Pada 20 Dec 2012, mak, abah dan adik bongsu aku dijadualkan untuk terbang ke India, untuk menziarahi dan memenuhi jemputan majlis perkahwinan kenalan di sana.
Aku dan suami turut sama menghantar mereka ke KLIA dan sebelum boarding, kami bercadang untuk makan malam terlebih dahulu. Entah macam mana, akibat lantai yang agak licin (kesan aiskrim kalau tak silap), mak terjatuh - menyebabkan badan mak menghempap tangan kiri mak. Aku punya terkejut toksah cerita la.. sebab tetibe aku tengok tangan mak dah tak lurus. Lembek. Nak pegang pun tak berani. Lalu terpaksa batalkan penerbangan dan dikejarkan ke hospital putrajaya menggunakan ambulans.
Gambar dibawah adalah perkembangan tangan mak. (Masa jatuh, tak sempat nak snap, darah tak nak naik ke muka.. )
selepas kene jahit
x-ray : 2 tulang di lengan, patah.
gambar sekarang (patah depan)
gambar sekarang (patah belakang - berlubang)
Allah.. sedihnya tengok tangan mak. Kalau dulu, mak pergi kerja bawak kereta, tapi sekarang, mak tak boleh dah bawak kereta. Tangan kiri mak tak mampu nak pegang gear manual. Kereta auto? Mak tak nak bawak - jangan ditanya mengapa.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami sekeluarga, mak & abah khasnya.
No comments:
Post a Comment