Tuesday, January 10, 2017

First Day of PlaySchool - Tiny Thumb Child Care [TTCC]

Assalamualaikum Parents,

[Umi mode is turn ON]

Harini umi nak share pengalaman 1st day of Adhwa's playschool. Dan pilihannya adalah..



Mula-mula umi share balk struktur yuran ye. Ini yuran untuk TTCC untuk kelas 4 tahun :

Registration Fee : RM100
Monthly Fee : RM400
Deposit : RM400
Materials + Personal Kit : RM450
Misc : RM300
Grand Total RM1,650

Material yang dibekalkan pihak TTCC :
Beg sekolah
Laundry bag 2
Uniform 2 pasang
Baju sukan 1 pasang
Buku Log kehadiran/kesihatan anak 
Buku Latihan & Kerja
Peralatan Mandi (sabun, ubat gigi, syampu - Pureen)

Makan 3 kali sehari.

Yang perlu dibawa pelajar/parents setiap hari:
Beg sekolah
Botol susu (sekiranya masih menyusu)
Diaper (sekiranya masih on diaper)
Baju persalinan sepasang
Diaper bag x1
Tuala mandi
Buku log

OK. Now back on topic, first day of school. Macam anak-anak yang lain, Adhwa pun ada lah drama dia. Tapi takde la drama terrace sangat. Dia memang seronok ada kawan-kawan. Cuma air mata berjurai la skit kalau kene tinggal. Standard ar tu.

Orientasi pada minggu pertama went well. 
Drama air mata bukan hanya untuk student baru ye. Student yang dah tahun ke dua pun nak drama jugak. Lagi-lagi kalau nampak kawan lain melalak, dia pun berjangkit nak melalak jugak. Hahaha parents semua layankan aje. 

Apa yang best dengan TTCC?
  1. TTCC ada bangunan sendiri - warna purple.
  2. Untuk bayi, ratio pengasuh adalah 1 : 4 dan total bayi tahun ini maximum adalah 12 orang. FULL (Yuran bulanan RM600), tilam, selimut semua disediakan, dan bayi ditempatkan di bilik berhawa dingin.
  3. Tempoh dalam kelas (belajar dan latihan menggunakan buku) hanyalah 3 jam. 
  4. Setiap hari ada aktiviti luar - bermain pasir, main di taman (dalam kawasan sekolah).
  5. Ada movie time!
  6. Cikgu akan mandikan pelajar (4 tahun kebawah) jam 4 petang. 
  7. Ada buku log. Setiap kali pelajar buang air / minum susu / tukar lampin / jatuh / luka / dll akan dicatat dalam buku log. SETIAP HARI. 
  8. Suhu badan pelajar akan diambil SETIAP HARI semasa parents hantar anak. Ini bagi memastikan anak tak demam / sakit. Jika sakit, parents dimestikan hantar anak ke klinik terlebih dahulu.
  9. Uniform hanya 2 hari seminggu. Jumaat pula digalakkan pakai jubah / kurung / baju melayu untuk pembelajaran solat.
  10. Waktu adalah dari 7 pagi (pintu gate dibuka) tetapi waktu pelajaran adalah 830 pagi - 530 petang. Waktu akhir ambil anak adalah jam 630 petang. Ke 7 malam paling lewat. Ada OT kalau amik lewat dari 6 petang.
Now lets the picture do the talking.

Dalam kereta. Mood OK. Eksaited. 

Berjalan masuk ke school compound - purple kan sekolah tu? 

Ya kawan-kawan. Aksi memujuk sedang berlangsung. Adalah 10 minit jugak sebelum terpaksa didukung oleh cikgu.

Aktiviti makan - aiskrim goyang (student buat sendiri)

Ni buat apa umi tak tau.


Ok lah tu je nak share. Gambar tu pun bukan umi yang amik tau. Tu semua gambar cikgu yang amik dan umi cilok dari fb Tiny Thumb je. Hahaha. 

T-shirt putih tu semua masa dalam minggu orientasi. Sekarang dah start uniform (kuning).

Insyaallah semoga semua dipermudahkan.
Bila tanya adhwa esok nak sekolah tak?
"Nakkk. Nak sekolah banyak-banyak.."  
Hehe. Padahal tiap-tiap kali nak tinggal kat sekolah mesti mengalir air mata buaya. 

But today (10th January 2017), dia dah tak nangis lagi. Siap boleh cium tangan dan lambai-lambai tanpa wajah duka. Ceeeewah.



Alhamdulillah.
A good start kiddo!













3 comments:

Amy A. said...

Dah setahun kn?..ok x overall?.. rasa mcm nk hntr situ tahun ni...xtaw lah smpt lg ke nk register 😅

Aladin said...

Ha ah. Tp my daughter tak sempat setahun. Dlm half year je sbb kesihatan anak agak membimbangkan.

Tapi sempat je gi lawatan ke Petrosains. Seronok jugak la.

Rasanya sempat je kalau nak register utk 2018. Try la call untuk tanya.

:)

Anonymous said...

kesihatan anak agk membimbangkan? knp ye? sorry just nak tanya.. sbb anak sy b4 ni pg taska jgk slalu sakit.. tkt envrmnt xsesuai igt nak try hantar dkt TTCC jgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...