mengiyakan kata-kata makcik. tapi menghormati dia.. nanti kalau saya explain, dia ingat kita nak ajar dia pulak..

For those who always travel, you don't really need to bring along your telekung. As for me, i always have a pair of socks (guy's socks - khas untuk solat) & a pin in my handbag for solat purpose. sbb kita semua tau, telekung-telekung yang disediakan dalam masjid jarang dibasuh, jadi bau nyer..tak tahan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...