Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Pada 9 Oktober 2014 anak kami Adhwa Hafiya binti Mohamad Hafiz genap lah setahun usia nya.
Allahu Akbar.
Rasa macam baru je semalam melahirkan Adhwa. Dalam bilik tidur. Atas lantai - dalam keadaan melutut.
Adhwa anak kami membesar dengan sihat.
Ada masa demam, ada masa selsema, ada masa batuk, ada masa kahak. Itu semua bagi membina antibodi yang lebih kuat - Ceeewah. Macam biologist la pulak.
Sewaktu Adhwa berusia 7 hari, Adhwa sedang dirawat di NICU HUKM oleh kerana level demam kuning yang agak tinggi. Pada waktu itu, umat Islam meraikan Hari Raya Qurban.
Tahun ini, pada hari raya Qurban, kami juga bersama-sama beraya dihospital. Kali ini, di Pusrawi. Sebab? Paru-paru Adhwa dijangkiti kuman pneumonia. Adhwa dirawat selama 5 hari. Selama itu jugalah umi dia MC untuk menjaga Adhwa di hospital. Dan selama itu juga lah bapaknya berulang-alik. Besar jasa bapak Adhwa. 5 hari jugaklah bapak tidur di kerusi panjang sahaja.
Allah. Allah. Sayang suami saya.
2 hari sebelum Adhwa dirawat di Pusrawi, umi nya terlebih dahulu check-in di Hospital Pantai.
Sebab?
Saja-saja. Nak perabis duit.
Giler kau!
Aku kene cirit-birit. Perut over sensitive. Padahal apa yang aku makan, itu lah yang laki aku makan. Tapi laki aku sihat aje. Aku sorang je masalah. Kifarah dosa gamaknya. Insaf. Insaf.
Ke Hospital Pantai sebab dah rasa sangat teruk walaupun malam sebelumnya dah dapatkan rawatan di klinik biasa. Memang kes serah diri je kat hospital tu.
3 hari jugak la kene berumah tangga di hospital Pantai. Haru.
Suami aku lah bersusah payah. Malam kami tidur di hospital anak beranak. Suami bawak toto bentang di bilik. Adhwa dan suami tido atas toto (lantai).
Aku? Atas katil la of cos. Tapi bukan aku suka pun. Aku terpaksa. Sebab sepanjang 3 hari itu, 6 botol air dimasukkan dalam badan. Boleh bayang banyak mana dan teruk mana keadaan aku di hospital sampai 6 botol air kene masuk?? Nanges cepat!
Pengorbanan suami paling tak dapat aku lupa. Bangun dari tidur, siap-siapkan Adhwa, suami akan hantar Adhwa ke rumah pengasuh. Kemudian dia akan balik rumah untuk mandi dan bersiap ke pejabat. Dan petang akan singgah ambil Adhwa baru ke hospital untuk tidur dan teman isteri di hospital.
Aileviu Abid!
Oh ye. Dan pada harini, setelah Adhwa setahun :
1. Mulut becok.
2. Boleh angkat punggung dan tonggeng. Sapo lah ngajar aku camgini.
3. Suka gigit umi dan bapak kalau kami tak pay attention to her. Aku dah kene gigit kat peha, lengan, bahu, dan lain-lain bahagian. Fuhh
4. So good in imitating her surroundings. Haritu dia amik remote aircond sambil hala tangan ke aircond (konon-konon nak ON air cond tuhh)
5. Boleh berdiri tapi belum ready nak berjalan. Merangkak laju lagi, so takyah jalan la katanya. hehe
Semoga anak umi & bapak membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindunganNya.
1 comment:
Happy Belated Birthday! Baby saya bln 12, coming soon. Hope thn baru, xada lagi keluar masuk hospital. Yg membaca pn pening dan nak nangis. 💪
Post a Comment