Monday, June 21, 2010

Akak suka ikan keli ek?

Salam,

kat area opis aku ni, takde kedai melayu. Kedai mamak, Restoran Turkistan, etc adala. Which is NOT cost-effective kalau aku nak lunch tiap-tiap hari kat situ.

So, the first 2 months, aku ngan office-mate aku, A selalu la mencuba kedai2 / gerai2 yg jauh skit. Kene bawak kereta la maksudnyer. Si A ni perasan la tiap-tiap kali keluar pi gerai, aku akan amik ikan keli.

Ni snapshot yang bukan aku snap, untuk tatapan bersama. Ikan keli ni sedap dimakan kalau kene cara masak nyer. Kalau goreng garing sgt tak sedap, tak garing betul pun tak sedap.

gambar pinjam kat makcik google. kredit to secubitgaramnor67.blogspot.com

Sampai la one day tu dia mintak ayah dia tolong tapaukan lunch untuk kitorang berdua. Untuk aku, dia mintak ayah dia tapaukan ikan keli. Aku dah ckap, kalau takde, ayam pun takpe, dia pi jgk carikan ikan keli. Waduhhh. Tenkiu A.

Ni plak resipi untuk aku pelajari. Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Hijau. wahhh. hijau gitu.

gambar ni pun aku rembat kat makcik google



Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa
Cara:
Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.

Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang
Cadangan Hidangan:
Hidangkan semasa panas.
Tambahan:
Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...