Friday, November 12, 2010

apabila hiburan dilebihkan

Perasan tak sekarang ni bos-bos stesen tv berlumba-lumba nak siarkan program hiburan? Banyak kan? Bagus tak? Teeeeeet!

Dalam masa yang sama, program keagamaan pun turut diterbitkan. Tapi kalau nak dikira, keagamaan tu.. ciput je kot. Lebih kat hiburan la.

Aku suka tengok TV9. Pasal apa? Pasal tiap-tiap pagi, seawal jam 7 dah ada Tanyalah Ustaz. Kupasan menarik, plus ustaz yang ada tak membosankan.
Pastu selasa malam, pukul 9 (if im not mistaken), ada HalaQah. Pun.. sangat menarik. Sekarang dah guna ala-ala ESQ.
Pastu ada Akademi Al-Quran.

Tapi, yg tak best, Idola Kecil.

Mohon maaf la ye kalau ada yg tak setuju. Budak-budak kecik nak disuruh menyanyi menari lagu-lagu cinta. Pastu time nyanyi baju nye plak... marbeles!! Aku pun segan nak pakai camgitu.
Kan ke elok buat Akademi Al-Quran versi kanak-kanak plak. Ini tak. Budak-budak diajar vokal nyanyian lagu cinta.

Tu baru TV9. Belum cakap pasal siaran Astro. Baru-baru ni (aku rasa ulang-tayang kot), rancangan yg pengacara dia adalah Pak Nil. Dia panggil budak kecik bergelek sambil pasang lagu Shakeera. Gilaks! Outfit menyeksi gila. Memang la budak kecik, tapi ke kalau panggil budak tu kan ke dah macam menggalakkan lagi budak tu "mendalami" ilmu menggelek? Woh! Bahaya!

Esok2 bila anak-anak kita membesar dalam keadaan sosial, pergaulan bebas, aurat didedahkan.. siapa yg perlu dipersalahkan? Mak bapak yang hantar anak-anak ke pertandingan nyanyian?

Hiburan tak salah, asalkan tau batas2 nya. Tapi, dari kecil ni, tak perlu la dedahkan dengan perkara2 yg kita tau dah besar nanti, dia akan ke arah tu. Bangga didunia bila anak adalah artis popular. Tapi bangga tu tak boleh dibawa ke kubur wahai ibu bapa sekalian. Kasihilah anak tu. Akhirat nanti kita juga dipersoalkan.

Usaha didik anak2 dengan didikan agama. Tapi andai dah besar, agama itu diketepikan, tugas kita sudah selesai kerana kita telah mendidik mereka dengan didikan agama.

Alangkah ruginya kita kalau anak2 tak di didik dengan didikan agama. Esok dah masuk kubur, itulah jg harapan untuk mendoakan kita di dalam kubur tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...