Monday, April 28, 2014

Review : Combo Sterilizer & Warmer & Steamer Little Bean


Assalamualaikum,

Review sikit berkenaan Little Bean warmer, sterilizer & steamer.

Harga pasaran : RM199 combo, 1 year warranty. Worth the money, i tell you!

Warmer :

Nak guna warmer Little Bean ni ada trick skit. Warmer dia datang dengan bekas hijau (based), penutup (cover) dan pemerah buah. Boleh refer gambar bawah:

gambar ihsan pakcik google


The tricky part is, bila nak panaskan susu, TAK PERLU guna bekas hijau dia bagi tu. Tuang air directly dalam warmer tu macam gambar bawah ni.

juga ihsan pakcik google.

Air tu, tuang directly dalam warmer. Agak-agak lebih sikit dari air susu, dan kemudian letak susu dalam botol juga seperti gambar atas tu. Pastu pulas je ke icon susu (40 darjah celcius). Ini memang amik masa nak panaskan susu. Anak memang menjerit-jerit baru sudah. haha

Untuk panaskan makanan pulak, masukkan air dalam bekas hijau yang diberikan, kemudian letak makanan dalam tu, tutup dengan cover dia, dan pulas ke icon makanan (70 darjah celcius).

Ada 1 lagi boleh pulas, 100 darjah celcius. Ini memang cepat panaskan susu. TAPI, susu tak boleh dipanaskan dalam suhu 100 darjah celcius sebab ini akan mematikan terus sel-sel susu yang berkhasiat dalam susu tadi.


Sterilizer :

Boleh guna untuk sehingga 6 biji botol wide neck (lower tier). Dan dibahagian atas, boleh letak puting susu, tudung botol, dll.
Nak guna senang je. Masukkan air sampai cukup-cukup tutup plate besi dia. Pasangkan tier hijau tu, letak botol (mulut botol di bawah), dan susun kasik elok, tutup. Dan On je button dia. Proses sterilize ni ambil masa dalam 8-10minit jugak.
Dah sudah pakai dan sejuk, terbalikkan sterilizer itu untuk keringkan. 


Steamer :

Aku ada je alat pengukus kat rumah. Tapi nak kukus kan pakai air banyak, plus kene tunggu mendidih tu, pastu baru boleh masukkan bahan untuk dikukus tu.. Jadi, aku ala-ala meng'innovation'kan sterilizer menjadi steamer. Boleh refer gambar di bawah.

   
Gambar kiri : Sterilizer
Gambar kanan : Steamer

Caranya, tuang air dalam sterilizer tu sampai tutup plate besi dia, buang tangkai dan stopper macam kat gambar steamer tu. top tier tindih atas lower tier. Pastu letak la buah yang korang nak steam. Dan ON. Macam gambar bawah.


 
Selesai.




4 comments:

Siti Haryanti Hj Hairol Anuar said...

thums up!

Aladin said...

heee thanks.

cikcoklat a.k.a Haiza said...

Goodjobs..dah xyah akk nak beli blender steamer..bole buat nnt..hehehe

Aladin said...

jyeahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...