Thursday, June 27, 2013

Cerita Basi & SVT

Cerita ini telah basi.

Alhamdulillah.. selepas beratus pertanyaan dan beribu jawapan.. haha
I'm pregnant. 
Alhamdulillah. Am currently at week 22.

 
Pre-pregnancy weight : 46 kilos
Current weight gain : 7.9 kilos (which is excessive - according to my pregnancy apps)
EDD (estimated due date) : According to Dr Nani, based on my first day of my last period, it should be Oct the 29th 2013.
And according to my Gynea, Dr Norlida at Hospital Al Islam, based on my baby's measurement, baby might come out early, which is 24th Oct.



Oh ya.. did I mentioned that I can already feel the karate kicks? Oh ya.. Encik suami eksaited. Tapi bila si ayah meletakkan tangan di perut emaknya, the baby's won't move. Good girl! Si ayah cakap, "Dia takut kat bapak dia tu.. sebab tu tak nak gerak," heh. Ayat sedih. Tapi tak lama.. Sebab ayah dia dah ada trick baru. Pagi-pagi lepas bangun je ayah letak tangan kat perut si emak, dan si anak tak dapat detect tu tangan sapa.. kot. haha

Dah ada baby bump kah? Of course la kan.. at week 22 or 5 months pregnancy, whaddoyaexpect? Ada la.. Semput la sikit. Ok tipu. Semput banyak. Rumah tingkat tiga kan. Naik turun tangga tiap hari kan. Bertarung sampai nak bersalin esok naik turun tangga.

Mungkin juga disebabkan itu (naik turun tangga), jantung aku akan berdegup laju setiap kali naik ke rumah. Penat memanjat.

Dan Jumaat yang lalu, ketika aku berada di pejabat, tiba-tiba jantung aku berdegup laju. Laju yang aku kira agak tak normal. Tapi aku biarkan saja. Mungkin tiada apa-apa yang bahaya. Petang tu, sampai dirumah mak, kami semua makan bersama. Aku nyatakan kepada suamiku berkenaan degupan jantung itu. Suami aku letak tangan didada aku untuk merasakan degupan.. dan ya, dia pun bersetuju. Terlalu laju. "Kita jumpa doktor," katanya.

Dalam perjalanan, aku dok pikir.. nak cakap apa kat doktor? Jantung saya laju lah doktor. Isk isk.. Logic ke nak jumpa doktor sebab rasa jantung berdegup lain macam?

Masuk ke bilik doktor..
"Ha.. sakit apa?" common question dari Dr Nani yang peramah tu.
Aku pandang suami aku. Nak cakap apa ni? Takut nanti dikata mengada-ngada.
"Dia punya degup jantung, laju doktor. Nak tau normal ke perlu rawatan ke," suami aku tolong jawab. Aku sengeh je sambil angguk kepala.
Dr Nani senyum sambil mintak aku hulurkan tangan. Nak periksa nadi sambil perhati jam tangannya sendiri. Aku perasan riak muka Dr Nani berubah. 

"Refer ke hospital ye.." katanya 
"Perlu ke Doktor?" aku tak puas hati
"Perlu.. saya tak sempat kira nadi awak. Laju sangat ni,"
"Refer ke Hospital Ampang boleh?" tanya dia lagi sambil keluarkan kertas & sampul kosong.
"Hospital Al-Islam boleh?" aku pulak tanya. Ye lah.. dah aku plan nak bersalin kat sana.. haruslah aku nak follow up kat sana jugak.
"Better hospital kerajaan. Kadang-kala ada private hospital yang tolak patient ke gov hospital, baik terus ke Hospital Ampang," katanya panjang.
"Macam tu.. HUKM lah doktor. Dekat sikit," cadangku.
"HUKM saya tak recommend, tapi kalau awak nak ke sana, saya takde masalah. Hospital Ampang selalunya cepat bertindak," gitu pulak.

Selepas tu Dr Nani terus menulis atas kertas - referral letter untuk mana-mana hospital yang aku nak pergi. Sambil sebelah tangan dia masih memeriksa nadi aku. Serious aku cakap, tulisan doktor, memang doktor saja yang faham. Aku cuma boleh tangkap angka je. Lain-lain terms kerut-kerut dahi pun belum tentu boleh baca.

Di Hospital Ampang.. kami sampai jam 8.30 malam. Agak lewat sebenarnya. Sebab lepas jumpa Dr Nani, kami balik solat magrib dulu. Aku cadangkan kepada suami untuk bersolat di masjid berhampiran tapi suami tak bagi. 

"Nanti abid tak nampak ct, kalau ct jatuh ke macamana," kata suamiku.

Jadi kami balik ke rumah mak. Solat magrib di sana. Dan terus ke hospital ampang. Heavy traffic wa cakap sama lu. Tertekan jiwa den.

Di Hospital, ada la sikit kekeliruan. MA tu pass aku ke dept O&G. Doktor O&G pass aku ke emergency. Main pass-pass ye kamu? Aku nyer jantung nih!

Sudahnya seorang MA yang aku kira senior, suruh aku berbaring. Dia baca sepintas lalu referral letter sambil mintak aku menunggu dia panggil MA wanita. Kene buat ECG katanya. ECG kalau ikut wiki : is a way to measure and diagnose abnormal rhythms of the heart,[2] particularly abnormal rhythms caused by damage to the conductive tissue that carries electrical signals, or abnormal rhythms caused by electrolyte imbalances

Wayar-wayar ni disambung ke badan aku. Dari sihat.. terus rasa macam tenat. Fuhhh penangan hospital.

This is how the ECG device look like. Ada banyak jenis. This is 1 of many that has been used by them.

Lepas buat ECG.. that took around 15minutes.. keluarla that pink-color-graf tu as seen above. Serious aku tak reti baca graf. The moment MA tu baca graf tu.. dia cakap, "Puan, duduk kat wheelchair tu ye, abang boleh tolak kalau nak," katanya. "Abang" merujuk kepada suami aku ye. Kira dia offer suami aku tolak wheelchair tu so suami aku boleh teman aku kat dalam wad tu nanti.

"Tolak ke mana?" tanya suami.
"Zon Merah," jawab MA tersebut. Zon merah = zon kritikal.

Tolak punya tolak.. sampai la ke wad yang aku kira agak luas.. tapi panas. Takde air cond okay. Hospital ni beroperasi menggunakan kipas. Peluh aku. Dah la tak dan nak balik mandi.

So seorang doktor lelaki muda berbangsa India, my first impression, aku agak dia bukan doktor pelatih, sebab MA tadi terus terus bagi graf tadi kat dia. Doktor India tu baca graf, dan terus mengarahkan aku ditolak ke satu katil diruang yang bapak besar. Skrin pun bapak besar. Siap ada banyak nota-nota peringatan ditampal didinding ruang tersebut. Ada yang "What should you do if you cant feel the pulse.. Nothing happen after the first shock.." memang seriau la kan.. Serious aku takut sangat. Aku senyum kat suami aku yang diarahkan ke tepi untuk memberi laluan kepada doktor-doktor membuat kerja..

Kemudian..

Give her the oxygen..drip, we need to monitor her pulse. This is way too fast.."katanya sambil membaca lagi graf.
"Are you pregnant?" tanya doktor muda tersebut, sekadar minta kepastian.
"Yes," jawabku. Tapi tak selesa sebab topeng oksigen dah dipasang ke muka. Sangattt tak selesa. Selalu tengok drama oksigen tu untuk orang-orang yang kritikal je. Oh lupa, aku kan kat zon kritikal!
"How many weeks?" soalnya lagi.
"Twenty-one" jawabku sepatah-sepatah.
Seorang nurse dah mula mencari nadi di kiri untuk masukkan air ke dalam badan.

I noticed there are two intern from MSU (aku tengok lencana pada uniform mereka) yang turut berada di dalam ruang tersebut. Sambil Doktor India tersebut memberi penjelasan lanjut.

"She is pregnant, we can't simply give her any medication. First thing to do is, to stabilize her pulse," katanya. Ala-ala bagi ceramah, dan aku object nya. hoho

Doktor tersebut bagi aku a few test. Ini sebab nak elak dari bagi aku ubat-ubatan yang boleh membahayakan nyawa kandunganku. Aku buat test tu macam diarahkan.. 

Ujian pertama.. "..hold your breath, five, four, three, two, one...it's not working.." katanya sambil melihat graf pada monitor nadi.
Tak berjaya - pulse masih tinggi.

Ujian kedua.. ".. okay miss, bear with me.. hold your breath, five, four, three, two, one..Yes! Back to normal!"
Pulse back to normal. Subahanallah, Alhamdulillah.

Dan aku dapat lihat doktor india tu melompat sikit kegembiraan. Yelah.. tengah bagi instruction kat intern kan.. kalau tak berjaya, malu lah.

Tak lama kemudian ada Gynea datang tolak mesin scan. Untuk scan condition baby. Just to make sure nothing happen since I can't feel the baby movement. Check dan check... Shes in a good condition. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Tak lama kemudian, masuk doktor lain pulak. Nurse kat situ cakap, "tu specialist," kata misi tu.

Panjangla cerita kat hospital ni.. letih nak taip.

  • Doktor kata aku stress sangat. Aku kata tak. Kerja aku haritu sangat rilex.
  • Doktor kata aku consume caffeine banyak sangat. Aku kata tak. Aku bukan peminum tegar kopi/teh.
  • Doktor kata aku thyroid. Aku tak boleh kata tak, tapi aku tak jugak. haha. 
Jadi, doktor suruh nurse masukkan air garam sebotol dalam badan aku. Giler ah.. mengalir gak air mata aku. Pedih woo.. Mujur suami aku dibagi masuk teman aku. Sejam gak nak abiskan air garam sebotol tu. setitik setitik masuk badan..

Nurse tadi datang balik.. 
"Pukul 1230 malam japgi baru naik wad ye, sekarang katil penuh.." katanya.
"Kene masuk wad jugak ke? Dah normal kan? Boleh balik kot.." aku dengan petah berkata-kata.
"Eh tak boleh.. doktor kene pantau lagi.. nak tau apa punca.. jadi kene masuk wad untuk observe.." terang misi tu.


1230 malam..
Aku ditolak naik ke tingkat 11. Bukan diberi bilik, tapi wad biasa. Supaya mudah untuk nurse pantau. Lagi pulak, mesin pulse tu ada je kat sebelah aku. In case pulse naik balik, memang memekak la mesin tu..
Nurse bagi persalinan hospital, warna hijau. Dia tanya, 
"Boleh tukar sendiri ke?"
"Boleh boleh.." aku yakinkan dia. Insyaallah aku boleh berdiri. Cuma perlu tanggalkan wayar-wayar berselirat kat badan aku je perlu bantuan dia.

"Suami boleh ikut zura salin baju, bilik air kat hujung tu je..tak pe.. Suami boleh ikut.. malam-malam ni patient semua dah tidur, Takde sapa nak masuk bilik air.." 
gila ramah nurse ni. Siap panggil aku "zura" lagik. haa

Jadi suami aku ikut la aku.. merebeh gila baju tu.. XXL baju, kain aku rasa XXXXL. Takde getah. Takde tali. huhu.. Suami aku ajar aku pakai kain tu ala-ala pakai kain pelikat. hoho. 

Dah siap salin baju, aku amik wudhuk, dibantu suami..
Solat atas katil.

Masuk pulak sorang Jaga wanita bangsa India.. "Lelaki tak boleh tidur sini ye," katanya pada suamiku.
Ahh sudah.. aku memang nak nangis dah masa tu..
"Okay, saya tunggu Doktor dulu.. Kejap lagi saya balik," suamiku kata. Jaga tu pun jalan gi tempat lain.
"Nak balik ke?" aku pandang suami.
"Balik la.. ct tak nak gosok gigi ke? Nanti esok pagi-pagi abid bawak baju ct, berus gigi ct, selipar ct..ok?" pujuk suami. Aku diam. Harus akur. 

Nurse yang peramah tadi datang balik lepas aku selesai solat isyak. 
"Harini, zura tidur di wad ni dulu, untuk observation. Esok pagi atau petang, baru pindah ke wad 2nd class," katanya. Aku dah terbeliak bijik mata.
"Haaa? Esok nak balik. Buat apa tukar wad pulak?"
"Hehe.. kalau doktor kata okay, baru boleh balik. Kalau tak, kita pindah ke 2nd class ye,"
Suamiku yang ramah tu berborak-borak dengan akak nurse tu.. Lebih-lebih lagi akak tu orang utagha.. Syok ar ada member..

Jam 1.40 pagi.. baru suami aku balik. Oh sedihnya.. Aku pesan, dah sampai rumah, jangan lupa whatsApp.. dan jam 2 pagi suami aku selamat sampai rumah..

Lepas suami selamat sampai rumah baru aku boleh lelap mata.. Itu pun tak lama sebab..

Jam 3.30 pagi.. akak nurse tadi kejut aku..
"Zura.. meh ikut akak,"Aku pun bangunlah.. mamai-mamai tu ikut dia.. Mata pun tak boleh nak bukak besar.
"Gi mana kak?" 
"Duduk sini je.. doktor kat depan tu tengah buat x-ray kat sorang patient tu.. Zura pregnant, akak pun pregnant.. orang pregnant tak boleh kene sinar x-ray, boleh harm baby," terangnya..

Oh..doktor ni pun satu.. takde masa lain ke nak buat xray? isk iskk

Jam 6.00 pagi.
"Kak.. bangun kak.." seorang nurse datang kejut aku.. Memang menyirap betul darah aku.. Diorang ni memang tak boleh bagi kita tidur ke apa..
"Pukul berapa ni?" aku tanya. 
"6 pagi,"
"oooo.." dia gerak aku subuh ni. 
"Saya nak buat ECG lagi kat akak.." jelas nurse tadi. Berapa kali ECG ni? Tak rela..
"Bagi saya solat dulu la.." nurse tu pandang aku.. "Takpe... kejap je ECG ni," katanya.
Nurse tu cuba nak lekatkan plaster ke badan aku.. dan seterusnya wayar.. Tapi entah kenapa, wayar dan plaster tu tak nak lekat, lekat kejap, tercabut.
"Akak solat la dulu.." nurse tu give-up.

Degil. haha

Jam 7 pagi aku terjaga semula. Makan sarapan yang dihidang. Tak sedap, i tell you.

Aku tanya misi, "Kak, pelawat boleh masuk pukul berapa?"
"Sabtu ahad dari pukul 12tgh - 5 ptg"
Allah.. lewatnya..
Sebelum tu aku dah whatsApp kat suami aku pesan bawak roti krim sebab makanan hospital takde rasa. hoh
"Abid, waktu pelawat 9 pagi la.. Abid rest dulu ye," 

10 minit lepas tu suami ku sampai..
"Aik?? Dia bagi abid masuk?" Aku terkejut.. plus eksaited sebab suami aku bawak roti krim berbungkus-bungkus, dan air susu dutch lady berkotak-kotak.
"Berani dia tak bagi abid masuk.." hehe

Dan.. ini gambar yang suami aku snap curik-curik masa aku merungut makanan tak sedap. Wayar semua dah ditanggalkan. Oksigen pun sama. Tinggal menatang alah kat lengan aku tu je. Pedih woo.. Nurse kata.. "kalau doktor confirm bagi discharge baru kita bukak yang tu.. sekarang ni biar je dulu.."



 
Jam 4 petang.
Kami balik. Syukur Alhamdulillah.

Rindu katil rumah.






69 comments:

Anonymous said...

Dalam wad pun Kena pakai oksigen ke?

Aladin said...

Dalam wad? takde pakai oksigen pun dalam wad.
Dalam red zone - yes. Kene ada oksigen.

Anonymous said...

Topeng oksigen yang biasa atau yang ada beg udara tu? Topeng tu warns hijau kan?

Anonymous said...

Dekat red zone, lepas pakai oksigen tu, rasa semput, sesak nafas ke?

Aladin said...

Tak ingat la topeng udara ke apa.
Tapi kalau tak silap yg ada beg udara tu.

Dalam red zone memang kene pakai oksigen. Takde sesak nafas, takde semput.
TAPI heartbeat laju giler. Palpitation.



Anonymous said...

Tinggi tak gas oksigen yang diorang pasang? Kalau palpitation Kena baring flat ke? atau ada bantal support Kepala?

Aladin said...

tinggi tak gas oksigen? tak paham. dan saya pun tak tengok sgt monitor yang ada sebab saya monitor pulse saya je.

dia tak suruh baring flat. dia bagi saya duduk atas katil.

Anonymous said...

Ouh, maksud saya, kuat tak gas oksigen rasa dekat topeng oksigen tu?

Aladin said...

Ntohler. Benda lama dah. Tak ingat pun.
Kamu doktor eh?

Anonymous said...

Ye, researcher medical. Ada apa apa effect tak lepas pakai oksigen tu?

Aladin said...

Takde effect. Pulse masih laju. Sbb tu doctor urut leher saya. Tapi lepas urut pulse masih laju, jadi doktor bagi saya straw kecik air kotak tu.. dia suruh saya tahan nafas dan hembus. 1st try gagal. 2nd try tu yg pulse back to normal.

Pastu ada specialist dtg utk check sy plak. Ada yg suspek sy ada thyroid. Ada suspek sy coffee/tea drinker. Tp tak betul. Saya tak suka 2 air tu. Minum kdg2 je.

Anonymous said...

Dkt emergency ada bantal x support Kepala? Dkt wad diorang letak berapa bantal?

Anonymous said...

Sepatutnya kena pakai topeng oksigen dalam wad, sebab pulse tinggi

Aladin said...

dlm wad biasa pulse saya dah back to normal. Doctor tahan sebab nak observed.

Anonymous said...

Dalam emergency Kena sentiasa pakai oksigen kan?

Anonymous said...

Kenapa rasa tak selesa bila pakai topeng oksigen tu?

Anonymous said...

Dalam red zone doctor tak bagi buka kan topeng oksigen tu?

Aladin said...

Sori kak. Benda lama sangat dah berlaku. tak ingat sangat dah.

1. dlm emergency kene pakai oxygen? - Seingat saya masa nak naik wad tak pakai dah.
2. kenapa tak selesa? - biasa lah, kita bertudung, pakai plak oxygen yg belon tu. rasa mcm kritikal sgt.
3. dlm red zone - bagi je bukak. itupun lepas level heartbeat dah back to normal.

semua tu seingat saya la. benda lama dah. tak boleh nak recall sgt.

Anonymous said...

https://youtu.be/keFTfkr1peg

Anonymous said...

Ouhh takpelah, ingat lagi tak belon oksigen tu diorang kembungkan ke?

Anonymous said...

Berapa lama pakai oksigen tu dekat muka? Ingat lagi tak topeng tu warna hijau ke putih?

Aladin said...

pakai sat je. lepas pulse dah back to normal, doktor suruh pakai kejap je. lepas tu dah boleh tanggal sebab diorang tolak ke wad utk observation plak. . saya ingat2 lupa.
tapi mask tu kaler apa tak ingat. rasanya bukan hijau.

Anonymous said...

Rasa kritikal sebab perasaan je lah.? Ke sebab gas oksigen dekat mulut?

Anonymous said...

Dekat red zone ada bantal support Kepala tak?

Anonymous said...

Awak ingat lagi tak belon/beg udara dekat topeng oksigen awak tu Kembung ke tak?

Aladin said...

Di red zone, ada bantal.
Belon tu saya tak ingat. Tapi rasanya kembang la kot. Lama dah. Tak boleh nak recall langsung.

Anonymous said...

Time pulse tinggi memang kritikal, awak perlukan oksigen lebih,sebab awak bernafas untuk awak and baby.

Anonymous said...

Kalau dekat rumah tidur pakai berapa bantal?

Aladin said...

kat rumah 1 bantal jugak.

Anonymous said...

Time pregnant satu bantal jugak?

Freedy said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Mungkin diorang pasang topeng tu ketat dkt muka.

Anonymous said...

Dekat red zone selesa pakai bantal, atau tak perlu bantal?

Anonymous said...

Waktu pakai topeng oksigen tu,terpaksa bercakap dalam mask tu ke? (sebab muka, mulut, hidung dah kena tekup dengan topeng oksigen )

Anonymous said...

Pasal penggunaan bantal puan macam mana?
1. Kena guna sebiji bantal
2. Tak perlu bantal
3. Wajib ada bantal support Kepala at least sebiji bantal
4. Kena 2 biji bantal

Anonymous said...

Waktu doktor tu tanya berapa minggu, topeng oksigen dah tekup dekat muka kan? Time tu bercakap dalam topeng tu ke?

Anonymous said...

Rasa topeng oksigen tu menganggu pernafasan tak? Rasa pernafasan terhalang? (muka kena tekup) rasa kurang udara dapat sedut?

Aladin said...

Pasal penggunaan bantal puan macam mana?
1. Kena guna sebiji bantal
2. Tak perlu bantal
3. Wajib ada bantal support Kepala at least sebiji bantal
4. Kena 2 biji bantal

----------
1. Bantal sebiji cukup. Saya tak reti pakai banyak2 bantal.

Aladin said...

Waktu doktor tu tanya berapa minggu, topeng oksigen dah tekup dekat muka kan? Time tu bercakap dalam topeng tu ke?

------------------------

masa tu dah ada topeng kat muka.
bercakap masa topeng tu dah pakai.

Aladin said...

Rasa topeng oksigen tu menganggu pernafasan tak? Rasa pernafasan terhalang? (muka kena tekup) rasa kurang udara dapat sedut?

------------------
tak ganggu pun. cuma gabra sebab sendiri rasa takde apa2 yang kritikal.

Anonymous said...

Kalau takde bantal selesa tak?

Aladin said...

tak selesa takde bantal.
baring flat memang tak selesa.

Anonymous said...

Guna bantal jenis apa?

Anonymous said...

Kalau dekat rumah pakai bantal yang macam mana?

Aladin said...

Guna bantal jenis apa?
Kalau dekat rumah pakai bantal yang macam mana?
-----------------------

Bantal yang tak keras. Kekabu tu ok.

Anonymous said...

Ade pernah guna jenis bantal yang lain?

Aladin said...

pernah je guna bantal lain.
janji tak keras.

Anonymous said...

Time dekat red zone tu waktu pakai topeng oksigen tu, ada bantal ?

Anonymous said...

Waktu pakai topeng oksigen tu, Kalau cabut oksigen tu dari muka, ada effect tak ?

Anonymous said...

Lepas ni Kalau kena pakai topeng oksigen tu dekat muka, puan buka je topeng oksigen tu, tak perlu pakai topeng oksigen tu

Anonymous said...

Lepas ni request taknak pakai topeng oksigen, puan mampu bernafas sendiri.

Anonymous said...

Lpas ni Kalau puan sesak nafas, puan tak nak guna topeng oksigen?

Anonymous said...

Diorang pakaikan topeng oksigen tu sebab pulse tinggi sebab risau jantung awak terus palpitation, lpas tu boleh tercungap, sesak nafas, Mungkin boleh pengsan, Kalau jadi macam tu, awak memang perlu pakai topeng oksigen utk tempoh yang lama Dan Kalau tak okay, awak Kena Masuk ICU, pakai alat bantuan pernafasan. Awak faham kan?

Anonymous said...

Kuat tak rasa Angin oksigen kt topeng tu?

Anonymous said...

Bunyi Angin ada kan dkt topeng oksigen tu?

Anonymous said...

Waktu awak bernafas pakai topeng oksigen tu, belon kt topeng tu Ikut pernafasan( Kembang bila awak hembus, kuncup bila awak tarik nafas) atau tak berubah?

Anonymous said...

Awak ingat lagi tak bau gas tu macam mana?

Anonymous said...

Bantal dekat red zone tu selesa tak? Dekat rumah memang guna bantal kekabu lah Sekarang?

Anonymous said...

Waktu topeng tu tekup muka, Ada rasa tekanan tak?

Anonymous said...

Waktu hubungan intim selesa guna bantal atau xde bantal?

Anonymous said...

Awak lebih prefer bantal yg tebal atau yg x tebal?

Anonymous said...

Pernah rasa semput, sesak nafas?

Anonymous said...

Berapa lama Kena tunggu untuk pulse dan heartbeat normal balik? Time tu memang kena pakai oksigen kan?

Anonymous said...

Kenapa senyap je ni??

Anonymous said...

Bantal yang Keras tu macam mana?

Anonymous said...

Awak pernah guna 2 bantal?

Anonymous said...

Macam mana Kalau awak tengah kat hospital, time tu tak boleh bernafas Kalau takde topeng oksigen, tiba2 ada orang cabut oksigen tu?

Anonymous said...

Senyap je, Tengah koma ke tu ? Sebab x cukup oksigen ? Tengah pakai topeng oksigen dalam wad ICU... Kan ?

Anonymous said...

Senyap terus ni, dah mati ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...