Monday, January 6, 2014

Review : Eve Love Flexi Breastpump

[This article has been updated on 17th Apr 2014]

Assalamualaikum.

Nak review sikit pasal breastpump (bp) yang aku pakai. 

Aku baru je lagi pakai bp Eve Love Flexi ni. Hampir dua bulan jugak. For your information, this is my second bp. My first bp was Snow Bear. Later aku review Snow Bear (SB) ni plak.



Beli masa tengah dalam pantang di rumah mertua. Macam aku cakap tadi.. sebelum ni aku pakai SB, tapi sebab SB tu single pump je... Agak susah nak pump dan hasilnya agak tak sedikit. So.. Bila balik rumah mertua.. Aku sengaja tak bawak SB ni.. Dengan niat aku boleh biasa kan diri dengan mermet je la. 

Tapi disebabkan aku belum master lagi bab mermet ni.. jadi bengkak la. Terpaksa la aku beli jugak Flexi ni. Sakit plak tu kalau bengkak. Kalau tak sakit memang aku tahan je.


Gambar takdak filter punye. Ni semua set dalam Flexi tu:





Review sikit:

1. Harga : Harga pengenalan, RM599. Tapi aku beli RM400 je. hehe.. beli barang secondhand yang baru seminggu dipakai.

2. Size : Sederhana la.. Penuh la tapak tangan aku. Tapi memang ringan.

3. Battery operated pun boleh, electric pun boleh, powerbank pun boleh. So far, aku pakai elektrik je. Powerbank pakai bila ada training je.

4. Lepas ON, 2 minit pertama dia akan massage dulu. Seriously, masa mula-mula ON, aku ingat rosak, sebab ala-ala takde suction, rupanya, itu massage mode dia.

5. Parts : Tak banyak parts, tapi leceh nak cuci
Sebab? Kat corong bp ni, ada satu point yang berus tak boleh sampai, sponge pun tak boleh sampai, jari pun tak boleh sampai untuk dicuci. Penyelesaian aku, aku try sterilize, tapi masih tak bersih betul. Yang menjadi, kene pakai cotton buds. Itu pun renyah jugak la aku tenyeh-tenyeh sebab nak kasik bersih. Yelah, kita nak bagi anak minum susu, baby pulak tu. Kebersihan ni kene extra careful tau!

6. Bunyi : Kalau orang kata motor Flexi ni senyap.. korang boleh la assumed "orang itu" adalah penjual / dealer. Senyap? Pembohong. Bising tu tak la.. tapi senyap pun idok ler.. Tapi kalau korang penah guna Snow Bear, ha.. sama sebijik bunyi dia. Aku tekup dengan bantal pun still boleh dengar bunyi dia.
 
 7. Additional (Bustier) : Dah nama pun additional kan.. tak pakai bustier ni pun takpe. Sangkut kat bra biasa je pun okey. Aku selalu je buat.

8. Additional (Powerbank) : Comel dan tahan lama. 

9. Kalau korang tengok gambar kat atas tu.. bawah botol tu ada tapak kaler pink tu kan? Itu untuk 'park' botol korang. Tapi aku tak pernah guna pun. Macam tak relevan pulak ada mende alah tu. Sebab kalau takde tapak tu pun, botol tu boleh je berdiri sendiri.

 10. Backflow: Yes, aku setakat ni dah mengalami backflow. Tapi SEKALI saja. Harapnya takde la pengalaman backflow ni lagi. Panic aku bila susu masuk tubing. Takut masuk motor, jahanam..

11. Hasil perahan : Depends on how you express your milk, of course. Kalau tak guna konsep supply & demand, ko beli lah pump harga RM10,000 sekali pun, susu takkan banyak. Kene rajin pump ye.

12. Personally aku rasa susah nak bawak bp ni ke pejabat. Sebab ada tubing, ada double corong, ada motor. Dah la aku ke pejabat nak kene bawak beg tangan, beg susu, beg laptop lagi. Mana aku nak campak bp ni pulak? Banyak beg. 

Itu saja hasil review ikhlas aku.

p/s : Flexi aku ni dah aku bagi kakak ipar aku pinjam. Kalau serasi, dia pakai, kalau tak, dia nak beli Medela FreeStyle. Kalau dia beli nak FS, aku akan jual bp Flexi ni. Warranty sume ada lagi, original receipt pun ada. Tapi akak aku ni jangka bersalin bulan Mar 2014. So, sapa yang nak beli bp Flexi ni, sabar dulu ye.

Updated : [ TAK JADI JUAL SEBAB SERASI DENGAN KAKAK IPAR]

16 comments:

nor afzan said...

Sis, serasi tak kakaknya? I masuk list ya

nor afzan said...

Sis, serasi tak kakaknya? I masuk list ya

Aladin said...

belum bersalin lagi kakaknya. Okey, kalau dia tak serasi, saya bagitau awak dulu ye.

Unknown said...

Salam sis. If x okay dgn kakak sis, let me know. I pun macam nak if ada back out buyer..hehe

Unknown said...

Salam sis. If x okay dgn kakak sis, let me know. I pun macam nak if ada back out buyer..hehe

Aladin said...

Akak iparnya belum bersalin lagi. hehe

Ebb said...

berapa lama tahan powerbank dengan batteri?

Unknown said...

Da jual.ke

Aladin said...

Mintak maaf ye sis. Kakak ipar dah berkenan. So tak jadi jual.

Aladin said...

Serasi dengan akak ipar. So tak jadi jual. Sori ye.

Aladin said...

Tak pernah pakai bateri jadi tak boleh nak jawab.
Power bank - lama jugak. 8 jam ada kot Sebab pernah bawah gi training sehari suntuk.

Aladin said...

Sori. Tak jadi jual sebab kak ipar dah berkenan. Jadi saya pass kat dia je.

hudahud said...

saya dah pakai eve love ni.. x sampai seminggu pakai mesin dia terbakar, dah 2x jd.. segan lak nak tukar yg baru.. tp bila g kedai, katanya dia ada problem sket ngn adapter so kedai tu suggest pergi tukar semula sbb ada warranty lagi.. katanya supplier keluarkan adapter baru kpd dorg... eve love ni ok, cuma bahaya kalo byk guna extensions.. sy selalu pam sambil drive.. okla so far cuma material dia nampak sgt low quality..

Aladin said...

Owh... pakai extension ke? Saya tak pernah pakai extension plak.
Tapi kalau betul motor dia terbakar sbb extension... pehhh bahaya tu!

Saya pernah sekali je pump sambil drive - tapi tak reti lah. Payah sgt! Asik berlaga dgn stereng je. hehe

Unknown said...

Is it nice to use, Eve Love Flexi?? because I want to compare with Avent Breast pump...

Unknown said...

Salam. Tumpang ye.. saya nak jual spectra 3.. guna dlm 2bln shj sbb anak x nak susu botol.. tapi pump ni mula2 sya beli dr akk ipar saya dia pn guna just 2bln jgak sbb susu x ada.. harga sya letak rm280.. double pump n sya dah servis pump ni.. sape minat blh whatsapp sya 0187726645

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...