Sunday, October 17, 2010

organ donation


Assalamualaikum..


Pernah dengar tak pasal organ donation | derma organ? Do you have any intention to donate your organ if something happen to you in future? I do!

Bunyi agak menyeramkan / menyakitkan / memualkan (maybe), tapi selain menderma dari segi kewangan, organ juga penting. Banyak isu yg dibangkitkan terutama mengenai 'bolehkah orang islam menderma organ kepada bukan islam?' yes, malahan sangat-sangat digalakkan. (cakap gaya2 alim ulama' je aku nih).

Tapi, percaya, organ ni sangat penting. Kita esok2 dah mati nak harap amal jariah menyelamatkan kita dari azab kubur ke? Banyak mana la amal jariah kita buat tu? Derma pun seringgit dua, malah kadang-kadang berkira. Apa lagi amal kita ada? Ni sah-sah kita dah meninggaldunia, kalau2 organ kita elok, baik dan sesuai (mustahil la tak sesuai memandangkan terlalu ramai dalam 'waiting list' utk mendapatkan organ yg sesuai utk mereka) eloklah diderma. Kita dah mati nanti bkn boleh pakai buah pinggang tu dlm kubur esok. Wahhh! aku bercakapppppp.... berani seyyy

Tapi terus terang, aku dah isi pun form. Pada yg belum isi, atau belum penah tengok form, sila klik sini. Cuma aku belum inform parents aku lagi mengenai keputusan aku nak jadi penderma. Sebenarnya menjadi keperluan untuk kita memaklumkan orang tua kita / suami / isteri / anak-anak / keluarga lebih-lebih lagi bagi mengelakkan esok2 bila orang hospital tuntut jenazah kita, orang tua kita tak nak lepaskan kita.


Semoga usaha kita yg kecil ni memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan. Memandangkan aku masih dalam jagaan ibu bapa, jadi akan ku khabarkan kepada mereka sedikit masa lagi, Insyaallah.

To those out there, marilah kita sama-sama beramal. Moga yg sedikit ini mampu membawa kita ke syurga.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...