Monday, March 21, 2016

Buku Merah / Buku Pink

Assalamualaikum

Aku nak share pengalaman bukak buku merah a.k.a. buku pink di Klinik Kerajaan (KK).
Untuk makluman, this one consider my third pregnancy. My firstborn - Adhwa Hafiya is now 29 month. My second pregnancy, keguguran on the 7th week due to no heartbeat. 

Ok back to the topic, buku merah. 
Firstborn bukak buku merah di KK Cheras, berdekatan dengan HUKM. Masa tu, pejabat aku di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Second pregnancy, tak sempat bukak buku.

Third pregnancy - which is happening right now, bukak buku di KK Cheras, tapi follow up di Putrajaya memandangkan pejabat aku dah pindah di Presint 8, Putrajaya.

Cara-cara nak bukak buku merah di luar kawasan perumahan adalah begini.

1. Call KK kawasan rumah. In my case, aku call KK Cheras. Bagitau niat nak bukak buku di KK, tapi nak follow up di KK Putrajaya (atau lain-lain kawasan). Biasanya nurse akan tanya di mana? Kenapa? Kalau sebab dekat dengan pejabat, biasanya takde masalah.

2. Nurse KK kawasan akan bagi appointment untuk register peringkat awal di KK kawasan. So dalam kes aku, aku kene jumpa nurse di KK Cheras dulu. Buat urine test dan blood test dulu. KK Cheras perlu bukak 1 buku untuk rekod dia. Sebab apa? Sebab nanti lepas bersalin, nurse akan ada buku untuk dirujuk. 




3. Jumpa nurse pada tarikh appointment. JANGAN LUPA bawa buku merah untuk kandungan yang sebelumnya - kalau bukan 1st baby la. Sebab nurse banyak refer buku merah pertama.

4. Antara soalan yang ditanya nurse ketika buka buku merah yang baru :
  • Ini kandungan ke berapa? (kalau pernah keguguran, mereka ambil kira. Cth : Anak sulung dah 2 tahun, kedua keguguran pada kandungan 7 minggu, ini adalah kandungan ke tiga)
  • Jarak kehamilan yang pertama, kedua dans seterusnya. Bersedialah kene pot pet pot pet kalau jarak tu dekat. Time ni la pun nurse tu nak tunjuk taring. hehe
  • Usia ibu ketika itu.
  • Perlu buat urine test.
  • Perlu buat blood test - untuk tentukan kumpulan darah. Juga untuk HIV test.
  • Ohh ye. Macam biasa, nurse akan tanya jugak bila first day of your last period. So make sure take note ye. 
  • Ohhhh ye. Ada soalan cepu cemas. Nurse akan tanya : guna apa untuk jarakkan kehamilan. Kah Kah Kah. Time ni memang aku nak tergelak la tapi tahan je. Nurse tu bagi jawapan, ko pilih je. Kondom / Pil / etc etc.

5. PASTIKAN nurse KK kawasan dah buka buku merah baru. 

6. Call KK Putrajaya (atau yang berdekatan pejabat) untuk tetapkan appointment. 

7. Jumpa pada tarikh yang ditetapkan di KK Putrajaya. Masa ni nurse di KK Putrajaya akan lakukan ujian-ujian biasa untuk ibu mengandung. Dan mereka juga akan tanya ofis kat mana, dia nak alamat ofis sekali. Untuk verify yang kita nak follow up di KK luar kawasan rumah atas sebab yang munasabah.

ok. itu je perkongsian iols.

Hope it helps!


2 comments:

R.R.Z said...

Salam. hai, hehe saja singgah since dok pening nak buka buku merah kat mana.
sy dah 11weeks, buku masa pregnant 1st lupa. anak dah 28 bulan..

awk due bila? entah2 dekat2 je kita..
salam perkenalan :-)

Aladin said...

due insyaallah 26 June.
Now dah 28weeks. :)

Semoga dipermudahkan ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...