Assalamualaikum,
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku pakai single bp > double bp > manual bp. Hehehe.. Disini la aku perlu menjelaskan beberapa perkara.
Macam yang korang tau, aku suka beli 2nd hand item. Sebab kita tak tau keserasian item tu dengan kita. So better amik 2nd hand je. Murah pun murah, tapi make sure condition elok la, ye tak?
So review hari ini adalah :
Avent Manual Breast pump
Aku ada 2 set avent manual bp ni.
1 set aku tinggalkan kat opis - once a week aku bawak balik untuk sterilize.
1 set aku letak kat rumah untuk pump sebelum tidur, tengah-tengah malam jam 3-4am, dan sebelum / selepas subuh.
Aku akan buat review dalam bentuk Q&A okey?
1. Berapa harga Avent Manual?
Harga bp baru adalah RM150 - RM180 satu set.
2. Berapa harga aku beli?
3. Kenapa manual?
Sebab manual bp takde bunyi, sangat cepat dan efektif untuk mengosongkan breast.
4. Tak penat ke? Tangan tak berketak ke?
Tidak dan tidak. Sebab nak pump manual ni kalau kene / betul caranya, kita akan rasa sangat rileks dan tak penat.
5. Berapa kadar penghasilan EBM setiap perahan / sesi?
Masa pakai Snow Bear, dap at 1 - 2 oz setiap sesi.
Masa pakai Eve Love Flexi, dapat 3 - 4 oz setiap sesi.
Masa pakai Avent, dapat 4 - 8 oz setiap sesi.
Perlu diingat, aku takde makan milk booster, dan aku adalah wanita biasa yang bekerjaya yang bertekad dan berazam untuk fully bf Adhwa sehingga dia 2 tahun. Insyaallah.
6. Mudah untuk dibasuh?
Ye, sangat mudah. Dan corong bp tidak halus dan boleh dicapai dengan jari runcingku.
parts yang perlu dibasuh
7. Mudah untuk dibawa?
Yes, unlike single / double bp, Avent bp ini tiada motor dan tiada tubing. Saaaaangat mudah.
8. Macam mana dapat harga murah 2nd hand item?
Rajin-rajin browse kat fb. Banyak je group secondhand, preloved, etc, etc.